Apa kaitan denggi dengan ketam ?

by - Sabtu, Disember 29, 2012

 

Yummy .. sedap wooo maggie ketam adik ipar aku masak ni .. Huhuh.. Ikutkan , apa saja maggie sedap bagi aku .. Hantu maggie la katakan .. Bukan hantu madu yer .. huhu ..

Haaa .. Orang kata kalau kena denggi , makan sup ketam ni penawar untuk denggi .. Benarkah ? Ahaaa .. Ok ,aku google dan jumpa satu testimoni dari blog ni .. Aku copy sat eh .. Jangan tuduh aku blogger copy paste lak yer ..

SAYA ingin berkongsi pengalaman berhubung usaha melawan demam denggi dengan hanya makan sup ketam. Ketika dijangkiti penyakit itu pada Mei tahun lalu, saya mendapati ketam, mengandungi protein yang tinggi, dapat membantu pembinaan semula platelet darah.

Pengambilan sup ketam dipercayai menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan begitu cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang minum dan makan satu mangkuk besar sup ketam (500 ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa singkat, iaitu cuma antara lima hingga lapan jam.

Pesakit akan pulih hampir sepenuhnya dalam tempoh berkenaan. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawahnya.

Malah, proses pemulihannya amat pantas kerana pesakit tidak perlu makan multivitamin ataupun pil magnesium untuk memulihkan tenaga dan staminanya. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptom awal denggi boleh mengambil sup ketam sebaik saja menyedari tanda diserang denggi.

Sehingga kini pemerhatian saya mendapati tidak kurang daripada 20 kenalan yang diserang denggi sembuh dalam masa lima hingga lapan jam selepas makan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengagumkan dan saya pulih sepenuhnya dalam masa tujuh atau lapan jam ketika diserang demam denggi. “

Haaa …. menarik bukan ? Tapi part selepas tu buatkan aku tersenyum lebar ..

Saya harap satu kajian saintifik perlu disegerakan bagi merealisasikan penemuan ini dan orang ramai tidak lagi fobia dengan wabak demam denggi apabila penawarnya ditemui.

Jika anda hadapi deman denggi atau keluarga anda kami sedia membantu mendapatkan ketam.Sila Tel . Ketam Segar Pintas Tanjung Bungah Faruk Abdul Rahman 012 552 1820 / 012 560 4036 .”

Hehehe .. pikir positif la yer .. Sumber dari SINI .. Yelah , mana tau ada yang mencari kan ? Ok la tuu..

Lupa lak … Maggie ketam yang dalam gambar diatas tu , bukanlah aku yang masa tapi adik ipar aku .. Anaknya, Ammar yang pernah top di blog aku satu tika dulu , disyaki dijangkiti demam denggi , minggu lepas.. Alhamdulillah , dah pulih ponn ..

Apa pun , segalanya terpulang pada kepercayaan korang .. Dapatkan nasihat pakar , seperti .. aku ? Heheh.. Doktor pakar laa.. huhu ..

You May Also Like

11 comments

  1. lepas ni mkn ketam jela bila kena denggi..atau ada enzim pengubat denggi pada ketam

    BalasPadam
  2. good info...tp kalu xdemam pun mesti belasah jgk....hahahaha

    BalasPadam
  3. ha ?? wow :D mungkin ada betolnya tu. ketammm... bukan setakat makanan je yerk. ada juga manfaatnya yg lain.

    BalasPadam
  4. Betul tu abg ben..sya pun pernah kena denggi juga dulu..makan ketam ni dapat membantu untuk cepat pulih..

    BalasPadam
  5. Betul ke ? first time dengar... boleh diamalkan. BTW lisa suka makan ketam... ase nak try jugak. tak sakit pon boleh makan kan ? hehehehe ....

    BalasPadam
  6. Sobsob malangnya saya elergik dengan ketam T_T

    BalasPadam
  7. org alergik seafood mane nak makan ketam ni...

    BalasPadam
  8. wah nampak sedap pulak... saya pun alergik dengan ketam tapi layan juga.. tak kira la.. gatal2 tu belakang kira.. huhuhuuhu..

    BalasPadam
  9. sy pon ade terbaca pasal ni..
    tak sangka semudah itu :)

    BalasPadam
  10. ni saya setuju.
    sbb last week doktor suspek sy kena denggi.
    malam hari ketiga demam tu, tgn sy luka tp darah susah berhenti.
    10 minit baru darah berhenti pdhal luka kesan gigit nyamuk je.
    hari keempat demam sy balik kg makan sup ketam.
    esok tu pergi cek darah,platelet dah okay.

    BalasPadam