Resepi Jagung lemak berkrim pastinya disukai ramai !

Aku post di instagram. Ada yang tanya apa namanya ? Apakah resepinya ? Sedapkah ?
Adik ipar aku yang buat. Aku tukang makan jer ! Tapi yang pastinya , memang sedap ! Jagung sedap, kuahnya pun lazat berkrim ! Fuh.... aku tak tau apa namanya. Dia pon tak tau. Dia tau buat jer ! Hahahaha.. Apakah resepinya ?? 
Ok.. tadi aku tanya resepi. Apakah bahan yang digunakan. Dia pun cerita laaa... Dan tunjuk bahan bahan yang digunapakai untuk bikin ini jagung sedap sehingga batang dia pun nak ditelan ! Hahahaha.. Sedap okkkk ! 
Tapi yang susu , leh guna santan... lagi berlemak ! Campurkan semua bahan ni.. letak garam secubit. Pastu panaskan sehingga jadi sup gituuu.. Haaaa ! Kasi rasa skit.. kalau rasa dah ngam . masukkan jagung ! Rebus laaa.. kasi yummy ! Siap ! Haaa.. senang kan ? Huhuhuh.. Leh jadi blogger masakan dah aku ni ! Hahahahah.. 
Mat Gebu kalau baca ni , mesti marah aku punya. Merosakkan imej blogger masakan tul cara aku bagi resepi. Hahahaha.. Dah tu nak wat camana ? Itu je yang aku dikasi tau. Tak kasi tau kena gaul ikut pusingan jam ke.. berlawanan ke.. pastu kena baca apa apa mantera kasi sedap ke.. Haaa.. tak tauuuu aku ! Aku tau , makan jer ! Heee.. 
Selamat Mencuba ! 

5 ulasan:

  1. memang sedap. kalau ikut nak makan ngan tongkol sekali.
    hirup susu sampai kering pinggan

    BalasPadam
  2. Hehehee, memang lawak resepi. Tapi nampak sedap, nak cuba jugaklah!

    BalasPadam
  3. Hahah geleng kepala pcm baca :p campur semua je ek pastu siap :-D

    BalasPadam
  4. Apa sukatan? Bubuh habih semua tu ka?

    BalasPadam
  5. Nampak sedap sangat tu😍😍😍

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI