Sekejap saja berlalu

by - Jumaat, Oktober 14, 2011

 

Pasti ada yang tertanya kenapa petang ni banyak aku update gambar lama lama ..

Setiap pagi , bila mandi aku akan renungkan janggut aku nih haa... Tau nape ? Pasti akan ada uban uban putih di situ yang baru tumbuh dan setiap uban itu mengingatkan aku akan diri aku yang semakin tua..

Gambar-gambar tu , ibarat semalam berlalu.. Masih segar diingatan. Saat kenakalan bersama rakan rakan sekolah mmg tak dapat dipadamkan dengan kenangan yang manis sekarang ni..

Aku pasti bila kita mengenang saat itu, ramai antara kita akan tersenyum .. Walaupun ada duka namun manisnya lebih banyak kan ?

Dan 5 tahun akan datang .. aku akan menjengah umur 40 tahun.. Satu usia yang mana sepatutnya aku sudah pun stabil dalam kehidupan namun aku masih lagi terkial kial mengayuh perahu mencari daratan untuk berlabuh.

Rakan pembaca sekalian ... masa amat pantas berlalu.. Buat yang masih belajar , gunakanlah dengan sebaik mungkin.. Satu saat yang lepas tak mungkin kita nikmati lagi dan kita terpaksa bazirkan satu saat lagi untuk memperbetulkan kesilapan kita tadi.

Masa bukan lagi emas sebaliknya masa adalah nyawa kita yang sangat berharga .

You May Also Like

14 comments

  1. Yup, setuju sangat dengan pendapat abg ben tu..semakin hari makin rase cepat masa berlalu..

    BalasPadam
  2. perkara yang lepas adalah siapa kita sekarang... baik buruk yang dulu adalah pengalaman bermakna bg membetulkan kesilapan, dan terus maju di masa hadapan...

    BalasPadam
  3. mengimbau kenangan lama memang seronok.. dari situ kite bleh tgok perubahan diri kita dan tgok dalam diri.. mana yang dah diperbaiki dan mana yg harus kite perbaiki pada ms ini dan akan datang.. masa memang pantas berlalu dan setiap masa patut kite hargai ^_^

    BalasPadam
  4. pastinya sejarah memori zaman silam diabadikan dalam diri setiap manusia. and so do i :))

    have a good jumaat emcik ben!

    BalasPadam
  5. perkara yg paling dekat dgn kita ialah kematian.moga mati dalam nikmat islam dan iman.

    BalasPadam
  6. jgn sia2 kan masa..kerna masa takkan berulang kembali...:)

    BalasPadam
  7. umur meningkat, rumah kata pergi, kubur kata mari -.-'

    BalasPadam
  8. kadang-kadang kenangan manis ni macam rokok. kalau kita layan dia, dia akan bunuh kita pelan-pelan.
    so, keep moving on. haha
    :)

    BalasPadam
  9. Jgn takut andai usia menjengah.Ibarat kata Abg Gedek, blog begins at forty.Kita tukarlah, life begins at forty.

    BalasPadam
  10. ye , masa makin cepat berlalu , tahu tahu je dah bulan 10 sekarang , lepas tu tahu tahu je bulan dpn dah november , bila dah november , tahu tahu je lah spm berapa hr je lg . waaaaa .

    BalasPadam
  11. yup setuju dgn abg BEN. sedar xsedar dah hampir setahun syieda bkerja. hukhuk... @_@

    BalasPadam
  12. betul tu. kadang kadang rasa nak kembali ke masa lalu kita. tapi mana boleh. hanya gmbr2 dan memori yang trpahat dalam ingtan jadi bukti ingatan selamanya. yeahh saya seorang pelajar, dan saya akan lalui setiap saat ini sebaik yang mungkin! =)

    BalasPadam