'Lagenda Budak Setan 2' Sebuah Karya Lemah ?

by - Jumaat, Disember 21, 2012

 

Camana aku leh tertipu ? Hari tu sewaktu aku bawa Lyssa Faizureen pusing pusing Alamanda , singgah jap depan GSC dan terpandang trailer LAGENDA BUDAK SETAN 2 .. Aku bagitau dia yang aku terpikat dengan sinematografi filem tu dan berminat nak menontonnya tapi sayangnya aku tak berkesempatan berbuat demikian .

Dan  ternampak di MSTAR ONLINE tadi , coretan dari penulis artikal di situ mengatakan filem LBS 2 tu tak menarik ? Waaahhh .. Apakah aku jenis mudah tertipu dengan trailer ? Huhuh..

'” Adaptasi bahagian kedua ini dilihat lebih rapi dan dekat dengan novel asal.

Pendekatan itu wajar dipuji tetapi kesannya momentum filem ini dirasakan sangat hambar dan perlahan.

Lebih memburukkan penilaian, konflik-konflik yang diselitkan sebagai sub-teks LBS2 juga dilihat kurang meyakinkan.

Konflik-konflik itu mungkin disulam dengan efektif dalam novel tetapi sayangnya ia kurang menjadi apabila diterjemahkan menerusi visual.

Akibatnya, segelintir penonton tidak boleh lari daripada dibelenggu kebosanan pada hampir keseluruhan filem.

Baca lanjut di SINI ..

Hurm … hurmmm .. Sayang betul novel karya Ahadiat Akashah ni tak menjadi dalam filem .. Kalau dalam novel , confirm ada yang meleleh air mata .. huhu ..

Ni yang malas nak g tengok filem tempatan ni . Tapi tak adil la kan nilai gini kan kan ? Tapiiii .. sejak akhir akhir ni , mmg menghampakan , kan ? Apa nak buat .. hakikat ..

You May Also Like

12 comments

  1. Kononnya nak dapatkan lebih 11 juta la tu.. nak tiru cam Ombak Rindu.. hehehehe

    www.papablogger.my

    BalasPadam
  2. tapi kebanyakan kita memang selalu tertipu dengan trailer pun..hehehe

    BalasPadam
  3. tp almost yg tgok filem meleleh air mata gak , so bole le tahan

    BalasPadam
  4. baru pas tgk...itupun download. sangat-sangat bosan... takde feeling langsung tgk..film yg agak lemah..tak se gah trailer sume.

    BalasPadam
  5. memang bosan pun filem ni. dari awal sampai akhir bosan. kawan siap tidur lg dalam panggung. hahaha

    BalasPadam
  6. betol tu abg ben...saya adalah salah seorang yang tengok filem ini di pangung pada hari pertama ia ditayang kan...semua nya hambar...mungkin orang akan nengok pelakon yang mereka minat sahaja...itu baru LBS2 blm lagi LBS3 pada tahun hadapan lagi mengelirukan...

    BalasPadam
  7. la baru nak tengok..tak jadi ah..haaa
    http://www.jeritpekik.my

    BalasPadam
  8. Alorh...
    Dalam novel sampai bengkak mata baca..
    Ummm..

    BalasPadam
  9. so true la abam ben. tengok sambil nangis...nangis sebab 'best giler'
    tapi semuanya dusta belaka. aiyarkkk!

    BalasPadam
  10. trailer aje best tapi hakikatnya?! Ohmyy , hahah

    BalasPadam
  11. cerita dia mendatar jer.. tapi kalau dalam novel memang best giler.. menyentuh hati dan perasaan.. tapi apsal bila dah dilakonkan macam tak der perasaan macam tu langsung.. huhuhuhu hampa dan kecewa

    BalasPadam