Filem ‘ Adik Manja The Returns’ bakal senasib Zaiton The Movie ‘ ?
Terbaca di Mstar Online hari ni .. Dua isu yang dibaca .. Satu pasal filem yang tak laris dan satu lagi bakal dimainkan di panggung tidak lama lagi ..
Aku pernah dapat undangan untuk pratonton filem Zaiton ni tapi sayangnya tak dapat pergi sebab ada hal peribadi . Tapi menurut kawan yang pernah menontonnya, filem Zaiton ni mmg menarik .Tapi entah apa yang tak kena , filem ni tak dapat sambutan langsung ..
Filem 'Zaiton Ceritaku' hanya mampu mendapat kutipan di pawagam sebanyak RM59 ribu sahaja.
Dan bakal ditayangkan nanti , filem yang pernah hangat pada tahun 1979 ( aku baru usia 3 tahun ! ) , ‘ Adik Manja’ akan kembali bersama sentuhan terkini tapi masih mengekalkan eleman utama iaitu tentang kenakalan dan masalah disiplin pelajar-pelajar perempuan di sebuah institusi pengajian swasta.
Dharma bersama barisan pelakon 'Adik Manja The Returns' .. Rozita Che Wan, Faezah Elai, Juliana Evans, Jehan (Raja Lawak) dan Fida Ibrahim.
Hurm… Kalau promosi tak kuat , atau tidak ada sokongan dari media elektronik .. aku rasa filem ni akan mengalami nasib seperti Zaiton CeritaKu .. Aku pun tak tau kewujudan filem ni hinggalah baca di Mstar tadi ..
Kalau lihat dari filem luar , promo mereka awal awal lagi dah cukup mantap hingga membuatkan penonton dah tak sabar nak ke panggung ..
Faham faham je la di Malaysia ni .. Promo kena power , pelakon lak perlu ada yang ‘beraura’ agar mampu menarik penonton ke panggung.. Best ke tak filem tu , belakang kira. Tonton dulu baru tau .. hehe .. Dan kalau takat pacak perempuan tayang badan , mmg tak laris dah laaa zaman ni ..
Kalu tanya aku , nak g tengok tak filem ni ? Aku cuma mampu jawab .. “ Errr .. “
Tiap kali ke panggung untuk tengok filem melayu , aku hampa ..
12 comments
kita pun kalau org tanya jawab.. erkk... jugak. :D
BalasPadamAWAS!JANGAN BAGI SCOTT'S EMULSION PADA ANAK WAKTU MALAM
BAPAK DIA KATA NAJWA LATIF ANAK DERHAKA
cerita melayu memang kekadang menghampehkan... huhuhu
BalasPadamAl Fatihah Untuk Arwah: Genap Sebulan Pemergiannya
mmg hampa... nak sokong tp bila berkali2 hampa, hati ni berat pla nak sokong lg.. hehe
BalasPadammacam tak best juga.. tgk iklan zaiton tu pun aduhai sangat2 membosankan..
BalasPadammana ada anak muda skrg ni nk lyn cerita macam ni..lagi2 berkisarkan org yg langsung dorang x minat..zaiton sameon ni penyanyi lama...cuba kalau buat cerita benar artis2 yg terkenal skrg,pasti dapat sambutan...kalau bawak makcik2 yg lahir zaman zaiton sameon ni,dah tentu pecah panggung dbuat nya...
BalasPadamHmm, entah la. Tau awal jugak cerita ni ada, tapi nampak macam tak menarik. Yelah, lahir era bila..
BalasPadamzaiton sameon. saya rasa rasa nak download muvi tuh. sebab hari tuh ada juga tgk disebalik tabir dia . macam best je
BalasPadambaru tahu ade citer zaiton tu..tataw pon :)
BalasPadamteringin nak tgk filem melayu yang lari dari cerita cinta dan lawak..nanti tggu laa zaman kegemilangan kakisembang jadi Pengarah..hehe
BalasPadamkesian kan..kalu saya mmg layan jerk tp lambatler nak repeat semula.....
BalasPadamhampa hati ku By Ungu...hihihi
BalasPadamklw tgk promo depa pun mmg berkira2 nk pergi tonton.
BalasPadamtp haritu p pasar karat kt jb. dh terjual cetak rompaknya. Dpt la tgk sikit.... rasanya bole tahan jugak cerita tu..