Rabu, 16 Ogos 2017

Hari ini , beberapa tahun lepas..

Hurm.. menyorot kembali TimeLine Facebook aku ,tahun lepas dan sebelum sebelumnya , memang mengamit perasaan. Inilah kegunaan Facebook sebenarnya selain dari mencari rezeki. Bukan ruang untuk menyebarkan fitnah mahupun mencaci maki.
Tahun lepas.. pada ketika ini kita sedang dilanda jerebu. Aduh , jerebu memang memeritkan. Terasa kehilangan sungguh. Tak nampak langit biru.. awan apatah lagi. Nak hirup udara segar , jauh sekali. Hidung penuh dengan benda asing ! Hahaha.. Hari ini, dah beberapa hari hujan. Ramai mengeluh. Katanya payah nak gi kerja. Atau air naik. Hurmm.. dah tu nak jerebu ke ? Atau nak cuaca kering ? Bawak bawak bersyukur..
Dan aku scroll lagi.. Terhenti bila melihat gambar ni..
Tak sempat Aariz bermanja dengan atuknya. Hurm.. arwah ayah memang sayang sangat cucu cucunya. Dalam tak sihat pon dia tetap nak gi jemput cucu kesayangnya di tadika. Risau balik ngan orang lain.. huhuh..  Semoga Allah ampuni dosa dosa arwah ayah kita. Al-Fatihah.
Aku scroll lagi.. Kali ni terhenti di kenangan terindah aku saat aku bergelar blogger! Andai aku tidak berhijrah dari kerjaya aku.. aku rasa aku tak mungkin akan menikmati semua ini... Sesuatu yang aku langsung tak pernah terlintas akan menjadi kenyataan.. langsung tidak ! Aku anggap ini umpama mimpi dalam mimpi ! Sehingga sekarang , aku masih gosok mata aku.. Benarkah aku di situ ???
Di kilang buat kapal terbang ! Sememangnya adalah impian aku nak tengok sendiri camana kapal terbang dipasang.. kemudian berlepas dari kilangnya sendiri ! Aku bukan saja dapat rasa malah menikmatinya !! Alhamdulillah.. bayangkan korang naik kapal terbang yang mana kapal terbang tu baru je siap.. pastu berlepas menuju ke 'tempat kerjanya' ! Fuh... best giler perasaan ni. 
 

Dan... 

Aku tak bersedia langsung ketika ni. Hahahahah... Keterujaan aku mendapat tawaran ke sini , pada pagi raya memang tak boleh diungkapkan. Pada awalnya , aku ingat aku nak kena prank dah ! Tapi tergerak hati untuk hubungi pegawai terbabit..
Hurmm.... sapa sangka kan ? Segalanya ada hikmah. Berhijrah tu sememangnya bagus. Kalau tak cuba , tak tau kan ? Takkan nak duduk setempat jer. Yer, memang dah selesa tapi takkan sampai ke mati kot ? Huhuh.. bawak bawakkan diri tu , menempuhi cabaran dunia. InshaAllah.


5 komen :

mas saari berkata... [Reply to comment]

Moga terus ada rezeki Aben sebagai blogger!

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

kenangan

Nadiah Suhaidi berkata... [Reply to comment]

Besnya dapat pengalaman free trip melihat mcm mana kapal terbang dibuat.
Rezeki sungguh tu.

Dan Al-Fatihah juga buat Arwah Ayah Ben.
Semoga beliau tergolong dalam orang2 yang beriman.

Delimasari berkata... [Reply to comment]

memang indah kehidupannya

Papa Amyzal berkata... [Reply to comment]

Al-fatihah untuk arwah ayah. Semoga Ben terus maju

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI