RMHC bina rumah Ronald McDonald di HUSM, Kubang Kerian.Tahniah !

by - Khamis, September 06, 2018

Bayangkan eh.. jika anda tinggal di Terengganu atau Kelantan dan mempunyai anak yang tidak sihat kemudian diminta rujuk ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk rawatan lebih lanjut , untuk satu tempoh masa yang tidak diketahui lagi. 

Persoalannya ialah.. Di mana anda nak tinggal ? Kalau anda sorang je mungkin takda masalah tapi bagaimana jika anda mempunyai anak anak yang masih kecil dan takda orang yang dapat nak jaga mereka ? Nak tak nak kena la bawak mereka bersama kan ? Pastinya tempat penginapan adalah masalah utama ! Sewa hotel ? Fuh.... tumpang umah saudara mara ? Hurmm... 

Nahhhh... ramai masih tidak tau akan wujudnya Rumah McDonald (dibina oleh RMHC ) yang mana menyediakan penginapan serendah RM5 sehari buat mereka yang mempunyai masalah seperti yang aku nyatakan di atas ! RM5 tuuu ! Murah tak ? 

Ada kes tau yang mana ada yang terpaksa menginap 7 hari hingga 3 bulan lamanya ! Anak mereka terpaksa dirawat di hospital untuk jangka masa tertentu dan ibu bapanya menginap di Rumah McDonald bagi menemani anak mereka. Itulah gunanya Rumah McDonald. Segalanya bagi memastikan ibu bapa dengan anak yang sedang dirawat itu tidak terpisah. " Keeping Families Close " adalah slogan mereka. Bagus, kan ? 

Ok.... ni soalan yang menarik untuk korang ! Dari mana nak dapat dana kewangan untuk bina rumah seperti ni ? Kemudian dari mana nak dapat duit peruntukan untuk buat maintenance harian dan bulanan ? Huhu... 

Maka sebab itulah kalau korang perasan , di McDonald's atau satu tabung di kaunter bayaran.. kat situ korang boleh buat sumbangan walaupun 5 sen ! 


Buat pengetahuan korang , RMHC baru-baru ni telah menganjurkan satu Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald ( RMHC  ) dan telah berjaya meraih RM440 ribu yang mana duit tu nanti akan digunakan untuk membina sebuah Rumah McDonald di Hospital USM  , Kubang Kerian,  Kelantan.

Usaha murni ini bukanlah baru saja dibuat tetapi telah 25 tahun pun dilaksanakan ! Bagi yang tidak tau, Rumah McDonald pertama adalah di PPUKM Cheras. , 20 tahun yang lepas. Kejohanan Golf tersebut adalah bertujuan untuk mengumpul dana dan telah menerima sokongan yang cukup memberangsangkan bagi memastikan visi RMHC dapat diteruskan. Bukan saja dalam membina rumah tau ! Mereka turut terlibat dalam menjamin pendidikan serta kesihatan serta melakukan aktiviti aktiviti amal ke arah kesejahteraan masyarakat. 




Naib Presiden RMHC Malaysia Victor Sim berkata jumlah dana yang berjaya diraih ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi rakan-rakan perniagaan McDonald’s kearah menyokong aktiviti-aktiviti amal dan memainkan peranan masing-masing kearah kesejahteraan masyarakat.

Kami sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh rakan-rakan perniagaan McDonald’s. Memastikan keluarga dan anak-anak mendapat  peluang yang lebih baik dalam kehidupan merupakan matlamat kami di RMHC. Setiap sen yang disumbang kepada RMHC mampu memberi perubahan yang cukup besar dengan memastikan keluarga dapat sentiasa bersama,” kata Sim.


Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini semestinya memberi manfaat yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka di Hospital USM merupakan golongan berpendapatan rendah.

Sebaik-baiknya kita mahu keluarga ini sentiasa berada dekat antara satu sama lain memandangkan proses rawatan kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang dan boleh memberi tekanan kepada keluarga dan pesakit sendiri. Sesetengah keluarga juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dimana adakalanya melibatkan lebih dua jam perjalanan. Dengan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan yang bakal siap tidak lama lagi, keluarga boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses rawatan dan pemulihan anak mereka di hospital,” kata beliau.

Dalam majlis tersebut , media dan bloggers turut mendengar pengalaman mereka yang pernah menggunakan Rumah McDonald dan ianya sangat menyentuh hati aku dan rakan rakan blogger yang lain. Ternyata Rumah McDonald ini telah memberi banyak manfaat buat insan insan yang memerlukan seperti mereka. 

Proses rawatan yang dilalui adalah kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil, dan berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi tekanan emosi yang dilalui,” kata Mimi Faizah , salah seorang keluarga pesakit pediatrik yang telah mendapat manfaat dari Rumah Ronald McDonald pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Menurut beliau, kemudahan Rumah Ronald McDonald yang disediakan ini merupakan sesuatu yang amat bermakna semasa anak dan cucu beliau manjalani rawatan kanser di hospital.


Korang boleh memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di sila https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari  laman web  rasmi RMHC di https://rmhc-malaysia.my/.

Jom tonton video di bawah ni. Moga memberi manfaat ! Moga lebih banyak lagi Rumah McDonald dapat dibina seterusnya dapat membantu lebih ramai insan insan lain yang memerlukannya. 



Latarbelakang RMHC Malaysia 

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mendapatkan dan menyokong program yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sejak 28 tahun lalu, RMHC Malaysia telah memberi impak positif dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan dengan dana berjumlah lebih RM 20 juta.

Inisiatif-inisiatif RMHC lain yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah program Kembali-ke-Sekolah melibatkan kira-kira 20,000 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan pemberian kelengkapan sekolah yang baharu untuk sesi persekolahan 2019; program ‘Gift of Smile’ yang menaja kanak-kanak untuk melalui pembedahan sumbing bibir; dan pembinaan lebih banyak Bilik Sensori Ronald McDonald untuk kanak-kanak istimewa.



You May Also Like

13 comments

  1. Alhamdulillah, bagus sangat usaha amal McDonalds ni. Jom sama2 support

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah .. satu usaha yang bagus dan dapat memberi banyak manfaat buat mereka2 di luar sana . Dengan harga serendah rm5 sehari di harap usaha murni McDonald dapat mengurangkan beban untuk keluarga pesakit untuk tempat penginapan yang selesa jika berlaku perkara2 di atas . Tahniah McDonald .

    BalasPadam
  3. Serius baru tahu pasal rumah McDonald ni. Dulu sepupu penah kene. Anak dia warded dlm nicu dia takleh teman , mengagau la nak duk mana hari hari. Dia pulak susah. Rumah jauh. Kesian terpaksa berulang dalam pantang nak tgk anak. Bagus sgt anak rumah mcm ni. Murah pun murah

    BalasPadam
  4. Tahniah McD .. program CSR semakin meluas . Jom kita beri sokongan !!

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.dapat meringankan keluarga yang mana kaum keluarga hadapi masalah kesihatan dan ia meringankan kewangan utk sewa di hotel atau penginapan lain.RM5 sehari memang murah.

    BalasPadam
  6. Baru tahu. Bagusnya...!!
    Sangat membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan.
    Dengan pendedahan usaha McDonald's ni akan mendorong pihak organisasi lain turut sama menjayakan program ini.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. Dah lama tau wujudnya RMHC ni tapi setakat tau je.. La ni barulah clear..

    BalasPadam
  8. oo baru paham RMHC tu apa... bagus juga kalau ada macam ni disetiap negeri kan

    BalasPadam
  9. Cantik rumahnya. Baru tau kewujudan rumah ronald mcdonald ni.

    BalasPadam
  10. Usaha yang baik untuk diteruskan. Alhamdulillah

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas info, baru tau pasal rumah Ronald McDonald ni, terbaik!

    BalasPadam