Katakan TIDAK pada CAMERON HIGHLAND di hari cuti !

by - Rabu, September 12, 2018

Asal cuti hujung minggu , Cameron Highland menjadi pilihan. Kenapa ? Hurm... Bagi mereka yang ingin lari dari kepanasan bandar , Cameron Highland antara tempat jadi pilihan selain Bukit Tinggi dan Fraser Hill namun kedua dua tempat ini tidak menjadi begitu popular berbanding Cameron Highland. 

Aku... baru baru ni ada pergi ke Cameron Highland. Tu pun ada sebab kerja. Kalau tak , memang jangan mimpi la nak gi sana. Kenapa ? Hurm.. aku rasa ramai sedia maklum akan masalah utama di sana. Jammed teruk giler khinzir! 

Waze  pada 10hb September 2018 , jam 7 petang. Masih lagi 'merah'. 

Kelmarin ada kuar cerita pasal kesesakkan di Cameron Highland , di Awani. Bila di baca kat ruangan komen tu , ramai yang bagi cadangan yang bernas yang mana aku rasa boleh dah diguna pakai oleh pihak berkuasa kerajaan negeri bagi menangani masalah ni. Sementara rakyat masih 'berselera' cuti cuti dekat jer , kan ? Kang kalau masing masing sibuk gi luar negara , kata tak sokong produk tempatan lak.. kan kan ? 

Selain sejuk , tarikan utama ialah strawberi dan ladang teh yang menghijau. Perlu ada tarikan baru kah ? Tak perlu bagi aku. Sememangnya orang bandar nak ke sana untuk rehat menikmati kehijauan. Maka , tak perlulah menaik taraf jalan kat situ. Kena guna cara Genting Highland kot. Antaranya bas pengantara gitu.. Kena kerap la. Yelah.... orang ke sana pun bukanlah nak duduk 4-5 hari pun. Semalam dua jer pun. kan ? Kalau nak bawak masuk kereta , kena la bayar mahal skit kan . Heeee. Tu cadangan jer.. Kalau ada lagi baik , bagus la... kan kan ?

Untuk aku... buat masa ni aku takda minat nak naik sana melainkan hari biasa. Kalau teringin sangat , gi la hari orang lain kerja. Heeee.. Baru aman skit kot. Aku tak nak dah orang langgar kereta aku pastu aku dipersalahkan walhal... Hehehhe.. Kenangan ngeri di Cameron Highland. 

You May Also Like

4 comments

  1. memang serik nk g CH time cuti panjang hehe

    BalasPadam
  2. Saya pun suka pi CH ni, memang terpaksa hadap jelah jammed tu kalau hari cuti. Hehehee!

    BalasPadam
  3. Dah lama tak ke CH. Dengar citer pasal kesesakannya lagi la tak pergi. huhuhu. kalau diizinkan pergi pun better hari keje.

    BalasPadam
  4. A ah, officemate dan adik den pun cakap mende yang sama, ‘jangan pi Cameron time cuti sekolah or PH sebab sesak giler’. Elok2 nak pi bercuti, penyudahnya stress sebab jem..

    BalasPadam