Yeo’s berwajah baru !

 

Semalam , secara rasminya YEO HIAP SENG ( Malaysia ) Berhad atau lebih dikenal sebagai YEO’s telah ‘menukar’ wajahnya kepada wajah yang lebih segar dan menarik !

Membawa tema ‘ Pelangi Hijau ‘ , YEO’s yang juga sebuah syarikat peneraju minuman dan makanan berhasrat mencapai segmen populasi yang lebih besar terutamanya kepada golongan yang lebih muda.

Menurut Naib Presiden Kumpulan YEO’s – Malaysia dan Indonesia , Encik Ong Chay Seng , YEO’s merupakan jenama yang kaya dengan tradisinya dan senantiasa menghasilkan produk yang terjamin halal dan lagi berkualiti kepada pengguna.Minuman utama YEO’s seperti susu soya , krisantimun , teh kundur , laici , teh hijau , tebu , teh ais limau dan banyak lagi adalah merupakan hidangan yang digemari oleh warga Malaysia sejak sekian lama. Beliau berharap dengan penampilan baru ini , ianya mampu menyasarkan lebih meluas kepada pengguna dari gologan generasi muda.

image

2

Simbolik disebalik PELANGI HIJAU membawa maksud Kebaikan Semulajadi , Segar dan Keharmonian.

image

4

Cabaran Amal

Seiring dengan pelancaran ini , YEO’s turut melancarkan sebuah cabaran amal  iaitu ‘ Cabaran Amal Yeo’s Ceria Ria Pelangi Hijau’ yang bertujuan untuk mengumpul dana sehingga RM100,000 yang mana duit tersebut akan diserahkan kepada 6 buah rumah kebajikan terpilih di Malaysia. Setiap gambar dan video yang diterima daripada penyertaan cabaran amal ini , YEO’s akan menyumbangkan RM1 dan RM10 !

Caranya mudah jer.. Mereka yang berminat boleh menyertai cabaran ini dengan menghasilkan sebuah video berdurasi 30 saat dengan lagu YEO’s atau mengambil gambar bersama rangkaian minuman YEO’s dengan menggunakan telefon pintar dan muat turun ke laman sosial media dan hastag #yeoscharitychallenge. Peserta turut berpeluang memenangi hadiah mingguan sejumlah RM1,000 selama 14 minggu ! Mudah je kan 

Untuk lebih lanjut , sila ke www.yeos,com.my

11 ulasan:

  1. Asalam Ben..cantik tampilan yeos tu...

    BalasPadam
  2. Menarik! wajah Yeo's yang baru ni tampak lebih unik dan 'segar' :)

    BalasPadam
  3. cantik design yeos terbaru ini..🍰🍰😊😊

    BalasPadam
  4. Nampak lebih menarik dengan packaging yang baharu

    BalasPadam
  5. Nampak lagi simple dari sebelum ni....

    BalasPadam
  6. selalu je buat perubahan..hebat yeos ni !

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009