Dapur Tanpa Sempadan...

Dari LyssA SecreT

Sabtu, 1 Oktober 2011

Itukah aku ?

 

Dalam kereta sewaktu ke rumah orang tua aku  tadi  , ada dua situasi yang membuatkan aku terfikir mengenai masa depan .

Seorang lelaki tua berbangsa cina , yang sudah sangat tua ..masih lagi bekerja keras untuk mencari rezeki ..  Dan di kiri aku , ada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tua cina , bersendirian.

Hurm... Bagaimanakah aku nanti ? Sekarang , aku bergelak ketawa bersama rakan-rakan. Duit ada .. Kuat .. Muda.. Tapi lagi 30 tahun , jika umur aku panjang ? Jika tidak panjang , apakah nasib aku di dalam kubur kelak ?

Pernah korang terfikir ? Hari ni kacak atau cun ? Tersengih tengok cermin ... Cantik jelita .. Kacak segak .. Rasa megah dalam diri .. Tapi untuk apa semua itu ? Pujian semata yang cuma ibarat angin lalu ?

Bayangkan setiap kali pujian tu membuatkan dosa kita bertambah ? Dengan bangga kita letak gambar ke internet lalu ditatap oleh ramai orang. Bayangkan jika aurat kita terdedah .. Macam jarum saat dosa kita bergerak ..

Perhatikan lima batang jari kita bermula dari jari kelingking dan ibu jari.. Itulah kehidupan kita. Bermula dari kecil dan diakhiri dengan kecil.. Bayangkan kehidupan kita. Muda , comel kemudian remaja , dewasa dan tua .. Sedarkah kita ?

 

Kita sedar sekejap jer.. Tak caya ? Tengok jap lagi ... Pengajaran dari Allah senantiasa diberi pada kita. Cuma kita je tak nak buka mana dan menilainya. Apa yang kita tunggu ialah , mimpi yang kononnya satu hidayah dari Allah atau tunggu satu insiden yang membuatkan kita tersedar rupanya kita cuma berlakon di atas satu pentas yang mana akan tunggu masa pengarah berkata , 'CUT' dan ketika itu segala lakonan terhenti .. Apakah akan jadi pada kita ? Menunggu masa untuk dibangkitkan dan dihimpunkan di padang masyhar..

 

Cuba ingat kembali ... semalam.. Bukankah ianya cuma sesaat yang berlalu cuma ? Apakah akan ada esok bagi kita ? Apakah kita sudah bertaubat ?

 

Kubur tak menanti tua .. Usia tak menanti masa .. Mati itu pasti . Antara syurga atau neraka , kita di sana . Kita cuma hambaNya dan tugas kita adalah menghambakan diri padaNya.

10 komen:

Aisya berkata... [Reply to comment]

betul tu :(

Ku Azhar berkata... [Reply to comment]

ha ah btl tu ...

Famili Ceria berkata... [Reply to comment]

terima kasih abg ben sebab sudi letak blog Afif dalam bloglist..

Santri T.P.I.N.I berkata... [Reply to comment]

beramallah seperti kita nak mati esok hari...

EyqaLuvender berkata... [Reply to comment]

btol sgt ape yg abg ben ckp ni...

MYVI berkata... [Reply to comment]

eh..betullah ..menarik tentang fakta jari2 tgn kita tu...

IBU GEBU berkata... [Reply to comment]

tak ramai manusia ada keinsafan & sentiasa mengingati mati mcm ni...

sedangkan kita dituntut utk sentiasa mengingati mati kerana mati itu pasti! tak lambat atau cepat walau sesaat pun jika ajal datang menjemput...

aimie amalina berkata... [Reply to comment]

=(
sungguh insaf
tamo mati dlm kekecewaan dgn dunia

makcikkantin berkata... [Reply to comment]

Keinsafan kadang tertutup dek keegoan. Kesedaran kadang datang sendiri, kadang bila terhantuk, moga kita semua di beri hidayah sebelum di jemput, amin

Eera Shera berkata... [Reply to comment]

sedangkan dalam masa sejam pun kita x tau masih bernyawa tak kita ni.

thx utk peringatan ni

Related Posts with Thumbnails

BEN ASHAARI

! anGah -iNi bLoG JiWa JiWa- !

Dunia Seorang Remaja

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI