Hadiah harijadi dari wife..

 

Sunway Piramid.. Dah lama tak datang sini untuk shopping. Kat sini ada banyak kedai yang menarik sekali ! Dan , sememangnya aku mencari sesuatu di sini dan.. jumpa ! Lama dah aku cari jaket yang sesuai untuk aku pergi ke event event yang formal.. Heheheh..

Ternampak kedai ni sewaktu nak pulang ke bilik hotel. Jaket jaket yang dia jual memang cantik cantik ! Rambang kejap mata aku. Mana satu nak amik ? Aku cuma ada setengah jam je untuk pilih ! Dah masuk waktu maghrib wooo…

Satu satu aku test. Cari size dan warna yang sesuai.. Ada dua pilihan terakhir dan.. aku buat keputusan , aku nak amik yang ni jer !

image

image

image

image image

Harga ? Hurm.. murah jer.. dalam RM299 jer.  Ada beberapa lagi jaket yang bakal aku beli nanti ! Hehehehe.. Buat masa sekarang , cukuplah ada 4 pasang jaket yang boleh aku pakai bila ke event. Dah tua tua ni , kena la kemas skit , kan ! Hehehe..

Bila aku nak bayar , wife keluarkan kad dia. Aku dah boleh baca dah !

“ Ni kira hadiah besday abang kan ? “

Pandai dia.. cepat je dia beli yang ni sebelum aku mintak sesuatu yang lebih mahal ! Hahahaha.. Pasni , giliran dia lak aku kena belikan sesuatu untuk dia. Besday dia , tahun baru nanti ! Huhuhu.. Kena simpan duit dari sekarang ..

5 ulasan:

  1. Hehehe.. tunggu turn puan wife nanti..

    BalasPadam
  2. wah...untung dpt hadiah...heheheh..hepi besday bro ben

    BalasPadam
  3. Wah cantik hadiah. Yg best blh pilih sendirik

    Hepi besday ben. Moga pjg umur, sht selalu dan bahagia sentiasa. Moga berada dlm lindungan Illahi selalu.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.