Jangan pentingkan diri bila anak ada 'demam campak' !

by - Khamis, Ogos 24, 2017

Aksi terakhir sebelum kena 'campak' 

Qhaliff menjerit bila nampak aku keluar rumah.. aku keluar pun bukan suka suka !  Demi sesuap nasi untuk hari tu.. heee.. Sesuap dah la.. lebihan suap , boroi lak. Kesian lak tengok muka dia. Nak bawak tu la aku rasa cam.. hurm.. aku jadi penyebar virus campak lak ! Kesian kat anak anak kecil di luar sana nanti... kan kan ? Lebih lebih lagi pada ibu mengandung. Bahaya kata orang..orang mana tu , aku tak tau la.. kena google cari info pasal ni.
Si abang dah kena.. maka si adik adiknya kena standby. Apakah demam campak ini akan berjangkit pada adik beradiknya yang lain ? Bagaimana pula dengan jiran tetangga ? Orang dulu dulu letak daun semambu kat pintu masuk rumah. Ada sebabnya... katanya la.. Dan daun semambu ni banyak gunanya ketika demam campak. 
Pantang larang ketika campak ni pulak , orang muda muda tak amik endah sangat. Contohnya minum air kelapa untuk cepatkan pengeluaran campak tu atau hilangkan bisa pastu jangan mandi. masak di rumah pon tak boleh. Makanan pun kena jaga... tak leh ayam . seafood dan kicap ! Hurmm. 
Kesimpulannya... bila anak kita ada campak maka sila berkuarantin la. Jangan jadi tukang 'viral' lak.. huhu.. Kesian tu memang kesian.. tapi kalau kita kesiankan diorang , rawat hingga sembuh pastu baru bawak jenjalan.. kan kan !

You May Also Like

8 comments

  1. Semoga demam campak anak Mr Ben cepat sembuh. InsyaAllah. Aamin. :)

    BalasPadam
  2. betul2, jangan jadi orang yang viralkan campak...kesian yang lain berjangkit

    BalasPadam
  3. Ye..sila kuarantin. Syg anak..syg juga anak org lain
    Speed recovery utk Qhaliff

    BalasPadam
  4. Pantang utama peluh...bila berpeluh...gatalnya....boleh nangis.

    BalasPadam
  5. Setuju sangat-sangat.. Jangan kerana kecuaian kita anak org lain jd mangsa. Semoga Qhaliff cepat sembuh...

    BalasPadam
  6. Betul tu, saya siap cuti 2 minggu kalau anak kena campak. Nak pastikan dia dah betul² semnbuh sebelum hantar ke taska.

    BalasPadam