BEN ASHAARI



Lama dah nak cari boleh tarik angin kat badan aku ni. Mungkin ada yang percaya atau tak. Tapi aku percaya jer. Hahaha.. Sebab bila aku urut wife, aku banyak keluar angin. Walhal sebelum tu , elok je aku haaa.. Bila dah main dengan angin badan ni , memang boleh bikin hangin weh ! Hahahaa... 

Di Hotel Star-Well , Lipis... ketika tu aku dan rakan blogger sedang dalam perjalanan nak masuk ke dalam hotel selepas membedal ayam Marry Brown ( sedap weh ! ).. terdengar suara cam pelik semacam jer ! Aku pun gi jejak la dari mana datangnya bunyi tu..

Rupanya.. rakan FAM Trip aku sedang urut kaki dan tukang urut tu dok belahak angin ! Pergh.. aku tengok dia derita semacam je kena urut. Hahaha.. Tapi syok ! Terus aku tanya harga dan kaedah serta kelebihan cara urut dia tu.. 

Berpengalaman lebih 20 tahun. Cara urut bukan jenis berulang kali. Tapi kesannya memang power la... Kuat sungguh tangan dia. Dan kawan tu bukan orang pertama... rasanya malam tu saja dekat 10-15 orang la dia urut ! Rasa aku la.. tapi ramai laaa yang aku perasan. 

Giliran aku.. kat dalam bilik. Aku nak satu badan. tak payah bukak seluar pun ! Bukan nak urut batin haaa ! Hahahahaha... Dia urut bahagian keting , jari pastu belakang badan , kepala dan lengan. 


Masa dia urut kaki tu... terus dia cakap kat aku yang aku ni kurang air ! Alamak ! Mana dia tau ! Memang aku kurang minum air masak walaupun nampak macam banyak minum tapi tak cukup sebenarnya untuk kandungan badan. Aku  banyak minum air protein kot... dan pre workout. Huhuh... 

Dia kata aku kena minum paling sedikit 2 botol air bersize 2L tu haa... Memang dulu aku rajin minum banyak tu tapi sejak berkenalan dengan pre workout ni , aku dah tak bawak air suam ke gym. Kesannya ? Aku boleh rasa sakit di bahagian kepala. Bukan berdenyut tapi... sentuh skit pun sakit ! Tapi tak la sakit giler.. Bila urut kepala tu , terasa la lega.. Gitu laahh..

Lepas dia urut tu.. kaki memang ringan dan kepala pun sedap jer.. Hilang stress dan penat.. Harga .RM100 jer.. Dan sejak tu , aku minum air suam jer.. Banyak banyak banyak ! Huhuh.. 


Ternyata ada perubahan ketara ! Aduh.. patut la pelik apasal aku boroi semacam jer.. Bila banyak minum air , asyik nak membuang jer.. Kecil atau besar.. Terasa puas sekarang .. lega perut aku ! Dan ringan lepas amalkan banyak minum air suam. Perut pun tak kembung macam orang masuk angin ! Hahahhaa.. 

Patutlah orang gemuk yg dah kurus kata.. Kalau nak kurus, banyakkan minum air suam jer.. Banyak banyakkk.. Setiap hari! 

Korang percaya atau tidak.. terpulang ! Kenali badan sendiri.. dan amik tindakan ! 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments



Ketika aku 'hadiahkan' kepada Zahra , dia cukup teruja.Sebab ? Dalam banyak banyak susu yang dia minum , Iries Susu Kambing ni je la yang buat dia lena terus selepas dia abiskan sebotol. Memang cukup mengenyangkan bagi dia. Masuk yang ni , dah 3 botol aku beli untuk dia.. Yer , untuk dia jer ! Susu lain , payah dia nak minum. Tak tau kenapa. Yang Iries ni , dia suka minum awal pagi dan sebelum tidur. Memang lena la pastu...

Kenapa Iries ni ? Apa kelebihan dia ?





Awalnya ketika nampak viral di media sosial , aku saja la beli sebotol. Plan nak kasi anak anak la minum. Saja je la support produk orang Islam , kan. Hehehe.. Tapi sebenarnya banyak kelebihannya susu Iries ni. Antaranya takde bau , senang dibancuh dan tidak manis. Stevia digunakan sebagai penganti gula dalam susu kambing Iries ni. 

Dan bagusnya Iries ni kan , boleh dibancuh dengan air suam je ! Haaa , tak perlu dah nak tunggu sejuk untuk minum. Manakala kandungan Susu Kambing Iries ni terdiri dari tepung susu kambing New Zealand , ekstrak delima , habbatus sauda , buah tin , za'faran , kurma , kismis , vanilla , krimer tanpa tenus dan stevia. Bagus kan ?



Ibu mengandung boleh minum ke ? Orang tua ? Eh , sapa je boleh minum ???  Boleh je. Minumlah ikut sukatan yang disyorkan. Orang dewasa , warga emas , ibu mengandung , kanak kanak yang berusia 2 tahun ke atas je boleh minum. Bawah , jangan kasi tau.. Malah untuk pelajar pelajar sangat sesuai. Kasi minum sebelum gi sekolah. Elak perut kosong. Kan kan ? 



Yang di tangan aku ni ialah botol terbaru. Memang cun la. Makin menarik. Setanding dah dengan produk produk popular di luar sana tu. 


Apakah kebaikan Susu Kambing Stevia selain dari yang aku nyatakan di atas ? Meh...baca meh !
  • Penyerapan Kalsium & Menghalang Demineralisasi (Pereputan) Tulang
  • Melancarkan Penghadaman
  • Mengurangkan Paras Gula & Kolestrol
  • Melawan Insomia, Jantung, Migrain, Darah Tinggi & Penyakit Kulit
  • Membantu Menguatkan Sistem Imunisasi Tubuh
  • Membekalkan Tenaga
  • Perut akan Sentiasa Kenyang
  • Bersifat Alkali & Bukan Asidik
Hadiahkan kepada orang tua kita ! 

Orang tua kita , payah nak makan atau agak memilih sangat bila bab makan. Mereka dah kurang selera nak makan atau dah tak tau nak makan apa. Bila mereka dalam keadaan begini , kita akan risaukan mereka. Faham faham je la kan.. diorang akan kata diorang ok jer. Jangan risaukan mereka. Maka hadikankanlah Iries Susu Kambing Stevia ni. Tak perlu pasal gula. Mudah hadam. Mudah larut. Dan akan pastikan mereka kenyang serta mendapat khasiat khasiat yang diperlukan oleh badan. 

" Ayah saya mempunyai masalah kencing manis kronik, selalu keluar masuk wad, semua makan & minum kena jaga.. Alhamdulillah, dengan Susu Kambing Stevia Iries, ayah saya dah tak merungut asyik kena minum sky juice sajer. Saya selalu dapatkan susu ni dekat farmasi. Ni hantar gambar kat hq nak ucap terima kasih bantu ayah saya kekal bertenaga dengan susu kambing stevia iries, minuman susu kambing tanpa gula, dr hospital gtau lulus untuk minum bagi penyakit kencing manis tahap kronik mcm ayah saya. Alhamdulillah .."
- Tuan Syaed Mat , Telipot Kota Bharu

Kalau ketika kecil mereka sering berikan susu yang terbaik buat kita , kini tiba masa untuk kita membalasnya dengan memberikan susu yang terbaik untuk mereka. Takkan nak berkira kot ngan orang tua kita kan ? Haaa.. Tak cuba tak tau.. 


Jangan risau bab Halal... Dah ada dapat pengesahan dari KKM juga.  Susu Kambing yang disyorkan untuk semua peringkat. Malah , aku yang sedang nak turunkan berat badan ni pun dah mula amik secawan setiap pagi dan sebelum tidur. Elak kelaparan gitu.. 

Tu je la aku leh citer pasal Susu Kambing Stevia Iries ni. Kang citer lebih lebih , korang suh aku belanja lak. Hahahaha.. Korang order je terus naaa.. Whatsapp untuk order pun boleh !


Page Official: SusuKambing_Sunnah
Ig Official: susukambing.iries_hq
Whatsapp : https://601125503500.wasap.my/













Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Terkejut dengan peningkatan kes Covid 19 dalam beberapa hari ni. Ramai mula menuding jari. Sana sini dikatakan tidak mengamalkan SOP yang ditetapkan kerajaan. Apakah ini punca kepada penularan kes kes terbaru ?

Sejujurnya aku sendiri pun kekadang terlupa nak pakai face mask dan bersalaman dengan kenalan rapat. Tapi aku tidak lupa guna hand sanitezer selepas bersalaman. Sebagai pencegahan. Bab face mask tu, aku amalkan penjarakan terutama dengan orang yang tidak aku kenali.

Tapi kes Covid 19 ni meningkat ? Jom tengok punca punca kes ini semalam.. 

Hurm.. 1 kluster Rumah Warga Emas Kluang yang membawa kepada 13 kes ! Banyak kes melibatkan bukan warga negara. Hurm... Apa yang perlu dilakukan ? Aku rasa Perdana Menteri semalam pun dah nyatakan tindakan mengkuarantinkan semula mereka yang pulang dari luar negara memandangkan ada kes pentingkan diri telah berlaku. INI SANGAT MERBAHAYA ! SATU BUAT TAIK, SEMUA TERPALIT ! Jangan dek kerana nak jaga satu dua hati , berpuluh juta punya hati jadi mangsa !! 

Aku harap kerajaan menimbang semula tindakan mengkuarantinkan mereka yang baru pulang dari luar negara ni di satu lokasi khas.  Demi untuk kebaikan negara terutamanya. Cukup cukuplah rugi berbilion. Rakyat yang meniaga sendiri pun dah ramai tutup kedai ! Sekali lagi PKP , akan membuatkan ramai lagi terkesan...termasuklah aku sendiri ! 




Kemudian aku nampak ramai warga asing yang merayau sana sini. Apakah mereka ini punya permit atau sudah pun memiliki MyCard ? Cakap Bahasa Melayu pun tunggang langgang ! Mereka ini juga punca kepada beberap kewujudan kes kes Covid 19 yang terbaru. Harap pihak bertanggungjawab lebih tegas dan keras dalam menjalankan tugas mereka.

Edit Terkini :


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku tau... semua yang ada telefon pintar di masa kini akan 'luangkan sedikit masa ' sebelum tidur dengan layan media sosial atau membaca.. kan kan ? Tak kisah la apa pun alasanya tapi aku yakin sangat... korang tau apa kesan jangka panjangnya kan ? 

Yup.. rabun ! 

Jangan pandang ringan bab rabun ni. Silap haribulan , pakej dengan silau sekali ! Bila silau , nak memandu pun dah sukar ! Segalanya terganggu.. kan kan ? Hilang sedikit nikmat dariNya.  Hurmm.. dan muda muda dah rabun ! Hurmm..

Tapi ni lagi dasyat.. 

Aku terbaca status seorang kawan di Facebook...



Selepas aku membaca statusnya , aku terdiam.. Aku ingatkan sakit je kena dahi sebab terlepas dari tangan dek kerana terlelap ! Hahahah.. Tapi rupanya boleh jadi lebih merbahaya ! Hurmm.. Aku akui aku selalu gak buat dan memang beri kesan pada mata dan juga dahi. Sesekali anak dara aku yang tidur di lengan aku jadi mangsa.. Hahahaa..

Tapi kalau kita sedar , menggunakan telefon pintar sebelum tidur terutamanya atas katil dalam keadaan gelam akan membuatkan mata lebih letih. Kesannya bila bangun pagi , akan terasa cam berat jer... sebab tak hilang letih lagi ! Walhal bukan baru lepas panjant bukit pun.. kan ? Haa.. tu sebab mata yang letih !

Maka... sama sama kita ubah perangai gini ! Nak tidur , letak phone atas meja. Jauh dari kepala orang lain dan juga kepala sendiri ! Dan tidur.... Dapatkan tidur yang nyenyak dan aman.. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Teringat lagi satu ketika... aku tempah cermin mata yang guna bingkai bergaya ! Lama sangat dah masa tu. Bayar beribu. Fuh... terpaksa tunggu berminggu untuk siap. Dan bila tiba masanya , aku pun gi amik. Pastu cuba... 

Kecewa !!!! 

Kenapa ? Sebab cermin dia sangat peningkan kepala aku. Terpaksa simpan je spek tu. Rugi jer. Nak gi balik tukar... malas dah sebab staff layan macam... haih ! Tu pertama dan terakhir la aku main spek gitu. 

Sejak tu, telan air liur je tengok spek spek cun ni.. Cam Oakley , RayBan dan macam macam lagi Sehinggalah aku buat spek rabun di kedai spek terkenal di Bukit Bintang iaitu  Eyes Vision Optical  , Sungei Wang Plaza.. barulah aku tau rupanya untuk pakai spek spek bingkai gempak ni.. aku boleh jer ! Diorang boleh buat cermin ikut kehendak kita ! Tu diaaa ! 

Spek rabun aku tu lak... biasanya beribu aku bikin.. di situ , 300-400 jer dah dapat yang tahan lasak ! Bingkai tahan lasak tu penting sebab aku guna ke gym. Main letak merata jer. Masalah cermin ? Cermin murah jer... RM100+ jer . Tu pun ada anti silau dan power kuat. 

Setakat ni aku dah buat 4 cermin mata cun kat situ. RayBan dan Adidas. Semua aku sayang ! Hahaha.. Pakai ikut pakaian dan aku tak perlu risau pasal tak nampak. Segalanya jelas dan paling best , aku boleh memandu malam lagi ! Kenapa ? Sebab aku punya cermin tu ada dua tone. Atas gelap.. bawah cerah. Best woo gitu ! 









Nak buat pembedahan mata tu , tak mampu lagi buat masa ni.. Huhu.. Maka beginilah cara aku bergaya dengan mata aku. Hahahaha... Ok la kan ? Haa, kalau korang nak buat gak.. boleh jer.. Gi sana , tengok bingkai cun cun... pastu pilih warna cermin apa korang nak.. Cakap nak yang dua tone macam Ben Ashaari punya. Bukan tukar gelap tau ! Haa , yang macam spek atas ni ! Fuh, bingkai atas ni pun cun weh !

Ok.. Gi sana , cari Mr. Jun .. cakap je korang pembaca blog Ben Ashaari. Dapat tau dari situ. Nanti leh la mintak diskaun.. heee...


Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464
Waktu Perniagaan: 11pagi - 7 malam ( Setiap Hari)

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes