BEN ASHAARI



Aku mengenali keistimewaan minyak buah keras ni dari mak aku. Tiga orang anak aku, dipakaikan dengan minyak buah keras ni di kepala mereka. Hasilnya ? Rambut memasing lebat lain macam. Sebelum tu, risau gak aku tengok rambut diorang. Halus halus dan skit. Mak bapak rambut lebat. Hahaha.. 

Lepas dipakaikan setiap kali mandi , memang ternyata berlaku perubahan ! Mak aku kata memang dia amal dari dulu. Selain guna santan dan bunga raya. Minyak buah keras ni , tak ramai mampu tahan baunya. Kemudian muka pun jadi berminyak dek kerana minyaknya turun ke muka. Tu berlaku pada aku la.. Orang lain tak tau la aku.. 

Nak buat bukatn mudah. Nak dapatkan santan original satu hal. Sebab tu kalau hand made punya , mahal ! Tapi mak aku tak jual la.. Ada yang jual tapi ramuan dia tak sama macam mak aku buat. 

Hand made oleh mak aku. Patut la masa dia muda , rambut dia lebat dan hitam pekat..

Sejak PKP ni , aku kerap botakkan kepala. Tapi bila tumbuh balik rambut.. kelihatan seperti ada pembalak haram di atas kepala aku ! Ada pelbagai cara untuk menghidupkan kembali rambut aku tu. Antaranya makan banyak telur setengah masak. Aku rajin je buat tapi bini aku sering usha dari tepi.. 

" Bang.. telur mahal.. anak anak punya tu.. " 

Hahahaha.. aku nak beli yang telur murah, dia tak kasi. Nak yang organik jer.. Maka aku cari penyelesaian lain.. Entah camana, ada kawan di Facebook tiba tiba suruh aku LIKE satu page ni. Aku baca dulu page apa... 

" Eh. dia ni macam tau tau je aku mencari ! Hahahaha" 

Aku LIKE dan berbual dengan dia. Katanya dia ada masalah rambut dulu. Kerap gugur. Tapi selepas diperkenalkan dengan produk tu... terus ok dan dia sendiri jadi agen ! Hurmm..  Menarik ! Terus aku order. 

Harga mahal ? Neh... dia punya bukan minyak cam aku guna tu. Diorang buat dalam satu bentuk yang lebih mesra pengguna dan selesa untuk digunakan. Korang boleh tanya pada dia sendiri.. Bukan sebarang penjual produk n ok ! Sila LIKE Page : LESPETTUA RAWATAN RAMBUT


Tapi kalau korang takda bajet , boleh try produk lain. Harga pun ok jer.. Cuma pastu muka berminyak sedikit la. Agak kurang selesa di situ. Kalau tahan , ok la kan ? Hahahaha.. Ada banyak lagi selepas aku google. Cuma tak sure la keberkesannnya.. Yang Lespettua tu , kasi aku try sebulan dulu eh. Kalau korang nampak aku kacak semacam jer... Menjadi la tu ! Hahahaha.. 


Yang penting... sebenarnya ialah jaga pemakanan dan jangan stress ! Rambut lebat pun tak guna kalau muka cam tenuk cari maggie goreng !
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Jadi kekecohan dua tiga hari ni. Huhuhu.. Masing masing keluarkan pendapat sendiri. Langsung menenggelamkan isu 'lelaki jadi perempuan' dengan menggunakan Face App. Hehehe.. Kan kan ? Isu ni lagi panas sebab menyentuh perempuan ! Huhuh.. Faham faham je la apa akan terjadi kan ? 

Ok... Aku membaca dengan jayanya. Masing masing dengan pendapat. Aku , ok jer.. Korang punya pendapat adalah bagaimana cara korang melayan suami masing masing. Aku takda hak nak pertikaikan. Kenapa aku kata gitu ? Sebab korang lebih mengenali hati budi suami isteri masing masing. 

Bagi aku gini jer..Bagaimana si isteri melayan suami , adalah dari apa yang dia nampak , pelajari dan ketahui. Contohnya la... Jika mereka kawin dari hasil mak bapak punya aturan , maka pastinya si isteri tu tak tau pun cara si suami tu camana... di awal awal perkahwinan, kan ? Jadi pastinya dia akan melayan si suami dengan apa yang dia nampak di rumah orang tuanya... bagaimana ibunya melayan ayahnya... Atau bagaimana dia belajar sewaktu menimba ilmu. Nah.. mudah je kan ? 

Yang kedua .. jika si isteri mengenali suami dari sebelum kawin lagi.. Mesti dah tau laki dia camana. Kepala sempoi ke.. atau jenis protokol mengikut adab dan agama. Nahhh... dua cara yang pastinya sangat berbeza. 

Suami tak minta dimuliakan. Tapi jika isteri memuliakan suami, mesti si suami akan senantiasa terasa macam.. WOW gitu.. Tapi sebelum nak dapat WOW gitu , si suami terlebih dahulu buktikan yang dia layak dapat WOW dari isterinya. Bagaimana ? Nah.... sama jer caranya. Layanan dari suami perlu WOW. Cara bertutur katakan.. 

" Sayang , abang hari ni mungkin pulang lewat yer.. Nak jumpa kawan di luar lepas kerja. Ada hal bisnes. Kalau sayang nak.. bla bla bla... " 

Dia punya cakap lembut... cara sentuhan lembut..Senyum. Pergh.. Hati isteri mana tak cair memanjang kalau suami selembut sutera begini. Hasilnya , si isteri akan kasi yang lebih baik dari suami dia kasi ! Nahh.. kan ? Perempuan ni , senang jer. Ko kasi dia satu kebaikan... dia akan balas berganda ganda. Ko kasi dia taik , siap laa ko ! Haaa.. jangan memain ! 

Bila kita nampak ada si isteri cakap ngan si suami dengan kerasnya.. dengan kasarnya. Kononnya ini zaman sempoi. Zaman laki bini ibarat BFF gitu.. Sembang aku kau gitu. Boleh giler giler. Sesuaikah? Si suami gi jumpa orang tua si isteri , cakap baik baik.. nak meminang dijadikan ISTERI. Besar title tu.. ISTERI ! Bukan BFF atau kawan baik bagai... 

Oh ya.. ISTERI  ni bukan binatang belaan tau ! ISTERI ni adalah sebahagian dari dirinya. ISTERI adalah melambangkan dirinya. Bagaimana dia berpakaian.. bagaimana dia berhadapan dengan orang lain , adalah dari didikan suami ! Nahh...gituu.. Jika suami gagal , maka gagallah isterinya. Terumbang ambinglah kapalnya ! 

Bayangkan.. jika si suami memainkan peranan dengan cukup cemerlang.. Dari subuh , berjemaah. Berdoa bersama sama.. Dengan penuh penghayatan. Si isteri turut sama berdoa.. mendengar dengan jelas setiap bait bait atau baris doa , pastinya hati si isteri tu umpama lautan tenang yang disulami pelangi  petang.. Gituuu ! Fuh...Cantik je kan ? 

Bila suami kasi yang terbaik... bukan saja pakaian diasingkan dari pakaian anak anak bila dibasuhkan malah pinggan untuk suami pun akan beza dari anak anak. Kenapa boleh gitu ? Sebab dia nampak suaminya dari satu sudut yang tinggi kedudukannya. Tu diaaa...Nak capai level ni , bukan senang ! Hahaha.. aku ? Jauh sekali tapi aku nampak ada ! Memang bertuah sekali dia dan anak anaknya. Cukup tenang pelayaran kapal keluarganya tu.. 

Kita tengok je zaman sekarang. Di media sosial. Cara update status.. Cara dia menurunkan komen. Faham faham je la kan ? Aku baca pun cam... hurm... 'Kesian'.. 

Berpelajaran tak semestinya berilmu. Berilmu tak semestinya beramal.Beramal kena ada ilmu. Bukan suka suka kasi pendapat ikut logik akal. Bila kita terdengar orang kasi nasihat.. kita jangan terus melenting. Orang berilmu akan berfikir terlebih dahulu. Kemudian dia akan analisa dengan dirinya.

Apakah aku sedemikian rupa ? 

Sedang dia dok berfikir.. Dia ternampak suami dia keluar dari bilik air..

" Abangggg... tolong amikkan kopi saya atas meja tuuu.. Best pulak cerita Korea ni ! ". Si isteri menjerit manja . 

Kau rasa ? 

Sebab tu tak pelik.. masih ada suami yang lepas makan , tinggalkan pinggannya atas meja. Si isteri akan kemaskan. Pada yang nampak , akan kata... Pemalasnya suami dia ! Yang dia tak nampak , si suami tu buat apa selepas bangkit dari situ... Sambung bekerja mencari rezeki atau pergi melayan anak anak.. 

Segalanya terpulang pada kita. Cara kita menentukan hala tuju keluarga kita. Kalau nak anak anak contohi kita , maka tunjukkan contoh yang baik. Bagi aku , memuliakan suami ni tanda hormat pada dia. Bukan asingkan pakaian je tapi cara kita berpakaian.. Cara melayan.. Cara berbicara .. Cara pandangan.. Dan suami pula memuliakan isterinya lagi kena tinggi ! Jadi ketua.. jadi pemimpin.. jadi khalifah. Bimbing si isteri dan keluarga menuju ke syurga Allah ! 

Jangan  tanya ada lagi ke orang gitu di zaman ni.. Tanya bila kita nak jadi macam tu ? Sama sama berubah... 

Fikirkan la.. 

Tak perlu nak melenting.. nak sentap memanjang.. 
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Sugu Pavithra , seorang Youtuber berkonsepkan masakan India yang popular sejak PKP lepas. Menjadi bualan dari bawahan hingga atasan.. Perdana Menteri sendiri pun sebut nama dia 'hari tu' menjadikan dia antara Youtuber yang banyak dapat subscriber ! Contoh rakyat Malaysia yang patut ikuti ! Mesti tahu kenapa punya, kan ?

Ok..dalam isunya hari tu.. dia dikatakan 'saja saja' letak harga tinggi untuk menolak muncul di rancangan masakan. Dan aku dah beri pendapat aku dalam entri lepas. Berdasarkan pengalaman aku la. Yang mana aku mementingkan Network dari pelbagai sudut dan orang.  Boleh baca di entri Youtuber Sugu Mintak RM10K ?

Yang aku sedikit pertikaikan ialah part low profile tu je. Tu pun aku tak baca dari dia tapi dari komen komen netizen di Twitter yang mengatakan dia 'saja' letak harga gitu sebab nak tolak secara halus ! Hurmm.. Macam aku kata la.. kalau tak nak , cakap tak nak.. Kalau nak , bagitau je 'harga kamu' dengan ikhlas ! Dan yer.. dia memang layak pun untuk bayaran tinggi ! Takda isu kat situ.

Cuma isunya ialah.. kalau benar nak low profile , kenapa buat photoshoot ala ala model gitu ? Pastinya akan viral gempak punya. Kalau viral bab masakan tu, ok la. memang sesuai ! Tapi model ? hurmm.. Kau punya level bukan low profile dah pastu ! Akan naik satu level lagi !


Kalau nak maintain low profile , buat macam blogger masakan Mat Gebu. Yer, dia berkali kali tolak untuk muncul di tv dan majalah. Katanya memadai je dengan di blog. Ok... tu low profile ! Income tetap masuk gak..

Tapi... tapi ! Jika dia tak kata pun dia tolak sebab nak low profile , haaaa.. apa dia buat ni dah betul ! Kautlah selagi rezeki tu halal dan tak salah di sisi undang undang. Aku pun tumpang seronok sebab boleh gak tumpang tulis cerita pasal dia ! Hahahaha.. Kan kan ? Isu positif. Dan dia pun memang positif orangnya.  Cuma part low profile tu je aku tak pasti apakah dari dia atau netizen yang buat kesimpulan ! Apa pun , dia memang layak  sebab inilah ' lubuk emas' yang aku sering cakapkan.. Internet jika dimanfaatkan.. ko akan hidup senang !

Buat korang yang nak jadi macam dia... jadilah diri sendiri dan bersedia untuk hilang segala gala privacy ! Harga privacy sangatlah mahal....

Buat Sugu Pavithra... jangan leka dan utamakan keluarga. Oh ya, cukai pendapatan jangan lupa declare tau ! Hehehe...

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Viral di Twitter semalam. Di Facebook, aku tak perasan lak. Kisahnya mengenai Youtuber Sugu Pavithra yang kononnya letak harga RM10K untuk satu jam punya rakaman masakan. Apakah benar dia mintak gitu atau ada yang fitnah dia ? Huhuh.. 

Aku baca setiap tweet dan komen untuk fahamkan cerita. Dia dikenali dengan seorang yang merendah diri dan tidak berminat untuk 'masuk' dalam rancangan masakan. Aku percaya dia ada alasan tersendiri kenapa tak nak terlibat untuk rancangan masakan.. 

Sejujurnya , jika kau nak terlibat dengan rancangan tv , bukanlah sejam masa kau akan digunakan. Aku amik contoh jika aku yang pernah terlibat untuk rancangan Nona ketika untuk segmen Hari Bapa satu tika dulu. Juga beberapa rancangan tv lagi. Bayangkan untuk 5-10 minit punya 'cerita' , rakaman memakan masa setengah ari ! Tu tak perlu masak tauuu ! Pernah gak terlibat untuk rancangan masakan. Untuk bahagian aku tu, aku tunggu dari pagi hingga petang. Lepas Maghrib baru giliran aku ! Berlengas wehhh ! Hahahaa.. 


Kenapa aku terima ? Pertama... NETWORK ! Tak selamanya kita akan terkenal ! Bila satu hari nanti kita di bawah , kenalan kita dari pelbagai lapisan ini akan membantu kita. InshaAllah. Kedua ,  pengalaman. Bukan giler nak masuk tv. Kita tau, tak ramai dah tengok tv di masa kini. Dok abiskan masa dengan media sosial atau layan tv berbayar ni. Tapi bagi aku, rancangan di TV ni ada peminat tersendiri. Tak kisah la kita ni dah popular setinggi mana.. view beratus ribu mahupun cecah juta.. tapi jangan sesekali tepikan media media yang lebih otai dari kita seperti majalah dan rancangan tv ni. Maaf la.. aku guna bahasa mudah jer..

Bina rangkaian yang baik dengan semua pihak.  Ianya bakal memanfaatkan kita satu hari nanti. Bayangkan satu hari nanti, kita kehilangan keupayaan pada kedua tangan kita tu. Ko rasa sapa akan bantu ko ? Sekarang boleh la sembang ko popular.. berkemampuan. Satu hari nanti ? Huhuh.. 

Jaga nama. Kalau betul betul tak nak , bagitau je  tak nak. Jangan letak harga tinggi sebab ianya bakal mendatangkan nama buruk buat kita dalam kita tak sedari. Aku tau.. dia nak tolak secara halus. Tapi letak harga yang sebegitu , nama ko akan automatik disenarai hitam oleh 'wartawan' yang mana satu hari mereka ni berkemungkinan boleh jadi client kita . 

Mereka perlukan kita.. kita perlukan mereka. Duit bukan segalanya.. 

Silapnya ialah.. Dia tak perlu letak harga gitu jika tak nak. Nanti reputasi dia jadi buruk. Tak comel gitu.
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Hujan di luar.. Nasib baik semalam aku dah plan untuk mudahkan kerja wife aku di pagi hari ni. Bukan apa.. tau dia penat sepanjanng minggu ni. Dan aku pulak dah lama teringin Laksa Johor. Huhuh.. Ikutkan plan nak gi pekena Laksa Johor kat rumah Che Mat Gebu sebab dia punya je boleh masuk ke dalam tekak aku ni. Hahahaha. Dia tau citarasa aku gitu.. Ececece..

Tiba-tiba ternampak di Facebook.. ada iklan Laksa Johor. Dan yang buat lak , memang berlatarbelakangkan bisnes makanan. Maka aku tak la teragak agak untuk order. Heheheh.. Terus whatsapp dan order 4 bungkus. Murah jer.. Siap sekali hantar sampai depan rumah. On time ! Huhuh.. 





Ok... apa rasa dia ? Kuah tarak kedekut punya isi. Memang pekat dan padu. Cili dia , tak terlalu pedas. Kiranya budak budak boleh makan. Susun atur pun kemas. Kalau korang nak buat makan makan kat opis pun , sesuai la. Takda la nak segan kat kawan kawan pejabat kalau order. Kemas jer.. 

Sedap ke tak ? Berapa bintang ? Kena dengan tekak aku. Nasib baik aku tengah mula nak membakar lemak perut. Hahaha.. Kalau tak , memang 2 pek ni aku punya laa... Hahahaha.. Sabar.. sabar ! Sesuai la kalau untuk makan makan di pejabat atau di rumah berjemaah. 

Camana nak order ? Area mana dia cover ? 

Area KL-Bangi - Semenyih-Beranang- Mantin-Pajam- Nilai . Luar dari tu. aku tolong emailkan gambar eh.. Hehehe.. gurau gurau.. 

WhatsApp - 01155068761 ( Puan Ana )

Harga - RM10

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Dah buka sejak Isnin lepas selepas kerajaan benarkan. Alhamdulillah , kes Covid 19 semakin terkawal dan rakyat pun dah mula biasakan dengan Norma Baru atau New Norm.  Segalanya lebih terasa bersih dan aman ! Hahaha.. 

Di gym.. nak masuk gym , kena ikut SOP yang ditetapkan. Setiap ahli cuma dibenarkan berada dalam gym selama 1 jam 45 minit saja. Pastu gym akan tutup 15 minit sebentar untuk kerja kerja pembersihan. Tapi sebelum masuk tu, kena scan MySejahtera terlebih dahulu dengan diikuti oleh isi form melalui scan code. 



Kalau sebelum PKP , aku boleh gi kul 10 malam punya. Tapi sejak dua menjak ni. asal jam 10 , aku dah mengantuk tahap gaban ! Hahahaha... Faktor usia ? Hahaha.. Tak la.. memang dah ubah jadual sejak akhir akhir ni. Tidur awal tu kan nikmat.. hee..

Di gym.. Buat masa ni tak ramai lagi. Baguslah.. kalau tak , yang datang tu bukan bersenam sangat. Lebih nak melepak jer. Bikin semak gitu ! Dan puas la layan besi. Walaupun masa agak terhad tapi kalau fokus... ok je masa yang diberi tu. Kalau dok main handphone , memang tak cukup la..Hehehe.. 

Pastu kan... Ni part penting. Apakah SOP penggunaan peralatan ? Lepas guna , kena bersihkan ! Aku dapati tak ramai yang buat begitu. Hurm... Apakah mereka sekadar  mengharapkan pihak pengurusan untuk uruskan semua tu ? Dan diorang cuma guna jer ? Apakah mereka yakin ahli gym yang datang tu , memang clear dari sebarang virus ? Hurmm.. 

Aku tak berani amik risiko... Setiap peralatan aku guna , aku bersihkan sebelum dan selepas guna. Biar orang yang guna selepas aku tu lak , yakin dengan tahap kebersihan peralatan. Kan kan ? 



Selesai workout.. Balik umah... Tukar pakaian di luar rumah sebelum masuk. Bersihkan diri dulu di luar ! Hahahaha.. Kasut kasut , memang wife tak kasi masuk. Huhuh.. SOP di rumah. Alhamdulillah... Kita patuhi SOP dan inshaAllah... 

New Norm... segalanya baru walaupun lama. Yang penting , kita semakin pentingkan kebersihan. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Dari usia sehari hinggalah bertahun.. aku jaga mereka. Dari mula menangis hinggalah dah petah berkata kata , aku jaga mereka. Dari tak reti berjalan , dah boleh berlari. Pelbagai dah pengalaman aku rasa yang mana satu ketika dulu, aku takut nak hadapi..

" Boleh ke aku nak besarkan diorang ni ? Mampu ke ? Mana nak cari duit ? Nak beli itu ini nanti ? "

Sebelum berkahwin. Inilah perasaan aku. Tapi orang kata...kalau tak cuba tak tau , kan? Hahahaha.. Perkahwinan bukan untuk cuba try test tau ! Kau kena bersedia dari sudut fizikal dan mental. Bukan duit je kena bersedia. Kena bersedia yang kau bakal jadi suami , isteri. ibu dan ayah. Nah... satu tanggungjawab yang besar ! 

Tapi jangan risau.. Kau akan tau bila dah tiba masanya. Tak perlu rasa takut. Tak perlu risau. Hidup ni sementara. Kalau segalanya nak takut , lebih baik jangan hidup ! Kalau rasa nak selesa , lebih baik hidup sendirian. 

Dan bila dah berkeluarga.. kena fokus ! Kalau tidak.. kau akan kata.. 

" Eh... dah besar anak anak aku ? Rasa cam sekejap jer.. Ari tu kecik jer.. sekarang dah besar ! "

Sebenarnya masa berlalu terlalu lama. Dari awal pagi hinggalah malam.. banyak kerja kena buat. Tapi kita rasa sekejap sebab kita 'skip' banyak perkara dan memilih untuk 'memudahkan'.. Maka sebab itulah kita tak rasa perjalanan kita terlalu lama , sebenarnya.. 

Qhaliff.. berbasikal beroda dua buat pertama kali. Si ayah mengajarnya berbasikal. Aku saja biarkan dia jatuh sesekali. Biar dia belajar kenal erti jatuh dan bangun semula. Biar dia belajar erti sakit. Aku terlalu 'protective' anak anak.  Segalanya tak boleh ! Huhuh.. Bukan tak kasi tapi dalam keadaan sekarang , anak anak kita terdedah dengan banyak bahaya. Maka kena bersikap begitu. 


Alhamdulillah.. Dia dah berani. Zahra dan Aariz bakal menyusul. Tapi berbasikal bukanlah sukan yang aku nak dia ceburi. Heheheh.. Terlalu berisiko buat masa sekarang. Bukan apa.. Di Malaysia ni, lebih baik bersukan untuk riadah dari jadikan karier. Walaupun ada yang jutawan tapi jumlahnya terlalu sedikit dan yang pasti,.. mereka tiada masa untuk diri mereka sendiri ! Neh... itu bukanlah matlamat kehidupan buat aku. Bagi aku la..  Orang lain , dia punya pendapat. Bagi aku, biarlah mereka berbakti pada negara dan masyarakat dari sudut ilmiah.

 InshaAllah.. 
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Mencari produk untuk penjagaan diri sendiri ? Atau mungkin nak hadiahkan pada yang tersayang ? Yer.. aku tahu. Ada banyak produk produk penjagaan diri di luar sana tu atau dalam media sosial ni , kan ? Sampai tak tau nak pilih yang mana.. kan kan ? 

Ok ok.. Kalau mengikut tips yang aku baca laa kan.. kalau nak membeli produk produk penjagaan diri ni ada bebarapa langkah yang disyorkan.. Nak tau ? Nah... ini yang aku tau la.. Hasil dari bekas awek jiran aku share.. Ececece... dan dan awek jiran yer ! Hahahaha.. 

Dah.. jangan buang masa.. Jom sambung baca ! Kalau mencari produk penjagaan diri , korang kena perhatian beberapa aspek ni.. 
  1. Produk natural dan mesra alam. 
  2. Fokus bahagian penting seperti muka atau anggota badan. 
  3. Harga mampu milik 
  4. Produk tempatan ( cintai buatan tempatan )
  5. Trend terkini ( mesti kajian lebih mendalam kan ? )



Nah.. ini produk terkini di pasaran.  Produk Natural ! Set penjagaan kulit dari Koolit yang mana turut diperkayakan dengan Ekstrak Akar Manis yang mana ianya bertindak sebagai anti-radang, serta mampu memberikan 40 kali antioksidan serta membantu mencerahkan kulit.  Kelebihannya ialah mampu menyerapan lebih pantas ke dalam kulit yang mana akan melambatkan proses kehilangan air epidermis (TEWL) 20% dalam masa 24 jam. Pengguna akan merasai perubahan ketara selepas penggunaan selama 4 minggu. Set Koolit ni mempunyai Pensijilan GMP dan selamat digunakan untuk bayi juga. Seluruh badan yer. Harga berpatutan , efektif dan terbukti selamat digunakan. Yer , aku dah guna pun sekarang ni. Haaa , gituu.. Dari Koolit untuk kulit ! 

Ada 3 produk yer dalam satu set. Dimulai dengan Koolit Gentle Body Wash. Guna masa mandi tau ! Hehehe.. Tak perlu bilas air dulu sebelum nak ratakan pada kulit. Dah boleh terus ratakan je.. Pastu baru bilas dengan air. Koolit Gentle Body Wash ni mengandungi vitamin E dan C yang diperlukan untuk kulit kita.  Sekali pam untuk sekali mandian dah mencukupi yer.. Bau wangiannya bagi aku tak la ketara sangat tapi sesuai dengan hidung aku. Lembut je baunya. Oh ya, disahkan selamat oleh perbadanan antarabangsa IFRA. 


Lepas mandi , lap kasi kering. Pastu sapu losyen.  Aku akan fokus pada bahagian lengan dan siku aku yang mudah kering.. lebih lagi siku ! Naik kering dan hitam dah kat situ ! Haish.. Bukan tak jaga tauu.. tapi dah macam macam aku letak.. Maka sekarang aku guna Koolit Soothing Lotion. Alhamdulillah , ada la nampak beza skit. Tak la kering tanpa losyen. Hehehe.. Bagusnya , ianya tak melekit ! 

Oh ya.. diperkayakan dengan minyak Jojoba dan vitamen E. Mampu serap dalam masa 10 saat jer.. Mereka yang berkulit biasa dan kering , sesuai guna ! 




Ok.. selepas tu , aku akan guna Koolit Calming Cream. Yang ni , aku akan sapu pada tapak kaki dan juga tapak tangan aku yang pecah pecah dek kerana kering. Tapak tangan sebab dok bersenam ( pegang besi ). Bila guna 2-3 kali dah nampak kesan positif ! Alhamdulillah. Terasa tiba tiba cam tangan anak dara. Hahahaha.. 

Koolit Calming Cream ni turut mengandungi vitamin E semulajadi , minyak zaitun bagi melembabkan kulit. Sesuai untuk kulit biasa dan kulit kering. Bayi pun leh pakai. Tiada wangian ! Haa.. 



Amacam ? Korang jangan sekali dua je pakai pastu tunggu hasil ! Tak leh tu.. Salah ! Kena konsisten selama 4 minggu untuk dapatkan hasil terbaik. Haa.. pastu teruskan je amal guna. Baru betul. Jangan dah ok pastu, biarkan jer.. Salah dah tu ! Kena konsisten. Tau ?

Mana nak beli ? Di Watson dah ada jual. Korang boleh dapatkan kat sana. Aku tak jual. Hahaha.. Nak kata malas nak keluar la tu , kan ? Hahaha.. Tak peee.. aku tau ! Aku pun malas nak keluar rumah buat masa ni. Kurangkan risiko kan ? Ok... beli je secara online ! Suka ? Aku tau... aku pun suka ! Hahaha.. 

Selamat BerKoolit ! 

Facebook: www.facebook.com/koolitmy 
Instagram: www.instagram.com/koolitmy
Watsons: https://bit.ly/2S47Jio
Shopee: shopee.com.my/naturaloptions.os
Web:  www.mynaturaloption.com
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Kedai cermin mata di Kuala Lumpur ni ada banyak. Teringat arwah ayah aku yang suka pergi buat cermin mata di Jalan Kuching. Tu kira kira 30 tahun dulu la.. Tapi memang murah la. Branded lak tu. Nampak dia memang puashati la. Sebab bukan sekali dua dia buat situ. Dengan aku aku sekali terlibat tempah spek kat situ. Spek rabun. Hehehe..

Bila dah besar ni.. duit ada kan ! Hehehe.. maka pergi la kedai kedai yang terkenal. Bingkai murah tapi dia punya lens.. pergh... Campur campur, beribu ! Adoi... dek kerana dah terpaksa, teruskan je la. Tapi berkali kali gak la aku tak puashati ! Bingkai rosak dengan cepat. Masa beli , siap kata gitu gini. Bila dah rosak, sembangnya lain. Nak beli baru, bukan murah. Kan ? 

Tapi sejak aku kenal satu kedai spek ni.. aku memang akui kedai ni memang murah la. Memang area tu banyak kedai spek yang murah tapi yang aku suka ialah senang dibawa berbincang. Pastu bagitau je berapa bajet kita dan masalah kita. Diorang boleh je settlekan. Tapi janganlah mintak yang gempak pastu nak murah ! Memang parak laaa weh ! Ikut la kemampuan. Kalau nak bergaya tu , ok jer.. tapi keluarla  duit lebih skit. Pandai pandai la buat tawar menawar. 

Yang bestnya , kat kedai aku kata ni.. ko boleh dapat lens anti silau , tukar gelap dengan harga yang tak masuk dek akal ! Aku pernah tanya di kedai ternama.. harganya serupa gaji aku 2 bulan sewaktu bekerja dulu ! Hahahaha.. Tu lens je tauu ! Dia punya bukak harga... memang nak sembelih kau punya ! 

Tapi ini tak berlaku kat kedai yang aku kata ni la.. Ramai dah kawan kawan aku pergi sana. Malah diorang siap syorkan pada kawan kawan lain lak.. Kira dah berangkai la.. Kluster Ben Ashaari gitu. Hahaha.. 

Masa aku gi baru ni pun, ada pelanggan siap order 4 pasang gitu. Aku pun tak tau la dia buat untuk sapa sampai banyak gitu tapi tampak muka dia cukup berpuashati la kat  situ terutama dengan layanan pekerja pekerja kat situ. 

Berbaloi kalau buat multifocal kat sini ! 












Ok la kan ? Ramai puashati. Alhamdulillah. Tak sia sia la aku rekemen.  Plan nak gi lagi. Ada spek idaman aku menanti kat sana. Hahahaha.. 

Kalau korang nak gi , dapat harga cun punya.. cakap je korang pembaca blog BEN ASHAARI. InshaAllah dapat harga cun. Cari Mr.Jun tau ! 


Lokasi : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan: 11pagi - 7 petang( Setiap Hari)
No Tel/Whatsapp  : 0163636464 ( Mr.Jun )
Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup/
Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup/
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Pusat kesihatan atau fitness bakal beroperasi esok , seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan Malaysia. Satu penantian yang menyiksakan bagi kaki gym. Begitu juga dengan aktiviti kesihatan indoor seperti zumba dan sebagainya. Semua akan bermula esok. 

Tapi..

Masih ada yang tak yakin ! Boleh ke ? Benar benar selamat ke ? Betul ke owner gym dah sedia untuk ikut SOP seperti yang disarankan oleh kerajaan ? Apakah pengguna nanti akan juga ikut ? Bagaimana mereka nak pastikan pengguna ikut ? 

Fuh... 

Persoalan yang bermain di dalam kepala. Sedangkan bila main besi pun tak reti nak simpan balik dumbell dumbell tu.. ni kan pulak nak suh bersihkan menda alah tu ? Huhuhu... Kan kan ? 

Tapi tu dulu. Kali ni aku yakin , yang datang tu nanti adalah mereka yang dah bersedia untuk ikut SOP yang 'wajib' dipatuhi atau pusat gym tu dengan kau kau sekali kena 'tutup' ! Nak ? Haaa.. mestilah tak nak kan ? Letih dah ternak lemak.. kan kan ? 

Di Bodywoshop Gym , Bandar Baru Nilai.. mereka dah bersedia ! Ni yang aku nak dari dulu. Tak perlu duduk lama lama dalam gym  tu. Berkumpul melepak dan sebagainya. Datang , workout dan blah ! Orang lain nak guna gak. Buat semak je dalam tu ! Huhuhuh.. 

Baca juga : Kenapa aku sertai keahlian di gym ini 


Sejujurnya, berdasarkan dari gambar ni , aku yakin mereka serius dalam menangani masalah virus Covid 19. Cukuplah 3 bulan mereka tak dapat beroperasi. Pastinya kali ni mereka akan uruskan dengan baik. Dan yang datang tu adalah pengguna pengguna yang benar benar cintai kesihatan. Bukan sekadar datang nak melepak bagai ! Kan kan ?

Bagi yang tinggal di Nilai atau Sepang , mencari gym.. boleh ke sini ! 


   

Dari video ni , korang yakin tak nak datang gym ni ? Gym lain aku tak tau la camana la kan ? Tapi gym ni.. aku yakin tahap kebersihan dia. Memang terjaga la.. Tu sebelum ni. Dengan masalah sekarang , aku lagi yakin mereka benar benar menjaga 'aset' mereka ni. Periuk nasi kot ? Takkan nak biar mcm sekali lagi ditutup. Mau bankrupt terus weh !

Amacam ? Berani ?







Share
Tweet
Pin
Share
8 comments


Bagi yang muda muda lagi tu , mungkin dia tak kisah semua ni. Asal tidur lena.. hilang mengantuk dah la. Tapi bila mereka dah cecah 30 an , masa ni baru diorang sedar. Apakah terlambat ? Atau tidak.. kena tunggu apa kata doktor !

Macam aku dulu laaaa... Zaman muda gitu. Asal lena dah ! Tidur je kat mana mana pun.. Atas lantai sejuk ke.. atau tidak beralas. Dalam kereta. Atas bas. Bila bangun , terasa sengal tapi sekejap je. Orang tua tua kata , ' tunggu la umur 40 nanti.. tau la camana rasa ' .

Sekali betul da ! Fuhhh... Sekarang ni , nak tidur kena ikut SOP yang diajar ! Kalau tak , bangun akan sakit pinggang , sakit kepala , perut tak sedap ! Kenapa ? Haa.. Takkan berpunca dari tidur kot ? Adoi.. kepercayaan karut tul ! 

Nah... Pernah tak korang tiba tiba sendawa pastu rasa pedih ulu hati ? Haa.. atau tiba tiba terbelahak ? Haaa.. mesti penah kan ? Pastu rasa gas keluar dari tekak. Adoii.. kena lak baru lepas makan makanan pedas ! Tau tak tu bahaya ? Boleh menyebabkan kanser ? Haaa... 

Aku ni tak nak la memandai mandai. Bukan ada kelayakkan tapi beginilah aku buat. Sebelum tidur , aku minum air yang beralkali seperti air suam yang letak lemon. Atau aku amik sesudu jus Alam Natura. Bukan nak jual tau ni.. Aku bagitau apa yang aku buat jer. Kesannya , memang berbeza. Sebelum tu , aku dah terlupa amalkan. Sekali kena gas keluar..angin satu badan ! Nak tidur pun tak boleh. Asyik nak sendawa jer.. Pedih perut woo ! Terus cari lemon dan buat air.. Pastu lega skit.. 

Cara tidur juga memainkan peranan penting. Salah tidur , hurm.. Bukan je leher sakit ! Kepala pening dan secara automatik , mood semua ke laut untuk hari tu ! Kanser pun leh dapat kalau cara tidur tak betul.



Info tambahan mengenai tidur..



Cara terbaik untuk tidur ,adalah seperti yang dianjurkan dalam Islam. Tiru je cara Nabi tidur.. Boleh baca di SINI . Banyak hikmahnya.. 
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Hehehe.. maafkan chek naaa ! Lama chek tak masuk dapoq ! Hahahaha.. Masuk la sangat yer. Masuk pun untuk minum air dan basuh pinggan mangkuk. Tu pun lepaih kena jegil  ngan bini ! Hahaha.. Garang nooo bini ? Hehehe.. Biasa jer. Malas nak bertekak. Ko ngalah je la nak ! Lagi pun , takkan dia je nak buat kerja rumah kan ? Kena la bergotong royong.. Satu untuk aku.. dua untuk dia... satu untuk aku.. tiga untuk dia ! Barulah adil dan saksama.

Ok ok.. tu bukan isunya. Isunya sekarang ialah... kekeliruan aku sendiri ! Mungkin korang dah kenal Tapi aku yakin ramai lagi tak tau bezakan saleri dan saderi ! Haaa.. Jangan risau. Takda kaitan dengan paderi mahupun Ahmad Nazeri. 

Isunya aritu la.. aku buat jus sayur tu ha.. Aku cakap kat bini aku , aku nak celery atau saleri. Dia belikan je la. Tapi aku tulis dalam blog , saderi ! Dek kerana aku pernah baca sebutan betul dia. Pastu dia kata aku salah ! Marah la aku ! Apa lak salah ??? Aku blogger ! Always right ! Tak mungkin left sama sekali ! Huhh...

Dia malas bertekak. Aku tak puashati dia buat tak tau. Aku perlu pertelingkahan ! Barulah tanda kemakmuran rumahtangga. Ni takda gaduh pun.. tau tau beranak ! Boring arrr... 

Maka aku google. Mencari kebenaran yang hakiki. Dan jumpa. Er... 

Ini saderi atau daun sup. 

Ini celery atau saleri ! Yang ni bagus untuk buat tekanan darah turun. 

Haaa... Nampak tak perbezaan dia ? Pasni jangan silap buat jus lak. Kang jadi sup lak ! Hahahaha.. Yang daun sup , batang dia leh makan tak ? Kalau celery tu memang orang bedal batang dia. Daun tak tau la aku. Aku bedal je semua. Hahahhah..

Haa.. ni satu lagi isu lak.. Tau daun parsii dan daun ketumbar ? Haaa.. diorang ni adik beradik tapi lain ma, mak bapak ! Pandai pandai la korang google cari jawapan ! Hahahaha.. Aku nak masak nasi goreng USA . Korang tau apa tu nasi goreng USA ? Udang , Sotong dan Ayam ! Bukan Amerika tuu haa.. !
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Wife ajak beli durian. Teringin katanya. Bila dia kata gitu , aku tau dia nak ajak aku ke Pondok Durian Kak Jue yang terletak di Salak Lama. Bersebelahan kedai tayar. Kat situ boleh la tawar menawar dengan Kak Jue sebab dah lama membeli dengan dia. Dia pun menjual bukan untuk kaya pun nampaknya. Sekadar ada duit masuk , dah la katanya.

Banyak buah buah baru haa ! Segar bugar dan besar besar. Macam macam jenis ada haaa.. Terliur terus aku tengok ! Gulp... Dalam kepala aku , nak gi Pulau Pinang nanti ! Nak cari duri duri hitam. Hehehe... Balik Pulau la jawabnya. Tapi tu nanti la. Buat masa sekarang , aku fokus depan mata dulu. 

Wife dah standby bawak tupperware. Jimat masa dan tak payah nak kopek kopek dah pastu satu hal lak nak membuang lak ! Huhuh.. Baik terus je kopek dan lagi pun bak kata otai durian , kita leh dapat buah yang elok je. Maklumlah , sembang kata buah semua elok.. sampai rumah.. tu dia ! Haa, penah kena kan ? Haaa.. senang citer.. bukak depan mata tokey. Baru berbaloi dengan harga ! 

Cantik cantik isinya. Tapi aku mampu tengok je kali ni. Tak berani nak makan. Kenapa ? Dua tiga lepas, tekanan darah aku naik. Walaupun tak check tapi aku tau naik. Maka buat masa sekarang , aku kena rehat dari segala benda yang boleh menaikkan tekanan darah termasuk tengok gambar awek awek cun di media sosial ! Eh.. lain lak bunyi yer.. Hahaha..


Zahra terus mintak seulas. Ok.. kita stop sat na. Kita belajar sedikit penjodoh bilangan lak ! Hahaha.. Ada orang main belasah je sebut. Nah.. ini penjodoh bilangan untuk buah durian. Kang ada yang kata dia makan sebijik durian. Mampus weh ! Hahaha.. 



Tapi apakah benar orang yang ada tekanan darah tinggi ni tak boleh makan durian ? Ada yang kata , doktor kata gitu.. Biasanya , kalau tanya doktor mesti tak boleh. Kenapa ? Sebab bagi mereka yang ada tekanan darah tinggi dan makan ubat , mesti tak dibenarkan. Bagi yang tak makan ubat , sebenarnya boleh jer makan tapi sederhana ! Ops.. baca kasi abis dulu na...

Nah.. ini info dari HelloDoktor.Com : 

Durian boleh menjadi sebahagian daripada Pendekatan Diet Untuk Menghentikan Hipertensi (DASH) yang merupakan pola makan direka untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengikut Garis Panduan Pemakanan 2010 dari Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat. Pola pemakanan ini adalah dengan mengambil empat hingga lima hidangan buah sehari dalam diet 2,000 kalori, dan setengah cawan durian segar sebagai hidangan.

Durian hanya menyediakan 5 mg natrium per cawan, dan mengurangkan pengambilan natrium boleh menurunkan tekanan darah anda. Individu yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh melebihi 1,500 mg sodium sehari. Bagi menurunkan pengambilan natrium anda, banyakkan memakan buah-buahan segar, sayuran dan kekacang serta hadkan penggunaan garam dan makanan yang disediakan.

Satu manfaat penting buah durian untuk tekanan darah ialah ia sangat tinggi dalam kalium, dengan 1,059 mg per cawan. Diet tinggi potasium menyokong tekanan darah yang sihat, dan orang dewasa yang sihat perlu mendapat sekurang-kurangnya 4,700 mg sehari. Buah, kacang, sayuran dan ikan adalah sumber semula jadi potasium yang baik.

Pesakit dengan hipertensi sering mengalami komplikasi dengan penyakit jantung. Kandungan alkohol dalam buah durian boleh meningkatkan tekanan darah pesakit hipertensi. Tekanan darah meningkat akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan penyakit jantung secara tiba-tiba. Kawalan tekanan darah yang sering terletak di atas 200 akan mendorong kepada penyakit jantung. Sekiranya tekanan darah dan serangan jantung serentak, ia mungkin boleh menyebabkan kematian.

Tip makan durian bagi penghidap diabetes:
  • Tidak makan berlebihan
  • Tidak makan daging berlemak tinggi selepas memakan durian
  • Banyakkan minum air putih selepas makan durian
Apa apa pun .. sila rujuk doktor peribadi korang. Jangan sebab Ben kata boleh , korang pun bedal ! Hahaha.. Naya aku.

Peringatan ! Jangan makan ubat selepas makan durian ! Fuh.... meninggal kau nak oiii ! 
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Ok kan harga ?

" Bang, nak beli periuk nasi kat Lazada. boleh ? " tanya wife. Aku angguk je la. Takkan tak boleh pulak kan ? Aku tak nak tanya berapa atau jenis apa. Dia lebih arif bab tu berbanding aku. Dia punya penjimatan lebih dasyat dari aku. Hehehe.. Aku main kaut jer berdasarkan jenama. 

Selepas dia membuat pembelian di Lazada , aku terima email pemberitahuan. Aku pun tengok la. Eh, murahnya ? Midea ? Ok la.. Aku ada guna aircond Midea. Tak da buat hal setakat ni. Alhamdulillah. Sebab tu aku tak kisah sangat. Harga pun , dalam RM41 jer. Murah kan ? Boleh la untuk satu famili aku makan, buat masa ni. 2 pot nasi lepas la. Keluarga aku tak makan nasi sangat. Aku sendiri pun sekadar makan untuk hidup jer. Anak anak , tunggu ada ayam baru berselera besar. Tu pun sekadar makan dengan kicap. Sesekali bila ada kari ayam , haaa.. hantunya Qhaliff la. Zahra dan Aariz , hantu mee dan jugak sup. Nasi kurang minat. 

Beberapa hari kemudian..

" Pinnn , pinnnn.."  bunyi hon. Wife dah pesan. Akan ada banyak barang sampai. Tu diaaa aih ! Banyak ! Dan memang banyak laa pun haa.. Amboi, sedap shopping kat Lazada naaaa...




Guna elektrik. Takda lagi kes nasi berkerak dah. Hahaha. Nasi pon sedap je rasa. Alhamdulillah. Sesuai la kalau untuk mereka yang tinggal bujang di luar sana tu. Comel je rupa.

Tunggu apa lagi ? Dah takda lambakan barang di stor Lazada. Hahahaha.. Shopping time ! Masih malas nak gi mall. Kena beratur bagai. Tulis nama.. Hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes