BEN ASHAARI



Aku kenal dunia roti ni sejak kecil lagi. Arwah ayah aku adalah peminat nombor 1. Dia akan makan roti sekeping dua bersama kopi kosong atau milo kosong. Dia cuma cicah jer. Tak banyak pun dia makan. Nasi , dia makan sikit jer. Dia memang jaga pemakanan dia dan dia ada penyakit kencing manis dan juga darah tinggi. 

Aku jadi peminat roti terutama Gardenia dalam usia 20an. Aku akan beli untuk dibawa ke pejabat. Makan sarapan dan juga makan tengahari. Ala, yang coklat , vanilla dan strawberi tu la. Kononnya diet. Petangnya , gi gym. Balik rumah baru makan nasi. 

Tu dulu laa.. Dan aku pelik la kenapa susah sangat nak dapat six pack ! Workout beria dah. Siap buat kardio bagi.. jogging kau ! Hahahaha.. Rupa rupanya dah tua ni baru tau... apa yang aku makan tu semua tinggi gula termasuklah nasi ! 

Bila dah tau, aku ubat diet pemakanan aku. Aku fokus telur ayam saja. Sebenarnya , dari usia kecil lagi aku dah jadi peminat telur ni. Mak aku akan buatkan telur setengah masak setiap pagi. Dua butir wajib. Sedap weh ! Letak kicap. Hehehe.. Sado dari kecil rupanya. 

Bila aku dah tau punca kepada masalah perut aku ni, maka jauhilah pemakanan yang tidak menyihatkan termasuklah roti putih dan roti krim ni. Maaflah yaa.. walaupun korang kata makan je sekadar untuk rasa atau untuk bertenaga. lebih baik aku fokus pada real food jer ! Makanan yang sebenar makanan. 

Aku ni bukanlah anti pemakanan sedap ! Hahaha.. aku cuma nak ajak korang makan makanan yang sebenar. Bila kita makan makanan sebenar , kita hanya perlu makan 1-2 kali je sehari. Betapa jimatnya dan sihat tubuh badan kita termasuk mental. Takda la nak abiskan duit dengan membeli makanan yang tak berfaedah jer. 




Telur tinggi kolestrol ? Aku dah tulis pasal ni dalam entri yang lepas. Boleh baca di Betul ke kuning telur tinggi kolestrol ? Pelik sebenarnya. Ramai takut kolestrol dalam telur tapi tak takut gula dalam makanan dan minuman yang diorang makan hari hari tu ! Aiskrim, air manis, nasi putih , kopi dan macam macam lagi. Semua yang kita makan tu, akan bertukar jadi gula kecuali air putih ! Tau ke tak ? Haa... 

Bosan makan telur ? Sebenarnya itu alasan jer. Telur ni takda rasa. Jadi korang makan je la ngan kuah kuah yang ada depan mata. Bukan suruh hirup kuah tu ! Aku tau..korang nak kata kuah tu tinggi kalori. Sapa suruh hirup ? aku suh cicah buat ada rasa kalau dah boring nak makan kosong.

Macam aku buat ni... Apakah aku dah gemuk kembali sekarang ? 



Sesekali kita layan... baru betul ! Bukan hari hari. 

Berat aku dah kekal 80-82kg je sekarang ni. Hari hari makan telur lebih 10 biji. Alhamdulillah.. aku rasa lebih sihat berbanding sebelum ni yang makan macam macam. Aku rasa ramai dah ikut cara gini terutama mereka yang dah sedar dan insaf. Heeee.. 

Nak makan sedap tu boleh.. Tapi kena taulah nutrisi yang terkandung dalam tu. Dan tanya pada diri sendiri.. apakah makanan ni memberi kebaikan pada tubuh badan selain kenyang ? Elakkan makanan yang boleh berikan keradangan. Bahaya sama sekali ! 

Tepuk perut.. tanya selera anda ! Kesihatan anda.. hak anda. 



 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Mobile Legends: Bang Bang (ML) adalah salah satu permainan MOBA yang paling digemari di kalangan pemain di Malaysia. Punya jutaan pemain aktif, permainan ini menjadi lebih menarik apabila pemain dapat menggunakan skin eksklusif, hero baru, atau item istimewa yang diperoleh melalui diamond.

Namun, untuk mendapatkan diamond, pemain perlu melakukan top up dan di sinilah banyak kesalahan sering terjadi. Kesalahan dalam memilih platform top up bukan sahaja merugikan dari segi kewangan. Tetapi, kesalah top up ml juga boleh menyebabkan kehilangan data peribadi, akaun diretas, atau pengalaman bermain yang terganggu. Karena nya, sangat disarankan untuk gunakan platform top up semacam Lapakgaming.

Untuk itu, artikel ini akan membincangkan lima kesalahan umum yang sering dilakukan pemain ML saat memilih platform top up serta memberikan cara untuk menghindarinya.

1. Tidak Memeriksa Reputasi Platform
Kesalahan pertama yang sering dilakukan adalah tidak memeriksa reputasi platform sebelum melakukan top up. Banyak pemain tergoda dengan iklan menarik dari platform baru yang menawarkan harga murah tanpa mencari tahu apakah platform tersebut benar-benar terpercaya. Hasilnya, ramai yang menjadi mangsa penipuan di mana wang mereka hilang begitu sahaja tanpa menerima diamond.
Cara Menghindarinya:
●     Sebelum memilih platform top up, lakukan sedikit kajian. Cari ulasan atau testimoni dari pemain lain melalui forum permainan, media sosial, atau laman ulasan terpercaya.
●     Gunakan platform yang sudah lama beroperasi dan dikenali ramai, seperti Lapakgaming. Platform ini sering disarankan oleh pemain ML kerana telah terbukti aman dan mudah digunakan.
2. Tergoda Harga yang Terlalu Murah
Harga yang sangat rendah sering kali menjadi daya tarik bagi pemain yang ingin berjimat. Namun, tawaran harga yang terlalu murah berbanding pasaran biasanya menunjukkan tanda-tanda bahaya, seperti risiko penipuan atau transaksi yang tidak sah.
Beberapa platform mungkin menawarkan harga murah dengan menggunakan kaedah tidak rasmi yang boleh menyebabkan akaun permainan anda disekat.
Cara Menghindarinya:
●     Bandingkan harga di beberapa platform terpercaya untuk memahami harga pasaran yang wajar. Jangan mudah tergoda dengan tawaran yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan.
●     Pilih platform yang memberikan harga kompetitif tetapi masih berada dalam julat yang logik. Lapakgaming, misalnya, menawarkan harga yang seimbang dengan promosi sah dan menarik.

3. Mengabaikan Aspek Keamanan dan Privasi
Ramai pemain tidak memeriksa apakah platform yang mereka gunakan memiliki sistem perlindungan data yang baik. Risiko ini boleh mengakibatkan maklumat peribadi seperti nombor kad kredit, alamat e-mel, atau data bank dicuri oleh pihak luar.
Cara Menghindarinya:
●     Pastikan platform top up menggunakan protokol keamanan seperti SSL (Secure Sockets Layer) untuk melindungi data pengguna.

●     Pilih platform yang hanya menggunakan kaedah pembayaran rasmi, seperti perbankan dalam talian, e-wallet, atau gerbang pembayaran yang diakui.

●     Hindari platform yang meminta maklumat sensitif secara langsung, seperti kata laluan akaun permainan anda.

4. Tidak Memanfaatkan Promosi Sah

Banyak pemain tidak menyedari adanya promosi sah yang ditawarkan oleh platform terpercaya. Sebaliknya, mereka mungkin tertarik pada promosi palsu dari platform yang tidak sah. Hal ini menyebabkan mereka kehilangan peluang untuk mendapatkan lebih banyak diamond atau bonus tambahan.
Cara Menghindarinya:
●     Ikuti laman web rasmi atau media sosial platform terpercaya seperti Lapakgaming untuk mengetahui promosi terkini.

●     Pastikan promosi yang ditawarkan adalah asli dengan memeriksa laman rasmi permainan atau platform tersebut. Jika sesuatu kelihatan mencurigakan, lebih baik elakkan.

5. Tidak Memahami Keperluan Sendiri
Kesalahan terakhir yang sering dilakukan ialah tidak merancang pembelian diamond dengan baik. Ada pemain yang membeli terlalu banyak diamond, menyebabkan pemborosan, sementara ada pula yang membeli terlalu sedikit dan akhirnya perlu melakukan transaksi tambahan.
Cara Menghindarinya:
●     Tentukan terlebih dahulu keperluan anda. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli skin eksklusif, hitung jumlah diamond yang diperlukan sebelum melakukan top up.

●     Manfaatkan promosi untuk mendapatkan jumlah diamond yang lebih banyak dengan harga lebih rendah. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan lebih banyak wang untuk pembelian lain.

Salah satu aspek penting dalam memilih platform top up adalah adanya sokongan pelanggan yang responsif. Ramai pemain tidak memeriksa sama ada platform pilihan mereka menyediakan bantuan jika terjadi masalah seperti transaksi gagal atau diamond tidak masuk.

Cara Menghindarinya:
●     Pilih platform yang menyediakan sokongan pelanggan 24/7. Sokongan ini penting untuk membantu anda menyelesaikan masalah dengan segera.
●     Uji sokongan pelanggan dengan bertanya soalan mudah sebelum melakukan transaksi. Respons yang cepat dan ramah adalah tanda platform terpercaya.

7. Terburu-buru dalam Memilih Platform
Pemain sering kali terburu-buru dalam memilih platform top up kerana ingin segera mendapatkan diamond. Keputusan yang tergesa-gesa ini sering kali membawa kepada kesalahan yang merugikan.
Cara Menghindarinya:
●     Luangkan sedikit masa untuk menyemak beberapa pilihan platform sebelum membuat keputusan. Ini akan membantu anda memastikan platform tersebut aman dan sesuai dengan keperluan anda.

●     Gunakan platform yang sudah dikenali oleh komuniti permainan dan memiliki reputasi baik.
Kesalahan dalam memilih platform top up boleh menyebabkan pelbagai masalah. Masalah tersebut termasuk kehilangan wang, data peribadi yang dicuri, atau akaun permainan yang disekat. Tentu dengan menghindari lima kesalahan utama ini anda dapat memastikan pengalaman top up yang lebih selamat dan memuaskan.
Jangan biarkan kesalahan kecil mengganggu pengalaman bermain anda. Pilihlah platform top up terpercaya, rancang pembelian anda dengan baik, dan nikmati permainan Mobile Legends tanpa kebimbangan!
Platform seperti Lapakgaming menawarkan semua ciri yang diperlukan untuk transaksi top up yang lancar. Ini termasuk reputasi yang baik, keamanan data, promosi menarik, dan sokongan pelanggan yang responsif.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

30 November 2024.. berlalu sudah. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kenikmatan yang aku sekeluarga nikmati. Umur aku ? Alamak.. korang tau ke tak tau ? Ada yang bertanya umur aku dah berapa tapi apakah korang tau , kita sebenarnya tak perlu pun cerita umur kita secara umum ? Haa.. kenapa ? 

Ada 3 perkara yang patut kita rahsiakan. Antaranya ialah umur ! Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita. Yang kedua ialah hal keluarga kita dan yang ke tiga , harta ! Haaa.. faham ? Ada yang benak, gi cerita semua ni kat media sosial. Pastu bila kita ada musuh , diorang korek segalanya. Nah.. ketika tu baru nak menyesal ! 

Ok.. seperti biasa, aku sekeluarga gi makan kat Secret Recepi. Memang anak anak nak makan kek kat sana. Sesungguhnya diorang boleh makan kek bila ada keraian begini saja. Jika takda, memang tak merasa la kek. Demi kesihatan mereka juga. Alaa.. sesekali bila teringin , aku kasi gak la. Aku takda la kejam pun. Cuma berkongsilah. 

Sang isteri belanja kek. Thank you my dear ! 


Bergambar sebelum diorang yang potong kek. Takda lilin bagai. Takda lagu lagu. 


Satu satunya hadiah yang aku terima. Zahra buatkan seharian. Hahaha.. Bersungguh dia mencari idea untuk bikin suprise pada aku. Cute sangat ! Sebenarnya aku tak nak pun apa apa. Wife aku nak kasi pun aku tak nak. Cukuplah aku ada mereka. Tu adalah hadiah yang terpaling indah aku ada. Alhamdulillah.

Kertas aku punya. Gam aku punya. Idea je dia punya. Jimat banyak dah. Hahahaa..





Apa yang kita berikan pada anak anak , mereka simpan dan ingat. 


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 Alhamdulillah.. 


Hari ni, tinggal aku dengan anak anak je. Wife takda. Kerja luar. Makan pagi , tengahari dah selesai. Malam lak. Jadi aku bawak anak anak makan jam 6 petang. Gi mamak jer. Lauk pauk dah abis. Aku lak teringin nak makan rojak. Terasa nak sesuatu yang berat masuk sebelum malam menjelma. 

Jemput Aariz di sekolah. Balik.. mandi. Siap siap, pastu jalan kaki je ke restoran nasi kandar berhampiran dengan rumah. Nama je nasi kandar tapi.. takda maknanya ! Hahaha.. Tak pe la , masakan dia pun sedap gak. Aku kalau kebuluran, memang akan mintak mee goreng kambing atau ayam. Kalau tak lapar sangat, rojak ditambah telur sebijik dua pun ok dah. 

Anak anak.. kalau gi makan ngan aku , memang diorang akan stress punya ! Hahahah.. Apakah ? Aku tak benarkan diorang order air. Makan kasi abis dulu , kalau kepedasan , baru mintak air. Air pun , takda gula. 

Lepas makan, terus bayar dan balik. Jalan kaki lagi. Nah... dulu aku 'dinasihatkan' , lepas makan jangan jalan kaki terus. Nanti kena gastrik. Rupa rupanya, kena scam ! Lepas makan... kena bergerak supaya tidak berlaku lonjakan gula dalam darah. 

Dan satu lagi tips yang aku tau.. kalau ada makan makanan yang tinggi dengan karbohidrat , minumlah air halia dan campur dengan cuka epal. Nah... ternyata tips ni sangat berbaloi ! Aku dapati lemak lemak dibahagian perut semakin nipis. Buat masa ni , bacaan peratusan lemak adalah 13%. Bulan lepas 14%. 

Bagi korang yang betul betul nak hilangkan lemak dibahagian perut , aku kasi satu tips lagi. Mudah sangat ni. Malam , sebelum nak tidur tu... korang buat kardio ringan dalam setengah jam. Tak kira la nak melompat ke , berlari dalam rumah , naik turun tangga.. korang buat jer. Pastu esok pagi , lepas selesaikan yang wajib, cuba dapatkan masa dalam setengah jam lagi. Jangan makan sebelum buat senaman tu. Korang pakai je tenaga yang ada tu. Haaa.. nanti dalam tempoh sebulan ,korang nampak kesannya. 

Faham tak ni ? Haa.. ni tips percuma dan mudah nak diikuti. Kalau korang kata ianya menyiksa diri, percayalah.. korang akan rasa kelainan. Tapi pastikan, lepas senam tu.. jangan makan lak ! Minum je air suam atau tambah je ngan garam celtic. 

Amalkan dan nantikan perubahan positifnya.. kalau korang betul betul buat la. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Melaka , sebuah negeri yang cukup bersejarah dalam Malaysia. Tapi Melaka ni adalah negeri ke dua terakhir aku nak pergi selain Johor. Kalau aku nak ke Johor pun sebab nak gi ziarah sahabat aku, Mat Gebu aka Adnan Ibrahim. Kalau tak sebab dia, aku pikir panjang nak ke sana terutama sekali jika nak gi melancong !

Heheee.. maaf tau ! Aku bukan tak suka ke sana. Melaka best , Johor best ! Tapi jalan raya nak ke sana menakutkan aku. Aku confirm anxiety kalau nak ke sana. Kereta laju laju. Aduh.. Masing masing macam nak terbang ke sana. Pelik sungguh. Pastu jammed satu hal lagi. Aduhai laa.. 

Lama dah tak ke Melaka. Takda sebab nak pergi. Kali ni kena gi gak ! Boleh je tak nak gi tapi sayang la pulak. Anak anak pun dah besar dan belajar mengenai sejarah Melaka. Jadi inilah peluang yang aku ada untuk mereka dekatkan diri dengan sejarah Melaka. Tak nak sekadar baca di buku teks tapi kena tengok depan mata juga. 

Syok gi Melaka ni sebenarnya kena sehari dua sebelum hujung minggu. Kalau hujung minggu, memang akan penuh dengan pengunjung dan juga rombongan. Sebenarnya memang best ramai ramai cuma sedikit serabut je la. Mungkin aku je kot rasa gitu. Hahaha.. faktor usia. 

Ok.. aku cerita satu satu dulu eh. 

Hotel : Aku sekeluarga menginap di Hatten Hotel yang terletak di Bandar Hilir. Hotel ni bagi aku sangat strategik. Kiri kanan ada pusat membeli belah. Nak letak kereta , kena naik tingkat atas. Macam aku ari tu , parking tingkat 6. Berpusing gak la nak naik atas. Masuk hari Jumaat , keluar Ahad , RM10. Tak tau berapa dia kira sehari jika parking mati. 

Makan : Tak susah kalau nak cari makan. Asalkan ada duit. Makan dalam hotel pun sedap sebenarnya. Aku dah cuba sarapan pagi di situ. Memang puashati dan tak kedekut la bab makan. Senantiasa bertambah. Rasa pun sedap. Buah ada banyak. Sayur ada banyak gak. Protein , telur syiok woi ! Hahaha.. Ayam je satu jenis rasa. Pastu bab karbohidrat tu banyak la. Aku balun je. Hehehe.. 

Yang nak makan di luar.. jangan risau ! Bersebelahan dengan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Kalau nak banyak makanan berjenama , gi Mahkota Parade. Nak masakan tempatan, leh keluar jalan jalan. Situ dekat ngan Menate dan banyak lagi. Restoran mamak pun ada. Cuma kena hati hati sebab Bangla pun ada meniaga makan. Hurm.. terkena 2 kali aku. Aku ingatkan mamak.. sekali.. Adeh. 

Asam pedas ? Banyak ada jual cuma  anak anak aku ni tak makan. Tu pasal kena cari kedai makan biasa jer. Nak masuk restoran dalam mall, harga dia dah boleh beli lauk pauk untuk seminggu aku sekeluarga. Hahaha.. kena berkira dah skang ni woo ! 

Gym dan Kolam renang : Yang dua ni memang wajib la aku check. Gym.. cool ! Bersih. Lokasi dia pun cun. Peralatan terurus dan terjaga. Kemas. Boleh la nak kasi peluh ketiak dan berketul skit skit. Kolam renang dia lak, kena ikut protokol la. Kena pakai pakaian mandi atau kena bukak baju jika pakai seluar trek. Hehee. Tak sanggup aku nak bukak baju. Malu ai... 

Tempat Menarik : Jalan kaki jer. Sila menghala ke Dataran Pahlawan. Atau korang bukak je Google Maps dan akan nampak la pelbagai tempat tempat menarik tanpa perlu memandu pun ! Boleh dapat 10 ribu langkah dengan pantas. 

Kalau bawak anak anak ,boleh je gi muzium. Ada banyak jenis muzium di sini. Syok ! Aku tak sempat nak bergambar semua. Cuaca panas. Alhamdulillah.. rezeki. Sepatutnya hujan tapi tu la.. Dapat berjalan jalan. Aku pun nak fokus pada anak anak. Kalau sibuk nak bergambar bervideo bagai, risau lak keselamatan diorang. 

Antara muzium yang kami masuk ialah Muzium Rakyat , Muzium Tamadun Melaka dan apa tah satu lagi. Nak masuk Muzium Kesultanan Melayu Melaka tapi tak larat dah. Hahaha.. Yelah , pagi aku dah gi gym. Pastu jenjalan. Balik, aku gi gym semula. Pastu sambung jalan lagi. Memang aku nak bakar banyak banyak kalori yang ada. 


Hatten Hotel. Bahaya bagi mereka yang ada banyak duit ! 

Gym dia.. aku kasi 7/10 bintang

Aku tak sangka si Aariz yang awalnya tak nak berjalan kat sini , ajak ulang berjalan lagi. Katanya best. Tu pun dia ajak jalan sebelah malam. Aku tak nak sebab malam hujan dan risau sebab.. hurm..Malas nak cerita dalam ni. Bosan. 

Oh ya.. aku nasihatkan korang , sediakan tunai la kalau nak masuk ke muzium ya. Tak mahal pun. Setakat ni yang mahal pun macam nak naik benda berputar kat Menara Taming Sari tu jer. Yang lain bawah RM10 je setiap seorang. Boleh laa.. bukan selalu. 

Jangan lupa singgah Pusat Kraf bawah Dataran Pahlawan tu ya. Banyak sangat kedai yang menjual barangan tapi pengunjung tak ramai. Sian tengok. Harap pihak bertanggungjawab dapat berbuat sesuatu untuk menarik pengunjung ke bawah. 




Sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik yang tak sempat aku pergi. Aku malas nak memandu. Bila dah parking tu, memang malas dah nak keluar. Tingkat 6 weh ! Nak naik satu hal.. nak turun satu hal. Hahaha.. 

Apakah aku sekeluarga akan kembali ke Melaka ? InshaAllah.. selagi anak anak masih kecil , diorang berjalan ngan aku.. mesti aku usung mereka. Yelah , masing masing boleh mengekor mak ayah. Nanti dah besar.. malas dah diorang nak ikut. Huhuh.. 

Ahad.. check out awal. Lepas sarapan pagi terus balik. Alhamdulillah.. jalan clear dan tenang di awal pagi. 

 



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Februari 2026 (2)
      • Risau gastrik , gerd di bulan puasa ? Ni tips mudah..
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes