BEN ASHAARI



 

Tgk Ryukendo.. Babak 'ngeri ' dia tutup muka dgn selimut ! Sebelum ni ada dia layan Jurassic Park. Menyorok belakang aku sambil tengok ! Jengok jengok gitu haaa ..

Dan yang pasti .. malam ngingau .. huhu .. Kuat ngingau cam bapak dia ! Heeee .. ngaku neh !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Dulu , orang kata amik gambar sendiri tu .. org yg syok sendiri ..
Perghhh.. semua dah patah balik ke batang hidung sendiri .. Apa dah jadi ni ? Huhuh ..

Selfie tanda yakin ? Eh , ari tu kata tanda punya penyakit mental ? Huhuh..

Aku pun suka gak selfie tapi lebih pada ke cermin laa .. Tu pun selepas selesai workout .. heee ..

Kalau dulu , segan nak berposing gini .. Apakah manusia di zaman sekarang ni , semakin cute ? Atau benarlah kata mereka … manusia zaman ni semakin berkeyakinan tinggi ..

Hurm.. pendapat aku ? Selfie je laaa ! Asalkan gambar sendiri ! Jangan amik gambar orang pastu kata gambar sendiri , dah la ! Tu bukan selfie tapi tunggu dimaki !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

" Kandungan boleh mencecah hingga 3.2 kg “. Wife bagitau aku , selepas check up di hospital tengahari tadi.

Berbeza dengan Qhaliff , yang mana sewaktu melahirkannya .. berat dia adalah 4 kg lebih ! Besar , kata doktor.. Tapi kenapa yang kali ni kecik sedikit ?

Wife cerita kat doktor , sewaktu dia mengandungkan Qhaliff .. di beberapa bulan terakhir sebelum bersalin tu , dia ada minum susu Anmun..

Dan doktor pon tu pon kata berkemungkinan tinggi dari sebab tu . Katanya kandungan gula yang tinggi dalam susu Anmum tu mungkin menyebabkan baby tu besar. Wife takde diabetis … Jadi , bukan sebab tu !

Dan katanya lagi , banyak kes yang dia uruskan .. baby mmg tembam tembam.. Menurut doktor tu , ibu baby baby tu mmg ada amik susu Anmum ..

Aku ada buat survey kat FaceBook mengenai isu ni .. Pelbagai pengalaman dikongsi bersama oleh rakan rakan yang pernah minum susu ni ..

  • Mohong je tue. Saya minum anmum sampai anak 40 minggu dalan perut. Alhamdulilah anak kuar 2.7kg je. Yg blh besar ank dalam kandungan. Klu si ibu ada diabetis masa hamil. Jd elakkan minum susu yg berperisa spt mango atau coklat
  • Nurse pon cakap gtuh..susu anmum bnyak fat katanya...wallahualam..tp sy sbg ibu y pernah minum mmg seteguk je lalu..pastu rasa muak...mmg rasa dia pon ala2 bnyak lemak...
  • Tak jugak..sy pon minum anmum..ank cuma 3.1 kg.
  • Haah... Ia berlaku pada kami. Kandungan 28w++ doc detact ada GDM.. Urghhhh sgt leceh bila kene buat BSP setiap 2 minggu dan segala jenis makanan yg hebat2 terpaksa dicatu. Bayangkan org pegnen x leh mkn itu ini.. Dietitian siap ckp "Sy pon x paham la knp Anmum ada jual lg dlm pasaran. Manisss la"
  • Anmum sy test je masa preggy anak 1st...dapat minum seteguk je..pastu stop...x blh minum mmg muak...TAPIII anak kuar besar jgakkk....hahaha...3.89kg y 1st ... 3.77kg 2nd n 3rd...
  • Ikut bdn org jugak kot. Sy sbb minum anmum yg perisa original tu berat naik mendadak. Lps tu trus stop tukar susu lain. Kebanyakan nya sy minum susu kotak je. Alhamdulillah baby lahir masa 38weeks dgn berat 2.85kg. Sy ada gdm gak masa pregnant. Tp tu sbb factor keturunan kot. Sbb abah pengidap kencing manis.
  • Sy beli setin ke kecik anmum seawal kandungan sampai nak beranak susu tu abes2.. maknanya sy x minum la..kluar2 anak 4.03kg.. huhu..hari2 bedal nasik lemak...
  • Doc sy ckp masa dia x mengemukkan tapi susu dia MANIS dan sgt x sesuai utk ibu2 yg ngadu g bimbang penyakit lain sume dtg. Siap ckp lagi "sebenarnya susu apa pun boleh minum.pandai atau tidak bayi kita kita yg mencorakkannya sbb sel otak mmg akan trrus berkembang kalau xde apa2 masalah" ni doc yg ckp heheg bukan sy.
  • Susu anmum salah satu penyumbang baby besar.keywordnya gula berlebihan.makan benda lain yang bergula pun buat baby besar juga.faktor lain,sebab keturunan.mak bapak besar,anak pun besar juga..hehe
  • Faktanya anmum tu kandungan gula tinggi..kesan dia berbeza pada setiap org sebab sistem badan setiap org xsama...lbh baik minum susu segar dr ladang atau Ostematrix
  • Sempat check up kat klinik dulu bbrp kai sblm gugur 5 bln ..nurse ckp minum je apa2 susu asalkan dpt kalsium..nurse ckp susu anmun plk buat baby besar..entahla..tp mmg takleh minum susu tpg jd sy ambil susu segar HL jela..
  • Saya pun dietician suruh stop amik anmum sbb manis dan katanya punca baby besar. Kebetulan saya ada diebetes mengandung kali ni, terus tak beli. Anak sulung dulu minum anmum, dpt diebetes sampai bersalin kena induce. Kandungan ke dua tak amik anmum, diebetes takde. Yg ke tiga ni, ada diebetes, dan cepat2 dietician suruh stop. Kalau tak kerana baby songsang mungkin saya senang bersalin normal sbb baby saya kecil 2.6kg je.
  • Pernah bc 1 artikel ni..there are no such thing, susu for ibu mengandung..overseas x apply pun susu utk ibu mengandung just minum fresh milk je..tu yg sy bc la..tp x igt da bc kt mane..
  • Saya dulu mnum anmum coklat...dr 14 week smpai bersalin...alhamdulillah 3.24kg jer...maybe ada yg ok ada yg x...saya lbh suka buat lbh air...so xdelah manis sgt...dan alhamdulillah juga xde kencing manis spnjg preggy...bleh mnum susu soya...jnji susu....
  • Yup btol...berat naik minum anmum..n doc soh stop minum..doc sarankn minum susu dutch lady yg low fat
  • Kbnykn gynea akn advice elak susu anmum coz kandungan gula agak tggi. Beter amik madu/kismis/kurma or fresh milk aje. Everywhere can get. Yg pnting pndai2 la dptkn kalsium yg sesuai dgn bdn msg2.
  • Atas badan jugak. Ada org ok, minum susu apapun takpe. Ada orang tak sesuai, mudah dpt diebetes sms mengandung, anak besar dr biasa dll. Apalah nak ribut, org ni ok je, org tu tak besar pun anak, bla bla... kita kat sini nak kongsi pengalaman je...
  • Sy minum susu anmum dr 5 week until 11 week.. bila p checkup doc ckp ok.. setiap kli mnum susu juz msuk 3 scoop then air lebih.. x de la rse sgt.. yg rse tawar je la even mnum perisa coklat.. susu lain mmg x blh masuk..

 

Hurm… macam  macam cerita ada.. Baguslah gitu.. Bagi aku , dapatkan nasihat pakar yang lebih mengetahui tentang diri kita . Maksud aku doktor yang selalu check kita laa.. heee ..

Mana yang terbaik , kita ikut ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Photo

Ingat lagi aku masa kecik kecik dulu.. Dalam usia sekolah rendah gitu. Rajin la bapak aku bawak famili gi mandi sungai. Dan aku wajib ada bawak penangguk ikan tu haa .. Confirm aku akan redah celah celah batu untuk tangkap ikan dan letakkan dalam baldi..

Melihat ikan berenang , satu kedamaian bagi aku .. Dengan warna warni di badannya lagi.. Menambahkan keseronokkan bila melihatnya.. Heee..

Tak sangka minat aku ni turun pada Qhaliff.. Minat sungguh dia dengan ikan .. Heeee… Selain ikan , burung pon dia minat. Aku minat gak terutama burung kakak tua dan burung helang.. Heee..

Photo

Ke memang budak budak ni , suka ikan dan burung ? Hehehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

“ Abah , tu anak sapa  ? “.

Kelihatan seorang budak kecil dalam usia 8 tahun berkeliaran di belakang rumah orang tua aku. Entah apa dia cari pun , aku tak pasti.. Yang aku pasti , dia masih berseluar sekolah dan berkasut putih.

Hurmm..

“ Anak si polan tu .. Masing masing sibuk kerja.. Anak tinggal kat nenek jer. Nenek dia lak dah tak beberapa sihat .. “.

Anak kawan aku. Kesian jugak aku. Kawan aku tu cuma seorang pemandu lori. Manakala isterinya , kerani jer.. Memasing keluar awal pagi , petang baru balik.  Anak lak , dah mula sukar dikawal.

Terfikir jugak aku.. Kalau aku dan wife aku bekerja keras siang malam untuk cari rezeki tapi anak pulak macam tak beribu bapa .. Bila mereka jadi degil dan keras kepala , salah sapa ?

Memang benar ibu bapa cari duit untuk keluarga tersayang. Tapi kalau dok kasi kat orang untuk diasuh jer , masalah jugak .. Bila mak ayah balik , memasing dah penat.. Kat rumah , sambung tengok gadget , tengok tv.. Anak disuruh buat kerja rumah.. Macam tu je ..

Kalau anak lulus peperiksaan dengan cemerlang pon , terfikir jugak aku.. Apakah kerana usaha kita atau kita sekadar cari duit dan serahkan pada yg profesional untuk mendidik kita .. Hurmmm ..

Jadi , apa tujuan sebenar berkeluarga ? Entahlaah.. Kekadang terfikir , kita dah lari dari matlamat kehidupan .. Dah jadi hamba pada dunia ni ? Hurm..

Bila sampai giliran anak pulak kawin , apakah mereka akan ulangi apa yg kita buat pada mereka , dan lakukan pada anak anak mereka ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Haaa.. Baru nak insaf !! Hahahahhaa .. Ceritanya gini .. Di Aeon Alamanda tadi .. aku dok tolak dia dalam troli .. Dan sampai satu tempat ni , aku berhenti jap sebab wife nak letak barang yang dia dah pilih ..

Qhaliff , yang dalam troli tu .. secepat kilat gi sambar menda tuuuu .. Tuuu .. Yang dalam gambar tu ! Dan dia gigit ! Hahahahha !

Terus dia jerit ..

“ Air ! Air ! Air ! “ .

Aku kasi je laa air .. Hahahah … Pastu , dia tak berani dah nak amik ! Hahahaha .. Bagus sesekali kena gini .. Baru dia tau ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Dah lama aku teringin nak minum susu kambing dan nak jadikan amalan setiap malam sebelum tidur dan seawal pagi ..

Alhamdulillah , aku jumpa dah yang sesuai sangat dengan aku yang punya masalah tekanan darah tinggi dan keletihan setiap kali bangun pagi .. Tak segar gitu  ..

Hehehe .. Dengan izin Allah , susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni , menambahkan lagi keyakinan aku untuk menjaga kesihatan..

DSC00718

Aku cuba dulu sebelum berikan pada ahli keluarga dan syorkan pada rakan rakan aku . Rasanya ?

DSC00721

Nutri Goat Miracle 8 yang aku rasa ni , takde bau yang meloyakan dan rasanya pon enak.. Tu tekak aku la.. Nak kata ada payau , pahit ke.. takde la pulak.. Ada manis skit je rasanya..

Ok… Halal kah ? Aku tau ramai akan tanya part ni ..

DSC00724DSC00727

Nampak tak ? Jelas ? Heeee …. Bagus.. Kalau tak puashati gak , leh je hubungi mereka nanti untuk penjelasan lebih lanjut..

Ok .. Aku tahuu apa korang nak tanyaaa kan ? Apakah keistimewaan Nutri Goat Miracle 8 ni ?  Meh sini aku taip semula kandungan yang ditulis pada flyer yang aku dapat tu .. Aku taip tauuu ! Bukan copy paste yer !!

Ianya adalah susu kambing asli yang diperkaya dengan 8 makanan tambahan sunnah untuk kesihatan menyeluruh !

8 makanan tambahan sunnah itu adalah :

  1. Kismis – Mengandungi zat besi , potassium , magnesium , kalsium serta vitamin B1 , B3 , dan B6. Sangat bagus untuk pelajar.Melindungi hati , memulihkan keletihan saraf .
  2. Kurma – Pantas diproses dan diserap oleh badan.Memberikan tenaga segera kepada badan. Baik utk wanita mengandung dan bersalin.Mengandungi potassium dan zat besi.Juga bagus utk peguat memori.
  3. Madu – Ia adalah makanan segala makanan , minuman , ubat segala ubat.Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas.Membuka selera , menguatkan perut dan membuang kahak.
  4. Saffron / Za’faran – Membantu proses penghadaman , menguatkan ingatan , mencerdaskan minda ( sesuai utk pelajar ) , melancarkan pengaliran darah , mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan keletihan , menambahkan selera makan kanak kanak .
  5. Habbatussauda – Menguatkan sistem imunisasi badan. Menurunkan kadar gula dalam darah. Menstabilkan tekanan darah tinggi atau darah rendah. Mencegah kanser.
  6. Buah Zaitun – Rawatan kulit dan rambut.Melambatkan penuaan, merawat radang perut.Mencegah kanser dan serangan jantung.Mengandungi Vitamin E. Merendahkan kolestrol jahat ( kolestrol LDL ) .
  7. Buah Delima –Anti oksidan , melindungi jantung , menurunkan kadar kolestrol LDL dan meningkatkan kolestrol HDL ( kolestrol baik ) , memperlambatkan penyakit Alzheimer , bagus utk wanita mengandung utk memperoleh anak yang cerdas.
  8. Buah Tin – Mengandungi Kalium , Omega 3 dan Omega 6, meningkatkan memori otak , mencegah anemia , mengurangkan risiko kanser payudara .

Ok … 8 makanan sunnah yang diadunkan bersama susu kambing untuk pemakanan tambahan agar badan senantiasa segar dan sihat ..termasuk juga khasiat yang akan dibekalkan pada bayi dalam kandungan .. Huhu.. wife aku kena minum ni.. InshaAllah ..

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh saja ke :

Facebook : www.facebook.com/DMieliaBeautyHealth

Agen Jualan : http://on.fb.me/1mzOclW

Hotline : 019-3497868

Dan khas untuk readers blog benashaari.com , boleh type NGM8 dan send kepada 019-3497868 untuk dapatkan diskaun 15% sekotak sepanjang 14-20hb.

Maka harga akan jadi rm34 (sm) rm39 (ss) . Tidak termasuk penghantaran yer .. Heeee …

Photo

Jom secawan , setiap malam sebelum tidur.. Dan rasakan kesannya nanti.. InshaAllah ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Aku tak tau dari mana dia belajar gigit kuku ni .. Hurmm .. Berkali aku tarik tangan dia tu .. Hasilnya , aku dapat tamparan wanita dari dia .. Tiap kali wooo .. Sakit woooo...Birat wooo .. 

Hurmm .. kena siasat sapa 'sifooo' dia ni ! Aku tak gigit kuku woo .. Aku gigit siku je bila boring .. hurmm
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Wife bagitau , Qhaliff asyik terjaga dari tidur semalam .. Pas pujuk , tidur balik.. Hurmm .. Apakah kerana tengok binatang yang dia tak pernah tengok ? Kiranya lemah semangat la kot ? Atau sekadar mimpi ngeri bersama Neelofa ? Atau dia mimpi pakai tudung Pigidah kah ???

Photo

Hurmmm.. Nasib baik aku pun tak join sama meracau .. Heee .. Kalau tak ? Sapa nak pujuk aku ??? Hahaha .. Aku tidur luar sbb Qhaliff dah conquer tilam bersama mak dia ..

Lagi satu , risau je dia ngingau dan bagi flying kick kat aku atau sebaliknya ? Heee.. ada dah sejarah terukir mengenainya ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Segalanya bermula bila aku up satu status promosikan produk rakan rakan di ruangan status Facebook aku tu .. Aku tengok satu satu.. Kot kot ada yang menarik .. Dan , mmg benar laaa ! Ada rakan promote sesuatu yang amat menyelerakan tekak dan mata !! Huuu…

Lama dah wife aku ajak makan mee udang ni ! Mengidam sangat dah .. Tapi tak sampai terliur laaa.. Hehehe.. Terfikir gak sampai nak ke Keramat atau Kuala Selangor untuk cari mee udang ni ..

Dah rezekinya ! Petang tadi , setelah deal ngan tokey D’Laila ( Mee Udang / Mee Ketam ) .. aku pon ke sana .. 15 minit dari rumah jer.. Hehehe .. Aku tanya melalui private message pada awalnya untuk bertanyakan tempat.

Terletak di MMA Corner Nilai … sila guna Waze kalau nak mudah .. Kalau tak , jenuh gak nak cari.. Hehehe .. MMA Corner ni macam Food Court jer.. Memang leh nampak dari tepi jalan. Betul betul dekat dengan bulatan pusingan tu jer ..

Photo

Dalam kul 630 petang , sampai kat situ.. Dan aku pon order la apa nak makan .. Mee udang untuk dua orang makan .. Baru RM10 koo !!

Manakala Qhaliff lak , nasi air … Heheheh ..  Banyak pilihan wooo !

Udang , ketam dan beberapa lagi makanan laut yang segar .. tunggu masa untuk dimasak jer .. Heheheh ..

Sedap ke ? Ok .. terus terang ni ..

Aku tapau mee ketam untuk aku , dan jiran aku yang gilakan ketam ! Hehehe.. Kalau tak sedap , aku nak tapau tak ? Cer pikio sat ..

Nanti nak gi lagi.. Mau follow ? Jommmm !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Bukan kayu langsir daaa ! Hahahaha .. Akhirnya , aku dapat apa yang aku nak selama ni .. Bukan takde pon sebelum ni tapi tak yakin memandangkan ada kes orang terjatuh bila bergayut tu..

Aku mula yakin bila tengok video dia .. Haaa.. Kes jatuh adalah sebab kecuaian sendiri ! Tak double check sebelum nak guna .. Heee ..

Photo

Aku beli ni secara online.. Kul 2 pagi order , kul 10 pagi sampai rumah ! Hahahaha .. Giler cepat aihhhh .. Harga ? RM33 je pon weh ! Kalau harga market , RM100++ haaa..

Kukuh ke ? Tak berpusing ke ? Mudah alih ke ? Haa.. Part mudah alih tu , tak laa.. sebaiknya biar kekal kat situ walaupun boleh bawak gi mana mana cuma masalahnya nak kena drill tu laa.. Kalau nak pindah rumah , boleh bawak sekali.. heee ..

Kukuh ? Bila nak pasang tu , kena tengok betul arahan dia .. Jangan main sauk jer .. kang tergolek , nak saman aku .. tak guna bang ! Haaa.. Pastikan dia betul betul dah ‘lock’ kat dinding tuu !

Tengok  video ni betul betul .. Pastu fikir masak masak .. Nak beli kat mana ? Heee.. Beli kat SINI

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Tercapai jugak hasrat aku sekeluarga nak ke tempat ni ! Dan lebih menarik lagi , pergi sebagai blogger ! Haaaa Kiranya dapat layanan istimewa skit.. Heee.. Tu bestnya jadi blogger .. Terima kasih Virtual Malaysia dan pihak pengurusan Farm In The City.

Ok ok .. Terus terang la kan .. Bukan sebab nak balas budi tapi aku lama dah tertarik nak pergi sini setelah diberitahu rakan aku yang di Seri Kembangan ada tempat menarik untuk beriadah bersama keluarga.

Hurm.. Sebenarnya la kan.. aku yang cukup teruja nak pergi sini ! Hehehehe .. Suka aku gi tempat gini berbanding dari tempat tempat cam theme park tu.. Aku lebih rileks dan enjoy gini ..

Ok.. apa ada dalam ni ? Perghh.. macam macam ada .. Dan banyak tempat rehat disediakan . Jadi takde la nak kelam kabut sangat.. Pokok pokok pon melindungi dari panas terik ..

Macam macam aktiviti dibuat dalam ni ! Memang korang akan penat dan enjoy punya !! Serius woooo .. Budak budak pon happy jer.. Dan takde pun bau busuk binatang .. Ada tu ada laa .. Tapi takde la ketara sangat sampai perlu pakai penutup hidung.. heee ..

Aku tak sempat amik banyak gambar sebab kena dukung Qhaliff ! Tak sempat jugak aku nak main dengan ular sawa tadi.. huhuhu.. Berpeluh dukung Qhaliff je aku .. hehe.. Wife pon , tak larat sangat nak berjalan lama tadi .. Balik awal kitorang .. hee..

Ok , camana nak ke sini ? Guna Waze , set ke Farm In The City , Seri Kembangan. Kalau takde Waze , pergi je menghala ke Giant Seri Kembangan atau pasar borong selangor .. Dekat belakang area tu jer .. Haaa.. Guna la waze senang .. hee..

Harga ? Aku terlupa nak tengok tadi.. Sorrryyyy .. Atas RM30 gak laa .. Rasanya aaa …

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Kesian sebenarnya.. Aku ni , bukanlah berniat nak memburukkan mana mana pihak apatah lagi menjatuhkannya.. Nak sedarkan dia dan jugak orang orangnya..

Macam macam cerita aku dengar pasal diorang ni .. Hurm.. nak kata tak percaya , ianya datang dari mulut kawan kawan.. Yelah , jangan percaya sangat tapi bila melihatkan dari gaya kesombongan tokey dan kuli , lebih kurang jer.. maka tak hairanlah cerita cerita gini leh timbul.

Aku biasa masuk ke page page Facebook company besar cam Maxis , Nokia , Samsung dan sebagainya. Mereka selalu kena hentam dengan pengguna pengguna media sosial ni. Tapi yang aku kagum tu , admin page mereka sangat cool. Cara menjawab tu membuatkan si penghentam tu , tak berbalas dah ! Terus diam ..Hahaha ..

Contoh jawapanya…

“ Sila hubungi XXX XXXXX XXX XXXX untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi pegawai perhubungan pelanggan kami . Terima kasih .  “

Haaa.. Nak kata apa dah ? Bukannya macam diorang tu ! Malah siap di delete komen yang ada fakta dan blocked ! Hanya tinggal cumalah kaki bodek dan kaki kipas susah mati ! Haa , sesuailah tu.. ! Penyamun dengan penyangak dalam satu page ..

Sesuka hati panggil orang lanun .. Walhal ? Belajar bercakap sedikit . Hormat tu penting walaupun bukan pelanggan awak ! Dan ingat asal usul tuuuu .. Mudah lupa orang kita ni ! Ceh …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Fuhh.. penat betul dia .. Bangun kul 7 pagi .. Pastu kacau mak pak dia .. sampai kul 2 petang .. Paksa tidur pon tak nak .. Dalam dok main dan gelak dengan mak dia , tau tau .. terlena atas sofa ni !

Ada kawan tanya nape tak alihkan ? Sebab kalau angkat dia , confirm terjaga dan menangis .. Jadi biarkan je dulu .. Lagi pun nak bangunkan  juga nanti .. Nak keluar gi umah mak aku.. Dan dia sambung tidur dalam kereta .. huhuhu..

Memula aku macam tak percaya yang dia tak bergerak langsung.. Aku tengok balik ada ‘details’ gambar sebelum ni .. Tengok masa gambar di snap. Yelah , 2.29 petang dan yang kedua .. 3.24 … huhu .. Dasat aihh..

Aku angkat dia , berpeluh sedikit belakang dia .. Patut la selesa je…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aku makan biskut ni lama dah.. Tak berapa mengemarinya sebab tak original .. Tujuan aku makan tu adalah lebih pada menjaga kesihatan … kolestrol kena jaga wooo !

Tapi apakah biskut oats ni benar benar sesuai untuk mereka yang nak berdiet atau untuk mejaga kesihatan ? Cuba lihat kandungan biskut ni kalau orang membelinya nanti .. Heee..

Sedap memang sedap ! Tapi jangan lupa , yang sedap itu ? Haaaa .. Makan tu boleh , tapi sederhana .. Jangan nanti dah mai penyakit , nak salahkan itu ini .. Apa jua kita makan , sederhana yer .. Huhuh… Melainkan ianya memang dah sahih bagus untuk kesihatan kita , dan takde larangan untuk memakannya secara berlebihan.. Huu..

Ramai jual biskut ni .. Adik aku pun. Kalau pandai cari peruncit yang ok , dapat la jual dengan murah.. Rasanya boleh dapat sebungkus dengan harga RM7 je ni ..  Cuma stok dia terhad .. Huhuhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
 
Makan yogurt ! Suka diaa makan menda menda gini haa ! Tapi bila dia makan yogurt ni , aku kena kerja keras skit laa .. Antaranya ?
Hurmm..


Hurmm.. dia tumpahkan yogurt , pantas amik tuala yang baru dan kibas abis yogurt tuuu .. Nak tutup bukti sebelum kena sergah dengan aku ! Huh … Dalam aku tak perasan tuuu .. Kalau tak terkena kat aku tadi tuala tuuuu , confirm aku tak sedar apa yang berlaku .. Huhhhhh…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hahahah .. menarik giler rancangan ni ! Dipaparkan di FOX , kali pertama aku tengok dan terus terlekat .. Sebuah ‘game show’ yang menguji minda dan kecergasan mereka yang ‘ bernasib baik’ ..

Peserta yang terpilih , adalah berdasarkan mereka yang datang ke mesin ATM utk mengeluarkan duit.. Tetiba ada suara dari mesin ATM tu.. Hehehe ..

Mesin ATM ni pulak di letakkan di tengah tengah komplek membeli belah.. Pastinya ramai laaa orang tengok apa yang peserta tu buat ! Menariknya , orang ramai dibenarkan membantu memberikan jawapan atau menyelesaikan tugasan !

Best giler !

Hadiah ? Wang tunai sehingga US$15,000 !!

Soalan soalannya meliputi pelbagai aspek ! Nampak cam mudah tapi perlu ada pengetahuan dalam menjawabnya ! Jawapan , mmg diberi kat situ .. Kecuali tugasan yang mencabar ! Kena bijak untuk selesaikannya .. huhuhu ..

Peserta yang aku tengok ni , seorang guru.. Selangkah lagi untuk dapatkan hadiah utama ! Tugasan yang diberi , dia kena cari 3 barang kanak kanak berusian 4 tahun ke bawah , tak silap aku .. Hehehe..

Dan dia gagal ! Frust giler dia ! Walhal dia boleh je berhenti ketika dapat US$5,000 .. Huhu.. Takde rezeki ..

Berbeza benar dengan kuiz tak berfaedah yg dihoskan oleh bekas penyanyi rap tu haaa.. Buat orang gelak je lebih tapi faedah ? Hurmm …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Adakalanya , kita terasa ‘sesak nafas’ bila anak kecil kita asyik nak mengendeng ngan kita jer .. Kawan kita atau sedara mara kita nak dukung atau bermain dengan dia pon , dia tak nak .. Lambat panas atau lebih tepat ..

“ Kau sapa eh ?? “ .

Bila datang time gini , mmg penat.. Dia nak kita dukung je dia .. Ajak main pon tak nak..

Mengeluh ? Takde laaa .. Sebab ? Sebab ada kebaikan di sebaliknya ..

Photo

Dia takkan berani nak main dengan orang tak dikenali dan juga pergi main jauh jauh.. Heeee .. Skit sikt , pandang kita.. Dia jalan laju camana pon , dia pasti toleh ke belakang.. Pastikan kita ikut dia .. Heee..

Nanti dah berani , kita pulak pening kepala .. Asyik nak jalan sendiri jer .. Huhuhuh…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Alhamdulillah .. Tadi gi check kat klinik Dr. Maria .. Doktor Norhayati yang bertugas. Bagus dan mesra orangnya walaupun nampak cam garang pada awalnya.. Huhuh … Kena rajin senyum dan mesra cam sorang lagi doktor tu.. Pantas je bagi salam pada pelanggannya .. huhu ..

Aku mintak untuk scan sbb aku hanya tengok sekali je ari tu .. Kalau checkup di klinik atau hospital kerajaan , mmg aku tak dapat la tengok .. Huhuh..

Menurut doktor , segalanya ok… Air ketuban cukup .. Kedudukan kandungan dah berada di ‘lokasi’ sepatutnya. Tunggu masa nak ‘engage’ je katanya .. Huhuhuh ..

Tak dapat jugak tengok muka dia .. Huhuh.. Qhaliff ari tu dapat tengok .. Ni nak suprise bapak dia ni .. heeee …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Ramai ingat aku bengang atau marah sangat laa kat makcik tu gara gara tindakan dia terhadap penjual penjual tudung tu .. Iskhhh , apalah hak aku nak amuk sedemikan itu.. Tak puashati kalu , gi je buat laporan polis atas tindakan mereka tu kemudian pakat pakat amik peguam , saman ! Saman lagiii .. Heee ..

Bagi aku la kan … tudung tu singkat atau labuh camana sekali pun , tapi kalau tak reti nak gayakan mengikut cara yang dianjurkan dalam Islam , maka salahkan si pemakai tu ! Tudung tak salah aihhh .. Yang salah orang yang beli dan pakai ! Beli tudung singkat tu , pakai di rumah jer ke .. Atau wat pakai ketika jemur baju ke .. Atau pakai yang labuh dulu , kemudian pakai yang .. Haaaa .. Dua sekali pakai !

Katakan aku beli tudung labuh.. kemudian aku hadiahkan pada kawan aku.. Dia pon pakai .. Dia pakai tudung labuh dengan seluar sendat ! Haaaa .. Dah pulakkk gitu fesyennyaa ! Nak salahkan seluar sendat pulak ke ?? Kalau kasi seluar dalam warna pink berambu ramba , suruh pakai di dalam .. tapi dipakainya di kepala , salah sapa ?

Ok.. dah tu apa yang aku kecohkan sangat ? Pasal hak cipta yang dikecohkan tu .. Akhirnya  macam macam cerita keluar ! Bukan pasal hak cipta laaa .. bukan pasal patern laa .. Iskh.. Dah tu ?

Dan aku tak puashati cara mereka menangani di media sosial ! Cara jawapan yang cukup angkuh , video pengiklanan yang .. hurmm… Tidak menunjukkan mereka ni profesional langsung ! Aku tak merujuk pada sesiapa tapi pada mereka yang menjawab setiap persoalan dan cara membalas pada mereka yang bertanyakan soalan atau menyerang mereka .. Tunjukkan la sikap yang profesional ! Tenang dan jawab dengan tepat dan ringkas !

Buat orang besar syarikat tu .. kalau aku laa kan .. aku pecat dah admin yang menjawab soalan soalan dengan kasar dan tidak matang itu ..

Lagi ?

Er , dan tolonglah jangan suruh mengampu .. Takkan buat marketing dengan cara gitu ? Kalau gitu caranya .. satu soalan jer , produk anda tiada kualitikah ? Kalau ada kualiti , tak perlu suruh orang mengampu ..

Nak saman aku ? Aiyaakkk .. Merendahkan standard jer nak layak KEYBOARD WARRIOR cam aku ni .. Sebaiknya , amik yang positif dan buang je perangai ego tu ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Mana nak ingat aku ! Bukan ada 4 bini haaa .. Yang pengalaman Qhaliff pon , tak ingat sangat.. Nak kena belek balik entri lama .. Tu pon keluar ikut tingkap..  Besar weh Qhaliff masa tu .. 4 kilo lebih ..

Yang ni , wife nak normal katanya .. Tapi dalam pemerhatian .. Sebarang tanda , kena cepat gi hospital Putrajaya .. Haaa .. Tu pasal aku dok berpeluh je ni .. Kena alert ..

Tapi , apakah tanda tanda yang wife nak bersalin ? Takkan dia jerit nak beranak je aku dah terus antar gi hospital ?  Huhuh … Dengan Qhaliff lagi nak usung .. Perghhh …

Jadi , aku google … Cari jawapannya.. Biasanya aku akan rujuk pada BabyCenter.com dari dulu lagi .. hehehe ..

Bagaimana saya tahu saya sudah hendak bersalin?

Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi.
Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:

  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.


Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:

  • samada anda pernah bersalin sebelum ini;
  • bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
  • bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.


Selebihnya leh rujuk kat SINI ..  Bakal bakal ayah , jgn pandang ringan yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

3 hari Samsung Note 8.0 aku tak ber’stylus pen ‘ ! Puas aku cari namun tak jumpa !! Aku letak sebelah aku je masa tu.. Tau tau , ilang dari radar ! Dah kerah dah semua aset yang ada dalam rumah ni ( wife dan Qhaliff ) namun gagal ! Qhaliff cuma mampu gelengkan kepala jer !

Tak pe la.. Takde rezeki . Buat kali pertama , aku akur akan kehilangannya .. Malas nak pening kepala.. Kalau ada rezeki , ada laa.. Bukan tak cari pon.. Cari dah ! Tak jumpa pon..

Petang tadi.. Sedang aku dok asyik layan FB dan Qhaliff asyik menyelongkar laci kabinet tv aku tu .. tetiba aku ternampak sesuatu di tangan Qhaliff !

Photo

“ S PEN akuuuu !!!! “. Jerit hati kecil akuuuu ..

Terus aku amik dari tangan Qhaliff .. Memang dia pon ! Huk alohhh .. Camana si Qhaliff leh jumpa dalam tu ! Persoalannya , camana boleh ada dalam tu ?????

Hurmm.. Jimat dah RM2K .. hehehe.. Baru plan nak tukar handphone aku gara gara SPen aku ni hilang !! Tu diaaaa .. Terus tukar phone kooo .. Hahahaha .. Hidup mesti poyo !

Hurmmm … Apakah dia yang letak situ atau aku yang salah letak ? Haishhh.. Makin tua aku ni !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Patutnya hari ni , wife ada check up berkala di klinik kerajaan . Tapi disebabkan dia ada keje luar , dia tak dapat nak pergi. Dah cuba buat penukaran tarikh tapi tak dapat .. Disyorkan agar pergi juga buat pemeriksaan di klinik swasta ..

Dalam kepala aku , klinik Dr.Maria di Alamanda Putrajaya. Yelah , doktor kat situ , doktor perempuan .. Jadi senang skit laa .. Tapi masalahnya ialah .. doktor mana yang bertugas malam ni ?

Sejarah lampau membuatkan aku dan wife amik berat part doktor bertugas. Jadi aku suruh wife call dulu klinik tu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ..

Dan wife call.. Dah tau sapa bertugas.. Doktor XYZ .. Hurmm.. Pernah ada pengalaman dgn doktor tu ! Serik ! Dia periksa tah hapa hapa jer.. Macam tak sabar nak balik jer ! Berbeza sungguh dengan satu doktor yang sering kami jumpa .. Dia periksa dengan teliti dan banyak bersoal jawab..

Disebabkan doktor XYZ bertugas malam ni , maka tak jadi nak gi klinik Maria .. Tukar klinik lain je la ! Hurmmm .. Walaupu tak beri impak pada mereka .. cuma hilang satu pelanggan je tapi disebabkan pelanggan tu ada blog , maka dia update dalam blog .. Agak agaknya , berapa ramai akan amik berat mengenai doktor yang bertugas selepas ini ? Hehehehe ..

Jangan main main dengan pengguna media sosial .. Antara realiti dan fantasi.. Segalanya mudah tersebar dengan pantas ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes