Ikut ibu pergi kerja !

 

Aku sakit kepala hari ni. Tak leh nak jaga dua dua. Kena pisahkan sementara salah seorang. Maklumlah , dua dua dah pandai bergocoh !

Maka , lepas solat Jumaat tadi , wife tanya keadaan aku. Aku kata aku nak tidur sebentar. Tapi tau Qhaliff takkan nak tidur. Zahra memang dah mengantuk. Aku cuma perlu mandikan dia dan dia akan ditidurkan dalam buaian nanti..

Dan wife pon bawa ke pejabat.. Kebetulan pulak ramai kena kerja luar dan masa di pejabat cuma tingga 2 jam jer berbaki.. Ok la kan ? Lagi pun , Qhaliff takkan ganggu dah. Dah besar la katakan.. Ditambah lagi dengan aku bagi dia bawak Samsung Galaxy Tab S2 tu sekali ngan dia ..

Dalam kereta.. Tak sampai seminit ! Nampak sangat nak recharge tenaga tu ! Kang kat pejabat, aktif la tuuu.. Tau sangat aku .

image

Dan jangkaan aku tepat !

image

“ Ada aku kisah ? “

Hurmm…. Seronok la dia ! Balik , di tangan dia ada macam macam ! Kena pow la tuuuu ! Heheheh.. Alhamdulillah.. aku dapat tidur lena setelah hampir seminggu tak cukup tidur !

Sejak dua menjak nak cecah usia Kilauan Emas ni , badan cepat benar letih ! Walaupun rupa aku tak seperti Kilauan Emas tetapi kita tau.. tahap keupayaan fizikal camana.. Maka , sila jaga kesihatan yer !

Nasib baik Qhaliff tak buat hal kat pejabat.. Wife kata dia ok jer. Huhuh.. Tak leh buat kerap menda gini.. Emergency je ni.. Terpaksa !

6 ulasan:

  1. abag ikut mummy g keje yer... gd boy ni... hehe

    BalasPadam
  2. Hihi...sekali sekala ye qhaliff...

    BalasPadam
  3. Sekali sekala ya qhaliff...teman ibu pulak...

    BalasPadam
  4. ada galaxy tab pulak memang tak ganggu ler..hehehe

    BalasPadam
  5. Haha.. Recharge tenaga tk tahan tu.. Mcm byk aktiviti je lps bangun.. Hehe

    BalasPadam
  6. alahai..comelnya qhaliff...KG lucu pulak ayat ben "cecah usia kilauan emas"..hehehe..gunalah polident...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009