BEN ASHAARI



Sedang meningkat naik lagi mereka yang berkongsi posting ni.

Dulu aku je suka makan yogurt greek ni. Tu pun awal awal terasa tak sedap. Tapi dek kerana perut ada masalah dengan gerd dan wife lak ada gastrik, aku kena cuba makan untuk dapatkan khasiat darinya. Probiotik bagus untuk perbaiki usus rosak. 

Alhamdulillah... sedikit demi sedikit , anak anak pun mula suka. Qhaliff suka makan begitu saja atau letak sedikit madu tualang. Aariz dan Zahra suka makan letak pisang. Dilenyek lenyeknya dan makan sambil buat kerja sekolah atau menonton tv. Isteri.. dengan buah naga atau dragon fruit. Aku ? Tak kisah. Sesekali layan dengan whey protein. Hahahaha.. Adoilah.

Semalam ,aku post gambar seperti biasa dengan niat nak berkongsi cerita. Dan aku terkejut. Alamak... viral la pulak ! Aduh.. nayaaa sungguh la pasni nak cari yogurt greek tudung merah ni ( full cream ). Yang low fat tu , ada gula. Tak nak. Heeee.. ikut selera dan niat masing masing. Aku nak hilangkan lemak perut. 


Dan bagusnya bila dah viral ni , aku dapat banyak ilmu dan infomasi yang baru. Waahh.. antaranya pasni tak yah susah dan nak beli.. buat je sendiri yogurt greek ni ! Haaaa.. senang katanya. Atau boleh beli kefir jer yakni susu kambing masam. Macam yogurt gak la.. Tetap ada khasiat dan manfaat.

Selain dari tu, yogurt greek ni boleh ditambah dalam masakan ! Ganti santan katanya. Wah , biar betul ? Hahahaa.. Mesti wife suka punya. Yelah.. kita sedia maklumlah kan , anak anak zaman sekarang ni bab makan payah skit. Salah sendiri la. Dari kecil kasi makan tah hapa hapa. Bila dah besar , liat la memasing. 

Dan yang menarik ialah... mereka yang ada eczema mampu sembuh jika amalkan yogurt greek ni ! Yelah.. penyakit berpunca dari perut ni , ubatnya ialah ubati perut tu ! Kasi perut sembuh.. inshaAllah sihat. Dengan izin Allah.. 

 



Khasiat Yogurt Greek , korang boleh baca sendiri di SINI dan 12 kebaikannya , korang baca di SINI.


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Sekali lagi kami sekeluarga ke Kuala Terengganu , Terengganu. Seronok sebenarnya kalau ke sini jika dalam musim panas. Banyak tempat boleh pergi jalan jalan dan juga cari makan. Tempat penginapan , ada banyak. Kalau korang suka menginap di hotel , antara yang best ialah Paya Bunga Hotel. 

Kenapa Paya Bunga Hotel ni ?? Kolam renang , mesra kanak kanak. Gym pun bagi aku lengkap. Bersih dan paling mudah.. dia berada di kawasan yang mudah untuk korang nak ke mana mana. Nak cari makan pun senang terutama pagi hari. Kalau kedai 24 jam , ada tiga di sekitarnya. 

Sebenarnya Terengganu ni best bukan saja di bandarnya tapi bandar bandar sekitarnya. Kalau korang kaki berjalan dengan kereta, korang boleh pergi banyak tempat di sini. Haaa, nak naik bas pun boleh. Ada bas awam belakang hotel ni. Seronok kalau ambil cuti 3-4 hari dan merayau di sini. 

Bab makanan.. jangan hanya mencari makanan yang popular jer. Kena cuba pelbagai masakan dan kuih muih tradisional di sini. Kena gi ke kampung kampung dan mencari. Keropok lekor dan losong pun kena cuba kuah sambalnya. Itu penariknya. Kena cuba yang rebus punya ! Sedap.. Anak anak pulak kena cuba satay ikan. Memang akan tergoda mereka. 

Aku nasihatkan korang yang ingin menikmati Terengganu ni , gi la ikut Jalan Pantainya bermula dari Jalan Cherating. Naiklah ke atas pastu baru masuk ke bahagian tengah negeri. Haaa.. syok wooo ! Mendamaikan. 




Nasihat aku,, Jangan abiskan masa dengan tidur bila berada di sini. Dari subuh hari lagi kena bangun dan berjalan jalan dah. Mulakan dengan bersubuh berjemaah di masjid. Masjid masjid di Terengganu pun cantik cantik. Memang best untuk bergambar di setiap masjid yang ada di Terengganu ni. 

Pantai ? Jangan cakap la.. Pantai di Terengganu ni terutama di Dungun , memang memutih. Tu belum ke pulau pulau berhampiran. Memang cantik banget dong ! Hahahaha.. Sesungguhnya kalau ada duit banyak , beli tanah dan buat rumah di sini.. memang best ! Abiskan usia tua di Terengganu. Pagi , lepak masjid.. malam lepas masjid.. Waktu lain.. nikmati alam keindahan ! Cuma kena cari tempat yang air tak naik la masa tengkujuh.. Heee..

Best Terengganu ! 
 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

" Ada kawan tanya apa yang aku makan untuk elakkan badan kembali berlemak ! Haaa.. yelah , dah dapat 'durian'' kat perut , kan ? Nak kekalkan , bukan senang. Apatah lagi jenis tak ambil apa apa suppliment seperti pembakar lemak dan sebagainya. Camana Ben buat eh ? ". 

Hurm... Sebenarnya tak susah pun. Seperti mana yang korang tau , aku makan je cam biasa cuma aku elakkan makanan yang boleh bikin aku jadi ketagihan dan makan berulang kali ! Aku bukanlah tahap macam ahli bina badan yang nak masuk pertandingan. Badan masih ada lemak terutama di perut. Cuma takda la macam dulu dulu. Kira banyak dah perbezaan. 


Ada 3 menda yang aku buat sekarang ni untuk pastikan badan tak kembali berlemak lemak seperti dulu. Pertama , waktu makan. Aku pastikan aku makan dalam waktu tu. Tu pun kalau nak makan la. Contohnya waktu pagi. Kalau aku nak ke gym , memang tak makan la. Kalau tak gi gym dan kelaparan , aku akan makan antara jam 6 pagi hingga 8 pagi. Kalau aku skip pagi , aku akan makan pada tengahari. Antara jam 12 hingga 2 petang. Dan malam , antara jam 6 petang hingga 8 malam. 

Jika aku kelaparan sebelah malam ? Haaa.. ada dua tiga makanan perlu aku standby. Bukan biskut atau roti ya ! Sila jangan makan dua menda ni sebelah malam kalau nak elakkan penyakit. Aku akan makan epal merah bersama yogurt greek dan juga kurma dalam dua tiga butir. Pastu aku tak tidur. Aku akan buat sedikit pengerakkan dalam 10-15 minit. Dan minum air halia untuk turunkan gula dalam darah. InshaAllah. 
Guna serbuk halia yang 100% asli tanpa campuran
Nak beli , leh wasap : https://halia1.wasap.my

Dalam diet harian aku , wajib ada telur rebus ! Camana punya boring pun , mesti ada telur. Kenapa telur? Dalam usia aku sekarang ni , makanan yang tinggi protein , sangat penting. Telur mudah nak dimakan walaupun ada yang muak. Berbanding ayam , ikan.. walaupun sedap tapi jenuh nak perabiskan seekor ayam setiap hari ! Hahahah.. ikan , mahal weh. Sumber yang murah adalah telur ayam ! 

Selain tu boleh la makan almond , walnut dan sebagainya. Tu sesekali layan la.. Kurma dan buah buahan pilihan aku yang tinggi dengan fiber seperti pisang , epal merah , buah naga senantiasa dibeli. Bagus untuk pencernaan. Penting percernaan lawas. Kalau sangkut , memang parah jadi badan kita ni. Mudah jatuh sakit juga. 




Begitu juga bila aku gi mana mana trip. Kalau dalam Malaysia ni , carilah telur ayam. Pastu rebuslah di dalam bilik hotel. Kalau dapat makan percuma di hotel , carilah yang makanan yang berasaskan protein dan fiber. Kalau jumpa makanan yang sedap tapi tinggi gula.. pastikan berbaloi la nak makan dan waktu nak makan tu penting ! Lepas makan , banyakkan bergerak. Jangan terus tidur ! Nayaaa nanti. 

Kesimpulan.. Aku cuma tak makan nasi  putih , makanan segera dan ultra process. Mee , bihun ? Layan la skit bila dah depan mata dan pastikan sedap. Kenapa aku tolak nasi putih ? Sebab aku tak boleh kawal nafsu makan bila dah mula makan nasi putih ! Hahahahha.. Korang ke tau , apakah makanan yang boleh bikin korang rosak diet  korang tu ! 

Macam aku.. nasi putih , mee segera macam megi tu.. haa.. kalau dah makan , memang abis la. Alhamdulillah.. dah nak masuk 3 tahun aku stop semua dah dan ianya memberi perkembangan positif. Anak anak pun ikut sama. Kan bagus tu ? Sekeluarga turut jaga kesihatan.. 


 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Panjang langkah cuti sekolah , kali ni. Bermula dengan Jumaat , bertolak ke Kelantan. Anak anak terpaksa dicutikan sehari lebih awal untuk mengelakkan diri dari tersangkut dalam kesesakkan di lebuh raya ! 

Dan benarlah , petang Jumaat tu, jalan raya nak keluar dari ibukota menghala ke Pantai Timur dah sesak dengan kenderaan ! Allahuakhbar ! Alhamdulillah , kami dah selamat tiba di destinasi. Boleh rehat awal. Anak anak gembira dapat jumpa tok nenek dan sepupu mereka. 

Aku... hehee.. dengan pelan seperti biasa. Aku punya perancangan mudah. Lebih solat subuh di masjid Aesya, terus ke Kota Bharu. Layan gym dua jam gitu.. baru balik. Setiap hari. Heee.. Untuk pengetahuan korang , 12 tahun aku kawin dengan wife aku ni... aku sebenarnya takut nak masuk Kota Bharu. Hahahaha.. Takut sesat ! Kalau gi ramai ramai , ok la. Tapi entah.. sejak dua menjak ni , aku selamba dah merayau sorang sorang kat sana. 

Dan perancangan seterusnya, ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Dan hari yang ditunggu tiba. Sebenarnya aku sedikit  risau nak ke sana dek kerana cuaca yang tak menentu ditambah lagi dengan berita berita bencana alam yang melibatkan kerosakkan harta dan kehilangan nyawa. 

Dari Kota Bharu nak ke Pulau Pinang.. ada dua jalan. Satu melalui Lebuh Raya Timur Barat ( Jeli - Gerik ) dan juga Gua Musang - Simpang Pulai. Kalau nak cepat , ikutlah A... Timur Barat dalam 4 jam gitu. 

Tapi beranikah nak redah hujan lebat dan jalan licin ? Berbukit. Fuh... Aku belek FB group , banyak kemalangan berlaku. Anxiety menyerang. Aku cuba bertenang. Selawat dan berzikir. Berdoa agar Allah berikan petunjuk. 

Pagi Rabu.. selepas solat Subuh , aku bagitau wife.. kita akan ikut jalan jauh. Tak hujan tapi akan makan masa. Tak tau berapa jam. Dengan corak pemanduan aku, pasti anak anak akan penat. Begitu juga aku. 

Dari Kota Bharu , bergerak ke Gua Musang. Berehat di sana. Masa diambil dalam 2 jam lebih. Aku bawa perlahan jer. Memang tak berani nak bawa laju dengan kereta yang sudah usang. Nak beli baru, tak sanggup nak layan RIBA lagi. Allahuakhbar. Ampuni hambamu ini. 

Dari Gua Musang nak ke Simpang Pulai akan melalui Cameron Highland. Alhamdulillah , tak hujan tapi jalan dia serupa ular la.. Kena kasi tumpuan 100%. Tak leh leka. Kena tenang dan alert senantiasa. Ada je kereta kereta tak sabar dok memangkah kita. Fuh.. sabar je la. 

Dan akhirnya, keluar juga ke lebuh raya Utara Selatan. Lagi 2 jam nak sampai ke George Town. Aku amik keputusan untuk berehat seketika. Nak lelapkan mata. Penat sangat lawan matahari tadi. 


Berhenti di RNR Sungai Perak. Terus tertidur. Tak nak tidur lama sebab wife kejar masa. Katanya ada perjumpaan sebelah malam. Terjaga dan terus bergerak. Ketika inilah segalanya berlaku. Aku undurkan kereta dan kembali ke gear D. Bergerak dan tak sangka , rupanya tayar depan tak lepas dengan batu penghadang ! Allahuakhbar. 

Pecah tayar ke batu tajam. Spoiler bawah kereta pun pecah. Aduh.. Aku tepuk dahi. Hilang terus mamai aku. Cuaca makin gelap. Apakah tindakan aku ? Aku bertenang. Tukar tayar ? Barang banyak kat belakang. Camana eh ? Dalam keadaan yang masih kepenatan dan mabuk jalan , aku terus ke kedai kedai makan. Mencari staff Plus di sana.  

Nampak pekerja yang sedang berehat. Aku tanya dia kat mana boleh dapatkan orang Plus. Dia suruh call terus HQ. Dia tunjuk no telefon di salah satu poster di sana. Aku pun call. Dalam beberapa minit , call dijawab. Terus buat laporan dan bantuan akan tiba dalam setengah jam. Alhamdulillah.

Aku kembali ke kereta. Termenung. Memikirkan kembali kejadian. Apasal aku tak undur betul betul ? Kenapa ? Kenapa dan kenapa ? Allahuakhbar. Aku pujuk hati. Ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Bersangka baik. 

Dalam 40 minit , bantuan tiba. Terus mereka buat kerja. Tayar spare dikeluarkan. Kat sini masalah aku. Kalau tak , aku boleh buat sendiri jer tapi tayar spare tak dapat nak dikeluarkan Aku dah tergerak hati dah hari tu untuk tengok tayar spare ni dan pam kasi keras ketika tukar tayar hari tu tapi tu laaa... malas punya pasal ! 

Staff Plus Ronda pun tak leh nak buka tayar spare tu. Akhirnya dia ketuk. Ooooo.. ok ! Kena paksa rupanya. Huhuh.. Aku takut nak ketuk. Bukan apa.. Aku kalau buat kerja tukang gini, kesudahannya benda tu rosak. Kalau tak rosak pun, aku akan cedera. Haish.. careless orang putih kata ! 

Tak ingat apa dah ! Nasib baik tak berdengkur seperti sebelum sebelum ni.



Tayar berjaya ditukar tapi pam mereka lak bermasalah ! Dia suruh aku cari stesen minyak dan pam tayar di sana. Aku kata aku ada portable pam. Terus dia mintak. Huhuh.. Dan terus pam. Tak sampai seminit , tayar keras dah. Alhamdulillah. Selepas ucapkan terima kasih , mereka bergerak. Sebelum gi tu , mereka pesan untuk tukar tayar baru. Cari kedai tayar di Kuala Kangsar.  Aku angguk.

Aku tengok jam. Dah kul 4 lebih. Hujan makin lebat. Risau sebab viper kereta kurang menyerlah. Bermasalah. Nak tukar dah ari tu tapi terlupa. Huhuh.. Nasib baik dari RNR ke kedai tayar berdekatan cuma beberapa belas KM jer. 

Pasang waze.. selawat dan berdoa. Moga perjalanan dilindungi Allah. Bergerak perlahan dek kerana risaukan tayar. Tapi syukur pada Allah, tayar spare berfungsi dengan baik. Dan tiba ke kedai tayar di Kuala Kangsar tanpa halangan. Walaupun hujan lebat tapi kenderaan tak banyak di atas jalan raya. 

Banyak kedai tayar kat sana. Huhuh.. Dan syukur sangat , mereka sangat peramah dan pantas buat kerja. Tak sampai setengah jam , selesai semuanya. Aku tukar sekali viper. Tayar dalam RM170. Aku pilih Good Year.. Amik bunga yang khas untuk jalan basah. Viper , dalam RM35. 

Siap.. bertolak ke George Town. Alhamdulillah.. Cermin depan nampak terang. Viper berfungsi dengan baik. Aku lega. Boleh memandu dengan tenang. Dalam jam 6 petang gitu , tiba di Royale Chulan Hotel. Alhamdulillah.. Dapat tempat letak kereta pun cantik walhal penuh ! Kebetulan ada satu tempat kosong untuk diisi. Allah permudahkan urusan kami dengan sedikit ujian kecilNya. 

Syukur sangat.. Alhamdulillah. Dan 3 hari di Pulau Pinang , cuaca sangat cantik. Puashati dan berbaloi turun sana walhal sehari sebelum tu , ribut banjir bagai melanda. Aku tengok di page FB dan ada beberapa berita melibatkan kemalangan di Lebuh Raya Timur Barat.. huhu...



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments



Dulu... dulu laa.. akulah insan yang paling takut nak bangun subuh hari. Bukan malas atau mengantuk bagai tapi setiap kali bangun, mesti akan sakit kepala. Dia punya sakit tu memang membawa ke mood yang ke laut dalam. Mesti nak mintak baring dalam 5-10 minit lagi. Kasi hilang sakit kepala. Atau paling tidak pun, memang akan cari panadol untuk hilangkannya.

Bila dah mandi bersiap bagai.. Turunlah sarapan pagi. Yang wajib ada atas meja ialah susu putih , roti putih  atau roti berkrim , jem coklat dan kopi 3 in 1. Paling tidak pun , hot chocolate ! Makan sampai kenyang. Katanya sarapan pagi itu penting ! Benarlah.. tapi.. hurm.. 

Tengahari, lapar kembali. Makan nasi bersama lauk pauk. Fuh.. kasi loading katanya. Nak bulking kena makan banyak. Tak peee.. nanti gi gym boleh bakar semula ! Katanya gitulah. Walhal ??? Realitinya ?? Hurm.. mencari pasal. 

Malam lak.. Makan lagi. Ayam , telur wajib ada. Nasi pun ada. Gitulah.. Wajib kena ada nasi. Baru puas makan sehingga tersandar ke sofa. Nak solat pun dah rasa berat. Ngantuk. Nanti kul 10 malam , terasa lapar nak makan sesuatu yang manis. Carilah aiskrim. Alang alang dah keluar. tapau sekali beger ! Syiok laaa weh. Tidur kekenyangan. Serupa ular sawa. 

Masuk usia 40... terasa lain maciam badan. Kata gi gym. Kata workout hari hari tapi kenapa cepat mengah ? Bayangkan kalau naik tangga pun dah mengah. Nah... atas katil camana lak ? Bukan tak fit tapi dia macam automatik ! Apa kes ??? Apakah badan dah tak sihat ? Ke kena gi buat full medical check up ? Maklumlah.. umur dah 40.. memang dinasihatkan untuk buat pemeriksaan kesihatan tapi takut. Kang macam macam penyakit keluar.. 

Realititinya.. gitulah ! Memang dah sakit  Kalau gi check , aku rasa aku dah boleh on ubat doktor ! Kena makan hari hari. Tapi aku tak nak. Aku rasa aku boleh reverse semula kesihtan badan aku ni. Belum terlambat. 

Aku buat .. tu pun sebab aku dah kena anxiety ! Kalau tak , sah sah sampai sekarang tak jaga kesihatan terutama bab makan dek kerana berpegang pada.. hari hari workout kot ! Takkan nak sakit ?? Tapi yang kita nampak dan baca sekarang ni.. ramai yang jaga kesihatan , tumbang dek kerana serangan jantung ! Apa kes ??? 

Alhamdulillah.. aku sekeluarga diberikan kesempatan untuk mengubah cara hidup harian kami. Bayangkanlah dulu setiap kali masuk pasaraya, barangan yang dibeli menghampiri RM400 !! Tapi sejak jaga kesihatan , dalam RM100+ jer. Dan syukur kepada Allah , anak anak takda yang mati kebuluran.  Cukup makan dan kenyang. Takda yang buncit seperti sebelum sebelum ini. 

Sekarang.. akulah insan yang paling mudah bangun awal pagi. Bangun bangun terus cergas. Haaaa.. Dia punya cergas lain macam. Wife pun kena kacau dah pagi pagi. Haa.. nasib halal ! Hahahah.. Faham kan? 

Tak susah pun nak jaga kesihatan. Mulakan dengan mengawal gula putih. Kurangkan pengambilan dan sampai masa ,  berhentilah. Tak perlu pun tambah gula putih terutama dalam minuman. Elakkan beli minuman dalam tin dan kotak. Kalau korang bersukan , tambahkan celtic salt dalam air putih. InshaAllah serupa 100 Plus kesannya malah lebih baik dan berkhasiat kesannya. 

Panjang sebenarnya aku nak cerita tapi tak pe la.. nanti aku sambung.



Air ramuan kesihatan ni, korang minumlah setiap pagi. Cuka epal ditambah dengan hirisan lemon , serbuk halia , serbuk kunyit yang dicampur dengan habbatus sauda dan lada hitam. Jika ada madu tualang atau kelulut, letak la sedikit. Minum ketika perut kosong setiap pagi. Seteguk dua jer. Tak yah abiskan secawan. Berikan pada anak anak juga. 


Halia dan Tumeric :  https://halia1.wasap.my/

Minyak 1001 khasiat yang bagus untuk kelakian : https://minyakurut1000khasiat.wasap.my/

Minyak yang diatas ni , lelaki perempuan sesuai pakai. Anak anak kalau kena gigit nyamuk atau serangga , boleh sapukan kat bahagian tu. Untuk para suami, sapukan pada anu.. dan biarkan. Nanti tengoklah kesannya.. Pasti mengaum. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes