Jangan sayang ‘syarikat’ anda !

 

Dulu , aku serahkan ‘jiwa’ aku pada tempat aku kerja ! Kerja sampai lewat malam.. Sabtu Ahad pon kerja ! Akhirnya ?? Setelah 6 tahun mencurah bakti .. aku cuma ditanya bila nak berhenti kerja ?

Mampu tersenyum jer. Tak mengapalah .. “ Aku akan pergi dari sini tidak lama lagi .. “. Bisik hati kecil aku. Di sini pon , dah tak de apa apa harapan. Makin teruk lagi ada la.. Nasib baik la pengalaman lalu bersama 'bos kecik’ dan rakan rakan , memberi aku pengalaman hidup yang amat bermakna !

 

Aku mmg komited terhadap pekerjaan aku. Bila aku beri 100% , tapi dibalas dengan 50% .. aku mudah patah hati.. Mulalah buat hal ! Hahahaha.. Dan tak lama kemudian , berhenti kerja ! Atau tukar kerja !

Dan akhirnya .. aku jumpa pekerjaan yang sesuai dengan aku .. Dan aku sayangkan pekerjaan aku.. Dan juga , aku sayangkan ‘syarikat’ aku ni.. Hehehe.. Sendiri bos , sendiri kuli ! Apadahal ??? Lu malas , lu tak makan la jawabnyaaaa .. kan kan ?

14 ulasan:

  1. Inilah yang sedang Ayuni hadapi sekarang. Mungkin tidak lama lagi Ayuni juga akan meninggalkan tempat kerja Ayuni serta anak-anak murid Ayuni yang juga akan melupakan kewujudan Ayuni dalam hidup mereka suatu hari nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah, setiap murid xkan lupa jasa gurunya.

      Padam
  2. i love my jobs, but not my company.eh..haha..kena simpan sikit syg utk diri sendiri jugak. =)

    BalasPadam
  3. Betul tu Ben...yg penting inisiatif dan usaha diri sendiri untuk menggerakkan 'syarikat' kita....nak maju...work hard...nak berjaya workout with new idea new effort for future...if duduk je goyang kaki...x dapek nk tolong kan....SA masih mkn gaji lg...madih setia dengan kerjaya...insyaallah...slowly untuk bisnes skrg ni.....

    BalasPadam
  4. oohaiii... motivasi pagi yg paling best. better sayang keje supaya kita rasa semangat n ikhlas nak buat keje... tapi jangan sayang kompeni sebab biasanya sebab kompeni la kita hilang mood dgn keje kita....

    BalasPadam
  5. nak pinjam gambar tu yek abg. ben... hikksss.....

    BalasPadam
  6. yeah i luv both. menipu sangat:)
    I like that quote abg ben.
    Serius best.

    BalasPadam
  7. Kadang2 trpikir..bljar tgi2 pon akhirnya jd kuli jgak..

    BalasPadam
  8. saya pon dah babai kat company lama...

    BalasPadam
  9. tempat kerja lama dulu pon sama macam tu...kadang balik sampai lewat malam...lama2 give up la...tempat sekarang, on time balik...takmo tunggu2 dah...

    BalasPadam
  10. Same la dengan sy. Ada pengalaman juga mcm ni. Datang awal pergi kerja. Balik lewat. Buat baik dengan semua orang. Tapi bile ada 1 je hal --> rosak SEMUA reputasi. Dan lebih sadis bila "HAL" tu bukan salah kite. Tapi tak diberi peluang untuk bela diri. Akhirnya dapat "ala kadar" je apraisal.

    Benda dah berlalu pun. Dah redha kan ��

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009