BEN ASHAARI





Aku pernah bercerita pasal tempat ni ketika bersama Fam Trip Kedah beberapa bulan lepas. Dan keseronokkan pengunjung bermain air di waktu malam ketika tu  , memang pastinya idaman anak anak aku. Ada sekali tu , aku bervideo call dengan diorang , aku tunjuk tempat ni. Sian tengok keterujaan muka diorang. Baca di SINI

Berjanjilah aku pada mereka. Dan Alhamdulillah , Allah panjangkan umur dan mudahkan urusan untuk aku. Di kala tempat dah penuh , aku masih dapat lagi bilik. Berkat ikut Fam Trip tu. Hehehe.. Rezeki anak anak. 

Semalam di sana... Dan... Huhuh.. Seronok tengok diorang seronok walaupun risau tu ada. Risau takut tergelincir jer terutama si kecik tu. Dah berapa kali jatuh dek kerana seronok bercuti ! Benjol la gak kepala tu. Jatuh di bilik hotel. Licin lepas mandi kolam. Haih.. Nasib tak serius..


  



Yang bagusnya , kolam ni senantiasa dibersihkan ! Sebab tu aku sanggup ke sini walaupun dah penat dan juga sambut hari lahir aku kat sini bersama keluarga tercinta ! Puashati walaupun santai jer.. 

Bagi korang yang tak tau nak bercuti ke mana ? Nah... amik cuti di hari biasa dan datanglah ke sini. Confirm puashati ! Sebelah malam , ada kedai makan dibuka. Jangan risau. Nasi lemak sedap kat sini.. hehee.. 

Oh ya.. korang boleh berendam sepuashati. Dari subuh , hingga ke subuh. Jangan lupa solat dah la. He..




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kenapa aku tak sokong ? 


Viral video kes buli di sekolah sekolah , kan ? Tak kira jantina. Bukan baru lagi ! Dah lama dah.  Masa aku sekolah dulu yakni 26 tahun yang lepas... mereka yang ada seni mempertahankan diri , memang jadi leader la di sekolah ! Wujud geng geng gitu ! Satu kelebihan buat mereka ! Bagus la..

Tapi bagaimana yang salah gunakan kelebihan tu ?? Jadi samseng di sekolah. Ugut nak pukul cikgu ? Lebih lebih lagi cikgu perempuan ? Hurmm... Dan bayangkan jika mereka semua ini ada ilmu pertahankan diri .. masing masing nak test power sapa lagi power ! Adakah itu sihat ?

Perlu tahu ,anak anak kecil ni depan mak ayah.. pijak semut pun tak mati ! Dan masih berakal singkat.  Jika nak dibuat juga , buatlah seperti kelas taekwando gitu. Bukan mewajibkan semua pelajar. Gitu ok la.. 

Dan yang perlu dijadikan kokurikulum sekolah dan wajibkan ialah PELANCONGAN NEGARA ! Nah... di sini Pihak Kementerian Pendidikan patut gabungkan pelancongan dan sejarah  Malaysia.  Bagi murid murid ini mencintai negara mereka sendiri ! Tidaklah asyik bila cuti sekolah tiba , ajak melancong ke luar negara jer ! Haaa... Dan biarlah mereka kenal pokok pokok serta hidupan liar di negara kita , sewaktu mereka kecil lagi ! 

Dan besar.. baru la boleh kasi mereka bersilat ! 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Aku dalam dunia gym ni dah lebih 20 tahun. Tapi sejujurnya , aku punya ilmu amatlah cetek terutama dalam bentuk latihan. Masih banyak kesalahan. Sebab tu aku tak berani nak ajar orang langsung. Kena gi kelas yang betul baru berani. Tapi time tu, bukan free dah la. Kena la charge kan ? Hahaha.. InshaAllah.. free je ! Saham akhirat kan ?  Melainkan jika dah jadi punca rezeki aku, terpaksa la charge kan ? Huhuh.. Charge untuk masa.. bukan ilmu. 

Ok... banyak persoalan timbul dalam bidang ni ! Antaranya , supplement atau juga makanan tambahan.  Boleh ke amik ? Jenis mana ? Halal ke ? Fuh... Ni lagi best.. Baru masuk gym dah tanya...

" Bang.. saya nak amik steroid , ok tak ? " 

Adoi.... Best part.. ada yang keluarkan fatwa sendiri pasal steroid ni. Ok , aku tak nak cerita pasal ni sebab bukan kepakaran aku. Cuma yang menarik minat aku sejak dulu lagi ialah natural food yang sering dipandang enteng oleh sesetengah peminat bina badan ni ! Mereka ingat kena bedal banyak supplement baru jadi tapi meninggalkan makanan yang sepatutnya mereka utamakan ! 

Telur... ayam.. ikan... sayur.. buah.. dan banyak lagi makanan makanan natural tidak diambil dengan seimbang ! Sebab tu ada yang kulit tak cantik.. timbul masalah penyakit lain.. Haa ! Sebab tak seimbang ! Selain rehat yang tidak mencukupi. Tu belum masuk bab rokok sebelum dan selepas workout ! Huhuh.. No komentar ! 

Bab telur.. Ni penting ni ! Dulu aku sebelum workout , aku bedal 10 bijik telur setengah masak ! Selepas main, 10 lagi.. Ada yang sekali harung , 20 bijik. Abis kena bebel ngan mak aku. Tu masa aku usia 20 an la.. Sekarang dah 40 an.. 

Benarkah telur mengandungi kolestrol yang tinggi ? Jangan makan kuning telur ? Hurmm... Camana tu ? Jawapannya ? Korang kena baca sendiri di HELLO DOKTOR ! Aku nak terangkan , takut salah info lak. Baca dan jika ada persoalan , leh kemukan di sana terus ! 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Dek ramai kasi 10 bintang, maka aku bawa famili aku layan Ejen Ali The Movie di Alamanda. Teruja memasing terutama Qhaliff.  Zahra nak layan Frozen 2 tapi diutamakan filem tempatan sebagai tanda sokongan !

Show jam 3.10 petang. Panggung penuh. Dan bermulalah cerita Ejen Ali. Permulaan yang menarik. Animasi yang bagi aku sama level cam animasi Tobot. Jalan cerita yang best dan tak perlu dipusing pusing utk kasi jadi lebih panjang ceritanya. Yer, ada cerita.

Cuma bagi aku la.. Ejen Ali ni sesuai utk kanak kanak berusia 7 tahun ke atas. Level Zahra dan Aariz, tak lagi. Diorang akan boring dalam panggung.

Dan bagi aku . Skrip Boboiboy lebih santai dan penuh karektor. Lucu dan sinis  Berbanding Ejen Ali, skripnya lebih kedewasaan..

Apa pun.. Tahniah buat mereka kerana berjaya hasilkan filem animasi  bertaraf dunia. Cuma kalau nak bandingkan lagi dengan Hollywood, belum lagi la.. Bukan apa, aku tgk ada yang kata dah setaraf. Maaf la.. Aku layan animasi lama dah  Bukan nak buat perbandingan pon cuma yer benar.. Kita dah buktikan kita boleh bikin cerita cerita animasi yg bagus serta mempunyai identitu kita sendiri.

Elemen lucu dan dialog yang santai akan buatkan anak anak kita ucapkan berkali kali selepas abis tayangan. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Dari Perak , bergerak ke Perlis. Sasaran perjalanan , 6 jam !  Bukan jauh pun tapi aku yang memandu dengan had kelajuan dan mengikut peraturan , harapnya ! Huhuh.. Wife dalam kereta risau dah. Katanya nak sampai sebelum malam sebab ada banyak kerja perlu disiapkan sebelum keesokkan harinya. 

Aku cam.. Hurm..

Tengok jam. Pasang Waze. Jika aku memandu tanpa henti , maka kami akan sampai pada jam 3 petang gitu. Apakah aku mampu memandu begitu ? Dari Impiana Hotel Ipoh , aku memandu tanpa henti ke Kangar , Perlis ! Kenapa aku berjaya memandu tanpa henti. Cuaca begitu baik. Tidak begitu panas dan tidak begitu mendung. Alhamdulillah.. cantik sekali. 

Melalui pintu gerbang menyambut kedatangan orang luar ke Perlis. Tidak begitu sesak dengan kereta dan pemandu di sini memandu dengan baik sekali. Mata aku meliar mencari restoran untuk berhenti singgah makan tengahari. 

Tak jumpa ! Pelik !! Restoran mamak pun tak nampak ! Hahahah.. Adoiyai. Perut makin keroncong. Nampaknya makan di hotel je la.

Tiba di The Putra Regency Hotel , Kangar. 

Orang kata first impression tu penting ! Dan ketika aku tengok hotel ni dari luar , aku cam.. sekadar Hurm jer ! 

Hurm jer???? 


The Putra Regency Hotel , Kangar

Daftar Masuk !

Parking mudah. Banyak kosong lagi waktu siang . Dan ikutkan hotel ni dah penuh. Tapi rezeki aku ada kenal kawan , maka dapatlah bilik keluarga di hotel ni. Dikatakan The Regency Putra Hotel Kangar ni , antara yang terbaik di Perlis. Alhamdulillah.

Masuk bilik. 

Alhamdulillah.. Luas ! Pada awalnya aku rasa cam hotel ni cam tak beberapa menepati citarasa aku tapi.. tapi ! Haaa... teruskan membaca ! 


Old skol tapi nasib baik tak hitam putih punya ! Kena tukar dah tv ni .

Kagum tengok padang sekolah ni. Luas kauuu ! 

Permandangan dari bilik waktu senja. Cantik !

Katil... bantal.. aku kasi 5 bintang ! Selesa dan best ! Lantai dia ok tapi jika basah , merbahaya. Aariz terjatuh tapi salah dia la. Dia berlari dan ketika tu lantai basah dek kerana baru naik dari kolam mandi. Benjol di kepala tapi dah surut. Hurmm.. 

Bilik air , kecil dan kena berhati hati sangat ! Jika budak suka main air dan sabun , akan jadi licin. Ini sangatlah merbahaya. Ibu bapa kena pantau mereka ketika mandi. Segerakan ! 

Selepas semalam menginap di sini , yer..  aku akui hotel ni best Ada tarikan tersendiri yang sukar nak dimengertikan.! Dan benarlah kata kawan kawan yang syorkan hotel ni.. terus terang memang best ! Jika aku ke Perlis lagi , hotel ni akan aku pilih. Kenapa ??? 

Kolam mandi dan makanan ala carte yang sedap ! 




Di coffee house , aku tanya waiter di sini. Di sebelah hotel ni ada satu restoran steam boat. Ok ke tak restoran tu ? Harganya.. Dan jawapannya membuatkan aku rasa cam.. nampaknya kena keluar cari makan di luar malam ni ! Huhuh...

Makanan di coffee house tu , sedap ! Aku test mee kari dia.  Tapi aku nak kena gak try makanan di Perlis ni. Dan rezeki aku , kawan di Facebook beritau lokasi lokasi restoran yang sedap patut aku gi cuba ! 



Malam menjelma. Kitorang ke Kuala Perlis. Dalam perjalanan , nampak Petronas. Berhenti beli air mineral dan sebagainya. Risau tak jumpa kedai runcit dan... hahaha.. Bodohnya aku aih !! Rupanya bersepah kedai runcit di sini. 

Bukan apa.. ketika di Ipoh ari tu , malam harinya memang agak sunyi. Rupanya orang kata , segala keseronokkan dah dipindahkan ke Bandar Meru. Di sana baru havoc ! Di Perlis ni.. Kangar malam hari agak tak sibuk tapi banyak kedai makan dibuka ! Cuma.. nak tau yang mana sedap dan best tu , korang kena ada 'petunjuk'. 

Malam pertama... aku degil ! Nak mencuba sendiri kedai kedai yang ada. Kononnya nak explore la ! Lokasi pilihan,.. Kuala Perlis. Dan aku kecewa ! Makanan , ok ok jer. Saja test keow teow goreng. Hurmmm..  

Dek kerana aku kecewa maka aku buat keputusan , lain kali makan KFC je la.. Huhuh.. 

Meriah KFC !

Orang kata.. Haa , orang kata ! Di sini patut cuba makan masakan ikan bakar ! Tapi kena pandai cari la. Kalau tak , mau tepuk dahi gak harganya. Huhuh.. 

Ok... Esok harinya.. makan pagi di hotel. Tak begitu banyak pilihan. Dan simpan sedikit kelaparan untuk makan tengahari ! Destinasi pilihan , Suri Corner atau Suri Masakan Melayu Asli !  First Impression aku ? Huhuhu.. 

Wow ! 

Best ! 

Tak sabar nak makan weh ! 









Aku kasi 5 bintang ! Nasib aku sampai lewat . Aku rasa kalau sampai dalam jam 11 atau 12 tengahari, pilihan makanan lagi banyak dan lebih panas ! Huhuh.. Dan harganya , bagi aku murah dah. Takda la harga sembelih orang luar dan ini memberikan satu pandangan positif pada pelancong domestik. Disyorkan !

Selesai makan tengahari... makan malam lak ! Anak anak siap mengeluh.. Makan lagi ??? Tapi dah dirasuah dengan mandi kolam petang tu , diorang tak membebel lebih la.. Huhuh.. Ikut je la. Ditambah dengan masing masing pun kelaparan.. dan mengantuk.  Ikut jer la.

Lokasi : Restoran Nyiru Klasik Ikan Bakar

First Impression : Kakitangan restoran yang peramah dan mesra. Restoran yang bersih , menarik dan mesra pelanggan terutama orang luar. Kemas. Aku suka !









Sesungguhnya .... sesungguhnya ! Masakan mereka sangatlah sedap ! Aku tak terasa seperti ada perisa makanan pon .Memang asli sungguh la ! Masakan melayu gitu.  Biasanya kalau makan begini di KL , lepas tu aku akan mencari air suam. Terasa dahaga dan kemudian sakit kepala. Garam banyak tapi di sini , wow ! Patutlah orang kata , sekali makan kat sini , akan kembali ! Huhuh.. 

Harga ? Di restoran ni murah dan berbaloi ! Kenapa  ?? Sebab tanah dan kedai ni tiada hutang. Nahhh.. kos sewaan tiada ! Sebab tu boleh murah tapi sedap ! Huhuhu.. Bayangkan aku makan ni pun baru RM108 jer. Tak dapat kau kat KL ! 

Dan aku mencuba mentarang bakar dan ikan gerut dibuat dua jenis masakan. Jatuh cinta lak aku ngan ikan Gerut ni. Tak pernah makan . Hahahaha..

Selesai makan. Borak dengan staff restoran. Macam macam info dapat. Alhamdulillah. Dan pastinya, aku akan kembali lagi ke Perlis selepas ni. Cuti panjang, kena buat percutian ke Utara.. Perak , Perlis dan Kedah ! 

Perlis begitu damai. Tiba tiba rasa cam nak pindah Perlis ! Hahaha..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes