Hujung minggu beriadah bersama anak anak. Kalau tak gi mana mana , atau gi bercuti ,boleh bawa bersama Monopoly Solat yang terbaru di pasaran ni. Game Monopoli Solat ( Aplikasi AR ) pertama di dalam Bahasa Malaysia yang melatih bacaan dan pengerakan anak anak di dalam solat yang mana ibu bapa akan turut membantu mereka. Kan dah cantik tu ? Semua terlibat sama main.
Alhamdulillah.. anak anak terutama Aariz sangat gembira dapat Monopoli Solat ni. Dari awal lagi tiba di rumah ( beli secara online ) , dialah insan yang tak sabar sabar nak main. Nak main tak susah pun. Dalam set ni ada sekali buku penerangna yang sangat mudah faham. Anak anak baca pun dah ikut dah permainan ni.
Antara kelebihan Monopoli Solat ( Aplikasi AR ) ni ialah :
- Permainan pertama seumpamanya di Malaysia
- Sesuai dimainkan di sekolah dan di rumah bersama ibu bapa dan kawan kawan
- Mudah , menarik dan berkesan
- Mengikut sukatan Kem Bestari Solat
- Sesuai dijalankan untuk program Kem Bestari Solat
- Berdasarkan Buku Panduan j-Qaf
- Mempunyai aplikasi AR yang mana permainan jadi lebih menarik hanya memerlukan sebuah telefon pintar dan papan permainan Monopolis Solat !
Fokus permainan ini adalah untuk menjadikan setiap pemain yang terlibat memahami cara serta boleh membaca , menjawab soalan dan melakukan pengerakan solat yang betul dan sempurna. Sangat sesuai untuk kanak kanak seawal 5 tahun ke atas . Ibu bapa dan guru boleh sama bermain . Secara tidak langsung akan turut membantu mereka dari sudut memantapkan bacaan dan pengerakkan solat .
Soalan diberikan jika mereka singgah di petak Bonus dan Soalan. Di sini pemain akan diuji kemampuan mereka.
Tak susah pun nak main. Permainan akan tamat jika salah seorang pemain atau pusan pengumplan Kad Ganjaran telah habis. Selepas itu pemain akan mengira semua nilai Kad Ganjaran yang diperolehi. Pemain yang dapat paling banyak Kad Ganjaran dikira pemenang.
Mudah je kan ? Menarik ? Yer... memang menarik ! Tak lama pun nak main... tapi yang pasti anak anak akan terhibur dan gembira.
TERBARU DAN CANGGIH DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI AR
Tak susah pun nak guna aplikasi AR ni ! Mula mula scan dulu QR Code dan kemudian ikuti je arahan yang diberikan. Mudah sangat. Dalam tempoh 1 minit , anak anak pasti seronok bermain.
Mula mula scan QR code dan link akan keluar. Klik link tersebut.
Kemudian klik Aplikasi AR
Klik link Play Store tersebut
Klik Install
Letakkan board dan ikuti arahan seterusnya
Ikut arahan dan selamat bermain
Amacam ? Best kan ? Guna aplikasi AR ni macam lebih menyeronokkan. Kat mana mana boleh bermain bersama sama...
Belian Monopoli Solat : https://shope.ee/8eyNB63Tai
Untuk menjadi Dropship : wasap.my/60136313037


























