BEN ASHAARI




Bagi korang yang tiba tiba kena pakai cermin mata , mesti kalut atau mengelabah nak pakai cermin mata camana punya kan ? Bila gi kedai cermin mata , tengok harga.. tu dia ! Berpeluh ketiak. Aduh.. Tu baru bingkai. Belum masuk cermin dan power dia. 

Ya.. aku dah lalui. Kena kencing pun ada. Beribu. Beli tapi tak leh pakai sebab power dia tak kena ngan mata. Kita pulak dipersalahkan. Tu masa aku remaja dulu la. Insaf terus sejak tu. Aku tak tengok brand dah selepas kena scam tu. Hahahaha.. Kedai gempak tapi dia punya servis tu cam.. huh ! 

Bila dah berumur ni barulah aku faham dan akur. Bila nak beli cermin mata tu, kena tau tujuan kita. Kalau sekadar untuk membaca buku, bentuk dia camana ? Kalau nak mengadap komputer saja.. camana. Kalau nak bersukan , camana ! Kalau nak satu dalam semua , camana lak ! Haaa.. kan ?

Bajet satu hal lagi. Mau cecah beribu ? Hahaha.. Ada je yang murah tapi kualiti dia ok ok la. Kita kena jaga la spek tu. Jangan main campak merata rata. Kang anak anak terpijak , satu hal lak.  Ini beberapa tips dan kesilapan yang boleh korang elakkan yang baru nak dapatkan cermin mata.. 

Beli Ikut Rupa, Bukan Ikut Kesesuaian
Ramai pilih sebab "nampak lawa", tapi tak sesuai dengan bentuk muka atau gaya hidup.
Contoh: Bingkai besar tak sesuai muka kecil, atau bingkai plastik tebal tak selesa untuk aktiviti luar.

Tak Tahu Ukuran Pupillary Distance (PD)
PD penting supaya pusat lens selari dengan anak mata.
Kalau salah, boleh buat penglihatan kabur atau pening kepala, walaupun power betul.

Pilih Lens Murah Tanpa Perlindungan Tambahan
Lens biasa mungkin tak tahan calar, silau, atau sinaran UV.
Tambah sikit bajet untuk lens anti-reflective, blue light filter, atau photochromic (yang gelap bila kena matahari).

Tak Cuba Betul-Betul Sebelum Beli
Ada yang pakai sekejap je masa cuba, lepas tu menyesal sebab tak selesa – tercucuk tepi telinga, cepat tergelincir, atau berat.

Tip: Cuba pakai lama sikit, tunduk, senyum, gerak kepala masa fitting.

Terlalu Fokus Pada Harga Murah
Cermin mata murah kadang-kadang tak tahan lama – skru longgar, lens calar, bingkai cepat rosak.
Lagi parah kalau lens tak ikut ukuran betul – boleh rosakkan mata dalam jangka panjang.




 Aku cadangkan ke sini : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Ada yang tanya , berapa lama ambil masa untuk dapat badan aku sekarang ni ? Kena makan apa ? Perlu ke pergi gym ? Kena cucuk ke ? Whey protein kena minum hari hari ? Dan macam macam la lagi persoalan yang ditanya pada aku yang tak layak sama sekali nak jawab persoalan tu sebab aku sendiri tak sado pun ! Huhuh.. 

Ramai nak 'sado'.. oh sado ni apa ? ' Besar doooo'.. gitulah ! Tak pun , 'besar bodoo'. Tak tau la mana satu tu. Tapi yang pasti ramai berminat nak sado ni dengan pantas. Kalau boleh angkat je dumbell pagi ni, petang dah berketul macam The Rock ! 

Tapi kalau nak sado dengan cepat tu , ada banyak cara. Paling mudah.. korang makan banyak hari hari. Takda masa nak gi gym pun takpe. Korang akan besar punya. Tak tau la bahagian mana akan besar tapi membesar bagai johan laa..

Yang kedua , amik je suppliment suppliment yang dijual kat kedai gym. Ada duit kan ? Beli jer. Kalau perlu nak cucuk.. cucuk ! Tak pe.. organ dalaman tu takda sapa nampak. Nanti boleh cuci balik. Ok semula. Boleh reverse ! Jangan risau.. 

Yang ketiga..operation. Duit banyak ? Gi je buat pembedahan plastik. Dah ada pun doktor pakar yang mampu buatkan. Sediakan duit jer. Pastu confrim berbentuk badan tu haaa. Lelaki perempuan akan kagum sampai rahang cecah lantai ! 



Kemon la bro ! Kau nak besar berketul ni gi mana ? Nak tayang kat orang ? Boleh jer. Tapi kau kena bersedialah. Nak buat tu takda masalah. Tapi nak kekalkan otot otot ni kau ingat semudah abc ? Hari hari kena buat kekarkan dia. Makan.. latih.. rehat ! Banyak masa ? Takda kan ? Haaa.. Tu belum masuk part maintenance punya supplement ! Mau abis beribu weh ! Hahahaha.. 

Aku ? Hahaha.. aku beli telur 4 papan seminggu pun orang dah usha. Walhal murah jer. Tu belum part gi makan ayam sekor lagi haaa.. Kalau dapat ayam golek , baru rm20+ . Kalau gi kedai arab , berdarah la juga hidung. 

Jaga makan ? Hurm.. ni sebenarnya yang penting. Ada yang nak sado tapi tak jaga makan. Ikut style otai kata.. kau makan je apa kau nak makan asalkan bersenam. Kalau kau duduk ngan dia , baru kau tau camana diorang punya rutin telan ubat ubat ni. Hahahaha.. 

Nasihat aku satu je.. buatlah untuk kesihatan. Part lain tu , bonus ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Perhatikan sekeliling kita. Anak anak muda semakin ramai yang obes. Yang berumur atas 30an dah ramai jadi peminat ubat doktor. Kenapa semua ni boleh terjadi ? Nak kata diorang ni pemalas.. tak juga! Boleh dikatakan mereka ni aktif bersukan terutama e-sport ! Kan ? Hehehe..

E-sport bukan sukan bagi aku. Mengarut je semua tu. Sukan ni kita kena mengerakkan tubuh badan dan paling bagus.. di luar rumah ! Kena cahaya matahari terutama di pagi hari agar tubuh badan dapat menyerap vitamin D.

Manfaat vitamin D daripada cahaya matahari kepada tubuh badan sangat penting, antaranya:
  1. Menguatkan tulang dan gigi – Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus, yang penting untuk tulang dan gigi yang sihat.
  2. Meningkatkan sistem imun – Ia membantu tubuh melawan jangkitan dan mengurangkan risiko penyakit autoimun.
  3. Menyokong kesihatan mental – Kekurangan vitamin D dikaitkan dengan kemurungan dan masalah mood.
  4. Mengurangkan risiko penyakit kronik – Seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung.
  5. Membantu pertumbuhan kanak-kanak – Vitamin D penting untuk perkembangan tulang dan sistem badan yang sihat.
Waktu terbaik untuk dapatkan cahaya matahari ialah antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, lebih kurang 10–15 minit sehari, bergantung kepada warna kulit dan lokasi.

Mak ayah pula kena mainkan peranan dihujung minggu. Ketika anak anak masih di bawah ketiak , bawa mereka aktif bersama. Biar mereka hayati erti kekeluargaan dan kasih sayang bersama dan pada masa yang sama , hargai kesihatan. Pada masa inilah mereka nampak mak ayah mereka bersemangat dan kuat. Biar mereka tahu.. dan mereka hargai ! 

Pastu... bila dah abis bersenam, jangan pula hidang makanan yang tak berkhasiat.. Huhuh.. Rugi jer. Usus kena jaga juga. Yang ni sangat penting. Ok ? 

Paksa.. usung ! Bila lagi ?? 

Tak perlu berjam jam sehari.. Asalkan ada sentuhan dengan alam semula jadi untuk hilangkan atau kurangkan tekanan hidup. 

Kuatkan otot setiap hari. Bukan untuk nampak maskulin  tapi untuk pastikan tubuh badan dalam keadaan bersedia senantiasa.

 
Amalkan setiap hari. 

Buang yang bahagian terbakar. Tak bagus untuk dimakan. Yang lain lain tu ,sihat dah.

Bila anak anak tanya kenapa kita buat ? Beritahulah mereka sesungguhnya kesihatan ini lebih mahal dari kereta Honda jiran kita tu ! Haaaa... Bila kita sihat , kita boleh buat apa saja. Apa saja !! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Aku perasan setiap kali aku post pasal perubahan fizikal dari berisi kepada maskulin , posting tu akan 'naik'. Aku tahu ramai nak mengubah dan berubah tapi 'tak terdaya' atau sekerat jalan. Mungkin gagal dalam nak harungi ujian atau aktiviti harian mereka membuatkan mereka tersangkut di laluan yang sama.

Sejujurnya , memang betul susah terutama bila kita dikelilingi mereka yang tak berminat nak memberi sokongan atau nak tengok kita sama sama melingkup seperti mereka ! Korang faham maksud aku kan ? Diorang sedaya upaya nak kita bersama mereka sampai bila bila. Kecuali bila mereka nak berubah , mereka akan tinggalkan kita. Haa ? Masa tu , camana nasib kita? Biasanya golongan begini akan berubah bila doktor bagitau mereka ada penyakit kronik. Masa tu baru mengelupur nak jaga kesihatan. 

Tips nak ubah ? Pastikan kita berkawan dengan yang betul.  Mulakan dengan ubah aktiviti harian. Tidur awal , bangun awal. Kurangkan layan media sosial dan movie terutama di malam hari. Bangun awal pagi , gi subuh berjemaah pastu terus briswalk setengah jam atau 45 minit sebelum gi kerja. Makan pagi kalau boleh langkau jer. Terus makan tengahari. Kalau lapar , makan je telur rebus sebijik. Sediakan kurma beberapa biji andai kelaparan. 

Elakkan minum air manis bila dahaga. Kurangkan ambil minuman tinggi kafein kalau boleh. Sebelum nak makan atau minum, pastikan kita kenali apa bahan bahan yang ada di dalamnya dan manfaat untuk tubuh badan terutama pada organ organ utama seperti pada jantung , otak , buah pinggang dan sebagainya. 




 Susah ? Tak susah pun. Yang susah , bila kita dah dapat penyakit yang mengundang pada temujanji dengan doktor setiap bulan. Sebaiknya kita cuba elakkan dari berlaku. Kalau kita berjaya lakukan , banyak manfaat terutama di zaman ni yang mana makanan semakin mahal dan bakal susah didapati terutama seperti beras yang berkualiti. 

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal pemakanan ni , korang boleh selongkar je posting posting blog aku yang lepas. Banyak dah aku cerita dalam ni. Semoga membantu ! Aku sekadar boleh kasi semangat jer. Selebihnya , korang sendiri yang kena usaha. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Gi hiking

Subuh..

 

Alhamdulillah.. walaupun penat nak kejut dia ikut gi solat subuh berjemaah di masjid atau surau , tapi aku berjaya bawa juga. Nak bangun tu susah tapi bila dah bangun , dia ok jer. Bila jalan bersama tu macam macam nasihat la aku keluarkan walaupun aku tahu dia masih lagi mamai. 

Balik dari surau biasanya, aku ajak dia berlumba lari. Memori untuk dia. InshaAllah , memori ni akan dia turunkan pada adik adik dia dan juga anak anak dia satu hari nanti.Aku pasti ramai ibu bapa di luar sana seperti aku. Mungkin keadaan berbeza tapi masing masing sedang mendidik si sulung untuk pastikan dia menjadi ketua keluarga andai si ayah pergi dulu.. sapa tahu kan ? 

Qhaliff ni kalau nak diikutkan , dia untung banyak berbanding adik adiknya. Tapi dia sering merasakan dia diketepikan.  Boleh baca dari tingkah lakunya. Aku senantiasa berusaha memberi penerangan pada dia supaya tidak salah faham. Bukan mudah tapi aku tetap berusaha. Dia faham..cuma itulah..risau seorang ayah. 

Hurm.. kalaulah dia tahu camana aku manjakan dia dulu... Tapi itulah. Masa dah berlalu. Korang yang ada anak sulung tu... mesti akan lalui apa yang aku lalui ni sekarang. Yang masih baby tu, enjoylah saat saat terindah ni. Jangan nak cepat berlalu dan tak sabar nak tunggu diorang membesar. 

Dalam kepala aku ni.. senantiasa fikir apakah lagi yang aku nak kasi kat dia supaya dia lebih 'berskill'. Semoga Allah jadikan dia anak yang soleh. 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku mula masuk dalam bidang mencantikkan badan ni ketika usia 22 gitu. Masa tu badan aku dah obes. Rasanya berat badan dah lebih 90kg ! Punca... gaya hidup tak sihat. Suka lepak malam. Makan lewat. Pastu makan makanan yang.. hurm.. mengerikan kalau aku nak cerita dalam ni. Segalanya tak menyihatkan.  Masa tu jugak aku dah dijengok oleh Tekanan Darah Tinggi ! Tapi aku anggap tu penyakit keturunan. Mak ada.. ayah ada. Confirm anak anak ada ! Huhuh.. Padahal.. sendiri yang menjemput dia datang.  Maka aku ubah gaya hidup dan berusaha untuk sihat.

Awal awal masuk gym.. aku tak berani nak sentuh apa apa suppliment walaupun ditawarkan seperti 'bintang' yang kononnya boleh bikin tenaga sampai ke bintang. Hahahah.. Aku tak berani nak amik. Aku rokok pun tak hisap.. nak pulak sentuh barang barang yang aku tak tau amenda asal usulnya ! Hahaha.. 

Setelah beberapa tahun , barulah aku berani nak beli whey yang dijual dalam gym tu. Sebenarnya aku beli pun lebih pada nak support kawan kawan menjual. Harga rasanya dekat RM300 gak masa tu. Keberkesanan ? Hurm.. entahlah. Baru sebotol. Orang kata mana nak nampak kan ? Hahaha.. 

Kemudian aku ke GNC.. cari whey yang gempak... MuscleTech ! Hahahaha.. Adoilah. Dia punya harga, bapak ahhh ! Beli dua dapat murah skit atau kena join member. Adeh.. Macam macam cara la nak berniaga  ni. Tapi aku tergoda. 

Berkesan ? Memang naik badan aku. Membengkak. Jadi sado tapi sixpack tu tak la keluar. Hahaha. Tang badan nampak besar dan lengan tu naik. Cuma shape tu takda la sangat. Heee.. serupa besar gajah je. Baju pun dah nak pakai size XXL. 

Aku amik whey , sebulan atau 2 bulan sekali. Tak berani nak berlebihan. Risau buah pinggang. Walaupun ada yang kata selamat , aku tetap tak percaya. Heee.. Abis sebotol, aku rehat dua tiga minggu pastu baru cuba jenama lain lak. 

Masa PKP , aku ditawarkan join MMX. Dapat la whey protein free masa tu. Berbotol botol gak la sampai aku kasi kat kawan aku. Hahaha.. Mahal la gak masa tu harganya. RM200 lebih. Kesannya ? Bagi aku ada la gak naik otot tu tapi takda la berkekalan lama. Kena amik hari hari la baru dia 'membengkak' lepas workout.. 

Sejak tu , aku perasan macam macam jenama tempatan muncul. Harga sampai tak masuk akal pun ada ! Hahahaha.. Giler bapak ah. Aku yang 'ketagihan whey ' ni pun cubalah jenama tempatan terutama yang viral.

Dan apa yang membuatkan aku tinggalkan whey ni ialah.. aku perasan setiap kali aku balik Kelantan , tak bawak whey.. badan aku jauh lebih lean tanpa minum whey. Dalam erti kata lain, aku fokus real food dan jaga makan. Kalau aku amik whey, aku perasan la kan.. selera makan bertambah ! Mencari menda manis untuk disuap ke dalam mulut. Apa maksudnya tu ? 

Dan seperkara lagi.. bila aku skip whey... aku terasa ketagihan nak air manis ! Haaa.. Gitulah ! Nak hilangkan rasa tu bukan senang woiii ! Alhamdulillah.. aku dah stop minum whey 5 bulan lebih dah. Nak cari yang betul betul whey 100% susah dah skang. Kalau ada.. harga dia serupa kau beli barang dapur untuk sekeluarga.. sebulan ! Hahahahha.. 




Apa yang aku nampak la kan.. ramai yang amik whey ( kecuali yang serius dalam membentuk tubuh badan mereka ) , berharap 100% pada makanan tambahan ni. Diorang ingat kalau amik whey , badan jadi berotot kekar ! Workout kat gym , banyak berbual jer. Pastu teknik ke laut dalam. Hurm... 

Kalau korang  yang masuk gym nak jadikan abam abam sado berotot kekar tu sebagai contoh , percayalah.. diorang bukan sekadar telan whey untuk dapat badan gitu. Besar kos diorang nak kasi otot tu naik. Nak maintain lagi.. hahaha.. Duit bai , duit ! Makan kos... 

Akhir kata.. Whey ni.. sekadar makanan tambahan bagi mereka yang malas nak makan. Padahal bukan malas tapi dah ketagihan.. heeee.. Tak caya ? Cuba stop seminggu.. apa jadi ! Nak lagi syok kan.. Korang tengok badan mereka yang menjual ni. Sendiri sebu ! Aku tahu apa jawapan diorang.. Off diet ! Nanti diet , ok la. Time diet , apa yang diorang telan ? Yang ni la rahsia diorang nak kasi lean ! Hahahaha.. Macam macam adooo..

Cukuplah.. aku dah nampak dan tak perlu nak bergantung pada semua ni kecuali jika ada whey protein yang betul betul asli dan aku tahu.. MAHAL ! Boleh la try kot time tu.. hahaha.. 

 

Real food je la.. Kenyang dan menyihatkan ! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Ramuan hilangkan batuk berkahak dan selsema yang amat berkesan !  Ramuan ni aku tak tau sebenarnya berkesan untuk batuk dan selsema yang mana aku dan anak anak telah alami beberapa hari. Aku buat baru baru ni sebab nak panaskan badan jer tapi aku perasan lepas minum , aku tak batuk untuk satu jangka masa yang lama. Selsema pun cam kering.  Aku cuma guna 3 bahan jer. Serbuk Cacao , serbuk halia dan serbuk kulit kayu manis. Aku gabungkan bersama dan minum. 

Bila aku cari info di ChatGpt.. rupa rupanya ianya adalah remedi yang cukup bagus untuk mereka yang ada batuk berkahak dan selsema ! 

Cacao (koko asli, bukan yang bercampur gula/susu) memang ada beberapa manfaat yang boleh bantu legakan simptom selsema dan batuk secara semula jadi. Berikut antara khasiatnya:


1. Mengurangkan batuk
Cacao mengandungi theobromine, sejenis alkaloid yang boleh menenangkan saraf di saluran pernafasan dan mengurangkan refleks batuk. Kajian menunjukkan theobromine boleh lebih berkesan daripada codeine (ubat batuk biasa) dalam sesetengah kes.


2. Sifat antioksidan dan anti-radang
Cacao kaya dengan flavonoid, yang membantu kurangkan keradangan pada saluran pernafasan dan tingkatkan imun badan. 


3. Melegakan tekak
Bila dibuat minuman suam, koko asli boleh bantu legakan tekak yang perit atau kering.


Cara pengambilan:
Kalau nak guna untuk selsema dan batuk:

Campur 1-2 sudu kecil serbuk koko asli (tanpa gula) dalam air panas. Boleh tambah sedikit madu dan secubit halia atau kayu manis untuk kesan lebih baik. Minum masa suam, 1-2 kali sehari. Kalau batuk berkahak, penting untuk bantu cairkan kahak supaya senang keluar, bukan sekadar redakan batuk saja. Cacao masih boleh bantu, tapi elok digabung dengan bahan lain yang bantu cairkan kahak.

Resipi minuman koko untuk batuk berkahak:

Bahan-bahan:
1 sudu kecil serbuk koko asli (tanpa gula)
1 sudu kecil madu
1 hiris halia (ketuk sikit)
Air panas (1 cawan)
Sedikit perahan lemon atau limau nipis (optional – bantu cairkan kahak)

Cara:
1. Rendam halia dalam air panas lebih kurang 5-10 minit.
2. Masukkan koko, kacau rata.
3. Tambah madu & perahan lemon last sekali (bila air suam, bukan panas sangat – supaya khasiat madu tak rosak).
4. Minum 2 kali sehari – pagi & malam.

Tip tambahan:
Minum air suam banyak sepanjang hari – bantu cairkan kahak.
Elak minuman sejuk, susu dan makanan berminyak – sebab boleh pekatkan kahak.

Kalau kahak warna hijau/kuning pekat, atau batuk lebih 1 minggu tak baik, elok jumpa doktor.



Nak Cacao 100% tanpa campuran : https://benjualkokopowder.wasap.my/
Nak serbuk halia : https://halia1.wasap.my/

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Gambar bawah ni , aku rasa korang pun dah tahu kot ? Sebelum dan selepas aku jaga pemakanan dengan sebenar benar jaga pemakanan. Tapi ada la gak tersasar pun. Ok la kot kan ? Aku bukan ada penyakit serius atau nak masuk pertandingan Ratu Cantik. Sekadar nak fokus pada kesihatan dan kawal beberapa penyakit yang aku ada sebelum ni seperti tekanan darah tinggi , Gerd dan Anxiety. 

Camana aku buat ? Aku kawal pengambilan beberapa pemakanan yang aku rasa aku tak perlu pun masuk dalam perut aku seperti nasi putih , makanan segera seperti mee segera , beger , hotdog , kentang goreng dan macam macam lagi makanan ultra proses. Tak bagus untuk perut aku.. Perut korang , aku tak tau. Sebab tu aku kata.. kenali diri sendiri dulu ! Kalau korang sihat.. makan la. Nanti dah tak sihat , berhentilah. Hahahaha.. ( sebaiknya, elakkanlah dari tak sihat.. faham ? ) 

Bila aku sebut aku tak makan nasi , maka ramai la yang nak ikut dan ada juga yang kecam ! Korang ingat senang ke nak tinggalkan nasi  putih yang aku dah makan sejak usia 2 tahun ni ? Beberapa kali aku cuba buat tapi gagal. Gagal kenapa ? Bila ada yang kata.. makan je la skit skit asalkan bersenam ! Nasi ni dia ada satu ketagihan. Kalau nasi kosong saja , ok la tapi bila disua dengan pelbagai lauk pauk.. pasti akan bertambah ! Pastu mulalah nak makan nasi berani, nasi arab , nasi goreng ! Aduh.. sushi satu hal lagi ! Semua ni kegemaran aku. Dan kesannya... perut membuncit ! 

Sederhana ? Jangan tipu la... Melainkan kita hidup seorang diri dalam gua. Boleh bersederhana ! Hahaha.. Ni kalau dengan anak bini yang mana mereka sendiri pun ketagihan makanan makanan tinggi kalori ni, memang jenuh laaa weh ! 

Bila dah sakit.. nah , masa ni la baru nak ubah segalanya. Sakit ni bukan saja punca dari pemakanan tapi juga dari gaya hidup kita. Tidur lewat , tekanan kerja.. stress dengan media sosial atau dengan ragam kerajaan sekarang. Hahaha.. Terpolitik skit. 



Makan modal nak buat duit ? Sebenarnya nak boroi tu yang makan modal.

Berpuluh tahun aku cari cara nak dapatkan durian di perut ! 

Aktifkan diri selepas makan berat ! 

Wajib ada setiap hari.

Wajib ada setiap hari dalam pemakanan seimbang ! 

 
Akhir sekali.. sebelum nak buat , pastikan tujuan utama kita dan kemampuan. Sebaiknya mulakan dengan mengurangi terlebih dahulu seperti gula , minuman manis dan tinggi kafein. Makanan bertepung seperti roti putih , susu putih , roti canai pun turut terlibat sama ya.. Heee..

Semoga berjaya. Kesihatan adalah keutamaan. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 

Alhamdulillah... Dah masuk raya ke 3 dan aku masih berjaya mengawal nafsu makan aku walaupun ada godaaan cuba mengagalkannya. Hahahaha.. Mungkin mereka tak tau kenapa dan mengapa aku lakukan. Aku bukan saja saja nak jaga makan atau kawal pemakanan aku ni. 

Aku suka makan. Kena pulak aku sekarang di negeri yang cukup kaya dengan pelbagai jenis masakan terutama kuih muih. Fuh... kena pulak ari tu , dua hari sebelum 1 Syawal.. aku rajinkan diri ke pasar Ramadan. Ada pelbagai jualan makanan serta minuman di situ. Perghh.. terliur juga la tengoknya tapi aku tetap dengan komitmen aku. Fikirkan kemudaratan untuk tubuh badan aku jika aku mengambilnya. Buat yang tak tau , jika gula masuk dalam badan aku , aku automatik bertukar menjadi raksasa ! Wife aku sendiri pun takut tengok... Haaa ! Maka aku beli je la satu dua jenis kuih dan juga ayam golek ! Kenyang tanpa rasa menyesal. 

Di pagi 1 Syawal.. sebelum gi solat sunat Aidifitri , aku makan dulu la telur rebus dengan rendang. Haa.. aku ganti nasi dengan telur rebus. Sedappp wo ! Begitu juga bila aku gi beraya umah orang. Jika dijemput makan, aku amik macam tu jer. Tapi biskut raya aku makan la ! Bukan senang nak jumpa di luar waktu hari Raya ! Hahah... bagi aku , nak makan.. biar berbaloi pada tekak ! 

Walaupun masakan di rumah orang sedap sedap belaka , aku tetap tak tergoda. Aku tetap makan cuma takda la makan makanan yang ada berasaskan beras. Bukan apaa... kita kena kenali diri sendiri. Kalau macam aku , aku ni lemah kalau makanan tu dah kena ngan tekak aku. Tak boleh nak kawal diri. Pasti bertambah dan kesudahannya... Hurm.. Sendiri menyesal ! Mau tau , aku tak lama lagi bakal jejak usia 50 tahun. Kalau aku tak jaga , doktor akan jagakan tubuh badan aku ni. Haaa.. Mana nak ? 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Aku ikut je apa yang wife rancang. Aku cuma seorang drebar ! Hahaha.. Dan perancangan dia , balik hari Khamis , dalam jam 4 pagi. Dan anak anak terpaksa 'cuti' sekolah lebih awal. Kenapa kitorang buat gitu ? Haa , sebab nak elak dari tersangkut dalam kesesakkan dan memandangkan kereta kitorang nak guna ni, dah berusia maka rasanya sebaiknya perlu segera sampai tanpa ada sangkut di mana mana untuk satu jangka masa yang lama. 

Cuma kami takda la nak terus ke Kelantan sebaliknya singgah dulu Cherating dan bermalam di sana.  Hotel pilihan kami seperti tahun lepas. Memang dah jatuh cinta dengan suasana tempat ni terutama pada waktu matahari naik dan turun. Kedamaian pantainya.. kebersihan.. memang best la sini ! 

Nak menginap kat sini kalau hari biasa atau hujung minggu mahupun pada musim perayaan , jangan mimpilah. Memang penuh dan harganya pun WOW ! Haaa.. tapi kami dapat harga betul betul cantik punya sebab... Hehehe.. 

Alhamdulillah.. perjalanan lancar dan sampai tepat pada masanya. Check in dan terus masuk. 










Perancangan awal , nak cari makan di luar hotel je. Tapau dan makan di bilik jer. Teringatkan Zahra teringin nak makan kambing , aku ajak wife makan buffet jer. Lagi pun tahun ni takda pun gi makan buffet sekeluarga. Aariz tak pernah merasa berbanding abang dan kakak dia yang mana aku sering dapat jemputan berbuka puasa , satu tika dulu. Hehehe.. 

Ternyata berbaloi makan kat sini. Anak anak pun aku dah pesan awal awal ! Elakkan makan makanan tinggi gula dan karbohidrat. Cari protein dan fiber dulu makan. Dan makan makanan yang hanya ada di bulan Ramadan saja. Gituu.. pastu baru boleh pekena kuih dan juga aiskrim. Sekadar merasa. Apa lagi.. seronok la diorang terutama Zahra yang kaki makan ni. Dia jenis makan skit tapi suka gi amik makanan. Hahahah.. 

Mencipta memori dengan izin Allah. Yelah , anak anak ni semakin membesar. Tau tau je dah nak kawin dan nak dapat cucu ! Tapi bila tengok diorang, masih terbayang diorang masih kecil. Huhuhu.. Terasa rindu nak peluk cium diorang masa kecil dulu tapi tak pe la.. Biarlah semua tu jadi memori terindah. 

Alhamdulillah.. Esoknya bertolak ke Kelantan dan selamat tiba seperti dirancang. Dengar cerita , tengahari hari kitorang bertolak tu , jalan sesak dah ! Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Pembersihan penapis air setiap 2 minggu dilakukan di rumah aku


Termenung jap aku bila baca posting yang viral di Facebook yang mengatakan tarif air di Selangor akan naik lagi. Ari tu dah naik. Ni nak naik lagi ? Dulu air percuma jer.. sekarang ni asyik nak naik jer. Elektrik dan petrol Ron95 pun dah mengintai nak naik ! Apa citer weh ! 

Bagi aku , kalau nak naik seiring dengan hasil yang dah dibuat tu , ok la gak. Ni bayangkan... air kat rumah aku ni kalau tak letak water filter , mau gatal badan weh bila mandi ! Muka jangan citer la. Tu belum lagi part baju sekolah warna putih. Confirm kuning punya ! 

Masa wife aku citer , aku tak caya la. Tapi bila dia tunjuk baju baju putih menjadi kekuningan termasuk baju aku , memang aku hangin laa ! Nak tak nak, kena keluar duit pasang water filter ! Bukan murah weh. Kalau aku ni bergaji besar , boleh la citer. Ni aku pun dah tergolong dalam golongan kais pagi makan pagi dah sekarang ni. Hahahaha.. Nanti RON95 naik, pening aku berganda. 

Dua water filter dah dipasang dalam rumah ni ! Aduh... semata mata nak dapatkan air lebih bersih dan selamat untuk digunakan ! Setakat ni , yang boleh dibanggakan ialah takda masalah air kecuali bila ada isu isu tertentu. Tapi itu tak bermakna tarif air boleh dinaikkan lagi ! Kalau dinaikkan , pasti akan melibatkan kenaikan harga barang punya. 

Dua water filter dipasang dalam rumah ni ! Aduh... semata mata nak dapatkan air lebih bersih dan selamat untuk digunakan ! 


" Tak dapat bayangkan macam mana PH akan mengamuk kalau bill air naik sebanyak 54% atau 64% ini berlaku semasa zaman Najib. Silap-silap dah ada demo jalanan, hashtag trending, dan ceramah bertalu-talu kononnya rakyat dizalimi. Tapi bila kena pada zaman sendiri? Sunyi sepi, siap pertahan pula.

Kerajaan Madani akan benarkan tarif air pada Julai 2025 iaitu kenaikan bagi dua tahun berturut. Bukan semua negeri akan terkesan dan bergantung kepada kerajaan negeri. Tetapi yang telah disebut termasuk Selangor dan Johor.

Antara negeri yang rancang akan naik termasuk negeri Selangor maka tarif Air Selangor bagi Selangor, KL dan Putrajaya akan naik seperti berikut. 

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)
2023: RM56.86
2024: RM72.25 (Naik 27.1%)
2025 (dirancang): RM87.63 (Naik lagi 21.3%)

Jumlah kenaikan 2023 - 2025 (dua tahun): 54.12%

Bil air tahunan isi rumah meningkat daripada RM682.32 (2023) kepada RM1,051.56 (2025 dirancang) - kenaikan sebanyak RM369 dalam tempoh dua tahun.

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Bukan Domestik/perniagaan (100 m³ sebulan) pula akan naik 3 kali dalam tempoh 3 tahun iaitu pada Ogos 2022, Feb 2024 dan Julai 2025

2022 (sebelum 1 Ogos) : RM220.65
2022 (selepas 1 Ogos) : RM277.60 (Naik 25.81%)
2024: RM285.60 (Naik 2.9%)
2025 (dirancang) : RM361.15 (Naik lagi 26.5%)

Jumlah kenaikan 2022 - 2025: 63.7%

Kos tahunan meningkat daripada RM2,647.80 (2021) kepada RM4,333.80 (2025) - tambahan RM1,686 dalam tempoh 3 tahun dari Ogos 2022 ke Julai 2025. "


Sumber : Lim Sian See

Jangan kasi janji janji manis lagi, Air Selangor ! Buat kerja terus. Bila janji dah ditunaikan , baru boleh cerita pasal nak naikkan tarif bagai. Selagi belum , harap fikir semula nak naikkan tarif air ! Kalau tak reti buat kerja, tukar la orang lain yang reti buat kerja. Maklumlah , kerajaan baru ni katanya lebih efisien berbanding yang lama terutama part naikkan cukai.  Kan kan ? 

Kerja dulu.. kasi siap ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Mengelupur aku kalau stok telur kat dapur dah nak abis. Mesti keluar gi cari punya. Sejujurnya , aku makan telur ni sejak kecil lagi. Mak aku sering kasi telur setengah masak 2 biji sebelum gi sekolah. Makan ngan kicap. Hahaha.. sedap ! 

Bila aku mula masuk gym , aku makan lebih 10 biji sehari. Cuma kesilapan aku ialah aku makan bersama megi mee ! Aku campur 10 biji sekali gus dalam sebungkus atau dua bungkus megi. Pastu makan bersama sama. Dan ianya tak bagus sama sekali untuk usus. Serius ! 

Badan memang naik menjadi ! Tapi lebih pada lemak dan sebu. Hahaha... Patutlah kawan aku cakap perut turut membesar sama. Aku ingatkan normal sebab nanti bila fasa cutting nanti , akan oklah perut tu tapi rupa rupanya.. bukan mudah bila nak cutting ni ! Kena ada ilmu yang betul baru menjadi. 

Dan masuk usia 40an , barulah aku faham erti cut sugar , cut itu ini... barulah otot kat perut tu boleh keluar ! Tapi kalau malas, boleh la guna barang terlarang. Hahaha.. aku tak sanggup la sebab aku ada masalah kesihatan. Kalau takda masalah pun , aku tak berani la nak cuba sebab sayangkan organ dalaman. Paling tidak pun , aku amik fat burner ! Tapi dia punya kesan sampingan.. jangan cakap la ! Menyesal weh. 

Kesudahannya.. aku buat cara yang aku rasakan lebih selamat. Aku makan je telur rebus setiap ari. Pagi dan petang. Pastu baru aku ratah lauk pauk. Nah... mudah begini. Nasi putih aku tak amik sebab nak pastikan aku betulkan kembali masalah insulin aku. Dan kesudahannya , aku selesa dah hidup tanpa nasi putih. 

Hari hari makan telur , tak muak ke ? Kalau tanya aku.. memang muak pun tapi bila tengok kesannya, walawei ! Berbaloiii. Lagi pun , aku bukan makan telur begitu saja. Sesekali ada la kuah kuah untuk dicicah bersama. Cuma aku takda la nak makan bersama kicap. Heee... 


Pandang guna mata lalat , taik kau nampak. Pandang guna mata lebah... 


Amacam ? Berbaloi bila dah gini ?? Aku bukanlah nak tunjuk badan sangat tapi nak kasi korang yang nak jaga badan tu, lebih bersemangat. Ditambah lagi bila badan nampak lebih sihat dan kemas , mereka yang dah bernikah pun akan dapat kelebihannya. Haaa.. Yang tau , tau je ! Berbaloi. 

Ok la kan untuk orang yang dah nak masuk 50 tahun tak lama lagi. Kita fokus kesihatan. Yang lain tu, bonus... Semangat mau ada. Komitmen tu penting. Disiplin paling utama. Antara nak ikut , atau tak nak jer.. Terpulang ! 

 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


 

Termenung... Teringat perbualan aku di whatsapp dengan arwah. Dia menyesal dengan gaya hidupnya yang dulu amat gemarkan makan makanan yang manis dan tidak sihat. Dan benarlah kata orang tua, nanti masuk 40an , akan terasalah kesan buruknya. 

Sejujurnya , aku juga dah lalui. Zaman muda , ikutkan nafsu serakah bab makan. Tak kira sihat atau tidak. Berpegang pada asalkan bersenam, inshaAllah ok jer ! Atau ikut had. Hurm... ikut had ? Kalau dah makanan tu tak sihat dan masuk ke dalam perut , apakah dia akan keluar esok hari ? Adeh... 

Makan main belasah terutama bila mereview makanan. Tak kira waktu. Pagi , petang , malam.. ambil je job. Sementara tengah laku. Hahahah.. Adoilah. Kesudahannya , perut bermasalah. Ingatkan biasa biasa jer. 

Ramai macam ni. Bila kita diberi amaran , kita sombong. Angkuh. Riak ! Antara alasan.. ala , bukan selalu atau pun jawapan skema , rezeki Allah.. jangan tolak ! Adeh.. sedangkan Allah juga memberi kita otak untuk berfikir baik dan buruk. 

Makan memang sedap terutama jika diberi pada anak anak kita. Mereka ni memang tak tau apa apa. Apa saja yang mak ayah kasi , diorang makan dengan beranggapan apa yang mak ayah kasi tu adalah yang terbaik untuk mereka. Dan akhirnya, jadi tabiat hinggalah ke besar. Kesudahannya.... Hurm.

Dulu aku macam tu pada anak anak. Tapi dah 3 tahun aku ubah gaya hidup keluarga aku. Bila gi pasaraya atau mall , anak anak aku ada meminta nak makan makanan seperti donut dan sebagainya. Aku tak kasi. Jawapan aku memang tegas. Dan aku akan tanya semula pada mereka.. 

" Rasa rasa makanan ni bagus tak untuk perut kita ? ", 

Mereka tahu tapi tetap mencuba nasib sebab mereka tergoda dengan warna dan lebih lagi sekarang ni , puasa kan ? Apa saja yang mereka pernah makan , mereka tahu sedap. Tapi sebenarnya keinginan tu cuma seketika saja. Bila kita dah berlalu dari situ.. takda dah rasa nak tu. 

Aku bukanlah tegas sangat pun. Ada je aku benarkan seperti bila moreh. Jika ada makanan yang mereka tau takkan ada di rumah tapi dihidangkan di surau selepas Terawih, mereka bertanya pada aku dulu. Jika aku benarkan, baru mereka makan.. sekadar untuk rasa ! Gitulah.. 

" Daddy takkan hidup lama untuk jaga Qhaliff dan adik adik. Mati itu pasti tapi menjaga kesihatan itu adalah amanah kita. Kita sebenarnya bukan nak sangat pun makan tapi sebab lapar. Jika ada pilihan lain dan makanan tu lak lebih baik dari yang ni , kita makan yang lebih baik itu. Faham ? "

Banyak manfaatnya jika kita jaga kesihatannya. Kos perubatan pun sekarang bukan murah. Demam skit saja pun dah lebih dari RM50. Kalau kena penyakit berjangkit ? Abis satu keluarga kena ulang alik klinik. Hospital lak.. hurm... padat dengan macam macam pesakit sekarang ni. 

Gitulah... Kalau nak makan , biarlah ianya berbaloi untuk tubuh badan. Bila dah sakit , perit... masa tu baru nak menyesal. Tak berguna dah. Terpaksa mencari dan mencuba pelbagai cara untuk kembali sihat.

Nikmati kehidupan dengan cara sihat... dan mendamaikan !
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Menakutkan atau merisaukan ? Kalau zaman aku dulu , dikatakan mata seseorang itu menjadi rabun dek kerana kerap tengok tv dan kerap membaca buku. Benarkah ? Tidak, kedua dua faktor itu bukanlah punca utama rabun. Menonton TV secara berlebihan tidak menyebabkan rabun secara langsung, tetapi ia boleh menyebabkan ketegangan mata dan keletihan mata digital.


1. Mitos vs Fakta

❌ Mitos: Tengok TV terlalu dekat boleh menyebabkan rabun.

✅ Fakta: Rabun lebih banyak dipengaruhi oleh faktor genetik dan gaya hidup. Walau bagaimanapun, menonton TV terlalu dekat boleh menyebabkan ketegangan mata dan membuat mata cepat letih.

Kesan Menonton TV Terlalu Lama
  1. Ketegangan Mata Digital
    • Mata terasa kering, pedih, atau berair kerana kurang berkedip semasa menonton skrin.
  2. Sakit Kepala
    • Cahaya terang dan perubahan kontras skrin boleh memberi tekanan pada mata dan mencetuskan sakit kepala.
  3. Kesukaran Fokus Jarak Jauh
    • Jika terlalu lama fokus pada skrin dekat, mata boleh mengalami spasme akomodasi, menyebabkan penglihatan jauh menjadi kabur sementara.
  4. Kurang Kelipan Mata
    • Kebiasaan menonton TV atau skrin terlalu lama boleh menyebabkan mata kurang berkedip, menyebabkan mata kering.


Tips Menjaga Mata Semasa Menonton TV

✔ Jaga Jarak – Jarak ideal ialah 5-6 kali lebar skrin TV.
✔ Gunakan Pencahayaan yang Sesuai – Jangan tengok TV dalam keadaan gelap sepenuhnya.

✔ Rehatkan Mata – Gunakan kaedah 20-20-20 (setiap 20 minit, lihat sesuatu pada jarak 20 kaki selama 20 saat).
✔ Kelip Mata Secara Sadar – Untuk mengelakkan mata kering.

Jadi, menonton TV tidak menyebabkan rabun, tetapi jika dilakukan secara berlebihan tanpa kawalan, ia boleh menjejaskan keselesaan mata dan menyebabkan keletihan penglihatan.



2. Mitos vs. Fakta

❌ Mitos: Membaca buku terlalu banyak boleh menyebabkan rabun.

✅ Fakta: Rabun (terutamanya rabun jauh atau myopia) lebih banyak dipengaruhi oleh faktor genetik dan gaya hidup, bukan semata-mata kerana membaca.

Faktor yang Boleh Menyebabkan Rabun atau Keletihan Mata
  1. Kurang Pendedahan Cahaya Semula Jadi
    • Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang bermain di luar dan banyak fokus pada aktiviti jarak dekat (buku, skrin) lebih berisiko mengalami rabun jauh.
  2. Pencahayaan Tidak Sesuai
    • Membaca dalam keadaan cahaya terlalu malap atau terlalu terang boleh menyebabkan ketegangan mata, tetapi tidak secara langsung menyebabkan rabun.
  3. Terlalu Lama Fokus pada Objek Dekat
    • Membaca tanpa berehat boleh menyebabkan keletihan mata digital atau sindrom keletihan mata (asthenopia).
    • Untuk mengelakkan ketegangan, guna kaedah 20-20-20: setiap 20 minit, lihat sesuatu pada jarak 20 kaki selama 20 saat.
  4. Genetik dan Faktor Keturunan
    • Jika ibu bapa rabun, anak lebih berisiko mengalami rabun juga.
Jadi, membaca buku tidak secara langsung menyebabkan rabun, tetapi jika dilakukan dalam keadaan yang tidak sesuai (kurang cahaya, terlalu lama tanpa rehat), ia boleh menyebabkan ketegangan mata dan mempercepatkan gejala rabun yang sudah ada.




Rabun dalam kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:

Jenis Rabun

  1. Rabun Jauh (Myopia) – Susah nampak benda jauh, tapi boleh nampak dekat dengan jelas.
  2. Rabun Dekat (Hyperopia) – Susah nampak benda dekat, tapi boleh nampak jauh dengan baik.
  3. Astigmatisme – Penglihatan kabur pada jarak jauh dan dekat akibat bentuk kornea yang tidak sekata.
  4. Mata Malas (Amblyopia) – Satu mata lebih lemah daripada yang satu lagi kerana otak tak dapat memproses imej dengan betul.
Punca Rabun pada Kanak-Kanak
  • Genetik – Jika ibu bapa rabun, anak berisiko tinggi untuk rabun.
  • Penggunaan skrin berlebihan – Menghadap telefon, tablet, atau komputer terlalu lama tanpa rehat.
  • Kurang pendedahan kepada cahaya matahari – Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang bermain di luar lebih mudah rabun.
  • Kurang pemakanan berkhasiat – Kekurangan vitamin A dan nutrisi lain boleh menjejaskan kesihatan mata.

Tanda-Tanda Kanak-Kanak Rabun

  • Sering mengecilkan mata atau mengenyit bila tengok jauh.
  • Duduk terlalu dekat dengan TV atau skrin.
  • Selalu menggosok mata tanpa sebab jelas.
  • Mengadu sakit kepala atau mata cepat penat.
  • Susah fokus dalam kelas atau menulis dengan betul.
Cara Mencegah dan Merawat

✅ Pastikan anak mendapat pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali.
✅ Kurangkan masa skrin dan gunakan peraturan 20-20-20 (rehat 20 saat setiap 20 minit, lihat objek 20 kaki jauh).

✅ Galakkan aktiviti luar rumah sekurang-kurangnya 1-2 jam sehari.
✅ Beri makanan berkhasiat untuk mata seperti lobak merah, bayam, dan ikan beromega-3.
✅ Jika perlu, pakai cermin mata atau kanta lekap mengikut saranan doktor.

Kalau anak ada tanda-tanda rabun, elok bawa jumpa pakar mata untuk pemeriksaan awal!



Manakala mereka yang dah berumur 40 tahun dan ke atas disarankan untuk buat pemeriksaan mata. Ini kerana seiring dengan peningkatan usia, mata lebih berisiko mengalami perubahan seperti:
  1. Presbiopia – Kesukaran melihat objek dekat (perlu baca dengan jarak lebih jauh).
  2. Katarak – Kabur penglihatan akibat kanta mata menjadi keruh.
  3. Glaukoma – Tekanan dalam mata meningkat, boleh menyebabkan kehilangan penglihatan.
  4. Degenerasi Makula – Penyakit yang menjejaskan pusat penglihatan, menyukarkan membaca atau mengenali wajah.
  5. Diabetes Retinopati – Jika ada kencing manis, salur darah di retina boleh rosak dan menyebabkan buta.
Pemeriksaan mata bukan sekadar untuk rabun, tapi juga untuk kesihatan mata secara keseluruhan. Jadi, kalau dah masuk umur 40 atau lebih, elok buat pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun!

Dapatkan khidmat nasihat dan juga pemeriksaan dengan pakar mata terlebih dahulu. Jika kena buat cermin mata, barulah buat ya. Jangan risau soal harga. Harga bingkai dan cermin tak sama macam dulu dah. Banyak pilihan. InshaAllah.. 

Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Di surau , malam Ramadan 1. Ramai turun bersolat berjemaah. Kedengaran ramai terutama kanak kanak berbalas batuk ! Sesekali orang dewasa turut serta memeriahkan pesta batuk membatuk. Malam berikutnya , begitu juga. Aku redha je la. 

Dan ada satu malam tu, seorang budak solat sebelah Aariz. Lengkap... batuk dan selsema. Sehari selepas tu, aku peasan Aariz mula sok sek. Perubahan pada suara. Dan tak lama kemudian , dia batuk batuk kecil. 

Aku cam.. hurm. Hari berikutnya , aku perasan tekak aku mula gatal gatal. Ah , sudah... Dan sesekali batuk. Esok hari.. batuk aku mula mengeluarkan kahak. Aariz semakin reda batuknya. Aku kasi dia ubat yang aku buat sendiri.. 

Serbuk halia dicampur dengan serbuk kunyit serta lada hitam dan habbatus sauda. Kemudian aku tambah lagi dengan serbuk kulit kayu manis dan madu lebah asli. Aku gaulkan dan beri pada Aariz sesudu setiap kali sahur dan ketika buka puasa. Aku pun turut amik sesudu. 

Batuk aku belum reda , Qhaliff lak mula menunjukkan simptom. Tak terus. Dia punya batuk jarang jarang tapi ada dengar seperti berisi kahak. Aku suruh dia batuk hingga keluarkan kahak. Dia turut ambil remedi alami yang aku buat tu. 

Alhamdulillah.. Aariz dah ok. Aku masih dengan batuk batuk. Hari berikutnya aku terasa badan amat lesu. Sakit sakit tubuh badan seperti kena Covid 19. Tapi aku tak demam. Aariz dan Qhalff pun tak demam. Beberapa kenalan aku , turut menceritakan keadaan mereka tapi mereka demam beberapa hari. 

Dalam sakit serta sengal badan tu, aku tetap gi gym dan hiking. Saja nak lawan dan keluarkan peluh. Ternyata memberi kesan. Bila berpeluh tu terasa lebih segar dan nikmat. 



Berhari hari batuk berkahak. Tekak rasa gatal. Aku masih tak nak makan ubat batuk. Aku yakin akan sembuh 100% cuma ambil masa. Dan pagi ni , sahur.. aku bancuh air halia saja dengan kuantiti serbuk yang sedikit banyak berbanding biasa. Ternyata memberi kesan. Kepedasan serbuk halia kali ni mengurangkan keradangan pada bahagian tekak. Batuk sesekali masih ada tapi kahak ternyata berkurangan. 

Segalanya dengan izin Allah. Aku masih berusaha elak amik ubat ubatan kimia. Bukan apa.. kalau aku amik , sah sah akan ngantuk dan ini menganggu urusan harian aku. Tak pasal pasal wife kena cuti lak. Oh ya.. setakat ni, wife dan anak dara aku tak dijangkiti. Semoga Allah lindungi mereka. 



Nak serbuk halia , boleh wasap segera. Sementara stok masih ada  : https://halia1.wasap.my/
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 Soalan yang aku rasa aku tak layak pun kasi jawapan. Aku bukanlah baik mana pun. Aku sendiri sedang berusaha menjadi orang baik baik. Rezeki aku , Allah jodohkan dengan wanita yang aku doakan setiap hari sejak dah tau aku boleh menikah ! Gitulah.. 

Sebenarnya aku dah taip panjang untuk bercerita tapi aku delete. Tak perlu la kot nak buka cerita lama. Kan kan ? Cuma aku leh berkongsi la sedikit apa yang aku tau. Jika nak didik anak anak ni , segalanya bermula dari doa mak ayah. Dalam kes aku ni , sang isteri memang tak pernah lepas la berdoa agar aku nan anak anak berjemaah di surau dan masjid. Hahahaha.. 

Alhamdulillah.. Allah makbulkan. Mulakan dengan pergi berjemaah solat Maghrib dan Isyak. Duduk dengar kuliah dan senantiasa berdoa supaya hati tidak dibolak balikkan. Mula mula bawa si sulung dulu ikut. Cerita la pada dia kenapa dan mengapa perlu gi berjemaah di masjid atau surau. Pastu rajin rajin tengok video pasal agama bersama dan bercerita. 

Dan satu lagi kelebihan aku ialah aku hantar dan jemput mereka ke sekolah. Dalam kereta , aku bercerita mengenai kehidupan aku dulu. Cerita kisah kisah Nabi pada mereka sampaikan Qhaliff cakap kat aku , aku lebih banyak bercerita berbanding ibu. Diorang kurang tahu pasal ibu diorang sebab sang isteri ni memang suka berahsia. Tak suka cerita hal hal lepas. Gitulah.. 

Peluang Ramadan ni sebenarnya nak ajar anak anak gi solat berjemaah sebab lepas bersahur tu , teruslah ke sana. Begitu juga selepas berbuka. Utamakan solat berjemaah berbanding di rumah kecuali perempuan. 

Kita kena rajin bercerita pada anak anak. Diorang ni suka dengar cerita dari kita. Pastikan kitalah guru mereka ! Pengalaman hidup kita itulah sebenarnya berharga buat kita dan kita jadikan sempadan kehidupan bersama. 

Semoga Allah permudahkan urusan kita.. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes