Qhaliff Iman bakal berlakon iklan tv ?

 

Ternampak seorang kenalan FB up status mencari talent kanak kanak.. Hurm.. Nak try gak la si Qhaliff ni. Nak tau gak kot dia ada nilai komersial seperti bapak dia atau tidak.. Test market kata orang.. Hahahaha.. Bapak dia , tau dah ! Takat Polis Evo , bukan level dia.. Polis Lambo level bapak dia ! Haaaa.. Kan ?

Ok.. aku gurau jer.. Kang kata aku poyo lak ! Aku tak minat pon.. Memadai menulis blog ni jer .

Tiba tiba kawan tu balas dan mintak gambar Qhaliff.. Walhal kawan ni lama dah suruh try si Qhaliff tapi aku je tak bergerak gerak ! Mana boleh ! Nanti dia laris , aku tak leh cari makan lak.. Terpaksa aku jadi manager dia ! Huhhhh… No way mann ! Budak budak hisap susu dah ! Biar daddy je popular !

Aku pon bagi la gambar Qhaliff yang paling tak cun. Saja tak kasi dapat ! Aku bagi gambar aku paling kacakk…

image

image

Hehehe.. Aku harap aku dapat la tawaran tu dan Qhaliff tidak ! Tak lama kemudian , aku diberitahu keputusan . Qhaliff disenarai pendek ! Tapi aku tidak !!! Arghhhhhh !! Apahal ????? Ni mesti ada yang jeles ni..

Kemudian aku diberi details mengenai casting untuk Qhaliff ! Hurmm.. Aku pandang Qhaliff.. Dia senyum. Hurmm… Kecik besar kecik besar je aku tengok dia. Hurm.. Had umur 5 tahun je la  !! Huk aloh.. Apakah aku tidak kelihatan seperti 5 tahun usia ????? Grrrr… baby face niii..

InshaAllah , nanti nak bawak Qhaliff untuk casting. Kalau ada rezeki , ada la.. walhal masa untuk shooting tu , sama waktu aku kena g cover job di Genting Resorts nanti.. Acaner tu ? Huhuh..

Niat lebih pada nak cari pengalaman jer. Bukan nak populariti atau bagi anak ‘bekerja’ dah..

19 ulasan:

  1. Wah hebatla Qhalif..Takpelah try je kan, ada rezeki adalah, lagipun Qhalif mmg kacak hehe, jangan marah bro!

    BalasPadam
  2. wahh tahniah Qhaliff.. insya-Allah berjaya.. abg Ben bagi je lah kat yanie yg genting tu hihi cian Qhaliff nanti..hihih Nampak tak permainannya hihihii

    BalasPadam
  3. Daddy lepas ni jadi manager & driver Qhaliff je lah... Hahahaha..

    BalasPadam
  4. Tahniah Qhaliff..ala, abg ben dh cukup popular dah..hehe..bagi can la dekat Qhaliff..kan

    BalasPadam
  5. All the best Qaliff! Nnti dh fofuler jgn luper aunty udah ler...hikhikhik....

    BalasPadam
  6. qhaaliffff,......ayoyoooo...syoklaaa.....nak belajar posing dari qhaliff laaa.......

    BalasPadam
  7. kehkehkeh,,, daddy dia dah boleh buat schedule utk qhaff

    BalasPadam
  8. salam, hahaha Qhaliff lagi glamer nampak gayanya. takpa rezeki anak2.

    www.iskandarx.com.my

    BalasPadam
  9. boleh cuba bakat dia siapa tau .. takkan nak blog saja nanti biar ada pakej lain melebihi bapak dia haha.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..cuba dulu...lebihnya berserah pada Allah..yang baik support..

    BalasPadam
  11. yeay.yeay.
    alhamdulillah
    tahniah qalief. ciksu doakan smga qalief berjaya dalm casting tu ntti.aamiin

    BalasPadam
  12. Qhalif tu ada rupa la. Sesuai untuk iklan. Nilai komersil.

    BalasPadam
  13. hahaha..kesian abg ben..tahniahhh untuk qhaliff..☺️☺️

    BalasPadam
  14. dapat pengalaman tu yang penting kan...semoga ada rezeki buat qhaliff iman

    BalasPadam
  15. Yes bagi anak peluang dpt pengalaman...selebihnya itu kita doa bagi dia jadi insan yang berguna utk beri ilmu pada masyarakat pula kan....casting? Yehaaaaaaa

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009