Aku pon tak suka gak !

by - Isnin, Januari 02, 2012

 

Hurm… bila hak rakyat dinafikan , maka ramailah yang memberontak .. Kan ? Hurm..

Aku hanya mampu geleng kepala jer bila melihat video kes di UPSI tu .. Hurm .. Nak salahkan sapa ? Mahasiswa dengan semangat yang membaranya .. Polis pulak buat kerja dia .. Camana tu ? Masing masing punya tanggungjawab tersendiri ..

Serius , aku sendiri pon tak suka .. Mulut aku terkunci bila melihat ‘kesengatan’ berlaku depan mata aku sewaktu aku menjawat jawatan penjawat awam.. Apa yang boleh aku buat ? Berhenti kerja dan menjeritlah sepuas hati !

Kalau nak bersuara , berenti kerja dan berjuanglah menegakkan keadilan ! Kalau tak mampu runtuhkan tugu , jadi kulat pon jadilah ! Jadi kasi cacat tugu tu dari berdiri teguh dan bangga dengan kejahilannya ..

Buat mereka yang nak berjuang itu , cari landasan yang betul .. Memang ada punya ! Gunakan ilmu yang dituntut sejak lahir tu.. Masa inilah kegunaannya.. Nabi Muhammad s.a.w pon berjuang berhabis-habisan untuk menyebarkan syiar Islam .. Bukan sehari dua.. Bertahun-tahun lamanya !

“ Kalau tak dapat tawan dunia , tawanlah benua .. Kalau tak dapat tawan benua , tawanlah negara .. Kalau tak dapat tawan negara , tawanlah negeri.. Kalau tak dapat tawan negeri , tawanlah bandar .. Kalau tak dapat tawan bandar , tawanlah kampung .. Kalau tak dapat tawan kampung , maka tawanlah rumah sendiri .. Kalau rumah sendiri pon tak dapat tawan ,cuba tawan diri sendiri ! Kalau itu pon gagal  , maka  jangan bercita-cita jadi penakluk ! “

Untuk menjadi pemimpin , tewaskan keegoan kita terlebih dahulu.. Jadikan kesabaran sebagai perisai dan ilmu sebagai senjata .. InsyaAllah ..

Apa guna kalau dah kena buang dari IPT ? Sapa nak pandang  kita selepas itu ? Kalau kita anak orang kaya , boleh la.. Kalau asal dari kampung ? Fikir sebelum bertindak . Bertindak guna kewarasan fikiran .

You May Also Like

20 comments

  1. carilah pemimpin yang betul2 bededikasi :)

    BalasPadam
  2. setuju abg ben... kadang2 mereka ingat mereka sangat kuat hinggalah satu ketika nanti ada cabaran yang mereka rasa amat berat.. masa tu menyesal tiada guna lagi... sebab tu lah walau apapon yang ingin kita lakukan berfikirlah dalam iman dan kewarasan maka keputusannya mesti kurang rasa kesal... untuk menjadi pemimpin.. pimpinlah hati sendiri dulu...

    BalasPadam
  3. agree with u bro BA..saya tak faham apa matlamat sebenar diorang..kalau betul tak suka pihak kerajaan,pangkah saja pembangkang..tak perlu provok sana sini..memalam buta berdemo?berdemo kat siapa?semua dekan lecterur tadak kut..sigh..kalau betul nak mansuh auku ke ape akta sekalipun,pru dah dekat..cara terbaik g undi parti yg korang nak la..dlu kemain apply upu nk masuk uni..dah masuk uni sng2 je buat hal nk suruh kena tendang..ades.

    BalasPadam
  4. saya setuju ngan ben.perlu dilandasan yg betul.klu dah kena buang universiti apa jd pd masa depan

    BalasPadam
  5. nak bangkang boleh, tapi cara begini merugikan diri sendiri sahaja..

    sapa yang kesian? mak bapak jugak.. , ;-/

    BalasPadam
  6. rasanya kesabaran tu sejak azali dah ada... tapi kesabaran manusia tu ada limitnya... mungkin betul 4 tahun je kita belajar... lepas grad pergi la berpolitik... tapi lepas 4 tahun tu... mereka bukan lagi pelajar... matlamat secara automatik akan bertukar... kalau bukan pelajar yg mmperjuangkan hak mereka sendiri... siapa lagi...

    just mmberi pendapat...

    BalasPadam
  7. stuju sgt..kalau ye pun biarlah di landasa yang betul..berfikir dlu sbelum suarkan pendapat .

    LATEST ENTRY : Lebih 20 Kesilapan Filem Ombak Rindu Yang Tidak Disedari Penonton

    BalasPadam
  8. huhuh...
    malas komen abg ben...
    mlas nk ckp!

    BalasPadam
  9. berfikir tanpa berkata kata sy setuju dgn entry nih!

    BalasPadam
  10. jgn bertindak mengikut nafsu nanti lesu..hehe..erm..abis kan stdy dulu baru berontak...

    BalasPadam
  11. tengah2 belajar... tinba ilmu secukupnya utk berjuang...

    BalasPadam
  12. setuju ngn kwn2 kalau xsuke undijela pmbngkang. make it simple tak payah la nk huru harankan keadaan. inila padanya bla student sibuk nk berpolitik. belajar dulula.

    BalasPadam
  13. ammbooi..marah nampak

    Selama ni jadi silent reader je ..Hari ni teringin nak tinggal jejak kat cini :)

    datang melawat blog kita abang ben .. huhuhuhuhuh

    BalasPadam
  14. berfikir sebelum bertindak ... ya itu saya setuju, kalau dh jadi perkara susah, memang susah nanti seterusnya

    BalasPadam
  15. hurmm sy budak upsi. rasa sedih bila sesetengah pihak labelkan budak2 upsi ni ganas la, and ect. bukan semua budak2 upsi mcm tu. lgpun, no one know what exactly happened. yg duk shared2 dkt fb tue semua guna emosi amarah bukan guna kewarasan fikiran. kalau kita tak ada kat tmpt tu mcm mana kita nak describe what exactly happpend on that time. kami yg budak upsi ni pun duduk tak sampai 500m dr tmpt kjadian tak berani bg ulasan, org yg entah dr mana dtg pandai2 bg pandangan, kutuk sana sini. Come on la rakyat malaysia, sebarkan kasih sayang! jangan sebarkan kebencian. kita semua sayang Malaysia! =')

    BalasPadam
  16. Dalam setiap peperangan dan perjuangan pasti ada yang perlu menjadi mangsa untuk dikorbankan. Mana ada peperangan tanpa kematian dan tanpa kecederaan? Jika semuanya takut untuk berkorban,tiadalah kemenangan dan tiadalah kemerdekaan.

    Terima kasih kepada segelintir mereka yang sanggup berkorban dan sanggup dikorbankan demi sebuah kemenangan...

    Entri terbaru di blog JR: "Hantu Kak Limah Balik Terengganu: Final Episode"

    BalasPadam
  17. saya mendoakan keamanan.. =)

    http://ridzuangjanz.blogspot.com/2011/12/contest-pesta-puisi-islam.html

    BalasPadam
  18. Jarang ada yg berani seperti mereka menegakkan hak yg mereka nampak..pemimpin2 yg berani asalnya dri mereka2 inilah..future kita boleh tgok mereka ini dimana..ramai pemimpin2 skrg asalnya adalah pejuang2 mahasiswa.tak ramai ulat buku bleh pegi jauh dlm kepimpinan..kalau jadi pun just pemimpin dalam ruang lingkup bidang mereka sahaja..Just bagi pendapat dan melihat apakah hak-hak yang mereka cuba perjuangkan.Hak yg mereka2 ini nampak tiada di dunia luar yg ada hanya di universiti.This is not about politics.

    BalasPadam