BEN ASHAARI



 Wife bawak balik Organic Carob Cider Vinegar ke rumah. Katanya dia dapat ketika hadiri satu bengkel di kementeriannya. Aku cam.. carob ? Apa kemenda lak ni ? Tak pernah tau lak kewujudan dia ! Aku baru je beli cuka epal. Aku suka campurkan dengan serbuk halia , cayenne pepper dan juga madu tualang. Oh , lemon juga ! Pastu minum. Fuh... sedap sungguh perut !

Bila aku baca pasal cuka carob ni , aku terus terasa nak mencubanya. Bila tengok kandungannya di botol , ianya tak sama macam cuka epal yang segalanya sifar ! Aku baca risalah yang disertakan bersama di dalam kotak. Terus cam WOW ! Boleh tahan juga latar belakangnya. Segalanya organik tanpa bahan tambahan untuk menyedapkannya ! 

Aku bancuh dan hidangkan pada ahli keluarga ketika berbuka dan ternyata anak anak suka. Sebelum ni aku guna cuka epal pun diorang suka tapi katanya kali ni kesedapnya berbeza ! Bagus cuka ni jika diamalkan terutama untuk pencernaan.

Apa itu Carob ? Kat mana boleh dapat menda ni ? Apakah kelebihannya ? Untuk pengetahuan kita bersama , di negara luar, penggunaan buah Carob sebagai pengganti kepada coklat/koko. Yang paling penting ia mengandungi fiber, kurang mengandungi lemak, tidak ada gluten. Dimana ini semua sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan anda. Banyak rupanya kelebihan buah Carob yang ramai tidak tahu. 

Manfaat buah carob ni apabila ia dikeringkan dan dijadikan minuman, sangat kaya dengan serat pemakanan semulajadi. Tambahan pula ia mempunyai kesan yang baik terhadap mikroflora usus. Apabila dijadikan cuka lagilah banyak manfaatnya. 

Bahkan terdapat kandungan dalamnya yang berfungsi sebagai anti kanser. Pengamalan 1 sudu besar Cuka Carob dicampur dalam segelas air kosong dan masukkan sedikit madu, dikacau dan diminum selepas makan berat sangat membantu proses pencernaan dan penjagaan usus dengan baik.

Cuka Carob dari Turki ini mengandungi karbohidrat, manganese, fosforus, tembaga, kalsium dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda. Khasiat dan mineral yang terkandung di dalam produk ni korang boleh baca sendiri di laman web Sihaté.



Perbezaan kandungan antara Cuka Carob dan Cuka Epal.




Tak peliklah kenapa aku boleh 2 jam lebih di gym di sebelah pagi. Biasanya aku workout pun ringan ringan je untuk elakkan keletihan melampau tapi sejak aku buat air campuran ni, dia punya tenaga macam terlampau banyak ! Hahaha.. serius ! 

Ditambah lagi aku tak makan nasi ketika sahur dan berbuka , mana datang tenaga ? Maka kita kena tau.. punca tenaga kita ni dari macam macam. Bukan nasi saja ! Apa saja yang mengandungi karbohidrat, ianya boleh ditukar menjadi tenaga. Serbuk halia sendiri ada karbo. Madu tualang.. 

Nah ! Cuma kedua dua ni ada fiber berbanding nasi putih zaman sekarang lebih lagi yang beras yang putih berkilau tu ! Huhu.. karbohidrat semata mata ! Bukan tak bagus.. Bagus jika aku turun ke bendang atau bekerja mengunakan fizikal . Kalau sekadar duduk di kerusi pejabat,tak perlulah nasi putih tu. Nanti boroi je yang terjadi. Mau kena faham tu yer. 

Cuka epal tu pun tetap aku minum. Tukar tukar la... Masing masing ada kelebihan. Cuma jangan keterlaluan. Sederhana ! 

Korang boleh dapatkan di : https://sihate.com/product/organic-carob-cider-vinegar-500ml/
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Cuaca panas di bulan Ramadan memang satu ujian buat kita. Terik. Kering ! Fuh... Dalam kepala , mesti dah terbayang pelbagai air manis manis berais untuk ditelan ! Kan kan ? Paling tidak pun air sejuk berais. 

Memang sedap ! Tapi ada kesan sampingan selepas tu kan ? Paling awal... kembung perut. Nak solat pastu pun terasa lemah dah. Pastu mengantuk ! Adeh.. Terus rasa menyesal minum air banyak banyak tapi nak buat camana kan ? Dah dahaga teruk ! Sayangnya.. dahaga tak hilang hilang walaupun dah bertubi tubi minum air. 

Aku ada cara untuk bantu korang. Aku dah amalkan sebelum Ramadan lagi. Aku dah buat ketika puasa sunat. Atau ketika gi gym , aku cuma bawa air putih yang dicampurkan dengan sedikit garam Celtic. 



Dalam Celtic salt ni ada 82 hingga 84 jenis mineral. Semua mineral ni perlu untuk setiap fungsi sistem tubuh. Celtic Salt dikenali sebagai Raja Segala Mineral. Ianya turut boleh digunakan dalam masakan. malah membantu tingkatkan penyerapan nutrien sebanyak 7%! 

Bagi yang ada masalah pencernaan , Celtic salt bantu sistem usus lebih mudah hadam karbo. Bila karbo dicerna sepenuhnya. Juga bersifat alkali. Kurangkan asid dan seimbangkan pH tubuh. Celtic salt ada sodium, potassium dan magnesium. 3 mineral bertindak sebagai ‘natural electrolyte balancer.’ Untuk sistem kembang kuncup otot. Berfungsi saraf dan juga paras cecair dalam tubuh. 

Dulu , orang kata kalau ada tekanan darah tinggi, jangan ambil garam , kan ? Itu garam putih yang atau table salt. Memang tak bagus sama sekali sebab proses pemutihan yang dibuat atau polishing ! Tapi Celtic Salt ni berbeza ! Salur darah jadi lebih relaks dan lebar. Ianya mampu menurunkan tekanan darah tinggi atau mereka yang ada Hypertension penyebab risiko penyakit jantung seperti aku. Alhamdulillah , dah lebih 3 bulan aku amalkan... dan bacaan tekanan darah tetap cantik !

Dan ini paling menarik ! Celtic Salt membantu mengurangkan penghasilkan mukus dan kahak pada salur tekak dan paru paru. bila diamalkan Celtic salt ni secara sederhana.


Cara aku ambil , mudah jer. Ketika bersahur tu, aku mulakan dengan air halia terlebih dahulu. Pastu makan telur rebus dan juga kurma. Abis makan , minum air suam yang dicampurkan dengan garam celtic , segelas. Memang rasa dia sedikit payau tapi lama kelamaan. memang akan mudah dah untuk lidah dan tekak kita. 

Perbezaan dengan Himalayan Salt , Celtic Salt ni boleh mencegah ‘Iron Deficiency’ yang mana Celtic salt kaya iodine untuk sistem tiroid optimal dan kurang iodine yang boleh akibatkan hyperthyroidism dan goiter berbanding berbanding dengan Himalayan salt.Kandungan sodium Celtic salt lebih rendah dan sesuai bagi yang ingin kurangkan garam dalam diet harian.

Aku tak jual. Korang boleh beli Celtic Salt di web Neuroversiti. 

Alhamdulillah... pagi petang aku boleh ke gym walaupun berpuasa di cuaca panas terik ! Huhu... dan syukur sangat , bibir tak kering seperti sebelum sebelum ni. Anak anak pun aku ajar minum air garam setiap hari selain air halia. Syukur sangat mereka lidah mereka dah biasa dengan benda benda gini. Awal awal dulu memang payah tapi kena bagitau mereka kebaikan dan kesan pada tubuh badan mereka. 



Pagi , gi gym sorang sorang. Full body workout . Manakala petang , aku latih Qhaliff dan berkardio saja. Kawan yang tersua di gym kata aku makin lean. Aummm ! Dulu susah tauu nak hilangkan lemak badan terutama di perut. Sekarang , aku berpuashati !

Lepas gym, aku akan tidur dalam 15 minit utk hilangkan penat. Bangun tu , memang akan segar sangat. Takda rasa lapar atau mengantuk. Penat tu sebab aku main kaw kaw kat gym.. serupa macam tak puasa jer ! Heeee...

 Dan ya... sehingga hari ini , aku masih tak makan nasi putih ! Best benar rasa badan. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Beli Oligo dan derma ! Itulah antara  cara mudah untuk membantu rakyat Palestin yang kini sedang  derita kebuluran kerana peperangan Israel-Hamas yang kita sendiri tidak pasti bilakah akan berakhirnya. Nak pergi bantu , kita terikat ! Maka bantulah dari sudut menderma dan juga berdoa. InshaAllah.. 

Untuk pengetahuan korang ,  Oligo ialah minuman malt koko Belgium yang 100% Halal oleh Jakim Malaysia adalah keluaran tempatan iaitu Power Root Sdn Bhd. Setiap pembelian Oligo serbuk menyumbangkan sebanyak RM0.50, dan produk sedia dimimun akan menyumbang sebanyak RM0.10 ke bantuan solidariti ini. Buat masa sekarang , Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Malaysia telah mencapai RM303,229, sehingga 17hb Mac 2024. 

Menurut  Pengerusi Bersama Power Root , Tengku Datuk Setia Putra AlHaj Tengku Azman Shah AlHaj, senantiasa prihatin dengan nasib penduduk di Gaza dan akan menyasarkan kempen sumbangan seterusnya sepanjang bulan Ramadan .

"Menerusi kempen dan sumbangan ini, kami akan berusaha mengumpulkan bantuan kepada penduduk Gaza dan sekali gus menyatakan solidariti kami bersama mereka," katanya ketika menyampaikan sumbangan itu sambil memperkenalkan duta baharu Oligo, jaguh lumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang.

 



Oligo  yang sudah lama mendapat tempat di hati rakyat Malaysia diperkaya dengan Oligofruktosa, sejenis prebiotik yang membantu meningkatkan sistem penghadaman seseorang. Ia adalah serat makanan larut yang mengurangkan risiko sembelit. Oligo juga mengandungi kalsium untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat, dan memainkan peranan dalam memastikan peredaran darah yang baik.

Minuman ini mengandungi kedua-dua Vitamin B6 dan Vitamin B12, yang membantu menguatkan badan dan minda dalam meningkatkan prestasi otak. Ia juga membantu mengelakkan keletihan.  Produk minuman Oligo sekarang telah tersedia dalam pelbagai bentuk. Korang boleh pilih nak OIigo 950g Refill Pack, Oligo 3 in 1 (30g Sachet), Oligo Calcium 200ml (kotak), Oligo Calcium 240ml (tin), Oligo Instant Cup dan Oligo Protein 240ml (tin). Sekarang kalau nak minum Oligo, boleh nikmati pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Oligo boleh didapati di mana-mana pasaraya berhampiran seperti AEON. AEON Big, Mydin, Giant, TF, Econsave, Sunshine dan sebagainya. Nak lagi mudah , beli terus secara online. Hee... leh simpan stok untuk raya sekali. 


Produk minuman Oligo tersedia dalam pelbagai bentuk seperti :
  • Oligo 950g Refill Pack
  • Oligo 3 in 1 (30g x 15 sachet)
  • Oligo Calcium 200ml (kotak)
  • Oligo Calcium 240ml (tin)
  • Oligo Protein 240ml (tin)
  • Oligo Instant Cup



Jom 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐟𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐀𝐧𝐝𝐚 bersama Dato' Azizulhasni Awang dengan nikmati kelazatan Oligo!

Untuk info lanjut mengenai Oligo, sila layari laman tertera;

Website: https://oligo.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/oligomalaysia/
Instagram:  https://www.instagram.com/oligomalaysia/?hl=en
Tiktok: https://www.tiktok.com/@oligomalaysia

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Bagi korang yang rajin ikut aku di blog ni mesti tau yang aku ni antara mereka yang ada penyakit tekanan darah tinggi dan juga bermasalah dengan sendi seperti lutut dan siku. Pastu ketika PKP , aku diserang anxiety. Sebenarnya lama dah bermasalah cuma aku je tak perasan. Teringat seorang kenalan pernah tegur aku ketika di sebuah bengkel blogger.. dia tanya kenapa nafas aku kuat ? Aku ada asmakah? Aku cam pelik. Bila masa aku ada asma tapi sejujurnya memang masa tu aku cepat mengah dan tak beberapa fit. Aku ingatkan faktor berat badan tapi rupa rupanya... 

Ya.. berat badan aku ketika tu melebihan 90 kg dan cukup payah nak turunkan walaupun hari hari bersenam siang malam ! Apakah salah aku ? Di manakah salah aku ? Aduh.... putus asa ! Solusi yang ada , amik fat burner ! Huhu... terpaksa ! 

Dan memang badan jadi sedikit lean pastu cuma berat hilang sekitar beberapa kilo jer. Tapi penyakit lain lak datang pastu. Jantung laju ! Stress memanjang. Apa yang perlu aku lakukan ? Tekanan darah bila check pun , doktor terus syorkan aku ke hospital sebab dah cukup tinggi tapi aku tak nak sebab aku rasa sihat ! 

Doktor kasi aku peluang untuk ubah ! Aku kena tukar gaya hidup dan diet pemakanan. Tak boleh tidur lewat , makan pun kena jaga. Bab tidur tu ok la aku boleh buat tapi bab makan ni ? Aku nak makan apa jer ? Maksud aku.. aku kena makan apa ? 

Ubah gaya hidup 

Yer... dulu media sosial ada tapi bab awareness pemakanan ni kurang ! Sehinggalah wife aku jatuh sakit dan di situlah segalanya bermula. Aku memang betul betul berpantang macam orang perempuan lepas beranak ! Begitu juga ahli keluarga aku. Semua sekali kena ikut. Aku tak larat nak bawak diorang ulang alik klinik ! 

Pertama sekali yang aku ubah ialah dapur rumah aku. Tiada lagi gula putih ! Tiada lagi roti putih atas meja makan setiap pagi ! Tiada lagi susu putih  dan ais krim dalam peti ais ! Tiada biskut biskut dalam almari dapur ! Tiada lagi makan fast food bila keluar rumah ! 

Yang ada cumalah.. kurma , kekacang seperti walnut , almond , gajus , halia , kunyit , minyak zaitun , telur dan beberapa lagi makanan yang sebenarnya makanan. Selepas tu , aku beri arahan pada wife , makan malam kita sebelum jam 8 malam. Tak perlu masak macam macam lauk pauk. Jam 10 malam atau 11 malam , semua masuk tidur. Tiada lagi  tengok movie lewat malam ! 

Nampak macam hilang nikmat dunia tapi realitinya selepas aku buat begini... aku dah boleh kira dah berapa kali aku ke klinik. Tekanan darah normal dan aku dah tak anxiety ! Bayangkan tahun lepas , nak gi solat terawih pun aku pakai double face mask. Dah la solat kat luar  tapi tetap pakai. Debar punya pasal. Pastu nak berbual dengan orang pun takut. Sekarang ? Alhamdulillah... terlalu banyak perbezaan.

Kalau tak makan nasi , nak makan apa ?

Tok nenek kita dulu makan apa ? Haaa... makanan yang sebenarnya ! Atau omputih kata real food. Payah ke ? Lagi sedap dari makan makanan tiruan yang hanya sedap di lidah derita di perut ! Malah nasi yang mereka makan pun tak sama dah macam kita punya sekarang ni ! Tak caya.. cubalah google ! Beras kita makan sekarang ni dah dipolish hingga hilang segala khasiat dan fiber. Yang tinggalah cumalah karbohidrat. Sebab tu lepas kita makan nasi, akan mengantuk terutama tengahari. 

Kalau ada yang kata tak jemu ke makan makanan tu je maka jawapan aku takkan takda idea nak pelbagaikan masakan ? Google jer.. kat  platform media sosial yang lain pun banyak ada kasi resepi resepi makanan sihat. Nah... carilah yang tinggi protein, fiber , lemak sihat dan jauhi yang tinggi karbohidrat ! Susah ? Senang je sebenarnya cuma kita payah nak buat sebab kita dah KETAGIHAN.

Sakit sendi memang perit ! Siku.. lutut siap ada baker cyst ! Tau ke apa tu baker cyst ? Aku dah pernah tulis di blog menceritakan masalah baker cyst ni dan aku ingatkan takda solusi atau ubat melainkan pembedahan atau kena sedut je cecair tu. Rupa rupanya ada ! Semua tu adalah keradangan yang berpunca dari anasir anasir jahat yang ada dalam tubuh badan kita ! 

Baker cyst ni membuatkan aku tak boleh berlari laju atau berlebihan bermain kaki di gym. Lepas workout kaki , akan keluarlah dua ketul bengkak di belakang lutut ! Tak sakit sangat tapi bila nak solat atau duduk tu akan terasa sengal. Sangat menganggu !

Cara aku hilangkan semua ni dengan cara sekarang inilah ! Memang berkesan 90% ! Pernah ambil ubat suppliment tambahan untuk hilangkan masalah sakit sendi tapi rupa rupanya makin teruk lagi adalah. 

Sakit sendi dan peralatan sebelum ke gym ! Dulu laa ! 


Ketika gemar makan pelbagai makanan berbanding jaga makan ! 

Aku bukan boroi atau gemuk tapi perut aku 'sakit' !

Dulu dan sekarang ! Sebu dan berlemak dulu !


Pagi gym di Cyberjaya manakala petang di Nilai pula sambil ajar Qhaliff..di bulan Ramadan ! Alhamdulillah , dia pun steady jer bersenam. Belah petang 40 minit jer manakala sebelah pagi , aku sendirian.. 2 jam di gym ! Dahaga memang terasa tapi lapar tu takda pun. Alhamdulillah..

Ketika berbuka , aku makan kurma sebiji dahulu sebelum minum air garam atau air halia.  Pastu baru makan telur rebus atau ayam bakar , sayur sayuran mahupun buah buahan ! Abis semua tu baru aku tengok kalau ada saki baki akok atau kuih yang menarik perhatian aku.. biasanya akok je la aku akan makan. 

Hilang nikmat ? Hee.. sejujurnya inilah kenikmatan yang aku cari selama ni ! Dulu aku berbadan besar nak angkat sebelah dumbell 30kg pun dah mengeletar lutut ! Sekarang , 50kg selamba jer. Tetiba rasa macam tahu rahsia Anatoly ! Sebab tu tengok badan dia cam orang biasa tapi mampu angkat bebanan yang.. hurm... 


Raya nanti, camana ??? Takkan balik kampung tak nak makan kuih muih ? Rendang ? Lemang ? Ketupat ? Pergh.. kena lak balik Kelantan. Macam macam makanan ada ! Apakah aku akan tengok je ? Hahahaha.. 

Aku makan yang perut aku luluskan jer.  Bukan apa.. kalau aku sakit , aku sorang sorang terbaring. Dan aku dah lalui pun. Time raya aku jatuh sakit dek kerana  tekanan darah tinggi dan juga perut kembung ! Sekarang ? Aku boleh gi beraya dan jamahlah makanan yang aku rasa sesuai untuk aku makan seperti ayam  rendang ke..kuih pun tengok yang tak tinggi gula atau bertepung sangat. 

Diorang tak terasa hati ke ? Alhamdulillah.. diorang pun dah sedia maklum dan ada yang ikut dah pon. Berpegang makan sederhana tu betul dah tapi kena tahu la apa yang boleh dimakan. Jauhi yang memudaratkan walaupun kata skit skit je tak merosakkan. Ko tinggal dalam perut aku ke ???

Aku malas nak ikut cakap orang ! Cermin dulu muka sendiri baru kasi nasihat terutama mereka yang kononnya jaga diri tapi dok amik macam macam suppliment ! Apahal ? Aku makan je makanan sebenar.. dah memadai ! Enjoy makanan sebenar yang Allah berikan dari makan ubat ubatan kilang bikin ! Huhuh..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Aku timbang dan hasilnya , hilang 2kg ! Pergh... baru masuk 9 hari berpuasa tapi dah berjaya pecah rekod ! Aku punya berusaha nak turunkan berat badan dari dulu lagi tapi asyik gagal. Tak tau la puncanya walhal sendiri punya salah ! Punca dah terang terang depan mata. 

Selepas berbuka , berat badan kembali tambah 2 kg. Maka jadilah semula 81kg. Fuh... sebenarnya aku tak nak la kurus sangat. Yang aku nak, berotot tapi lemak badan dibawah 10%. Yang ni sebenarnya satu cabara apatah lagi nak lakukan tanpa gunakan suppliment  tambahan seperti fat burner atau peransang hormon untuk meningkatkan metabolisma. Aku lebih suka cara natural kecuali terpaksa ambil whey protein sebab protein intake aku tak cukup. Mana larat nak makan ayam , telur , daging hari hari. Muak jadinya. Telur tu , memang ok je tapi kena guna telur omega. Rasanya memang lain dari telur biasa.

Jadi , berat badan sebenarnya yang mana ? Sebelum atau selepas berbuka puasa ? Jawapannya ialah sebelum ler ! Dan kalau nak pastikan berat badan tak melambung naik selepas berbuka , mudah jer tipsnya. Kena ingat.. semasa berpuasa tu , air dalam badan hilang sedikit. Masa ni proses pembakaran lemak pun boleh terjadi jika badan kita 'sihat'. Jika badan terutamanya perut tak sihat , jangan mimpi la nak kurus ya ! Kena sihatkan perut ! 

Cara mudah untuk kekal anggun sehingga Syawal dan seterusnya , ketika berbuka tu.. makan dulu tamar atau kurma. Pastu minum air seteguk. Gi solat Maghrib dulu. Bila dah selesai yang tu, ketika nak makan berat.. pastikan amik fiber atau lemak sihat dulu. Maksudnya makanlah buah buahan atau salad dulu. Penuhkan perut dengan serat. Barulah ambil protein seperti ayam, ikan , daging dan juga telur. Makanlah sepuas puasnya. Jika masih lapar , barulah ambil nasi dan letak sedikit kuah atau sup. InshaAllah ketika nak makan nasi ni, nasi yang diambil pasti sedikit jer. 

Siap makan.. janganlah terus duduk atau baring. Gi bersihkan pinggan mangkuk dulu. Pastikan ada pengerakkan. Jangan duduk. Bakar kalori sebanyak mungkin. Pastu gi la tunaikan yang wajib dan sunat. 

Dan.. jika berterawih di masjid atau surau , jangan pulak gi makan makanan yang tinggi karbohidrat dan juga gula. Rugi je ! Bukan apa.. kan dah malam ? Nak tidur. Perut nak proseskan makanan sebelum tu dan jika kita makan makanan bergula, automatik kita dah kasi bikin lonjakan insulin. Ini yang kita tak nak ianya berlaku. Berlakunya lonjakan insulin di malam hari, sangatlah tak sihat ! 



 

Jika berkemampuan... banyakkan bergerak di siang hari. Bukan baring atau tidur. Kena banyak bergerak. Pastikan otot otot kita digunakan sepenuhnya. Korang akan terasa kelainan jika bersenam berbanding bulan bulan biasa. Memanglah penat dan dahaga tapi jika boleh lawan dua tu.. memang badan akan berterima ksih punya ! Tapi pastikan la jangan buat di waktu tengahari. Awal pagi dan petang hari , cun ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 Baru nak basuh pinggan di sinki , aku terdengar bunyi kicauan burung depan rumah. Heee.. menjerit dah diorang nak minta makanan. Tapi maaflah , takda stok barli. Aku mencari hari tu di kedai runcit tapi barli yang menjadi kegemaran mereka tu takda. Aku pernah beli yang biasa punya tapi mereka tak usik. Huih ! Kalau yang biasa ni mereka tak nak makan , mesti ada sebab ! Diorang bukan burung T20 pun tapi mesti barli tu ada masalah !

Puas aku pikir nak kasi makan apa kat diorang ni ? Dah satu hari aku tak kasi diorang makan sebab takda stok makanan. Pernah letak kacang hijau...tak makan gak. Tetiba aku terperasan nasi putih yang tak abis. Terus aku cuba nasih. Apakah mereka akan makan ? Huhu... 

Aku letak suku senduk. Tu je saki baki nasi yang ada sahur tadi. Wife memang tak masak banyak nasi putih. Anak anak pun sekadar suku senduk nasi putih je makan. Tu pun bercinta nak abiskan. Selebihnya diorang ratah telur dadar dan sayur. Atau ikan.. ayam ! 

Lepas aku letak.. aku menyorok. Menanti.. apakah mereka akan singgah ??? Alhamdulillah... rezeki buat mereka. Tengahari hari , abis dah. Nak tak nak , mereka kena makan sebab sekarang ni musim kemarau. Panas. Makanan susah nak cari. Kena belajar makan je yang ada asalkan real food. Jangan korang gi bedal makanan segera dah la ! Heeee...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Isu panas di Malaysia. Bukan kecik kecik anak punya kes ! Untungnya , umat Islam di Malaysia ni masih bersabar dan bertindak mengikut undang undang. Kalau di negara lain , aku rasa memang parah dah ! Kan ? Terutama kalau di negara jiran.. masak wooo ! 

Walaupun ada unta unta kata ianya kes kecil tapi maaflah ya ! Bagi umat Islam , jangan sesekali kau sentuh bab ni ! Nayaaaa woo ! Kita tengok saja apa jadi dengan syarikat syarikat gergasi di Malaysia yang kononnya tak heran pun dengan tindakan boikot ! Katanya ikut musim tapi nah... tengok apa dah jadi sekarang ! Merayu !!! Huhhh... 

KK Mart pula sekarang... Walaupun big boss mereka dah minta maaf dan memberikan penjelasan namun.. hurm. Hanya masa akan menentukan apakah boikot ni bersifat sementara atau memang akan berpanjangan. 

Kalau tanya aku... apakah aku akan boikot ? Secara jujurnya , aku bukanlah gi pun kedai ni. Ditambah lagi ada yang kata harganya satu level 7 Eleven dan pekerja pekerjanya pula banyak songeh. Erk... seingat aku , kali terakhir aku singgah pun hanya untuk beli roti. Sejak aku berhenti beli roti dan kewujudan kedai Aceh depan umah, aku gi situ jer.. heee... 





 

Korang camana ? Adakah nak berterusan boikot atau memaafkan mereka ? Aku ? Hee... buat masa ni , aku takda sebab nak singgah masuk beli kat kedai situ. Tapi sejujurnya bagi aku la kan... ini pengajaran buat mereka yang rasa dah cukup besar dan gah ! Jangan sampai sentuh sentimen agama. Tak kira la apa agama sekali pun , jangan main main. Hormatilah sesama kita.. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Aku tanya Aariz dan dia jawab 1 ! Aku kata jawapan dia 3. Aku kata salah.  Ok , jom amik gambar pastu tanya ibu lak.. Berapa jawapan 1+1 ni ! Haaa.. Dia jawab ok jer sambil senyum. Aku pun amik gambar.. kononnya nak hantar pada sang isteri. 

Dan aku tersenyum bila tengok gambar tu semula. Aku tahu sangat perangai dia ni. Saja suka provoke aku untuk angin ! Yer.. dia tahu aku ajar dia asas Matematik dan dia memang akan kerap terlupa terutama melibatkan 2 atau 3 digit. 

Dulu , abang dan kakak dia gitu gak. Aku memang risau bab ni sebab aku ada masalah dengan Matematik. Aku suka Matematik tapi peristiwa aku ditampar depan kelas dengan guru Matematik membuatkan aku terus hilang minat dengan Matematik. Sejak tu.. memang tak cantik sungguh la keputusan Matematik. Aku jadi anti Matematik ! 

Tapi aku tak nak ianya berlaku pada anak anak aku. Matematik sangat penting. Akan digunakan di mana mana saja ! Jika kita tak mahir kita akan mudah ditipu oleh manusia manusia durjana terutama yang suka mengencing manusia lain ! 

Cuma nak ajar Matematik ni , perlukan kemahiran atau skill yang padu dan jitu. Senang sebenarnya tapi itulah... kena ada minat ! Qhaliff dan Zahra ketika zaman Covid 19 , memang lemah Matematik. Aku masukkan mereka ke kelas tambahan di Flyhigh Education Centre. Belajar secara online. Awal awal memang payah tapi masing masing menunjukkan peningkatan yang baik. Itu sudah memadai bagi aku. Alhamdulillah.. 




Ramai dah pelajar pelajar yang menyertai kelas mahupun bengkel anjuran Flyhigh ni , berjaya capai cita cita terutama memasuki sekolah sekolah berasrama dan juga MRSM. Tak sangka mak ayah mereka. Yelah.. masing masing tak menaruh harapan tinggi tapi itulah rezeki buat anak anak mereka yang bertungkus lumus membuktikan bahawa mereka layak ! 

Dan anak angkasawan negara salah seorang dari mereka. Sememangnya beliau sangat mengambil berat bab pendidikan ni. Setiap bengkel anjuran Flyhigh akan dia bawa Bella, anak perempuannya yang dah berjaya mendapatkan tempat di sekolah idamannya ! 

Kalau korang punya impian gitu.. janganlah tunggu lagi ! Atau paling tidak pun, pastikan anak anak kita punya ilmu supaya berguna pada masa akan datang . Apa pun alasan kita , pastikan anak anak kita tidak ketinggalan dunia dan akhirat ! 



Follow sekarang untuk maklumat terkini di : 
Web
: https://www.flyhigh.my/
Facebook : Flyhigh Education Centre 
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Aku rasa semakin ramai yang tak makan nasi ketika sahur. Banyak manfaatnya kalau tak makan nasi ketika bersahur ni. Antaranya paling mudah.. tak mengantuk ! Tak caya, cubalah. Kemudian dari sudut kesihatan pun banyak manfaatnya. Cubalah cari di Internet. Makin ramai pakar mengesyorkan bab ni. Jangan amik makanan tinggi karbohidrat semasa bersahur dan juga berbuka. Haa... kalau tau faktanya , memang akan WOW ! 

Abis tu nak makan apa ? Hari ni masuk hari ke dua berpuasa. Sang isteri tercinta goreng udang kunyit untuk Aariz. Ada telur dadar dan telur rebus. Nasi sedikit jer. Itu khas untuk anak anak. Manakala aku dan wife sekadar makan telur rebus dan kurma. Air , ada air halia dan air garam Celtic. 

Aktiviti ? Bawa anak anak berjemaah di surau. Pastu hantar mereka ke sekolah. Brisk walk dan jemur pakaian. Pastu update blog dan buat sedikit kerja sebelum ke gym. Pastu urusankan anak anak kembali sebelum petang menjelma. Jam 3 petang , ke gym. Aku latih Qhaliff dan Zahra lak. Ringan ringan jer. Asalkan mereka bergerak dan kuatkan otot. Kasi berpeluh.






Berbuka.. aku masih hidup tanpa nasi putih ! Mulakan dengan kurma , pastu minum sedikit air halia. Baru makan sayur sayuran dan buah buahan di susuli dengan protein. Cukup dah. Alhamdulillah. Kalau lapar lagi , aku minum whey protein. Memang akan sendat sedikit perut pastu tapi sekejap je. Lepas solat , ok dah pastu. 

Apa manfaatnya bila cut nasi putih ni ? Fuh... banyak sangat ! Aku sebenarnya dah cut benda benda ni dari tahun lepas dan nasi putih adalah yang terakhir. Aku mulakan dengan gula putih tapi masih terasa badan tak sihat . Aku stop makanan ultra proses seperti makanan segera. Terasa sedikit perubahan. Bila aku stop nasi putih , memang terasa lain dah sangat. Berat badan pun dapat bacaan yang sepatutnya dan yang paling penting , sistem pertahanan diri lebih baik dari sebelum sebelum ni. Kalau dulu bangun pagi pun dah terhoyong hayang dan rasa blur tapi sekarang, bangun je terus buat push up dan sit up ! Heeee... 

Dan aku rasa.. semakin ramai ikut cara ni dan ternyata memberi kebaikan buat mereka ! Ok... nak gi gym dah ! 






 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Alhamdulillah. Hari pertama persekolahan dan esok akan masuk Ramadan. Anak anak takda masalah untuk bangun awal pagi kerana anak dah latih mereka ketika cuti sekolah yang panjang hari tu. Walaupun cuti, takda istilah boleh tidur sampai matahari meninggi ! Aku tetap kejut bangun pagi dan terus beraktiviti. Seminggu sekali je aku benarkan mereka berehat agak panjang sedikit selepas solat subuh. 

Dan takda masalah untuk hari pertama. Takda drama. Segalanya seperti biasa... seperti tak pernah cuti. Mereka bergerak satu pasukan. Bukan mudah tapi kena buat ! Kalau tak buat sekarang, bila masing masing dah besar.. memang payah dah nak lentur ! 

Aku dah susun atur jadual masing masing. Qhaliff tetap akan ke gym petang hari walaupun di bulan Ramadan. Dia pun dah set kepala otak dia gitu. Aku tak nak diorang tidur di petang hari. Zahra akan ikut sama. InshaAllah.. 

Malam , ada kelas tambahan bersama Flyhigh Education Centre secara online. 





Alhamdulillah... berjalan seperti yang dirancang. Masing masing seronok memulakan hari pertama persekolahan. Daddy , tenang ke gym pagi hari ! Hahahaha.. Weeee ! 

 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Pantang terlena jer , mesti berdengkur. Dengkur dia bukan biasa biasa. Berlagu ! Risau juga aku dibuatnya. Kalau tidur malam , memang boleh terganggu la tidur aku. Kalau dia tidur sebelah aku la. Aku dulu pun , gitu gak. Ada masalah dengkur ni ! 

Dengkur pada anak anak malah orang dewasa ni jangan dibuat main main ! Boleh membawa kemudaratan jika tidak diubati. Persoalannya , nak ubati camana ? Dalam kes Qhaliff, dia je berdengkur. Adik adik dia, ok je ! 

Tapi segalanya berubah selepas dia ikut aku bersenam di gym ! 2 minggu dah aku ajar dia bersenam guna mesin dan juga pemberat ( dumbell ). Aku lebih fokuskan menguatkan stamina dan juga menguatkan otot otot badan terutama kaki. 

Awalnya aku tak perasan akan perubahan tu sehinggalah dia tertidur petang selepas workout di gym. Pagi gym , pastu gi Taman Cabaran lak. Main panjat panjat dinding tu. Memang bersungguh la dia pun. Sama la adik adik dia. Petang lepas siap mandi dan solat , baru dia tidur. Tu pun aku paksa masing masing untuk tidur sekejap. Masa ni la aku perasan dia tak berdengkur dah. 




Begitu juga bila dia tertidur di dalam kereta. Biasanya memang aku suruh Zahra atau Aariz kejut dia dek kerana berdengkur tapi  dua tiga hari ni, takda dah. Dia nak tertidur dalam kereta pun payah dah. Aktif pulak. 

Alhamdulillah.. aku rasa aku tahu dah puncanya. Aku kena ubah gaya hidup dia termasuk juga pemakanan dia. Part ni , salah aku la. Yelah, dulu aku tak tau. Aku sekeluarga tak sihat dek kerana gaya pemakanan kami. Sekarang , masing masing dah ubah ! InshaAllah , kami akan meneruskan gaya hidup begini. Bukan tak leh makan makanan sedap tapi sesekali layan.. apa salahnya. Baru lebih nikmat , kan?






 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Masa ni , aku rajin sakit sendi ! Aku ingat punca dari salah angkat besi atau kesan dari hari hari layan gym tapi rupa rupanya... teruskan membaca ! 

Serius.. aku pun takut tengok gambar ni. Haha.. segalanya punca dari pemakanan !

2021. Nak dapat bawah 90 cukup payah masa ni ! 


Dua hari sebelum Ramadan 2024

Ya..itulah aku dulu ! 20 tahun aku keluar masuk gym , tapi tak menjadi juga badan impian ! Bukanlah nak jadi untuk berbangga pun tapi lebih pada mencabar diri sendiri. Fokus utama adalah kesihatan. Sayangnya , cara dan teknik aku salah. Bukan salah pada latihan tapi salah pada diet pemakanan. Part ni yang tak betul dan kesannya , terlalu besar ! 

Ada yang kata badan nampak ok je masa tu. Lebih baik dari sekarang tapi apa yang mereka tak tau ialah masa tu badan sedang ke arah kerosakkan dan benarlah , bila masuk 40an akan sakitlah kita sana sini. Antara yang terkesan ialah sendi siku , lutut , bahu , leher manakala tekanan darah makin tinggi dan sering sakit kepala di pagi hari malah mudah stress ! Akhir sekali , anxiety ! 

Maka apa yang aku buat ialah ubah gaya hidup dan pemakanan. Ada yang kata sukar dan payah. Dan ada yang kata dah sebati dengan diri. Elo ?? Aku dah masuk 40an dan berjaya ubah walhal dulu akulah raja makan segala benda atas alasan nak bulking atau besarkan badan tapi realitinya ??? 

Aku tahu.. susah ! Tapi mulakan dengan KURANGKAN. Jangan mendadak berhenti. Mula mula kurangkan pengambilan gula.  Camana nak kurangkan ? Pertama sekali , elak lepak di kedai makan ! Bila kita lepak di kedai makan dengan kawan kawan, pastinya lama. Pastu bila kita order air tanpa gula , ada pulak kawan yang meracun ! Aduh. Part ni tak bagus sebenarnya. Sebagai kawan, tolonglah hormat keinginan kawan kita tu nak jaga kesihatan. Jangan bagi nasihat yang tak bagus untuk mereka.

Kedua , jangan tidur lewat. Jangan layan movie malam hari. Bila kita tidur lewat , kita akan terasa lapar. Bila kita makan , inilah punca kerosakkan pada perut kita. Ingat.. perut kita ni enjin utama badan kita. Kalau dia rosak, seluruhnya akan terkesan dan akan turut rosak termasuklah mental kita yakni stress atau tekanan ! Nah.. mulalah tekanan darah naik tinggi ! Naya ni.. 

Ketiga , kurangkan pengambilan karbohidrat dan makanan yang diproses berulang kali. Contohnya roti putih , nasi putih , susu low fat , makanan segera seperti megi , burger , hotdog , roti canai dan biskut biskut mahupun jajan. Benda benda ni jangan ada di dalam peti ais atau peti simpanan makanan di dapur rumah kita. Jangan ada ! 

Keempat , makan malam terakhir sebelum jam 8 malam dan lewatkan sarapan pagi. Kiranya pagi pagi hari tu, lepas tunaikan kewajiban kita.. gi la briskwalk atau jogging dulu. Bakar dulu kalori yang bersisa dan jika dah takda , ianya akan mencari tenaga simpanan dalam badan. Nah, masa inilah akan ditarik lemak lemak yang ada untuk ditukarkan jadi tenaga ! Kalau kita makan sebelum bersenam, bila nak guna lemak lemak tu ???

Kelima , bila makan tengahari tu.. carilah makanan yang sebenar. Contohnya ikan , ayam , telur  sayur , buah. Yer , makanan yang tok nenek kita dulu dulu makan. Jauhi makanan dalam plastik dan tin ! Dan bila makan tu , makan dulu fiber seperti buah , sayur diikuti dengan protein dan jika masih lapar , barulah ambil sedikit karbohidrat seperti nasi putih..letak kuah sedikit. 

Nah.. jika berjaya lakukan ini dalam tempoh seminggu dua , maka dah bolehlah berhenti terus gula putih .Takda manfaat pun ianya dalam badan kita. Kalau ada yang kata badan kita perlukan gula , maka suruhlah dia banyakkan membaca lagi. Badan kita tak perlukan gula putih pun !

Ada yang kata gila ! Mengarut tapi alhamdulillah selepas aku lakukan semua tu , apa yang berlaku pada badan aku adalah sesuatu yang aku tak sangka sama sekali. Mula sekali , tekanan darah kembali normal dan terkawal. Kemudian sakit sendi mula hilang. Paling best , bangun pagi pun takda dah nak sakit kepala atau rasa melayang. Tak perlu dah nak tunggu 2-3 minit untuk tenangkan diri baru boleh mandi. Dan paling best , berat badan ke BMI yang sepatutnya di mana aku rasa satu  tika dulu , adalah sangat mustahil untuk dicapai dengan badan macam ni. Kiranya tak nak hilang otot demi nak turunkan berat badan walhal , boleh je pun ! 

Selepas cut gula dan rendahkan pengambilan karbohidrat. Yang berkacamata hitam tu , sebelum. Agak membelon muka walaupun hari hari pergi gym ! 


Bukanlah nak menunjuk tapi nak kasi tau.. aku boleh , korang pun boleh buat ! 

Dalam usia nak menjangkau 50 tahun , ada yang malas nak jaga badan. Kenapa macam tu ? Sebab dia ketagihan pada pemakanan. Dia suka nak makan. Pastu mulalah ke ulang alik klinik untuk ambil ubat. Nah.. masa ni sapa susah ? Aku dah lalui. Duit banyak abis. Masa terbuang. Kerja terganggu. Asyik cuti ! Asyik MC ! Walhal jalan mudah , ada jer. Jaga badan automatik kita akan jaga kesihatan. Tak semestinya kena gi gym pun ! Boleh je bersenam ringan ringan di rumah. Yang penting , pemakanan tu kena betul ! 

Di bulan Ramadan nanti... ketika sahur nak makan apa ? Perlu ke ambil nasi ketika sahur ? Pertama sekali kena tanya.. apakah aktiviti aku hari ni ? Apakah melibatkan fizikal seperti turun ke bendang atau ladang ? Atau sekadar duduk di pejabat mengadap komputer ? Memandu ?  Kalau setakat duduk jer, tak perlu pun amik karbohidrat yang banyak. Kalau kita banyak lemak , nah.. masa ni la stop amik karbohidrat dan fokus pada protein dan fiber. Jika nak mengoreng , guna je minyak zaitun atau minyak kelapa sawit. Lemak baik. 

Tips untuk elakkan kekembungan atau kena gastrik ketika berpuasa .. minum air halia sebelum makan sahur dan juga selepas makan sahur. Ketiba berbuka , minum air sedikit air halia juga sebelum makan. 

Masa berbuka.. yang ni ramai kecundang ! Korang pun tahu kan ? Kalau betul nak sihat dan dapatkan badan idaman , inilah cabaran tapi mudah je nak harungi. Minum air  pastu makan fiber seperti buah kurma sebijik dua dan sayur. Abiskan semua tu dulu. Baru makan protein seperti ayam , ikan. Dah terasa cam kenyang kan ? Bangun dan gi solat. 

Dan jangan makan dah pastu ! Kalau nak makan gak , cari buah yang tak tinggi gula seperti epal , avocado dan berries. Tidur awal , bangun awal. 

Hilang nikmat ? Bro... sebelum ni , aku tak leh makan daging terutama kambing dan lembu. Kalau makan , terus sakit kepala ! Sekarang , aku boleh dah makan tapi bila makan.. aku bersederhana jer. Bukan melantak ! Hilang nikmat tu bila kita dah mula kena makan ubat doktor ! Ke mana mana saja , kena usung ubat ! Tu baru hilang nikmat ! 

Selamat mencuba ! 

Dapatkan serbuk halia di : https://www.instagram.com/halianosatu/




 


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (60)
    • ►  Disember 2025 (1)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ▼  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ▼  Mac 2024 (14)
      • Kenapa aku lebih suka cuka Carob berbanding cuka e...
      • Ini tips mudah elakkan kembung air semasa berbuka !
      • Beli Oligo terus menderma ke Tabung Kemanusiaan Pa...
      • Berbaloikah tak makan nasi putih ?
      • Turun berat badan semasa Ramadan. Apakah tandanya ?
      • Pagi pagi si pipit dah meminta makanan !
      • Kenapa KK Mart diboikot ?
      • 1+1 = 3 !!
      • Boleh ke bersahur tak makan nasi ?
      • Hari pertama persekolahan sesi 2024/2025
      • Hilangkan dengkur anak !
      • Tips nak cantikkan badan di bulan Ramadan ?
      • Kitalah yang rosakkan kesihatan anak anak !
      • Semakan kemasukan SBP 2024 dah keluar. Anak anda c...
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes