Jika korang sebut ' Cepatnya mereka membesar..."

by - Khamis, September 06, 2018


3 orang dah anak aku. Dulu , aku lahirkan satu perasaan.. mampukah aku besarkan anak aku sendiri ? Ketika tu , baru seorang. Bila masuk nombor 2 , aku rasa cuak lagi. Sekali dapat nombor 3.. hahaha.. lagi la ! Lama kelamaan , rasa cuak tu hilang. Malah rasa nak tambah nombor 4 dan seterusnya. Nasib baik aku dah meningkat usia. Sian pulak nanti bila dah tua , baru nak antar anak masuk darjah Satu. Kang ada ingat antar cucu.. Huhu.. 

Kelmarin.. 2 malam aku off gym. Aku rehatkan badan dan luangkan masa dengan anak anak. Nak dapat 3 sekali berkumpul , bukan senang. Si abang dah bersekolah. Malamnya , aku lak sibuk dengan rutin aku. Jika tidak , sibuk dengan tugasan blog. Cari makan la katakan. 

Aku letak telefon aku jauh jauh. Wife pun gitu. Pastu borak ngan anak anak dan bermain bersama. Rupa-rupanya baru aku sedar.. lama dah aku tak abiskan masa sepenuhnya dengan mereka. Memberi perhatian tanpa ada sedikit pun gangguan. Allah.... siannya mereka. 

Bayangkan tu aku yang jaga anak sendiri.. Dalam tak sedar rupanya banyak masa terlepas begitu saja dan mereka semakin membesar.. Makin mereka membesar , mereka makin akan berubah. Tiada lagi sikap keanakan tetapi semakin bijak dan matang. 

Nah, ketika ni pastinya merindui saat mereka masih bayi dulu.. huhuh... Kalau aku bekerja, lagi laaa.. Malam baru dapat jumpa diorang. Huhuhu.. 




Nasib baik ada Facebook.. Hurmm.. 

You May Also Like

8 comments

  1. yess boleh trhowback dengan facebook. nak ulang kembaling mmg xdapat dah hurmm

    BalasPadam
  2. Segala kemudahan yang ada..mudah untuk meng"akses" kenangan-kenangan dulu yang terakam..

    BalasPadam
  3. Sy baru dapat rasa bau baby sendiri..nikmatnya hanya Allah je yg tau.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah anak adalah anugerah terhebat harta paling hebat dariNya. jagainya ya

    BalasPadam
  5. Tu la kan. Kadang-kadang kita tak sedar kita tak cukup quality time dengan depa. Duk serumah pun boleh rindu.

    BalasPadam
  6. bila tengok gamabr balik memang rasa alahaii cepat besar

    BalasPadam
  7. Nanti bila dah ada anak dara dan teruna lagilah nak nangis, terus rindu saat mereka baby lagi!

    BalasPadam