BEN ASHAARI





Kereta aku , Grand Livina yang dah masuk usia 9 tahun lebih tu.. banyak berjasa dah pada kami. Dengan lebih 226 ribu km perjalanan , setakat ni rosak beberapa kali je dan Alhamdulillah , paling teruk pun radiator kong ketika perjalanan pulang dari KLIA. Nasib baik sempat berhenti tepi. Huhuh... Pastu , pernah bocor tayar di tengah jalan... tu pun dah dekat ngan rumah. Huhuh lagi. Lain dari tu , biasa biasa je la. Kira Alhamdulillah la. 

Sekarang masalah bila masuk gear D , dia tak bergerak. Kena tunggu seketika , baru boleh bergerak. Aku perasan dah beberapa kali. Tapi anggap cam takda apa apa sehinggalah baru baru ni , aku rasa dia 'termenung' agak lama gak la. 

Aku mesej beberapa orang rakan yang juga mekanik dan bertanyakan pendapat. Aku mencari infomasi ak di internet dan juga Youtube. Jawapan yang aku dapat ialah masalah getah di gearbox tu dah keras. Kena tukar. Solusi yang aku dapat ialah ; 

    i ) letak minyak ATF
    ii ) overhaul 
    iii) tukar gearbox ( guna half cut )
    iv) tukar kereta baru

Dengan keadaan sekarang ni , aku rasa aku tolak dulu cadangan tukar kereta baru. Aku mencari infomasi mengenai penggunaan minyak ATF ni. Aku bertanyakan pada abang aku dan juga adik ipar. Diorang ni lama dah berkecimpung dalam dunia kereta ni. Dia cadangkan guna dulu minyak ATF. Kenapa ? Sebab keadaan gearbox aku tu tak teruk pun. Dia sendiri guna pun dah lama. Takda masalah. 

Kenapa tak overhaul atau tukar gearbox ? Macam aku bagitau tadi, keadaan gearbox aku tu cun lagi. Cuba dulu guna minyak ATF. Kalau dah tak boleh selamatkan, baru tukar gearbox. Haaa, gitulah katanya. Malah ketika aku bawa ke mekanik yang dah main dengan Nissan ni berpuluh tahun lamanya, dia pun cadangkan gitu je. Kalau teruk , baru tukar gearbox. 

Aku pun ok je la. Cuba dulu la. Mana yang boleh jimat kos dan berbaloi, kita ikut je. Nanti baru fikir bab lain. Yelah , orang kata 2023 nanti ekonomi makin teruk. Kena berjimat cermat. Maka.... terpaksa la buat gitu buat masa ni. 

Kalau berjaya survive 2023 , aku nak makeup Grand Livina aku cun cun ! Kena buat balik semua. Huhuh...

Sedikit nasihat.. kalau baru start enjin kereta tu, tunggu la sekejap sebelum bergerak yer. Walaupun ada yang kata takda impak pada kereta , sebenarnya ada walaupun kecil je. Tak rugi pun tunggu jap... 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Berdiri depan pintu. Fikir panjang nak keluar rumah. Matahari dah mula meninggi. Terasa terik di kulit muka. Terasa menyesal lak tak jogging awal subuh tadi tapi risau lak sebab hari masih gelap. Terpaksa juga tunggu matahari keluar. 

Tapi tu dulu laaa.. Itu yang berlaku pada aku ! Disebabkan tu aku jarang nak berjogging atau berbasikal. Aku lebih suka bersenam di gym jer. Heee.. Malas nak berpanas panasan. Bukannya aku ni putera lilin tapi cahaya matahari di zaman ni tak sama dah macam dulu dulu. Cahaya matahari ni bagus untuk kita. Bagus sangat tapi jika berlebihan kena cahaya , boleh beri kesan negatif pada kita.. Gituuuu ! Maka , bersederhana. 

Namun ada solusinya ! Nah... ini yang aku sendiri alami baru baru ni. Aku dan bersama rakan rakan Influenser Media Sosial beraktiviti lasak sambil berpeluang mencuba sendiri beberapa produk penjagaan diri khas untuk lelaki. Dapatlah aku mencuba sunscreen dan juga minyak wanginya ! Walaupun ada beberapa lagi produk Khaf yang menarik tapi aku nak menumpukan pada dua ini produk ni sebab bagi aku , ini yang sukar untuk memuaskan hati aku ! Dengan harga yang mampu milik, dapat produk berkualiti ! 


Produk pertama , pelindung cahaya matahari atau sunscreen. Disebabkan tugasan harian aku menjemput dan menghantar anak ke sekolah setiap hari. Memang di kala tengahari tu , panasnya membakar kulit. Terpaksa duduk dalam kereta lebih dari 15 minit menanti si abang keluar dari sekolah. Terpaksa pergi awal untuk dapatkan tempat parking yang sesuai. Huhuh.. 

Pengalaman menggunakan sunscreen Khaf sepanjang hari pada hari itu , memang membuatkan aku rasa WOW ! Tak terasa langsung perit mentari malah membuatkan aku begitu bertenaga lagi tanpa menghiraukan kepanasan !




Ketika beraktiviti di tempat terbuka dan di bawah mentari , pastinya kulit berpeluh peluh. Tapi sunscreen yang aku pakai tu tak menganggu aku sama sekali. Berbeza dengan sunscreen yang pernah aku guna sebelum ni... kulit jadi gatal , kering dan berminyak. Lantas,  aku tak gemar nak pakai dah sunscreen ! Huhuh.. 

EDT atau perfume Kahf ! 


Nah.... ini satu lagi kelemahan aku. Ketika beraktiviti terutama di gym  , bau baju menjadi masalah. Bukan sebab badan tu yang mengeluarkan bau dari baju hasil dari gabungan peluh dan  baju tu sendiri. Membuatkan aku rasa cukup tak selesa ! Pakai perfume pun masih terasa bau yang kurang enak. Huhuh.. Bila berbual dengan rakan di gym, memang akan jarakkan diri ! 

Tapi pada hari itu , aku senantiasa wangi dan segar je. Heee... Syokk ! 

EDT Khaf ada 4 variasi. Yang paling sesuai dengan aku ialah Waterfall ! Allah... wanginya laa bila disembur pada badan dan baju. Terasa seperti lelaki sejati walaupun memang aku ni lelaki sejati ! Haaa.. Bila berpeluh, takda nak bau tengit bagai ! Heee.. Syokk ! 

Harga EDT ni memang menarik. Harganya mampu milik dan tak segan nak bawa travel sebab warna dan botolnya nampak begitu ekslusif ! 


Sejujurnya , korang patut simpan ke empat empat variasi EDT ni di rumah. Sesuai dipakai ketika nak solat , tidur malam , keluar beraktiviti mahupun nak gi dating ! Heeee.. Jangan lupa berterima kasih kat aku sebab syorkan EDT Kahf ni kat korang eh.. 

Kat mana nak beli produk produk Kahf ni ? Di Watson , Guardian dan kalau malas nak keluar membeli, di Shopee ada ! 

Link belian produk Kahf di  Shopee : https://shopee.com.my/kahf.os










Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
 Teringat lagi isu menyelubungi aku dan wife sebelum pandemik. Zahra hanya sempat ke tadika setahun saja pastu terus 'menginap' di rumah dek kerana Covid 19. Dia ada masalah masa tu. Tak kenal kiri kanan dan juga huruf. Ajar banyak kali dah tapi memang payah nak melekat. Pakai kasut pun asyik terbalik jer. 

Solusi ? Masukkan dia ke kelas phoenic. Belajar membaca melalui membunyikan dan melagukan suku kata. Cenggitulah lebih kurang. Dari situ dia cepat belajar. Memang itu sebenarnya masalah dia. Bukan lembab tapi cara nak mengajar dia tu agak berbeza sedikit berbanding Qhaliff dan Aariz. Aariz lak, 5 tahun dah kenal huruf dan boleh membaca. Ajar masa PKP. 

Tapi selepas dia dah boleh membaca, dia dah boleh 'uruskan' diri dia sendiri. Dia belajar melukis sendiri melalui Youtube , belajar kraf sendiri dan bab mengira pun dia cepat tangkap. Alhamdulillah, ke sekolah pun dia takda masalah. Ternyata PKP ni banyak memberikan impak pada mereka. 

Tak lama lagi , dia bakal masuk ke Tahun 3, Qhaliff  pula di Tahun 5. Aariz ? Tahun 1. Bab pembelajaran , sesungguhnya aku dah sediakan untuk mereka masuk ke kelas tambahan secara online. Kalau nak antar bersemuka, rasanya payah sedikit. Lebih senang secara online jer. 



Alhamdulillah.. aku dah cuba pada Qhaliff dan ternyata memberi impak positif. Bermula di Tahun 3 sekarang dah masuk Tahun 4 , banyak dia perubahan pada dia. Memberi ilmu pada anak anak kita , adalah kewajiban ibu ayah. Jika berkemampuan , apa salahnya kan ? 

Qhaliff bermula dengan Flyhigh dan sekarang , dia join Rely. Harga pun berpatutan. Kelas dia pun di ajar oleh guru guru yang cukup berpengalaman. Tak faham , boleh tanya terus ! Tak perlu nak malu malu. Mak ayah boleh pantau dan menariknya , jika terlepas kelas, boleh tonton rakaman dan nota boleh didownload jer. Senang ! 

Oh ya.. info pasal ReLY ni korang boleh tengok sendiri di www.relyedu.com. 









Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Cuti panjang Deepavali 2022, tak tau nak bercuti ke mana. Aku malas nak harungi kesesakkan lalu lintas dan juga nak bertegang urat dengan pemandu yang tak beradab di jalan raya. Tapi anak anak boring duduk rumah. Nak tak nak , kena bawa mereka berjalan juga. 

Destinasi ? Hee... ke rumah sepupu mereka di Sungai Buloh. Di sana baru plan nak ke mana. Bincang punya bincang , akhirnya semua bersetuju ke Sg.Klah Hot Spring. Dari Sungai Buloh tu mengambil masa 1 jam 30 minit je melalui Lebuhraya Utara Selatan. 

Lepas subuh , bertolak ke sana. Alhamdulillah , perjalanan dipermudahkan. Atas jalan raya pun tak banyak kereta. Segalanya mengikut perancangan. Sampai di sana , dalam jam 8.30 pagi. Sempat bersarapan terlebih dahulu di kedai berhampiran. 

Pengunjung belum ramai lagi ketika kami sampai. Wife dan adiknya uruskan bahagian tiket. Aku jaga anak anak. Oh ya, ni kali kedua kami ke sini. Kali pertama , 2017. Rasanya masa tu datang untuk buat review. Menginap di Felda Residence. Best gak tempatnya. 

Hurm.. harga tiket ? Agak terkejut gak la harga dah naik. Tapi tak pe la. Bagi aku asalkan dalam bersih dan terjaga.. ok dah la ! Bukan selalu datang pun. Kan kan ? Asalkan anak anak seronok bermain dan mandi..

Sejujurnya , aku suka sini. Dengan permandangan yang cantik. persekitaran yang bersih dan terurus , air kolam yang segar tanpa risau terlebih klorin.. aku boleh menyelam lama tanpa mata menjadi merah ! Hahahaha.. Syokkkkk.. Best ! 

Haa.. sini ada 2 kolam besar. Satu kolam air panas dan satu lagi kolam air sungai. Surau , tandas.. bersih. Makanan luar tak dibenarkan bawa masuk.  Air minum takpe. Nak makan ? Ada restoran di dalam. Cuma kena sabar sedikit la.. Hee..

Alhamdulillah.. tengahari kami pulang. Dan semua selamat. Begitulah percutian kami kali ini. Hee.. Jimat beribu ribu ringgit. 


 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Tu je aku cakap kat dia. Nak cakap terus pada orang yang merokok tu , aku malas dah. Kita sedia maklum , spesis ni bukanlah terdiri dari mereka yang tak bijak atau golongan terencat akal tapi majoritinya boleh membaca dengan baik, menonton television dengan sempurna dan juga bekerjaya. Yang tak kerja pun ramai tapi harta melimpah ruah.. sebab tu mereka merokok. 

Di restoran mamak pagi ni.. rasanya tiap kali ada pengunjung duduk di luar , mesti akan menyalakan rokok dan juga hisap vape. Yer, apa saja yang berasap tidak mendatangkan faedah pada alam sekitar , keluar dari mulut hidung manusia wajar disaman ! Yang datang kedai makan ni biasanya berkeluarga. Takkan nak halang kot ? Walaupun yang merokok tu penghuni tetap restoran atau kedai makan tu tapi adalah tidak patut sama sekali mereka merokok di situ. Apa faedah untuk orang sekeliling ???? Untuk diri sendiri pun dah takda faedah. Dah kira ketagihan pun ! 

Nak merokok.. gi jauh jauh ! 

Aku tak halang korang nak merokok tapi gi la jauh dari orang ramai. Tak perlu nak tunjuk keras kepala atau ego. Berdosa hukumnya. Korang menyebarkan racun pada orang lain terutama kanak kanak. Tak rasa bersalah ke ??? 

Pasni aku nampak, aku amik gambar dan terus buat report ! 







 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes