BEN ASHAARI




Maaf la yer. Aku ni bukanlah nak tunjuk perut aku yang slim tu. Sekadar nak menaikkan semangat rakan rakan yang seusia dengan aku atau setaraf aku. Cenggitu haaa ! Hahaha... Aku tahu. Ramai nak jaga badan tapi tak sempat ! Sibuk dengan kerja.. dengan keluarga ! Nak bersenam pun payah ! Haih... sampai rumah, dah penat ! 

Hurm..Sebenarnya , tips ni lama dah otai otai bodybuilding buat tapi aku je tak lalu nak ikut. Makan oats ! Huhuh.. Giler laa... rasa dia tak leh blah langsung ! Kan kan ? Tapi baru baru ni.. aku try gak la. Dah payah sangat nak leankan badan aku ni. Harap bersenam, macam macam dah buat tapi tak jadi jadi gak. Dan baru baru ni, hasil lepak 2 jam bersama abg Sazali Samad, barulah aku tau... pemakanan adalah keutamaan ! 

Kegagalan aku ialah sarapan pagi dan makan malam ! Terutamanya makan malam ! Kat sini aku selalu gagal. Balik dari gym.. konon konon nak recover bagai... bedal kaw kaw makanan. Hasilnya... boroi dan tekanan darah tinggi. Aiyokkk.... bikin naya badan jer. Sia sia gi gym.. 

Makan pagi ni penting. Tapi janganlah bedal nasi lemak sambal sotong , telur goreng pastu letak lagi kerang bagai ! Abis tu... makan lagi roti canai ! Kononnya nak tahan sampai ke tengahari. Aiyokkk... naya weh ! Camana la tak boroi perut tu ! 

Kalau nak badan biasa biasa tapi smart.. biasanya aku akan makan lepas workout di pagi hari. Sekadar membakar kalori 300-500 jer. Tak yah sampai seribu pun. Kang pitam haa... Pastu amik oats dan dicampur dengan MMX Isolean. Kenapa Isolean ? Sebab aku tak nak tinggi  kalori ! Tapi protein dia tinggi. Satu scoop je cukup. Penting protein untuk tubuh badan kita. Bukan untuk sado tau ! Otot kita ni perlukan protein. Oh ya... aku tambah dengan susu atau air suam jer. Kenyang dah sampai ke tengahari. Standby gak la roti sekeping dua atau makan skit bihun gitu. 

Tapi kan.. kalau ada bajet lebih, boleh je campurkan lagi dengan kacang badam atau kekacang yang lain. Memang sedap laa jadinya. Tak perlu dah nak makan makanan lain untuk sarapan. Tu je dah cukup.

Korang boleh nampak kesan seawal 2 minggu. Fuh.. kalau buat ketika Ramadan, memang padu la. Tapi awas.. boleh kebuluran wooo kalau tak biasa ! Hahahaa.. Sebab oats ni mampu tahan sampai tengahari jer. Melainkan korang tak guna pakai banyak tenaga.. boleh la sampai ke waktu berbuka. 



Itu je la tips aku leh kongsikan buat masa ni. Jika ada penemuan terbaru mengenai cara lebih mudah untuk kasi slim perut selain potong usus, aku kongsikan nanti. Haaaa... Jangan risau.. aku tak makan sorang ! Hahahha.. 

MMX Isolean boleh didapati di : https://nutritionpro.my/
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


 Selepas subuh.. masih ngantuk ! Zahra , dari dalam bilik... dia ikut aku berbaring di ruang tamu. Aku tanya dia... " Nak gi jogging tak ? ". Dia kata nak. Tapi aku malas ! Hahahaha.. Teringat semalam aku 'makan besar' di luar , terus aku kembali ajak dia brisk walk di kawasan taman. Tak boleh nak ke tempat biasa sebab wife kerja. Aku ada dalam 20 minit saja untuk brisk walk pagi ni. Hurm.. tak pe la.. malam kang gi gym. 

Selesai brisk walk.. aku jemur baju. Sebelum tu , aku jump rope sat. Selagi udara masih segar, aku nak abiskan masa di luar rumah. Udara pagi ni bagus untuk paru paru kita. Nanti dah mula banyak kenderaan di jalanan, nak hirup udara segar pun dah tak best ! Tambah lagi kena pakai face mask. 

Udara segar ni bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Mereka yang stress pun patut amalkan. Bila cakap bab stress ni, sebenarnya ramai antara kita ni stress tanpa kita sedari ! Terutama mereka yang bekerja dan menguruskan rumah. Dia punya stress memang tak nampak ! Macam aku ni.. walaupun bab mengurus rumah masih dibawah kementerian wife , aku yang uruskan bab anak anak dan pelajaran memang bikin stress walaupun muka ada senyum ! 

Amalkan. Bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi.


Hahaha.. Yelah, nak handle anak anak yang pagi pagi dah menjeling ke gajet , bukan senang ! Suruh belajar , diorang belajar.. tapi bersyarat. Eh, aku pulak kena ikut syarat diorang. Kang aku bertegas, merajuk. Haih.. aku gak kena pujuk. Pastu urus makan lak.. sehinggalah malam ! Esoknya, ulang.. gitulah.. Bukan mengeluh cuma nak kasi tau.. kalau kita tak urus dengan betul perasaan kita tu.. memang boleh bikin stress ! 

Pemakanan yang tak seimbang juga faktor penyumbang kepada tekanan atau stress. Yang ni kita kena hati hati. Nak kawal makan ni, bukan sehari dua je.. kena makan masa yang cukup panjang. Baru boleh nampak kesan dia. Maka berhati hatilah bila bab makan ni. 

Rehat sangatlah penting. Tidur awal di malam hari ! Bukan kena tidur lama ! Tidur awal, bangun awal. Gitulah disiplinnya. Kalau mengantuk, tidur je tengahari kang. Tidur 100 tahun pun takkan cukup punya. Memang dah badan kita kena rehat selepas ada aktiviti. Camana pun , kena rehat ! Ini semua pun punca kepada stress. Bila kita stress, tekanan darah melambung naik ! Bila dah naik.. hurm...

Aku sekadar bagitau jer.. Nak ikut , ikutlah..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Kenapa aku suka buat jus detox ni ? Haaa... jawapan mudah ialah.. diet pemakanan harian aku tak seimbang sangat. Dalam makanan harian aku, payah nak ada sayur dan buah. Bukan sebab aku tak suka tapi aku kurang nak makan nasi. Makan buah tu, bila ada depan mata.. baru nak makan ! 

Bila aku buat jus macam ni, haa..barulah ada sayur dan buah setiap hari dalam perut aku. Kalau tidak... hurm ! Rasa tak seimbang jer. Tu yang nak membuang pun payah ! Fiber kurang. Banyak protein jer ! Tak bagus yer ! Kena seimbangkan. Baru penyakit menjauhi. Segalanya berpunca dari perut. Pastikan lawas membuang. 

Minggu ni , aku buat jus lagi. Aku kerap kena buat sebab aku amik makanan berproses. Makanan berproses ni tak bagus untuk buah pinggang dan hati. Maklumlah , dua organ ni  antara yang terpenting dalam tubuh badan kita. Sebenarnya, semua pun penting ! Maka kena jaga.





Haaa.. ni kali kedua aku tambah peria ! Rasa jus ni memang payau sekali tapi boleh ditelan jika disejukkan. Sedap terus ! Hahaha. Jangan terus minum. Sejukkan dulu. Memang boleh telan sekali gus gitu. Heee.. Aku takda masalah. Aku suka ! Bangun tidur , perut automatik memulas. Maka senang nak membuang. Selepas terus pastu. 

Oh ya... kenapa aku letak peria ? Ada masalah dengan gula ke ? Haaa... Punca utama aku letak ni sebab nak seimbangkan gula dalam badan. Walaupun aku tak tambah gula dalam minuman aku tapi minggu lepas , banyak makan luar aku sekeluarga. Minum manis tu ada. Begitu gak anak anak. Wife pun sama. Tapi Alhamdulillah.. terkawal. 

Selain dari tu, peria ni bagus sangat ! Cuma jangan amik keterlaluan la. Macam dalam jus aku buat kali ni, cuma dua bijik jer. Dan tu pun untuk dua bekas air besar. Kiranya ok la. Bukan minum untuk secawan.

Selain peria, wajib aku letak ialah Ubi Bit atau Beet Root, lobak merah , tomato , epal hijau , lemon dan juga timun. Anak anak minum dua teguk je sehari. Diorang payah nak makan sayur dan buah, maka ni je cara aku buat. Kaya dengan vitamin C gabungan jus ni. InshaAllah. 

Ok.. apa kelebihannya ? Ni aku amik dari artikal RASA yer... 

PERHATIAN: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.

KHASIAT PERIA KATAK

1. Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin. Caranya ialah dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.

2. Penyakit taun– Jika menghidapi taun yang diperingkat awal, ia boleh cuba dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

3. Penyakit kencing manis– Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.

4. Penambah tenaga – Bagi anda yang selalu rasa badan lesu-lesu, boleh cuba amalkan jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina. Malah ia juga boleh dicuba untuk mengurangkan masalah tidur yang tidak lena.

5. Membaiki masalah mata – Kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.

6. Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan dan dikatakan dapat mengatasi masalah jaundice.

7. Pengambila peria juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan terhadap melawan jangkitan penyakit.

8. Selain itu, peria juga dikatakan dan merawat masalah buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi.

9. Amalan meminum jus peria katak juga dikatakan dapat mengurangkan psoriasis ( Penyakit yang dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit) dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain.

10. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dikatakan dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.

Kesan sampingan ? Hurm.. ada juga kesan sampingan yang tak bagus jika diambil berlebihan. Contohnya cirit birit. Gitulah.. 
 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
 Amaran : Untuk mereka yang dah berkahwin atau bakal bernikah saja. 

Hurm... panjang cerita ni ! Hahahaha... Camana nak mula eh ? Sebenarnya, ramai je lelaki yang dah berkahwin ada masalah atas katil ni. Banyak punca mahupun faktor. Layu dengan pantas. Cepat pancut. Tak mengembang dengan jayanya atau sebagainya. 

Apa kesannya ? Jangan pandang ringan ! Mood rumahtangga pun bergantung pada hubungan seksual ni. Baru bertarung , dah tewas ! Isteri belum puas.. suami dah berdengkur ! Haaa... Sekali dua boleh dimaafkan lagi. Tapi jika dah selalu... hurm.. isteri makan dalam ! Tu yang isteri asyik mood ke laut dalam jer. Huhuh.. Isteri mana nak cerita semua ni kat suami dia. Kang risau suami kecil hati. Kan kan..

Solusi terbaik... memang jumpa pakar ! Tapi ada yang tak nak jumpa pakar terlebih dahulu. Nak cuba cara orang dulu dulu. Sebolehnya tak nak makan ubat ubatan ni. Nak mengurut atau guna cara kampung. Mesti ada jalan keluar. 

Di pasaran... ada macam macam jenis ubat ada dijual. Aku pernah buat review beberapa jenis produk. Yang makan mahupun yang sapu. Dari minyak hinggalah ke sabun. Berkesan ke ? Benda ni kau kena amalkan selalu. Pakai sekali dua , memang payah nak nampak kesan dia. Tapi jenis yang makan ni , kena hati hati. Silap gaya , boleh mati ! Haaa.. tu je la nasihat aku. Kena dapatkan nasihat doktor korang dulu terutamanya yang ada penyakit seperti tekanan darah tinggi , jantung mahupun buah pinggang. Jangan main balun jer ! 



Minyak Raja Buaya ni aku dah cuba banyak hari dah. Bukan sehari terus nampak kesan. Kita cuma perlu sapu dan usap jer. Kalau tau mengurut skit skti tu, lagi bagus. Haaa.. Aku ada la gak cuba. Hahahaha.. Menjadi ke ? Masa guna tu, memang nampak la kesan dia. Dan jika nak guna sebelum ke ranjang tu , sejam sebelum pertarungan berlangsung. Eh.. hahahaha.. Maaf yer. Terseksi lak ayat. Tapi itulah realitinya. Ada yang bertanya gitu. Kandungan yang dicampur dengan Gambir Sarawak dan Minyak Lintah ni, memang nampak la masa ni. Haaa.. Apa dia ? Tu korang kena cuba sendiri la. 

Aku nak cerita panjang panjang pun , nanti nampak over claim lak ! Huhuh.. Kalau korang ada masalah cam naiknya tak begitu padat , lembik cepat , layu di hujung mekar , atau nak kasi lagi panjang.. haa , boleh la guna Minyak Raja Buaya ni. Tapi , jangan ingat sekali dua guna dah nak terus power rangers terutamanya nak ala ala size tak hengat dunia punya ! Menda ni kan otot.. kita kena rajin la urut dan kasi makan elok elok. Serupa biceps laa. Darah jalan elok.. tak tersumbat.. padu laa ! Panjang tapi lembik pun tak guna. Keras tapi takda skill pun tak guna gak ! Haaa..


Selain tu , korang kena jaga makan juga. Makanan yang mampu lemahkan tenaga batin ! Apakah tu ?? Malas nak cari kat Internet ? Membaca amalan yang mulia. Kalau kita rajin membaca, lagi banyak ilmu dan info kita dapat. Maka , lebih baik baca sendiri bab ni. Bagus. Nanti korang kata.. Ooo.. baru tau ! Contohnya ayam tak bagus untuk lelaki ! Soya pun ! Eh ? Dah kenapa lak ? Ha.. tu sebab aku suruh baca sendiri..Ada 5 makanan yang boleh lemahkan batin lelaki.  Korang boleh baca di SINI. 

Ada 11 makanan atau lebih.. yang bagus untuk kuatkan atau merangsang nafsu lelaki ! Haaa.. Ayam pun ada ! Eh ?? Tadi kata tak bagus ? Sebab tu aku kata... baca ! Haaa.. Kalau kita rajin baca.. kita gak dapat manfaat ! Jangan suka menonton jer. Nanti terlepas dengar. Salah dengar ! Haaa.. baca, korang boleh mengulangnya semula pastu fahamkan dan bertanya selepas tu pada pakar. Gitulah.. Korang boleh baca bab pemakanan yang sesuai tu di SINI. 

Kesimpulan.. berkesan ke ? Bagi aku, YER !  Info lanjut pasal Minyak Raja Buaya ni , korang boleh baca serta tempah terus di: https://minyakrajabuaya.asia/














Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Alhamdulillah.. nafas aku tak berbau dah sekarang ni ! Kalau tidak, pergh ! Tu nasib baik pakai face mask. Tapi masalahnya... orang lain tak bau dah ! Kita bau mulut kita sendiri. Hahaha.. Boleh pening wooo bau mulut sendiri. 

Camana aku boleh hilangkan bau mulut ni ? Aku tak ikut mana mana petua pun. Macam korang tau.. aku cuma jaga pemakanan. Bau mulut ni banyak berpunca dari pemakanan harian kita. Contohnya Qhaliff.. sebelum ni dia punya bau mulut ketika bercakap.. aduh ! Aku memang tutup mulut ! Dah suruh gosok gigi.. berkumur tapi bau tu masih ada. Bukan dari mulut saja tapi pernafasan pun ada. Tapi selepas dia berhenti makan ayam goreng mamak, bau mulut tu takda dah ! 

Tiada bau

Amalkan.. 

Jauhi...

Begitu juga aku ! Maka aku beranggapan, bau mulut ni datangnya dari MINYAK ! Aku punya kes camana lak ? Aku jaga pemakanan aku. Makanan berminyak ni, aku kurangkan seboleh bolehnya. Aku hanya makan masakan yang wife aku masak jer. Sebab aku tau dia guna minyak apa dan camana dia masak. Kalau nak makan kat luar tu, kena jaga jaga la apa yang aku nak order ! 

Bayangkan aku yang workout di gym gunakan face mask ! Pergh.. sebelum aku tukar diet pemakanan aku, memang aku boleh pening gak ! Tapi sekarang.. tak de dah ! Cuma face mask aku tu dilembapi dek peluh je. Hahahaha.. 

Dan satu lagi.. punca bau nafas aku pulih ialah.. aku makan oats pagi dan malam. Tapi nak kata punca dari oats pun tak gak sebab aku perasan wife aku pun gitu gak. Dia punya pernafasan pun dah ok. Sebelum ni , pagi pagi ada bau gak..

Selain tu.. jus buah sayur yang aku buat pun memainkan peranan gak. Memang berkesan. Dan terasa lebih segar begini. Bila pakai face mask , terasa ok je walaupun ketika bercakap dengan orang ! 

Aku ulangi.. elakkan makanan berminyak seboleh mungkin. Banyakkan makan sayuran hijau dan buah. Kurangkan minuman bergula. Oats bagus untuk diamalkan. 

Cubalah.. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes