Isnin, 21 Ogos 2017

Demam campak la pulak Qhaliff !

Wife bagitau aku.. tadika Qhaliff , ada pelajar kena demam campak. Kawan baik Qhaliff sendiri pon sedang mengalaminya. Hurm... Qhaliff , tak menampakkan lagi tanda tanda nak 'join sekaki'. Kalau kena , abis la satu rumah kena kuarantin. Tapi kalau kuarantin , bagus la gak.. hahaha.. Aku ada banyak keja nak kena buat. Kalau wife kerja , aku kena buat sebelah malam jer.. Letih gak aku wooo.. 
Pagi tadi.. sedang aku sibuk 'berurusan' di media sosial , Qhaliff datang kat aku. Dia suruh aku garu belakang dia. Aku tengok. Banyaknya kena gigit nyamuk ! Hurmmm... Aku gosok pelan pelan.. Tak terpikir apa apa melainkan kat mana laaa dia kena gigit tuu ! 
Petang , dia tunjuk kat mak dia. Terus wife tunjuk kat aku. Merah dia makin banyak. 
" Bang... Qhaliff kena campak ni.. ! ". Katanya. 
Aku tengok. Confirm ! Kat dahi dia ada sebijik dah mengelembung. Terus aku  suruh semua bersiap. Gi klinik. Tapi sebelum tu , aku sapukan badan dia dengan Magic Body Lotion Cosmoderm. Tujuannya untuk mengurangkan rasa gatal di badannya. 
Lepas sapu tu, dia tak datang mengadu dah. Katanya ok. Tapi tetap kena gi klinik gak. Sebabnya , wife kena kuarantin ! Dalam erti kata lain.. hehehe. kena duduk kat rumah je. Best laaa kan ? Huhuhu.. 
Gi klinik. Confirm campak. Ubatan di beri. RM180+ ! Aduh... di kala ekonomi sedang berkembang pesat , bak kata 'orang tu' , banyak pulak perbelanjaan kena uruskan.. duit duit duit ! Hurmm.. Tapi jangan berkira laa.. anak kot ! Tak baik. Setiap anak ada rezekinya.. kan kan ? 
Kena cuti seminggu.. uhuhuhu.. Kalau Zahra kena minggu depan... jawabnya, beraya di KL je laa..

7 komen :

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

alahai siannye..tapi xpelah kecik dpt campak. kalau ada parut pun nnti die mmbesar akan hilang insyaallah..mcm ank ida la. still ada parut tapi makin lama dh pudar..

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Moga bang long cepat sembuh..

Usry Norie berkata... [Reply to comment]

Untuk kes demam campak biasayan saya akan gunakan cream acloviar yang dibeli di farmasi. kemudian saya juga akan gunakan lotion calamine untuk menguragkan gatal.
ubatan lain sebagai persediaan ialah, syrup Panadol (PCM) dan syrup piriton.

Selain itu, saya juga akan guna daun 'semambu' yang diramas dan mandikannya kepada anak saya tiga kali sehari. (ini petua fdari kaum India dan nampaknya ada synergi dengan ubatan moden)

Mohaz Sue berkata... [Reply to comment]

Alahai... moga Qhaliff cepat sembuh..

mas saari berkata... [Reply to comment]

Anak saya dulu kena teruk, sian sangat. Moga Qhaliff cepat sembuh.

Mimin Adam berkata... [Reply to comment]

huishh Qaliff.. GWS Qaliff

Aida Farzana Mohmad Shamsuddin berkata... [Reply to comment]

Ramai pula yang kena demam campak ya.. saya pun baru baik dr demam campak ni..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI