BEN ASHAARI



Tergelak besar aku bila membaca alasan dia. Hahahaha... Apa punya nama dia pilih untuk stadium tu ? Gabungan bahasa Greek dan Arab ? Hahahahaa... Ko pikir ko sekarang di zaman tv hitam putih ke ? Agak agak la skit pun nak kasi alasan. Jangan buat orang lain tu cam takda akal jer. Hadoi laaaa... 

"  Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor menyangkal dakwaan yang tular bahawa beliau menamakan Stadium Mini Ffira Mikah di daerah itu sempena dengan namanya yang diterbalikkan.

Nnama baharu stadium berkenaan tiada kaitan dengan namanya dan hanya secara kebetulan menyamai nama beliau sekiranya diterbalikkan. Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, ‘Ffira’ bermaksud sesuatu yang hebat, manakala ‘Mikah’ dalam bahasa Arab sempena nama malaikat,"

Hakim Ariff yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap berkata, selepas dilakukan penambahbaikan dan penjenamaan semula stadium berkenaan, pihaknya mahu menyuntik semangat baharu dengan pemilihan nama unik bagi menarik perhatian ramai.

“Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria. Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu,” katanya. Artikal dari sinarharian.com.

Ko rasa ? Hahahahaha.... 




Amenda laaaa weh ! Kalau takda kaitan pun nama, takkan macam tu punya nama stadium ko letak ? Ko kat mana ni ??? Jepun ?? Korea ??? Melucukan ! Dan memalukan ! 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Pilihan aku selepas tonton final malam ni. Juara Ashira. Muss dalam Top 3. Ayu pun. Tapi apakah pilihan aku ni berjaya ? Huhuh.. Tengok di bawah nanti yer.. Sebelum ni , Ashira bukanlah feveret aku tapi persembahan dia di final ni memang mengancam bagi aku. Dia buat betul betul. Suara pun padu. Malah dalam pusingan sebelum sebelum ni pun dia dalam pilihan juri. Maka tak hairanlah dia mampu menjadi juara Gegar Vaganza 2020 ni. 

Aku punya tekaan la. Amatur gitu... Hahaha.. Apa pun tunggu keputusan.. Ni aku tulis sebelum keputusan keluar yer.. 


Noraniza Idris... hurm... sian Kak Ani. Aku faham apa dia rasa tapi dia patut bersikap profesional. Mungkin faktor umur la kot. Mudah tersentap tapi kita tau.. dia memang mudah sentap dari dulu lagi.. hehee.. Sorry kak Ani. Anda seorang yang bagus. 

Oja.. hurm.. Dia bagus. Tapi macam aku kata dari awal lagi.. akan ada sorang yang berkeuntungan dari sudut fizikal untuk sampai ke final dek kerana mampu menarik penonton terutamanya golongan muda muda gitu.. Aku ingatkan Nomad. Tapi Oja lebih bertuah. Heheheh.. Dan Oja berjaya dapat peminat dari generasi baru.. Heee.. realiti. Sayangnya, final ni suara dia tak begitu menyerlah.. bagi aku la. Tenggelam dengan penyanyi penyanyi lain yang lebih menyerlah. 

Dan pemenangnya... 

No 7.. What ??? Ashira ??? Ke laut tekaan aku ! Hahahaha

No 6..  Oja.. Tahniah bro ! 

No 5.. Linda Nanuwil .. Tahniah ! 

No 4..  Noraniza Idris ... aduh laa... Nak komen kang , sentap lak ! Huhu..

No 3.. Ayu Damit ! Woww... Tahniaah ! 

No 2..  Muss..

Juara ... CLIFF UMAR ! 

Adoi laaaa... Adoi laaaa.... Adoi laaaa... Ni last aku tengok Gegar Vaganza ! Lastttt ! Lasst !!! Lassst !!! Arghhh....  

Entah la nak... aku tak puashati !  Tak puashati ! Tak puashaattiii !! Apa pun.. tahniah bro ! Tahniah buat semua ! Anda semua terbaik... Jangan marah yer.. Sekadar pandangan orang amatur bab muzik ni. Heheee...


Dari zero to hero ! Sapa sangka kan ? Aku pun tak kenal dia weh ! Hahaha.. Skang dah kenal tapi masih tak menarik perhatian aku. Heheheee.. Apa pun.. rezeki kan ? Sapa nak kasi 100 ribu wehhh ! Leh beli banyak cincin emas ! Hahaha...


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Duit ada ? Nak makan sedap sedap ? Nak makan beramai ramai yang sedap ? Fuh.. nak aku cadangkan sesuatu yang confirm berbaloi baloi ?? Hahahaha.. Aku berani cadangkan sebab aku dah rasa. Korang ada pilihan.. samada nak ke restorannya di Publika atau order online jer.  Kalau di Publika tu , korang boleh terus je ke Postino... makanan Itali yang tidak hidangkan sebarang alkohol. Dimasak oleh chef Melayu Islam yang berpengalaman di Itali dan Dubai. 

Serius.. Perghhh makanan dia ! Hahahaha.. Sesekali kena makan sesuatu yang buat korang kenang sepanjang hayat  ! Hahahaha.. 

Apa yang sedap ? Hahahaha.. aku mampu gelak je la. Kenapa ? Adoi la.. aku kan tengah nak hilangkan lemak lemak perut. Hahaha... Tapi tak pe la.. Bukan selalu kan ? Sesekali makan sedap , apasalahnya. Jangan selalu makan sedap. Tu yang tak betul. Hahahaha..Kan kan ? 

Nah... aku dicadangkan oleh 'orang kuat' Postino beberapa hidangan dan memang padu betul la ! Aku balik rumah , dengan penuh kepuasan. Hahaha.. 

Eh.. haa.. aku makan pizza.. Semua sedap ! Hahaha.. Pastu Nasi Tomato Ayam Masak Merah.. Tak perasan lak ada pari bakar ! Aduh.. Rambang betul mata ! Maklumlah , lama tak keluar rumah. Pastu aku cuba Beef Rendang Fettucine, Creamy Tom Yam Seafood Linguine, Spagetti Daging Gulai Masak Lemak. 

Aku kasi 5 bintang ! Antara makanan sedap pernah aku rasa. Malas nak over claim tapi memang berbaloi la kalau korang nak open table kat opis atau kat rumah tu ! Hahaha.. Tanya kawan kawan yang malas nak keluar makan dan nak makan sesuatu yang lain dari yang lain.. terutama bila dah gaji tu masuk.. hahaha.. 

Kalau di rumah... boleh order pizza untuk anak anak. Huhuh... Yummy ! Aku pun sukaaaa... Hahaha..















Amacam ? Menyelerakan ? Nah...  camana nak order ? Gi je ke web Jom Risto.  Pastu ikut je arahan kat sana. Tengok menu yang korang nak. Tapi sebelum tu tengok dulu kat mana mereka cover untuk penghantaran. Kang tak cover lak.. hahaha.. Sian terliur gitu jer.

Ok... klik kat gambar bawah  untuk terus ke web Jom Risto. Jangan lupa follow Instagram Jom Risto gak yer.. 



SELAMAT MENJAMU SELERA
Jangan lupa war warkan pada rakan korang juga.





 

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments


Dalam gym. Aku cuba jaga makan. Elakkan makan berat sebelum gi gym. Bukan apa.. kat gym nanti risau lembik atau lemau jer ! Tapi kesannya ada la. Takda tenaga. Aku guna supplement penambah tenaga atau Pre Workout. Memang ada perubahan sedikit namun dari satu sudut aku terasa kurang umph ! Tak tau apa punca. 

Dan baru baru ni, ada kawan offer satu job kat aku. Aku terima sebab aku tau produk yang dia offer tu memang bagus untuk aku dan juga mereka yang benar benar memerlukan. Kenapa ? Nah... aku teringat satu ketika dulu.. ketika aku pergi ke satu event, ada kawan tegur aku. Kenapa pernafasan aku semacam jer ? Kuat dan tak sekata. Huhuh.. risau dah aku. Dan memang betul.. aku pernah pergi klinik untuk buat pemeriksaan tekanan darah tinggi.. doktor check dada aku pun tanya aku.. 

" You ada asma atau lelah ke ?" . Alamak... biar betul !! Aku dah mengelabah. Dia suruh datang lagi untuk pemeriksaan.  Aku tak nak gi dah. Aku rasa aku tau kenapa. Dulu masa remaja, aku suka lepak malam malam dengan kengkawan yang suka merokok. Tak berhenti henti merokok. Aku dok main sedut jer ! Maka sejak tu la aku rasa cam semput semacam jer ! Huhuh.. Bila dah kawin, tak dah lepak dengan orang merokok. Memang aku akan sakit kepala terus dan sesak nafas. 

Camana nak hilangkan masalah melibatkan paru paru ni ? Hurm.. aku pernah buat satu produk review mengenai Cendawan Susu Harimau pada tahun 2016. Diterangkan pada aku bagaimana asal usul nama susu cendawan harimau dan bagaimana nak menghasilkan cendawan ni. Memang gempak la. Dan selepas mengetahui akan kebaikkannya , aku teruja nak mencuba. Bagus tapi aku tak leh nak amalkan. Tak leh nak telan. Huhuhu.. Terpaksa berhenti gunakan. 

Dan yang kawan aku offer tu, aku cuba. Namanya Tigrox Tiger Milk King dari Wellous. Gabungan tepung Susu Cendawan Harimau , Konsentrat Limau Kasturi, Konsentrat Jus Mangga , Ekstrak Akar Likuoris di dalam satu bentuk cecair yang mudah nak diterima tekak ! Malah sangat sedap ! Seriuss.. sangat sedap. Nasib baik arahan satu sachet satu hari jer. Kalau tidak, memang aku bedak 2-3 sehari. Hahaha.. 






Pada awalnya aku tak rasa sangat apa kesannya. Tapi bila di gym.. aku dapati aku mudah nak bernafas dengan baik. Rileks... dan takda rasa sesak nafas seperti sebelum sebelum ni. Sedar sedar 2 jam lebih aku dalam gym. Tu pun ikut hati, boleh workout untuk sejam lagi tapi wife dah mesej suruh balik.  Awalnya aku ingat sebab pre workout yang aku amik tapi rupanya tak.. Paru paru aku membolehkan aku bernafas dengan baik gitu.. 

Aku baca pamplet yang aku terima. Kembali check apakah kebaikan Tigrox Tiger Milk King ni. Dan sejujurnya aku WOW.. tepat pada masanya ! Aku memerlukan di kala zaman Covid 19 yang menyerang sistem pernafasan manusia terutamanya yang ada masalah dengan kesihatan. Dan juga yang dah berumur. Uhuk.. cam aku. Kena terima je la.. Dah berumur walaupun makin macho dan kacak. Uhuk.. 











Amacam ? Cukup menyakinkan ? Rugilah kalau korang ada masalah tapi tak nak cuba. Jangan tunggu sakit tenat baru nak mencari produk produk kesihatan yang sesuai dengan kita. Masa tu, hurm.. paham paham je la.. 

Mana nak baca info Tigrox Tiger Milk King ni lagi ? Atau camana nak dapatkan ?  Mana nak beli ?

Info lanjut :  Wellous Malaysia
Beli di : Official FB Wellous Malaysia



#Wellous
#Tigrox
#TigerMilkKing 
#TigerMilkMushroom 
#KBBA9 
#KuatanParuParu 
#ParuParuKekalSihat


Share
Tweet
Pin
Share
11 comments


Aku buat minuman ni seperti biasa.. Cuma aku ada tambah satu benda lagi ! Apakah itu ? Yogurt ! Ada yogurt.. susu segar dan whey protein. Kacang badam, telur dan juga pisang. Tapi kali ni , aku kekembungan perut ! Aku tak tau di mana punca. Ketika minum semua ni, ok jer.. tapi selepas tu..

Nah.. aku recall kembali pemakanan aku semalam. Lepas minum air ni.. aku makan. Ada letak sambal belacan. Ada sambal belacan tu , baru ada selera nak makan. Hahaha.. Memang bertambah la. Ok, satu kesilapan di sini dah. Kemudian aku minum satu air detox yang wife aku buat. Dia beli herba detox tu kat kedai arab. Sedap . Takda gula pun. 

Tak lama kemudian terasa perut lain macam ! Sakit perut.. gi toilet. Berkali gak la membuang. Pastu kembung. Angin nak keluar tak dapat. Mula terasa bisa di badan. Tak senang duduk dah. Mulut terasa payau. Mual ! Anak anak keseronokan laaa.. Tak payah belajar. Enjoy memasing. 

Keluar masuk tandas. Sekali dua muntah. Buat pertama kalinya, sejak jadi orang tua ni.. aku muntah. Wife yang dah balik kerja , gelak tengok aku. Katanya macam ni la rasa ketika mengandung. Adoi laa.. boleh pulak dia nak samakan ketika ni.  Qhaliff bantu aku redakan ketegangan dengan buat urutan lembut di bahu.. memang keluar la angin tapi tak puas ! Wife gitu gak.. 

Apakah punca? Aku google ! Cari jawapan... Dan jumpa. Ada banyak blog menulis pasal ANGIN DALAM BADAN ni. Hurm... antara blog yang aku baca mengatakan punca angin dalam badan ni disebabkan banyak minum tenusu ! Hurmm... 

Kurangkan pengambilan makanan banyak angin

Terdapat makanan tertentu yang cenderung menyebabkan pengeluaran gas yang berlebihan, termasuklah:
  • Produk tenusu seperti susu lembu, keju dan yogurt
  • Makanan tinggi serat termasuklah kacang dan lentil
  • Sayur-sayuran tinggi serat seperti sayuran cruciferous termasuklah kubis, bunga kubis, brokoli dan brussel sprout.
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Buah-buahan yang mengandungi fruktosa atau gula buah yang tinggi, seperti strawberi, nanas dan pisang
  • Gandum, barli dan rai (tetapi bukan biji-bijian lain seperti gandum, buckwheat dan quinoa)
  • Makanan tinggi lemak, bergoreng dan pedas
  • Minuman bergas dan alkohol
Setiap individu adalah berbeza. Sesetengahnya mungkin mendapati produk tenusu menyebabkan gas yang berlebihan manakala individu yang lain, kekacang atau sayur-sayuran merupakan punca utama. Bila gabungan pilihan makanan melibatkan banyak yang ada angin , memang mengundanglah ! 

Aku baring. Tidur. Angin sibuk nak keluar. Jadi tak selesa sangat. Akhirnya aku hidupkan treadmill aku. Aku berjalan kaki hampir setengah jam. Dan memang mujarab tips yang diberikan tu. Katanya.. 

Petua mengurangkan angin dalam badan :
  • Bersenam - Senaman atau pergerakan secara fizikal turut menggerakkan usus anda. Ini bermakna, gelembung gas yang terhasil dalam usus akan dibebaskan. Anda tidak perlu melompat atau berlari selepas makan, tetapi berjalan selepas makan boleh membantu mengurangkan angin dalam badan anda dan melegakan kesakitan akibatnya. Namun, sekiranya anda masih mempunyai angin dalam badan, anda boleh mencuba melakukan lompat bintang ringan, menyentuh jari kaki anda atau berlari kecil untuk menggunakan graviti bagi memaksa angin ditolak ke bawah. 

Selain bersenam , cara nak hilangkan angin dalam badan ialah dengan minum air suam perlahan perlahan dan juga boleh minum air teh pudina hangat. Air halia , air rebusan daun betik juga bagus untuk hilangkan angin. Kalau tak larat nak buat semua tu, suruh je sapa sapa urut badan tu.. huhu.. 

Angin dalam badan ni memang boleh hilangkan mood seseorang. Maka jangan main main la bila orang ada angin ni.. tak kira la naik angin ke, buang angin ke.. time time gini , jangan buat gurau.. kang tak pasal pasal korang boleh hilang di telan angin dek kerana ditampar atau kena terajangan angin tanpa bayang.. Haa ! 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Termenung. Baru abis workout. Teringat perbualan dengan seorang rakan di gym mengenai masa hadapan ketua keluarga. Aku la tuuu.. Ada betul kata kata dia. Jika aku amik endah tak endah... kononnya aku akan hidup hingga anak anak dah besar.. dah berkeluarga , entah panjang umur entah tidak , amatlah bahaya ! 

Bukan apa.. kita nampak banyak kes kebelakangan ni melibatkan harta pusaka yang panjang ceritanya. Bergaduh dengan ahli keluarga. Putus sudah kasih sayang ! Jika melibatkan isteri dengan anak anak kecil, camana pulak ?? Sian diorang terutama sang isteri yang sama sama bertungkus lumus mengumpulkan harta bersama demi masa depan anak anak tersayang ! Haish... 


Walaupun harta aku ni tak la banyak mana pun tapi adalah penting juga sebab nanti ada yang pertikaikan ! Nah.. kat sini nanti jadi isu panas.

Pertelingkahan pembahagian harta pusaka dalam keluarga sehingga memutuskan ikatan silaturahim boleh dielak jika pemilik harta merancang pewarisan demi kelangsungan hidup waris-waris di masa hadapan.. kan ? 

Maka , adalah sangat penting buat kita membuat perancangan pewarisan kerana kaum wanita khususnya sering meletakkan tanggungjawab itu kepada lelaki dengan alasan mereka adalah ketua keluarga dan pembuat keputusan. Ini sangatlah tidak betul dan tepat. Masing masing kena mainkan peranan agar masalah tidak timbul di kemudian hari. 

Semua ni untuk elakkan segala kemungkinan yang boleh berlaku, terutama membabitkan pengagihan harta pusaka yang ditinggalkan yang boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan yang asalnya baik menjadi kurang baik. 

Antara perancangan aku ialah dengan pengambilan hibah takaful. Nah, di situ ada dah bahagian untuk si isteri. Mungkin bila aku takda nanti , boleh la dia gunakan untuk kelangsungan kehidupan dia dan juga anak anak.  

Dan perlu tahu juga , aku punya blog yang menjana pendapatan yang bukan sedikit ! Haa... malas nak cerita pasal duit dalam ni ! Hahahaha.. tapi lepas la nak bayar hutang piutang bulanan tu ! Duit gak tu. Mana tau ada yang nak beli ? Haaa... masyuk ! Hahahaa.. Jangan main main wooo.. Ada jenama. Branding ada haa.. Kan kan ? 

Harta harta lain ? Walaupun atas nama dia , tapi nama aku tetap ada di situ. Part ni aku dan dia perlukan dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang bertauliah. Siapa ? Memandangkan aku tinggal di negeri Selangor , maka sebaiknya aku ke Majlis Agama Islam untuk dapatkan nasihat dan juga khidmat mereka memandangkan menyediakan perkhidmatan WASIAT untuk mereka yang menginginkannya.


SYARAT HARTA YANG DIWASIAT
  • Sesuatu yang boleh dijadikan harta pusaka atau boleh dijual beli semasa hidup pewasiat;
  • Sesuatu yang bernilai dan boleh dipindahmilikkan selepas kematian pewasiat;
  • Sesuatu yang wujud dalam milikan pewasiat, jika ditentukan atau wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan; dan
  • Sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat.
Jika korang punya harta seperti di atas ni.. maka sila ambil tindakan segera. Jangan tunggu tak boleh nak berjalan , tak boleh nak berfikir dengan baik.. baru sibuk nak buat segalanya. Ingat, semasa sihat inilah kita selesaikan hal dunia yang melibatkan orang lain ! 

Untuk rujukan , sila ke https://www.mais.gov.my/

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Siap dah spek jauh dekat tukar gelap aku. Buat kat Eyes Vision Group di Sungei Wang Plaza. Kos , RM400 jer untuk kanta. Dengan masalah silau aku, rabun...harga kanta gitu memang ok sangat ! Dah boleh baca buku dengan jelas gitu. Hahaha.. Jangan nak perli aih... korang nanti cecah 40 pun , sama gak. Tu pun kalau cecah.. Haa ! Bersyukurlah panjang umur. Huhuhuh.. 

Ok.. ketika aku nak pakai tu, terasa cam pening. Kau nak kena seimbangkan kanta tu ! Bahagian atas untuk pandangan jauh, manakala bawah tu untuk rabun dekat. Huhuh.. Bukanlah tak nampak bila dekat tapi kena amik jarak sedikit bila nak membaca huruf yang dekat dekat ni ha.. Huhuh.. 

Dan tau apa masalah dia ? Nah... bila guna spek gini.. kau tak boleh dah guna cam spek lain lain  ! Maksudnya, cara nak tengok tu dah berbeza. Spek tu kena rendahkan sedikit baru boleh nampak dengan jelas untuk pandangan jauh. 

Hahahaha.. Kira macam orang tua tua pakai la. Ala ala profesor dulu dulu laa..  Baru aku tau kenapa diorang macam tu. Hahaha.. 



Nak tak nak.. aku kena terima je la.. Atau kalau ada duit , buat pembedahan plastik  lasik. Haa, tak perlu sibuk dah nak pakai spek ! Huhuh.. Segalanya jelas. Cuma ada kekurangan sedikit la.. kata mereka yang pernah buat. Tu korang kena carik sendiri la apa sebab.. 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
 

Separuh akhir Gegar Vaganza 2020 yang tidak berjaya menarik minat aku untuk menontonnya dengan sepenuh hati. Kenapa ? Aku tercari cari gak punca... Pengacaranya  terutama si Nabil makin membosankan ? Lawak yang sama setiap minggu ? Atau muzik dari para peserta yang cam.. hurm.. agak kelam kabut ??? Tapi bila Indigo muncul , terus terasa ketenangan gitu.. Baru terasa macam ada konsert gitu.. 

Seperti yang aku jangka laa... muka muka feveret ke final adalah Mus , Linda dan pastinya Hashira , Ayu tu dari awal berjaya mengekalkan prestasinya. Noraniza Idris ? Cliff ? Hurm... Oja ? Untung Oja ada rambut panjang. Hahahaha.. Gitu gak la dengan Cliff.. Realiti.. Suara ? Hurm... tarikan ketika mengadakan persembahan ? Hurm... Nasib baik Astro perlukan mereka untuk pastikan tarikan penonton atau masing masing akan ke TV3 ! Heheheee..

Aku dah jangka Cliff akan terkeluar untuk selamatkan 'Noraniza Idris' !  Tapi penonton tv nak Noraniza Idris terkeluar ! Haaa.. Dan aku sokong kali ni la.. Cliff lebih ok berbanding Noraniza Idris. Sepatutnya Kak Ani terkeluar sebab kurang menyengat tapi dek kerana nak jaga air muka , dia 'diselamatkan'. Nah... inilah politik dunia hiburan. Hahahaa.. Kena hadamkan je la.. Dua dua masuk final ! Boleh ? Hahaa..patutnya salah seorang tu terkeluar dah..

Haa.. satu lagi.. Muss ! Hurm.. dia ok. Semua lagu dia boleh bawak. Seperti yang aku jangka. Dia kan dah biasa layan lagu lagu pelbagai genre. Cuma bagi aku , dia masih belum menonjolkan star dia lagi. Setiap kali persembahan dia, boleh jangka dah bagus dia tapi tak de Umphhhh ! Ada tu ada tapi tak power sangat ! Hanya boleh LAYAN persembahan dia. Nak bangun tepuk tangan tu.. tak de la.. 

Juara Gegar Vaganza ? Aku rasa antara Ayu atau Hashira.. Oja ? Hurm... Top 5. Linda bagi aku ok tapi juri macam kureng dengan dia. Perasaan aku je kot ? Gitulah pendapat aku yang tak arif pasal muzik Malaysia ni.. 

Ecece... 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Aku bab bab gini payah nak percaya sangat. Maklumlah, over claim gitu ! Kang nak kritik , orang kata.. ko dah try ke belum ? Haaa... gitu lah ! Maka aku diam je la. Bila tengok kawan kawan blogger promote, aku senyum je la. Support jer. Nak kata lelebih , aku tak pernah try. Nak beli, belum terbuka hati ! 

Kak Diana atau Dy , mesej aku. Tanya aku nak try tak ? Dia nak kasi hadiah untuk hari jadi aku. Hahaha.. Adoi laaa.. Segan nak terima hadiah. Bukan apa.. nanti harijadi dia , takut aku terlupa ! Haaa.. nayaaa jer.. Rasa bersalah sampai kiamat. Hahaha.. 

Tapi dia kata tak pe.. ni saja kasi untuk support aku gi gym dan katanya kain ni sangat sesuai untuk mereka yang mudah berpeluh dengan meriahnya ! Yer.. aku memang mudah berpeluh dan sangat meriah bila berpeluh. Bila teringat minggu depan aku ada shooting iklan untuk television, confirm aku akan berpeluh sebab lokasi terbuka dan kena pakai jaket gitu. Adoi ! Bila berpeluh, guna tisu ? Huhuh.. memang melekat la tisu tu. 

Maka sebab itulah aku nak try kain Cowex.. Eh , Nowex ni. Haaaa.. Tetiba teringat mesin penapis air tu.. Hahahaa.. Norwex gitu.. Orang kata kain microfiber ni sama je dengan yang lain. Hurm.. Aku tak leh nak komplen sebab tak pernah guna kain yang aku guna lap kereta untuk lap muka aku. Hahahaa.. Bab muka ni , aku memang sensitif skit. Maklumlah, kena jaga gitu..

Aku terima kain pemberian Kak Dy ni semalam. Terus aku buka dan cuba. Ada dua. Satu untuk lap cermin. Satu lagi untuk dijadikan towel. Kecil ! Tak macam towel towel yang biasa aku bawa ke gym. Kena bawa besar sebab peluh aku melambak keluar. Huhuh.. Segan ai... 



Hari ni.. aku bawak gi gym.. Mula mula main basikal. Kardio ringan dulu sebab nak layan media sosial. Hahaha.. Kang baru mula main HIIT. Biasanya bila aku main HIIT ni la , peluh menceceh keluar. Adoi.. Jenuh mengelap ! 

Dan benarlah jangkaan aku.. peluh mula berlumba lumba menampilkan diri. 




Lebih 2 jam dalam gym. Nasib baik wife mesej suruh balik. Kalau tidak , mau sampai ke tengahari aku layan besi. Kain lap aku tu, tak seperti kain kain aku sebelum ni. Lencun ! Norwex ni tak lencun pun. Walaupun berkali aku lap, masih lagi seperti belum guna. Aku cam.. WOWWWWWW ! Ni memang sesuai sangat aku bawak gi shooting nanti. Bila berpeluh, senang je lap. Huhuh.. Tak perlu nak bawak tisu bagai. 

Kesimpulan.... Apakah kain Norwex ni bagus orang yang gi gym atau mereka yang bila mandi tu, nak lap..cepat je kering ? Haaa.. yer , sangat sesuai ! Aku TERPAKSA AKUI IANYA BAGUS. 

Harga kayangan ? Hahaha.. kalau rasa kayangan, korang ada pilihan pun. Takda sapa paksa. Bagi yang rasa mampu, boleh je whatsapp ke Kak Dy atau hubungi dia di Instagram Diana Dy..  Yang pasti.. dalam kereta , aku tidak lagi berpeluh peluh seperti sebelum ni. Tengok dalam gambar.. kering je kan ? Haaa... Wa tak tipu lhoooo !!

Whatsapp : 0193544350
FB: www.facebook.com/dianady
IG: @dianady74
IG : @dy_deco
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
 Aku nak buat jus ulam. Jiran sebelah umah aku ada banyak tanam ulam tapi takda yang nak makan sangat. Hahaha.. Aku suka tapi aku malas nak makan nasi ! Huhuh.. Camana tu ? Teringat akan blender yang pernah aku beli satu tika dulu yang mana aku gunakan untuk blend protein aku bersama pisang, aku cari semula. Terpaksa cari semula dek kerana wife suka simpan di sudut hati ku  tempat yang aku kena punggah ! Hahahaa.. aku malas nak memunggah sebab nak susun balik tu. adoi laaa.. letih ! 

Tapi nak tak nak , aku kena cari gak la.. Nak guna la katakan. Tengah bersemangat waja untuk mengekalkan awet muda. Barulah aku tau camana perasaan akak akak di luar sana tu beria menjaga keanggunan bila usia dah cecah 40 an. Hahahahaha.. Welcome to the club ! 


Pasal blender tu, leh baca kat entri ni .. Ini semua salah group Suami Masak Apa Hari Ini ! 

Cari punya cari punya cari... satu minggu cari tak jumpa ! Botol ada. Mesin dia ada tapi yang takda.. pengisar dia tu ! Mana aku letak ?? Mustahil aku letak merata rata !! Aku takkan letak tempat yang aku payah nak cari punya. Biasanya aku akan letak depan mata aku jer. Tapi kat mana ? Tanya wife , dia jawab seperti para isteri yang lain.. " Ada la kat situ.... cari jer.. ".

Akhirnya dia pun tolong carikan.. Dan YESS ! Aku akhirnya betul juga !! Biasanya mesti dia akan jumpa. Tapi kali ni, dia pun gagal jumpa.  Lalalalaaaalalaaaaa...  Dia kata aku mungkin dah buang ketika bersihkan blender tu. Aku kata mustahil ! Takkan aku nak buang kot ? Aku salahkan dia letak merata rata. Suka benar menyusun barang pastu nak cari balik , payah ! Huh.. 

Dan awal minggu ni, aku order satu lagi kat Lazada. Harga jauh lebih murah dari yang asal aku beli. Takda brand pun tak pe la.. Asalkan boleh guna ! Huhuh.. 3 hari menanti dengan penuh kesabaran. Harap berbaloi dan sama seperti yang hilang. Jika sama , maka aku ada mesin pengisar backup jika rosak nanti. Heee... 


" Pin pin... " . Hon van J&T di depan umah ! Yesss ... yess !! Bergegas gi amik. Dan koyakkan pembalut dengan penuh gelojoh. Syoknyaaa ! Boleh dah buat jus pasni. Huhuhu... Nak minum air yang sihat sihat jer.. Elak diabetis wooo ! 

Aku bukak kotak dia. Dan tengok benda yang aku nak sangat tu ! Kemudian aku amik mesin yang lama. Nak test boleh masuk ke tak. Kalau boleh gunakan , maka untunglah aku. Huhuh.. Kalau tak boleh gunakan , maka yang lama tu bakal jadi tukun tiruan je la. Uhuk.. kerugian sudah aku. Mahal woo beli.. RM100+ 


Tiba tiba aku tegamam ! Huhuuu ! Takkan kot ??? Apakah kauuu.. kauuuu... selama ini kat situ ke ??? Gelak besar aku. Terus call wife. Video call ! Tunjuk kat dia gak.. 


Mampu tepuk dahi je la nak oi ! Dah tak pasal pasal ada dua. Adoi laa... Dan ternyata benarlah kata orang perempuan... Orang lelaki ni , cari barang.. depan mata pun tak jumpa ! Memang depan mata dah tuuu.. pon tak jumpa ! Hahahaha... 

Sapa nak beli satu lagi ni ??? Aku nak jual. Siap ada tandatangan aku.. Nak ? Hahahaa..



Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes