Perlu ke aku masuk kelas ?

 

Tiap kali g servis kereta , aku terngaga bila orang tu sebut nama nama servis yang perlu dilakukan ! Terus terang , aku memang buta kayu pasal kereta. Aku tau memandu jer. Tapi pernah la tukar tayar seorang diri di jalan raya tanpa bantuan sapa sapa .. Mentang mentang la aku jantan yang tak macam Dr. Sado tuuu.. Huhhh..

Penting ke tau pasal kereta ni ? Terus terang laa.. Eheehe.. berapa banyak nak terus terang daaaa ! Tapi serius ni ! Memang perlu tahu pasal kereta sekurang kurangnya asas mengenai kereta ! Paling tidak pun tau kat mana nak letak air atau tau kat mana tayar simpanan ! Ada orang tak nak amik tau langsung.. dia tau call ‘orang tersayang’ atau kawan kawan yang diperlukan ketika dia dalam keadan terdesak gitu !

Aku lak.. tiap kali nak balik Kelantan , memang selalu terfikir nak periksa keadaan kereta terutama air.. Tapi sering terlupa ! Er , buat buat terlupa … sebab tak tau kat mana letakkan cap tangki air tu.. Huhhu.. Boleh ? Walhal dah belajar dulu dah tapi sebab sikap malas amik tau , menyebabkan aku main angguk je tiap kali gi servis kereta..

Tak tau tak bererti tamat sudah kehidupan kita ! Kita kena cari dan belajar mengenai kereta ni ! Dan aku akhirnya tau kat mana yang sesuai untuk aku belajar mengenai asas kereta ni..

image

Amacam ? Nanti aku cerita pasal TOC AUTOMOTIVE COLLEGE ni.. hehehe… Best !

3 ulasan:

  1. Tahu yang asas pun dah alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. amboi...siap nak masuk kelas ke tu? sama la saya, banyak part kereta yang tak tau... sebut pun kekadang salah..haha

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009