Kena berjaga lagi aku sebab... Ceh , tajuk macam blog 'tabloid' jer !

Hurmm.. Demam lagi Zahra.  Dah gi check doktor. Tekak dia merah. Hurmm... memang kalau dia tak jaga kebersihan makanan atau jari dia, boleh 'bermasalah' ! Bila sakit , aku gak kena jaga. Hurmm... Sebab tu wahai anak anak yang ada mak bapak.. jangan ingat bila sakit tu , korang je susah tauuuu ! Haaaa.. 
Jam 2 pagi.. kalau aku terlena tadi , aku tak tau laa nasib si Zahra ni. Nasib baik laa ada channel TVN Movies ni ! Citer Korea original punya.. bukan pelakon plastik ok ! Bukan pelakon operate ok ! Muka Korea ori punya.. hahaha.. Jalan cerita pun ori ! Memang best ! 

Masa aku pegang dia.. macam tak panas tapi aku tengok dia mengigil semacam. Terus check suhu dia. 38.9 !!! Huhhh... Terus amik ubat demam dan kasi. Kemudian demah dia ngan kain basah di dahi dia.. 5 minit kemudian , check balik.. 
Alhamdulillah..  Lena balik tidur dia.  Aku , demam pagi tadi.. Tak cukup rehat agaknya. Hurmm.. Tapi memang betul la.. Tugas seorang ibu , memang tak cukup rehat ! Respek ! Tolong hormat mak ayah korang yer ! Jangan besar kepala walaupun bergaji besar !! Diorang jaga korang dari kecik.. hingga besar ! Sihat.. berkerjaya.. berpendidikan ! Kalau dapat macam ayah si gadis tu.. yang ada 631 pertuduhan ? Haaaa... bayangkan ! Maka , bersyukurlah.. 

2 ulasan:

  1. Speed recovery Zahra..
    Ayah dan Ibulah mesti dihormati...Ayah dan ibu pun kena jaga kesihatan.kalau tak sape nak jaga dorg

    BalasPadam
  2. Kalau anak² demam memang tak keruan kita, tidur pun tak lena.
    Moga Zahra kembali sihat!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009