BEN ASHAARI



Bangun awal pagi. Pastu ke gym. Aku dan anak anak. Sementara cuti sekolah ni, inilah rutin harian aku bersama mereka. Nak bawa gi bercuti ke luar negara , duit tak banyak lagi. Nak berjalan dalam negara, baru je pulang dari Kelantan. Alhamdulillah.. masing masing gembira. 

Pagi, makan telur rebus. Ada yang tak nak makan lagi. Katanya balik gym nanti baru makan. Oklah.. aku pun gitu gak. Tunggu benar benar lapar , baru makan. Tapi sebelum tu , aku minum air gabungan halia yang aku buat sendiri. Tujuannya untuk pastikan asid di dalam perut , tenang. Heeee..Dan bila nak makan nanti , pastikan yang masuk dulu adalah protein. Jangan sesekali masukkan karbohidrat. Itulah tips yang aku pelajari dan ianya berkesan untuk elakkan aku dari kena asid refluks dan juga pedih ulu hati yang selama ni , menghantui aku dan isteri. 

Malam , bawa Qhaliff gi latihan badminton. Sebelum gi tu , dia makan telur goreng dan nasi. Dan biasanya nasi dia akan letak sesenduk jer. Sikit tapi telur goreng tu, 3 biji. Digoreng dengan minyak kelapa sawit. 2 jam lebih dia berlatih.. aku sendiri pun latih dia buat fitness. Memang nampak lembik dah dia. 

Abis latihan.. pulang. Dia mintak telur rebus. Aku tengok jam. Dan lewat malam. Aku tanya dia.. apakah dia kelaparan ? Dia kata tak sangat pun. Aku kata kalau tak makan , ok tak ? Dia kata ok jer. Aku senyum. Aku kasi dia air putih ditambah dengan garam Celtic. Tujuannya adalah untuk mengantikan mineral mineral yang hilang. 

Dan tidur... Begitulah kami sekeluarga. Malam, memang jarang sangat dah nak makan. Kalau makan pun, sebelum jam 8 malam. Dan pagi hari , wife akan siapkan makanan untuk tengahari. Makan pagi , telur rebus itu wajib ada. Masing masing akan makan sebiji atau dua. Aku akan sediakan air halia atau air probiotik menggunakan serbuk arabic gum.

Tiada lagi roti , biskut , susu mahupun makanan berkotak di atas meja makan. Air manis lagi la tak da dalam rumah aku ni. Kalau ada pun , dah bertahun atas almari di dapur tu. Air gas hasil beli pizza satu tika dulu. Sekarang pizza pun dah jarang makan. Kalau nak makan sangat , gi restoran pak arab jer. 

Ayam , ikan , sayur.. adalah masakan yang wajib isteri aku buat dalam seminggu. Dan bila makan berat ni, anak anak makan nasi sekali jer. Pastu ratah lauk atau makan telur jer. Buah-buahan tu, seperti epal , anggur , mangga , nenas , buah naga , pisang.. memang akan ada la kat dapur. Tapi bukanlah semua. Gilir gilir la. Dan sekarang masing masing suka yogurt plain. Kosong..tanpa perisa dan gula. Kalau nak sedap , tambahlah dengan almond. 

Gitulah.. Apakah aku tak kasi anak anak aku makan makanan lain ? Aku kasi jer tapi sebelum nak makan tu, aku suruh mereka tengok label dan aku tanya dulu.. Apakah makanan tu berkhasiat untuk mereka ? Apkah khasiat yang ada dalam makanan tu ? 

Mesti korang kata aku ni teruk kan ? Yer.. diorang dah saksikan sendiri bagaimana mak diorang sakit dan terpaksa ke hospital lewat malam dan mereka menunggu di dalam kereta sementara menanti mak mereka siap di rawat... di tengah malam ! Dan mereka pernah lihat ayah mereka berbalut pada sendi sendi akibat sakit sendi dan juga tak mampu berlari kerana sakit lutut ! Nak duduk pun tak boleh. Solat terpaksa guna kerusi ! Anxiety , kembung perut. Darah tinggi ! Dan Zahra sendiri pun pernah masuk wad dek kerana batuk tak berhenti sehingga dapat jangkitan kuman dalam paru paru. Qhaliff dan Aariz , asal gi sekolah jer.. mesti akan dapat selsema dan batuk ! 

Alhamdulillah , dengan izin Allah.. segala perubahan yang aku dan isteri buat ni, membuahkan hasil. Nampaklah masing masing sihat. Badan pun tak membuncit dengan makanan. Dan takda lagi pembaziran. Kalau dulu, masuk je pasaraya.. mau dekat RM300-400 abis. Sekarang ni, adakalanya bawah RM100 atau lebih skit jer. Dan mereka kenyang pun makan. Takda kebuluran hingga menampakkan tulang rangka ! 





Apakah pilihan makanan yang ada selain tu ? Allahuakhbar.. banyak jer ada. Beli je bahan mentah dan buku resepi kan ada. Fokus pada protein, fiber dan lemak sihat. InshaAllah , akan kenyang jer. Ingat.. perut kita bukan perlu dikenyangkan senantiasa. Makanlah sekadar untuk hidup. 

Aduh.. rugilah ! Tolak nikmat dunia.. Kan ? Apakah nikmat dunia hanya pada makanan ? Bagaimana pula dengan nikmat kesihatan ? Menikmati makanan sedap sekali sekala , itulah nikmat dunia. Tapi tak leh dibandingkan dengan nikmat kesihatan. Aku ke mana mana tanpa perlu bawa ubat dah sekarang ni berbanding sebelum ni... paling tidak pun panadol atau pain killer !!! 

Nak makan sedap.. pastikan ianya adalah makanan sebenar. Bukan makanan olahan yang tinggi dengan gula dan juga karbohidrat. 





 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments




Alhamdulillah.. Sebenarnya , aku tak beberapa gemar nak memandu jauh kebelakangan ni. Semakin ramai pemandu di atas jalan raya , terlupa dah cara memandu dan penguatkuasaan semakin lemah ! Denda pula yang dikenakan , tak berubah ubah dari dulu. Ada yang bayar.. ada yang tidak.. ada yang tunggu potongan harga. Hahahaa...adoilah. 

Aku baru je pulang dari Kelantan. Masa ke sana , perjalanan cantik. Tiada kesesakkan tapi yang tak seronoknya ialah spesis spesis terpaling nak cepat sampai ni. Diorang akan memotong tak kira la di atas mana sekali pun.  Kita ni dah ikut had laju yang ditetapkan. 

Perlahan ? Ada sebabnya di sesetengah jalan tu kita kena ikut had laju. Bukan saja saja diorang buat. Teringat kemalangan yang berlaku pada aku. Aku memandu perlahan tapi laluan tu memang kena perlahan lagi ! Di selekoh, atau jalan bengkang bengkok , dengan cuaca lembab atau terlalu kering juga bahaya ! Kereta yang aku selalu servis ni , tiba tiba hilang arah hidup ! Dan aku terbabas ! Masalah teknikal. Nahhh.. sapa sangka kan ? Nasib baik aku sorang. Kalau sekeluarga ? Berlaku pun dah tak jauh dari rumah aku. 

Macam macam kemungkinan boleh ada lagi. Contohnya , anjing atau monyet tiba tiba melintas jalan. Kalau siang , boleh la kita nampak. Malam ? Pernah berlaku juga... di selekoh.. ada binatang lintas depan aku. Aku tak tau la apa binatang tapi bersaiz seperti kucing ! Kalau aku brek habis , memang akan terbabas punya. Dan Alhamdulillah , aku memandu memang perlahan jer. Selekoh. 

Contoh lain... cuaca panas membuatkan mereka yang memandu jauh akan cepat mengantuk. Keletihan mata. Nak berhenti , tempat takda. Nak tak nak kena memandu sehingga jumpa tempat berhenti untuk berehat. Perit juga tu. Peranan co-pilot penting ketika ni. Kena ajak berbual cerita cerita best. Contoh isu poligami dan kawan opis yang cun dan kacak. Automatik cerah mata. 

Tapi yang cukup bahaya sekarang ni ialah spesis yang memotong berbuah buah kereta ! Akhirnya akan bersemuka dengan kenderaan bertentangan ! Sapa nak beralah masa ni ? Dia pula nak celah masuk , takda ruang atau kesuntukan masa ! Nahh... camana tu ? Bayangkan jika kereta dalam kelajuan sekitar 100-120 kmj ! Kalau nak brek tu , ambik masa gak nak perlahan. 

Setiap hari kita baca kes kes kemalangan maut. Tapi peliknya masih ramai macam takda kesedaran. Salah siapakah ? Aku salahkan kerajaan yang tak reti nak bertegas dalam isu ni. Apakah tunggu anak anak vvip kena langgar baru nak kaji ? Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


"Bang, tolong buatkan air.." pinta si wife sambil bersiap utk ke pejabat.

Alhamdulillah.. dia dah abis period. Sebelum ni jika dia dtg period , mesti akan takda mood. Sengugut , migrain... dan mesti akan cuti pada hari pertama.  Tapi sejak aku buatkan air halia.. dengan izin Allah , simptom simptom tu dah takda.  

Sekarang dia suka minum air yang aku buat ni. Ni air utk aku gi gym biasanya. Bagus utk meningkatkan metabolisme badan. Maklumlah , bila dah usia 30an ni , metabolisme menurun. Jadi utk membakar lemak , memang payah. 

Bila dia tgk aku berjaya hilangkan boroi.. dia pun nak gak ikut. Dan ternyata , banyak perubahan. Malah ketagihan dia terhadap kafein pun dah takda. Dulu wajib kena kopi hari hari. Air ni , anak anak aku pun aku kasi minum. Bagus utk boost sistem imun mereka. Tingkatkan pertahanan diri dari serangan virus.

Dan gabungan air ni sangat bagus dijadikan air preworkout ketika di gym. Aku dah bertahun berhenti minum air bergula serta berkafein tinggi sebagai preworkout yang kononnya memberikan tenaga tambahan walhal... dalam diam merosakkan perut ! Serius... untuk jangka panjang , kesannya akan nampak. Jangan cakap la kat aku minum secara sederhana.. bila kau dah mula minum gula dan kafein, siaplah ! Memang akan ketagihan. 

Apakah manfaat bahan bahan yang aku ambil ni ketika workout ? Hurm... 


Cayenne Pepper :  Cayenne kaya dengan mineral seperti folat, mangan, kalium, tembaga, zat besi, magnesium, selenium, fosfor, dan zinc. Mineral-mineral inilah yang penting untuk menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan. Selain  itu cayenne pepper juga mengandungi vitamin dan tinggi antioksidan, 

Tumeric ditambah lada hitam : Menurut blog Neuroversiti Neuroversiti , kunyit atau tumeric ni ada lebih 50 jenis antioksidan lain selain Curcumin. Suplemen Curcumin bantu tingkatkan endurance performance. Peserta juga rasa kurang tegang pada otot otot. 

Berupaya bantu masalah disebabkan keradangan. Sindrom metabolik, arthritis, anxiety dan kolesterol tinggi (hyperlipidemia).  Bagi yang aktif secara fizikal atau bersukan ,  Curcumin bantu legakan muscle soreness terutama pada otot bahagian kaki. Otot juga kurang terdedah kepada risiko cedera. 

Selain itu , Curcumin juga beri kesan positif kepada kesihatan mental. Stress dan anxiety dikurangkan.

Apple Cider Vineger : Hanya perlu letak sesudu je cuka epal ni. Antara manfaatnya ialah... 
  • Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
  • Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
  • Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.
  • Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
  • Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
  • Memperbaiki masalah sistem kencing.
  • Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing
Halia : Kajian telah menganggarkan bahawa pengambilan halia setiap hari boleh mengurangkan sakit otot semasa senaman sebanyak 25% selain membantu pembakaran lemak. 

Dikatakan jenama Fairchild lebih bagus dari Bragg kerana cara pembuatan cuka ni. Ini kali pertama aku nak cuba jenama ni...


Cara bancuhan : Untuk cuka epal cider tu , amil je satu sudu camca besar. Pastu masukkan serbuk halia , serbuk tumeric Nadiiku dan cayenne pepper. Suku sudu teh saja yer ! Jangan banyak banyak terutamanya cayenne pepper. Kang pedih lak tekak tu. Pastu perah setengah bahagian lemon. Buang biji tu yer. Jangan telan. Nanti pokok tumbuh dalam perut. Dan nak lagi sedap , tambah satu sudu madu tualang. Yummy !! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku bukanlah jaga kesihatan sebab takut mati. Tujuan aku jaga kesihatan ni adalah kerana ianya amanah buat kita. Bila tubuh badan sihat , nak beribat pun senang. Bila kita jatuh sakit , masa tu la teringin nak pergi solat berjemaah kat masjid la , nak berjogging la.. nak gi bersenam kat gym la. Tapi bila dah sihat , terlupa terus janji janji murni tu. Heeeee.. kan kan ?

Alhamdulillah... satu persatu aku belajar bab kesihatan terutama perut ni. Perut ni adalah punca segala penyakit jika kita tak jaga. Terbaru pasal hormon kortisol. Dulu aku tak paham sangat la menatang hormon kortisol ni. Tapi bila aku sedari yang masalah semua ni berpunca dari kepayahan nak hilangkan lemak perut dan juga masalah lemak visceral ni , barulah aku memahami semuanya saling berkait. 

Walaupun aku dah berjaya kurangkan berat badan , hilangkan keboroian perut dan juga masalah kesihatan lain tapi di bahagian bawah perut masih ada sedikit lemak lemak degil. Yang tu , aku takda la nak risau sangat tapi lemak di dalam organ itulah yang merisaukan aku. Apakah puncanya selain dari pemakanan yang aku dulu dulu ? Yelah.. aku baru je berubah gaya hidup. Takkan nak terus hilang kan ? Tapi part ni.. aku tak perasan ! 

Ya... STRESS ! Ramai anggap stress ni sekadar melibatkan tempat kerja jer. Tapi kalau aku perhatikan diri aku sendiri la... aku mudah cepat stress ! Benda kecil pun aku cepat nak stress. Dengan anak anak pun , aku mudah stress jika mereka buat hal. Padahal menda kecik je pun. Wife aku tenang je uruskan. Aku ? Adehh... serabut jadinya. 

Selain itu , tidur yang tidak mencukupi juga menjadi punca kepada masalah stress ni. Tidur awal dah tapi nak dapat deep sleep tu payah sungguh la. Macam macam gangguan. Kekadang alarm telefon la. Dengkuran... atau mimpi kejar hantu la. Adeh.. 




 Satu lagi masalah stress aku ialah suka sangat ambil tahu isu semasa pastu sibuk nak tinggalkan komen. Hahahahha.. Adoilah. Kalau tak tinggalkan komen , sibuk nak up status juga. Amboi.. terpaling politik ni ! Hahaaa.. tapi aku kena ambil tahu juga sebab apa yang berlaku dalam negara ni , turut melibatkan aku , keluarga, anak cucu dan juga rakyat jelata. Takkan nak diam je kan ? Takkan nak tunggu negara ni kena tawan baru nak melawan ? Terlebat dah bro ! 

Sikit skit dah la kan. Jangan over. Nanti stress ! Gitulah.. kan kan ?  Apa lagi yang boleh bikin kita stress ? Duit ? Tu yang kaya raya pun stress.. Hari hari pikir camana nak kaya lagi atau nak terus berkuasa. 

Haa.. yang ni aku buat tapi aku tak sedari. Bersenam melampaui batas. Bersenam tu ok dah tapi kita kena banyakkan berehat juga. Bila tak berehat , bila badan kita nak buat pemulihan ? Otot otot tak sempat nak rehat , kita pakai semula. Lama kelamaan , jadilah isu seperti yang dikatakan oleh doktor doktor di bawah ni. Korang dengar sendiri dan fahamkan.. 

Itu pasallah , lemak susah nak hilang dan kesudahannya , dapat diabetis ! Jenuhhhh.. Bukan sebab gula tapi sebab stress ! 

Tonton video Dr. Onn Akbar Ali Tonton video Dr. Onn Akbar Ali 

Tonton video Dr Sandra Raman Tonton video Dr Sandra Raman 

Jom.. aku nekad , pasni aku nak kurangkan tengok media sosial dan juga banyakkan senyum. Ketat sungguh muka aku kebelakangan ni. Agaknya dah kurang ketawa dah kot aku ni ? Dulu mudah je nak ketawa dan senyum. Sampaikan awek tengok pun , jatuh cinta. Aummmm ! 

Selain dari tu , kita kena jaga hati kita. Senantiasa berprasangka baik. Dan bila kita berbual dengan kawan kawan , jangan kita simpan masalah mereka bersama kita. Dengar , selesaikan dan lepaskan pergi. Jangan bawa pulang bersama kita. 

Moga dengan pemahaman aku ni , mungkin pasni aku lebih... hensem ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Gambar di atas , gambar aku satu tika dulu. Dengan berat lebih 90kg , aku beranggapan aku sihat jer dan perut buncit disebabkan masalah angin. Selagi aku bersenam , selagi tu aku ok... ! Kononnya la. Rupa rupanya tanggapan aku tu salah sama sekali. 

Gaya hidup masa muda dulu menjadi punca. Stress , tak cukup tidur dan makan makanan tak sihat adalah punca utama ! Bayangkan dari umur 10 tahun hinggalah ke umur 45 tahun.. macam ni ! Benarlah kata orang tua dulu dulu.. Nanti kamu masuk usia 40 an , macam macam penyakit datang ! 

Walaupun aku dah berulangkali cerita pasal ni tapi aku 'terlepas pandang' bab visceral fat ni yakni lemak lemak yang menyaluti organ dalaman utama kita seperti hati dan jantung ! Apakah kesilapan yang aku lakukan ? Aku tak minum alkohol ! Aku tak ambil dah gula putih. Aku tak makan dah makanan segera ! Kenapa ? 

Antara punca yang menyebabkan bacaan visteral fat aku melepasi sempadan.. ialah stress dan diikuti makan makanan yang bergoreng.Buah-buahan tinggi gula juga sebahagian dari penyebab. Bukan nak kata buah tak bagus yaaa.. buah bagus tapi buat mereka yang ada masalah macam ni , sebaiknya berpantang dulu makan buah buahan untuk seketika sehinggalah badan menjadi normal. 

Apakah penyakit berbahaya yang berpotensi kita hadapi ? Tiga serangkai ! Diabetis , tekanan darah tinggi dan kolestrol. Hurmm... Alhamdulillah , aku sering kali periksa tekanan darah dan ianya di dalam lingkungan normal. Cuma diabetis dan kolestrol je jarang buat. Nanti kena buat. 



 

Bagaimana nak hilangkan lemak lemak degil pada perut terutama pada visceral fat ?

Apakah diet yang aku buat selama ni tidak berkesan ? Berkesan sama sekali. Ianya dalam peringkat menurun. Bukan boleh turun mendadak. Aku dah bela berpuluh tahun , pastu nak hilangkan sekelip mata? Apatah lagi tanpa guna sebarang ubat ubatan hospital. Aku cuma tukar gaya hidup dan amalkan minuman herba setiap hari. Dan ianya membantu meningkat metabolisma seterusnya membakar lemak lemak degil. 

Seperti yang aku ketahui melalui tontonan video dan juga bacaan , untuk hilangkan masalah masalah lemak ni bermula dari kawalan stress termasuklah over workout , disiplin tidur dan juga pemakanan. Nak makan apa untuk membantu membakar lemak lemak degil ni ? Makanan yang tinggi dengan omega 3 seperti minyak zaitun sangat membantu. Selain tu boleh juga amalkan 10 jenis rempah ni. Yer , aku amalkan juga beberapa darinya.. Tapi kalau sekadar amal tak jaga makan , tak guna juga ya ! 

10 jenis rempah boleh membantu mengalakkan pembakaran lemak seterusnya menurunkan berat badan ialah : 
  1. Halia
  2. Ginseng
  3. Halba
  4. Oregano
  5. Kunyit
  6. Lada hitam 
  7. Kayu Manis
  8. Jintan Putih
  9. Pelaga
  10. Cili 
Dan jangan lupa... bersenam ! Kalau takda masa sekali pun , gi la berjalan jalan sekitar taman rumah kita dalam 30 minit ke sejam. Banyak manfaatnya terutama di pagi hari. Aku , nak cuba buat water fasting untuk 72 jam ! Sapa nak join ? Minum air jer boleh.. no makan makan.. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes