BEN ASHAARI



Ketika balik Kelantan hari tu, aku lalu lebuhraya baru. Rasa cam woww.. cepat dan memudahkan. Tapi 'bayaran' untuk dapatkan semua ni , tak berbaloi sama sekali ! Aku tak tak nampak kehijauan yang mana satu ketika dulu, aku cukup teruja bila balik ke Kelantan dek kerana kehijauan buminya. Terasa segar memandu di sepanjang hari. 14 jam tu dah biasa. Boleh berhenti rehat di mana mana dan menikmati suasana. Tapi sekarang ??? 

Sampai bila ??? Jika berterusan , aku rasa tak lama dah hutan hutan di negara kita ni. Yang tinggal sejemput jer di setiap negeri. Pastu baki hutan itulah untuk rakyat nikmati ! Tu pun kena bayar bila nak masuk. Dan rasanya... tak mustahul akan dibina hutan hutan tiruan dengan mengunakan panel panel tv dan gunakan bunyian palsu unggas unggas rimba ! 

Binatang binatang? Hurm.. kirim salam la nak ada lagi. Gi tengok kat zoo. Tu pun katanya dah mula tak terurus ! Apa dah jadi ? 



Manakala Sungai Gabai yang jadi kunjungan ramai di hujung minggu , turut musnah dalam banjir kali ini. Sungai Congkak yang jadi pilihan aku setiap kali nak pergi beriadah bersama keluarga ,aku tak tau apa cerita lagi. Dah turut ditutup sementara untuk kerja kerja penambahbaikan. 

Sangat menyayat hati bila tengok semua ni. Tak mustahil , satu hari nanti.. nak tengok keindahan alam. kena pergi luar negara. Dalam negara, hanya ada hutan batu yang dikhas untuk bekerja dan membeli belah bagi golongan berpendapatan tinggi ! 





Bila alam sekitar diganggu... nah, sapa jadi mangsa ? Demi kemodenan yang takkan berpenghujung , kita akan terus rakus dan jadi mangsa. Sapa kisah ? Setakat turut padang untuk berlakon dan hulurkan sumbangan ? 

Satu je aku nak tahu.. mereka ni percaya ke pada balasan hari akhirat ? Semoga Allah melaknat mereka yang rakus , tamak , tidak amanah ini di hari akhirat kelak. 




 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Lebih baik gugurkan Timbalan Menteri, potong gaji menteri yang tinggi tinggi itu daripada gugurkan atlit atlit yang sudah banyak berkorban masa dari kecil lagi. Jika tiada timbalan timbalan menteri saja dah cukup boleh cover banyak kos. Itulah yang diluahkan oleh netizen di ruangan komen.

Aku  bersetuju dengan pendapat mereka ini. Jika PM tiada Timbalan selama ini mengapa menteri menteri ini perlukan timbalan? Rasanya buat masa ni , setiap kementerian mahupun Jabatan ni tak perlukan Timbalan Menteri malah rasanya tak  perlu pun banyak banyak menteri. Memadai yang penting penting dan selebihnya, biarlah ketua ketua jabatan tu bertindak terus dibawah arahan Perdana Menteri. Banyak dah jimat kat situ. 

Jom baca sebahagian dari pendapat netizen ini... 





Aku bersetuju jika atlit yang tidak menyerlah, digugurkan atau dipotong gaji. Tapi biarlah adil dan saksama. Jangan ada unsur berat sebelah. Hurm... Jika tidak , sukan di dalam negara ini dah boleh turut berkubur. 

Oh ya.. rasanya menteri sukan tu pun boleh turut gugurkan. Macam takda peranan langsung !


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku belum daftar lagi untuk amik booster. Tengok kat FB, ramai dah amik. Tapi aku tak la teruja sangat nak amik booster ni. Heheeee... Kenapa ? Dua dos Pfizer ok dah kot untuk aku , buat masa ni. Sementara tu aku up antibodi aku dengan makan makanan yang kaya dengan sumber khasiat. Nanti bila sampai masa, baru la amik. 

Ada beberapa orang kawan aku yang amik booster Pfizer. Sebelum tu, diorang punya vaksin , Sinovac. Alhamdulillah.. ada yang dapat Covid 19 dan cuma alami demam selsema jer. Syukur pada Allah. Vaksin ni sekadar membantu jer. Selain dari pemakanan sunnah, aktiviti harian dan diet pemakanan juga penting. Tak guna amik vaksin tapi tak jaga semua ni. Vaksin sekadar membantu jer.  Samada nak percaya atau tidak , aku tak nak ajak korang berbahas mengenainya. Korang pegang pegangan korang..Kita hormati pegangan masing masing. 

Isu booster ni yang jadi masalah. Mana satu yang sesuai untuk mereka yang amik Sinovac sebelum ni. Dikatakan Sinovac tak begitu berkesan untuk melawan varian baru Covid 19. Entah la. Banyak sangat kajian , kita yang tukang angguk ni jadi pening ! Hahahaa.. 

Ada banyak cerita pasal vaksin. Nak cerita dalam blog, nanti aku kena angkut lak. Hahaha.. Cerita tanpa bukti , payah. Kalau nak lepak mamak pastu cerita , ok la. Sembang sembang situ pastu sendiri pikir. 

Ok.. di Twitter sekarang tengah viral benda ni. Khas untuk mereka yang amik AZ dan Pfizer. Yang tak amik apa apa tu, tak pe.. teruskan dengan pemakanan sunnah ya. Semoga Allah lindungi kita semua. Ya, kepada Allah, kita meminta perlindungan. 


Dan mereka yang amik Sinovac , tetap percaya dengan kelebihan Sinovac ni. Terkini , berita dari Hong Kong..
 

Hurm.. aku dan wife , masih tunggu dan lihat. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Sahabat blogger aku , antara mangsa banjir baru baru ni. Abis tenggelam satu rumah ! Bukan rumah dia jer... malah satu kampung. Ketika dia menceritakan kembali detik detik tu pada aku , dia cukup tabah. Apatah lagi dia sekeluarga juga baru pulih dari serangan virus Covid 19. Masuk ICU la jugak. Berat sungguh ujian dia.

Ketika aku dapat mesej dari dia, waktu tu dia sekeluarga baru diselamatkan oleh orang kampung. Dia perlukan gel mandian Azyma Care. Katanya kulit dia kegatalan. Stok dia di rumah. Memang dia pengguna setia selepas Azyma Care berkesan menghilangkan kegatalan pada kulit dia selama ni. Kali ni dia perlukan kerana harungi banjir. Faham faham je la air banjir ni camana kan. Bukan air sungai jernih. Macam macam campuran ada. 

Sayangnya , ketika tu air naik di kawasan dia. Dan takda agen Azyma lak kat sana. Tu pasal senang ada agen ni. Korang pun layak jadi agen. Bagus untuk tambah pendapatan ketika ekonomi merundum ni. Sedikit sebanyak pun dapat membantu.. kan ?

Kandungan gel mandian Azyma Care ni sangatlah bagus. Bukan biasa biasa tau ! Dengan harganya tu, sepatutnya berdarah gak la hidung nak membelinya. Aku sekeluarga pun memang gunakan setiap kali mandi. Anak anak aku , bila kena gigit semut merah atau nyamuk, cepat cepat je guna Azyma ni. Tak yah nak bubuh ubat bagai. Diorang pun dah tau apa nak kena buat. 

Boleh baca mengenai kandungan gel mandian Azyma Care di SINI




Testimoni dari pengguna lain. Seingat aku, awal awal Azyma Care dikeluarkan.. mereka pun tak tau yang ianya mampu menghilangkan kegatalan kulit. Tapi seorang demi seorang pengguna berikan testimoni kesan positif dari penggunaan Azyma Care ni, ternyata memang bagus sekali produk ni.

Aku sendiri dah lalui bab kegatalan ni. Hanya perlu sapu dan biarkan seketika. Pastu bilas. Gatal pun hilang ! Alhamdulillah.. memang wajib simpan stok di rumah. 



Aku tak jual ! Kenapa aku tak jual ? Sebabnya.. aku tak nak korang kata aku claim bagus produk ni sebab aku jual ! Aku malas nak promote produk tak bagus ! Buat apa nak tipu orang kan ? Aku dah cuba.. aku jadi pengguna setia dan aku syorkan pada korang yang punya masalah nak guna gel mandian..dan juga yang ada masalah dengan kulit ! Boleh cuba. 

Korang boleh dapatkan produk ni di farmasi atau agen berdekatan korang. Di web Azyma Care pun ada jual secara online. Nak lagi cepat , boleh whatsapp terus ke mereka. 
 
Web : https://www.azymacare.com/
Whatsapp : 019-7760647




Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Ketika aku ditawarkan pakej perlindungan Takaful PA ni melalui talian telefon oleh Maybank, aku rasakan perlu sebab aku nak kerja luar. Beberapa hari gak la pastu ada plan nak balik Kelantan selama seminggu dua. Plan ni antara Etiqa dan Takaful. 

Ketika ditawarkan tu , rasa segalanya dihujung jari jer. Tak banyak lak kerja perlu aku lakukan. Katanya dalam tempoh 14 hari bekerja, aku akan dapat dokumentasi dari mereka. Selepas tu isi dan hantar ke bank jer. Atau aku boleh buat secara online jer. Ok.. dari sini aku nak tau apakah berbaloi atau tidak jika aku teruskan pakej takaful. Bukan untuk aku jer.. untuk satu keluarga! Dan harganya walaupun nampak kecil tapi sebenarnya besar ketika ni. Berdasarkan pengalaman aku, awal awal diorang cakap segalanya mudah. Bila kau dah join, nah... masa ni barulah nampak segalanya ! 

Hurm.. aku dah taip panjang cerita pasal ni tapi aku delete. Tak pe la. Aku nak kasi tau, aku potong dah ! Lagi pun aku sekeluarga dan amik plan takaful dari Zurich. Yang ni pun tunggu masa je nak potong. Menyusahkan aku je. Walaupun ada kelebihan tapi menyusahkan. Agen yang uruskan aku punya takaful pun dah bertukar tangan. Ingatkan nak amik kenalan sebab senang nak berurusan. Sekali bertukar tangan juga. Pengalaman aku bertukar tangan agen ni.. memang menyulitkan aku. Bayar bukan seratus dua ! Satu keluarga kot. 

Nasihat aku la bagi mereka yang nak amik plan takaful dan sebagainya... korang kena amik tahu part pengurusan dokumentasi ni sebab agen korang tu, bukan selamanya bersama korang. Nanti kang ada cakap, lesen dah expired , atau dia tak uruskan.. dan macam macam alasan lagi ada. Bayangkan jika korang dalam keadaan kecemasan ketika tu.. tak ke terkapai kapai ?? 

Dan mereka yang jadi agen ni. janganlah dok kejar pelanggan sangat. Bila dah dapat pelanggan, buatlah yang terbaik. Mereka ni terpaksa bekerja untuk mencari duit dan membayar takaful tu. Bila dah bayar, buatlah perkhidmatan betul betul. Bukan dah dapat, pastu ala ala jer.. Apa apa suruh berhubungan terus dengan HQ ! Haih... nasib ada anak je ni. Kalau tak memang aku dah potong lagi.. 

Teringat agen insuran aku yang pertama... Rajin tanya khabar. Call , datang rumah... hantar kad ucapan. Akhirnya terpaksa gak aku potong sebab masa tu ekonomi teruk. Huhuh... Payah nak dapat agen macam ni dah. 

Oh ya.. customer service Maybank memang terbaik. Gitu gak Etiqa. Sangat membantu tapi tu la.. 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes