Isnin, 28 Ogos 2017

Hati-hati 3 Tinggi

Umur dah masuk 40 tahun.. er , ikut tahun dah kira 41 sebenarnya. Heee.. tapi kalau ikut bulan , masih 40 tahun ! Huhuhuh... Jiwa muda la katakan.  Apa ada pada umur ? Banyak sebenarnya. Bila dah cecah 40 tahun ni , mata mula kabur , kesihatan mula menurun seandainya tidak menitik beratkan penjagaan kesihatan dan pemakanan ! 
Baru-baru ni aku ada gi buat pemeriksaan darah. Orang kata , bila dah 40 tahun ni , kita kena buat pemeriksaan kesihatan ! Haaa... Nak tak nak , suka atau tidak.. aku kena buat gak ! Sememangnya aku takut nak buat sebenarnya. Tapi kena buat gak. 
Tapi sebelum tu , aku ada buat pemeriksaan fizikal di satu majlis anjuran Anlene. Aku agak obes ! Hahahaha.. masak aku !! Lemak perut berlebihan. Yer , gara gara 'raya sebulan' ! Aku dinasihati agar banyakkan bersenam dan sememangnya itulah yang aku nak mulakan kembali.. bersenam ! 

Tekanan darah , Alhamdulillah.. ok. Tapi kena jaga gak sebab ada kalanya tinggi sedikit. Mungkin sebab aku banyak kerja dan sedikit tertekan. Dan keputusan darah dapat 2 hari kemudian. Kandungan kolestrol agak tinggi tapi kandungan gula dalam darah , normal. 
Secara jujurnya , aku memang takut part kolestrol tu. Gula , aku memang jaga sangat memandangkan sejarah kesihatan orang tua aku yang ada penyakit kencing manis dan darah.  Apa yang perlu aku lakukan ialah jaga pemakan selain dari bersenam. 
Selain dari itu , aku kena mula amalkan minum susu Anlene HEART PLUS. Sebelum ni , aku selalu tengok mak mertua aku minum susu Anlene. Katanya bagus untuk menguatkan tulang terutama mereka yang dah bergelar warga emas. 
Apakah aku sudah layak digelar warga emas ? Hahaha.. tak laa.. Tapi aku kena gak la bersedia dari sekarang.. kan kan ? 

Kenapa Anlene HEART PLUS ?
Anlene dengan formula baru yang mana bukan saja menjaga kesihatan tulang tetapi kini turut fokus pada kesihatan jantung , kolestrol , tahap gula dalam darah dan juga tekanan darah.. 3 Tinggi  yang mana sering menyerang rakyat Malaysia tanpa mengira umur dah sekarang ni ! 
Profesor Dr.Chee Kok Han , Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya berkata kolestrol tinggi , tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi yang dikenali sebagai 3 Tinggi adalah faktor utama penyakit tidak berjangkit yang juga merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia. Penyumbang terbesar pada jumlah ini adalah serangan jantung dan strok.
Anlene Heart Plus mengandungi MoveMax dan HeartMax yang mana ianya merupakan gabungan nutrien bagi membantu menjaga kesihatan jantung di samping juga menyokong pengerakan. Gabungan nutrien HeartMax termasuklah sterol tumbuhan , Omega 3 ( DHA & EPA ) dan kalium , dengan kebaikan kebaikan seperti berikut :
  • Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolestrol dalam darah ;
  • Kalium membantu mengekalkan teknan darah yang normal dan 
  • Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah.
Selain itu , Anlene Heart Plus diuji mengandungi Indeks Glisemik yang rendah yang mana penting dalam membantu menguruskan tahap gula dalam darah. Dan atas faktor faktor inilah aku mula mengamalkan pengambilan susu Anlene Heart Plus , setiap hari ! Kesihatan amat penting bagi aku. Tak sanggup aku nak ' bermalam' lagi di hospital ! Huhuhu.. 
 Kalau sayangkan kesihatan , berubahlah dari sekarang. Jangan tunggu 'tersadai' ,baru nak menyesal ! Jom kita mulakan bersama sama yang tersayang..


25 komen :

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

Lisa pun minum anlene hehehehe

Lynda Che Lah berkata... [Reply to comment]

Lama tak minum susu.. kena start balik la macam ni.
Kesihatan mmg kena jaga..umur dah banyak

Cik Za berkata... [Reply to comment]

Susu anlene ni bagus utk tulang dan kolestrol.. cikza amalkan dah 2 tahun.. kadang suka bawa opis yg pek kecil..

Sue Izza berkata... [Reply to comment]

Huhuuuu mmg dah kena paksa minum susu,tulang gigi suma dah terjejas kalsium anak amik huhuuu....nak try la tapi kena campur jugak ni tak suka susu kosong huhhu

qaseh dalia berkata... [Reply to comment]

Anlene sedapp .. masa preggy susu ni yg boleh telan selain susu kambing

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

Mcm dah lama x mnum susu. Huhu. Last ms preg je la. Kena fikir bab tulang ler plak. Ngee

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Yanie pun amalkan anlene skrg ni.. Tadi mula baca tertanya jugak apa tu 3 tinggi.. Rupanya kolestrol tinggi , tekanan darah tinggi dan tahap gula darah tinggi.mcm 3 serangkai jugak. Tq abg ben sharing..

Umminani berkata... [Reply to comment]

sedapka? huhuu.tak lalu la susu

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Selama ni dok ingat Anlene utk tulang ja, rupa rupanya banyak khasiat lain eh

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO berkata... [Reply to comment]

Suka minum anlene.. sedap..masa preggy pun minum anlene..

admin berkata... [Reply to comment]

saya ada minum tpi jarang kena mula balik ni

Emarieys berkata... [Reply to comment]

Saya ni jenis tak minum susu.. Nampak nya demi kesihatan kenalan paksa diri.

mas saari berkata... [Reply to comment]

Yup, umur dah nak 40an memang kena jaga kesihatan. Saya pun dah mula minum susu sekarang, dulu tak suka. Nanti nak try jugak Anelene ni.

Papa Amyzal berkata... [Reply to comment]

Saya pun minum Anlene. Selain untuk kesihatan tulang, rasanya lebih sedap jika dibandingkan dengan susu jenama lain

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Dah lama tak minum susu.
Jatuh cinta ngan khasiat Anlene yang baru ni...complete!

Dura Norell berkata... [Reply to comment]

Betul.. elok amalkan minum susu terutama bila usia dh meningkat

Hafiz Rahim berkata... [Reply to comment]

Susu anlene memang bagus kalau amalkan

Mohaz Sue berkata... [Reply to comment]

Moha pun dah hampir 40. Nampaknya kena amalkan minum Anlene sekarang ni.

Irna Nurasikin berkata... [Reply to comment]

Selama ni ingat Anlene utk kalsium shj..

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

Mak minum anlene..yang ni boleh bgtau mak

dorsett pink berkata... [Reply to comment]

Thanks ben for reminding.. Such a great entry

Eyqa Hasnan berkata... [Reply to comment]

Bagus Anlene nie. Boleh amalkan nanti

IQ = Izyan Balqis berkata... [Reply to comment]

Anlene mmg bagus amalkan. Rase kne minum jugak lepas ni

kasihsyurga berkata... [Reply to comment]

kena start jugak le ni.. usia pon da makin bertambah....

Aryn Keluarga Hebat Dot Com berkata... [Reply to comment]

Betul..kena jaga kesihatan dari skrg

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI