Makan je apa yang mak kamu masak !

Semalam , aku mintak wife masakan kari ikan merah. Ikan yang dibeli di pasar Kuala Kemaman , minggu lepas , dengan harga yang jauh lebih murah dari di KL.. dimasak dengan sebaiknya. Hehehe.. Pada awalnya , dia nak masak sup ikan tapi aku tak nak. Aku tak gemar sup ikan. Huhuh.. Sup sayur , ok... atau sup ayam. Sup ikan je aku tak suka. Wife ikut je kehendak aku. Walaupun ini pertama kali dia masak kari ikan bercitarasa mamak.. hahaha.. 
Dia mintak aku jangan bandingkan dengan masakan mak aku yang dah sememangnya mahir masakan kari. Aku tak pun bandingkan tapi aku bagi je pendapat aku.. tu pun dia yang tanya. Ok ke , tanya dia.. Aku bagi jawapan seikhlas dan sebenarnya. Dia menerima dengan baik. Sememangnya wife cepat belajar bab masakan ni. Dan aku tak kisah sangat pon. Sedap ke tak.. aku makan jer. Duit woii! Ingat lauk pauk tu dapat free ke ???
Bila cakap pasal kari ni , aku teringat arwah ayah aku. Dia sememangnya penggila kari. Hari hari wajib mak aku masak kari ! Kalau nasi abis , dia cicah ngan roti. Kalau roti takda , dia guna biskut kering lak ! Tapi memang sedap laaa ! 

Aku tak suka kari ! Sewaktu kecil dulu.. kari bukanlah kegemaran aku kecuali kari ayam ! Apa saja yang ada ikan , aku tak suka... ikan 'ayam' aku suka ! Hahahaha.. Sehinggalah satu hari tu , arwah ayah mengamuk ! 
" Hangpa makan apa yang aku makan !! " . Jerkah ayah. 
Adoiyai... nak tak nak.. makan je la. Bila dah bijak sikit, letak kicap selepas letak kuah kari dan nasi wajib panas! Perghhhh.. sedap giler ! Tu belum letak cili merah lagi.. Giler laaa... Memang bertambah laa.. 
Sekarang.. baru aku tahu kenapa arwah gilerkan kari. Lagi lama lagi sedap ! Hahahaha.. Nasib baik la aku ni jenis makan apa saja wife masak.. walaupun aku tak suka , aku tetap makan.  Sejujurnya kalau aku gi mana mana event atau food review , aku mesti nak balik makan di rumah gak.. 

2 ulasan:

  1. Saya bukan penggemar kari tapi kalau air tangan mak yang masak automatik terjadi suka!

    BalasPadam
  2. Arwah ayah saya pun penggemar kari, takde hari-hari mak masak kari tapi dalam seminggu mesti ada. Saya pun suka, cumanya kesukaan tu jadi bertambah-tambah bila bendi bergelimpangan dalam kari tu...huih sedap!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI