Suka tak semestinya nak !

by - Khamis, Julai 15, 2010

kamera webcam

" Aku suka betul tengok awek tu ! "

" Aku suka betul tengok keta Ferraari tu "


Suka tak semestinya nak memilikinya .. Cukup sekadar melihatnya saja .. Tadi wife aku ada tanya , bagaimana aku nak ayat seseorang perempuan yg aku suka ? soalan tu diajukan ketika dok sarapan pagi .. hehe ..

Jawapan aku sungguh mudah .. Aku percaya pada jodoh .. Begini cara aku ( jika aku bujang ) ... Jika aku ke shopping complex dan sedang berjalan jalan di sana tiba tiba aku ternampak seorang perempuan yang menarik minat aku , aku takkan terus pergi mintak telefon.. gile ke apa ?

Mula mula aku akan pandang dia .. pandang yang memberi makna ... hehe.. Sehinggalah dia perasan aku memandangnya dan aku tunggu responnya .. Jika dia tersenyum atau seolah tidak kisah dengan pandangan aku tu itu bermakna dia memberi respon .. Jika itu berlaku , aku biarkan dulu .. biarkan sehingga aku bersua sekali lagi di mana mana ( dalam kawasan shopping complex tu ) ketika berjalan jalan ...

Jika itu berlaku , maka aku akan beri sekali lagi tanda .. Kali 3 jika bersua , baru aku akan tegur dia .. hehehe ... tu je.. Tapi tegur tu bukanlah nak mengayat nak jadikan awek ke apa sekadar menegur dan berkawan .. tu saja ..

Bagi aku , suka tak semestinya aku nak miliki .. Sbb biasanya kesukaan aku tu melibatkan 'kos' yang tinggi .. aku tamo ... contoh , jika aku suka perempuan cantik ala ala model atau pelakon cun gitu (jika aku bujang) .. penat beb nak jaga... nak tahan cemburu .. nak tahan rasa sakit hati .. dan macam macam lagi ...

Aku nak miliki sesuatu bila aku benar benar minatinya dan jatuh hati padanya .. contoh dslr ... aku minat dan sememangnya aku jatuh hati dari aku kecil lagi ..

Blog ... aku tak minat tapi aku jatuh hati bila aku mencubanya ... aku mmg minat membebel dari sekolah lagi.. membebel di atas kertas ...

Wife ? aku jatuh hati.. hahahaha.... sama sama ego ...

BA : jatuh hati kat Lamboghini .. tak mungkin berlaku.. hehe

You May Also Like

4 comments

  1. tp org selalu konpius & samakan suka tu mksudnya cinta @ syg..adeh!!!

    BalasPadam
  2. setuju sebab kadang-kadang yang kita nak tu kita tak suka pun.kan kan ;)

    BalasPadam