BEN ASHAARI



 

image image

Zahra pulak dibedakkan satu muka ! Dulu Qhaliff … Apakah Qhaliff membalas dendam lalu melakukan pada adiknya ? Uhuk.. hahahaha … Jawapannya , mudah je kan ? Semua orang tau .. ni kerja orang dulu dulu.. Kalau pakai bedak , abis satu badan dibedakkan.. hahaha .. Patut la baby wangi wangi jer kan ?

Kalau bedak dulu.. ok la kan ? Buat dari beras jer .. Pakai bedak sejuk.. Tapi bedak sekarang ? Hurmm.. Bedak pun dah ada ikut kategori umur .. Bukan boleh main sapu kat budak je kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Ramalan aku yang bukan peminat setia MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 sebab permulaan yang hambar .. Tapi selepas follow minggu ke berapa tah , aku mula dapat rasakan pertandingan ni jadi menarik.. 

Cuma sayangnya persembahan naik turun cam yoyo .. heeheh .. Manusia je kita kan ? Takde masalah.. Sekadar hiburan..

image

Secara jujurnya aku nak Zero menang tapi bukan mudah nak ‘tewaskan’ SepahTu.. Aku minat SepahTu cuma , apa kata kali ni bagi kat Zero yang sedaya upaya berusaha membuktikan mereka layak bergelar juara !

Selain dari mereka berbakat , mereka ada ‘ Sabah ‘ ! Ini terbukti juga bila Firman dan Stacy bergelar juara di rancangan Akademi Fantasia. Rakyat Sabah sememangnya bersatu padu ! Tahniah !

Tapi kemenangan Zero bukan kerana undian saja yer ! Mereka layak bergelar pelawak negara yang berbakat.. Tak perlu nak pertikaikan kemenangan mereka .. Alhamdulillah..

Shiro dan Nabil ? Hurm.. Terus terang .. aku semakin kurang gemari lawak mereka terutama Nabil yang sepatutnya mengutip pengalaman di Lawak Ke Der .. Aku tonton sendiri persembahan Nabil di Lawak Ke Der 3 dan sememangnya mendukacitakan berbanding stand up comedian yang lain seperti Harith dan Douglas yang memang santai tapi terbahak bahak ketawa ! Dan Shiro.. tak perlu tonjolkan watak watak yang .. Hurmm..

Bocey ? Bukan rezeki mereka dalam pertandingan ni tapi aku percaya mereka mampu pergi lebih jauh.. InshaAllah ..

Apa pun , tahniah buat semua peserta dari mula hingga akhir.. Anda semua adalah MAHARAJA LAWAK !

AC MIZAL .. no komen.. Tapi kehadiran dia , terus terang laaaa .. membantu menceriakan MLM.. walaupun aku tak suka pakaian dia !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Apa tu GOLDBAR ?

image

Goldbar adalah jongkong emas yang dihasilkan dalam saiz berat yang lebih kecil, ketulenan goldbar keluaran Powergold adalah 999.9
Kenapa harga pasaran goldbar 1 gram lebih mahal ?

Kos mencetaknya lebih tinggi dan kos pembuatannya lebih besar. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1gram perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali, selepas itu dipacking satu-satu, memerlukan ramai tenaga kerja dan lebihan masa proses. Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.

Kenapa perlu simpan goldbar ?


Spread jual beli goldbar lebih kecil dari barang kemas, kebiasaan spread goldbar 10-15% manakala susut nilai barang kemas 15-20% dari harga semasa, ini bermakna simpan goldbar lebih untung dari simpan barang kemas. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas, dari perbezaan harga jual beli itulah syarikat emas membuat keuntungan sama seperti money changer yang membuat pertukaran matawang

Kenapa perlu simpan emas sekecil 1 gram ?

1) Mudah dan mampu dimiliki, ramai yang membuat simpanan wang untuk membeli emas yang lebih berat, tahukah anda dalam tempoh menunggu itu anda kerugian kerana harga emas sentiasa naik dari masa ke semasa.

2) Kekadang mungkin kita akan menghadapi krisis kewangan dan betul-betul memerlukan wang, jadi terpaksalah kita menjual emas-emas simpanan kita itu. Cuba anda fikir, sekiranya kita hanya memerlukan wang dalam hanya RM500 takkan kita nak jual emas yang beratnya 20gram? Pastinya anda rugi. Daripada jual yang berat dan besar tu baik jual yang kecil-kecil dan itulah masanya yang sesuai memanfaatkannya maka selamatlah dari mengorbankan emas kita yang berat-berat

3) Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil. Sebab kita tidak perlu modal yang banyak. Simpan sikit-sikit,lama-lama jadi membukit juga. jadi mulakah hari ini dan jadikan sebagai simpanan bulanan

4 Sebab Utama Kenapa Perlu Memilih Goldbar 1gram Powergold?

  • Ketulenan 999.9
  • Harga terendah di Pasaran
  • Kadar spread jual beli yang kecil 7-8% sahaja
  • Goldbar boleh ditukar ke barang kemas dengan berat yang sama

Konsep powergold senang jer ..

  1. Join ahli
  2. Beli emas harga ahli.. buat tabungan tiap2 bulan.. harga emas sentiasa meningkat saban tahun.. kita beli hr ini 1g rm166, 2020 nanti 1g berharga rm503 (ramalan)
  3. Kkalau rase berminat nak jadi tokey emas boleh jual on9 dan off9.. ada e-katalog di sediakan utk ahli.. ada untung runcit kerana beli harga ahli dan jual harga pasaran.
  4. Kau tak minat nak jual emas boleh share je kebaikan menabung emas dgn adik beradik dan kawan2.. biar semua kawan2 pon celik emas mcm kita.. menabung sikit2 utk masa depan...


Sbb apa kena share..??

Kita nak seluruh penduduk bumi celik emas..
Di powergold.biz, kita beli emas, pos emas.. emas ada ditangan..

Dan sbb apa kn share??? Rekemen kawan join ahli ada bonus
Kita beli emas ada bonus . Kawan yg kita rekemen beli emas pon kita dapat bonus. Lagi ramai kita rekemen lagi bnyak kita dapat bonus.. Sampai satu masa kita beli emas dr powergold.biz cuma guna duit bonus dr powergold.

Menabunglah emas dr skrg jgn tunggu ada duit yg bnyak baru hendak mula. ulakan sedikit demi sedikit , lama-lama jd bukit
Sekiranya anda mendapat bonus mahupun tunggakan gaji, maka jgn bazirkannya perkara yg kurang berfaedah sebaliknya manfaatkan sebaik mungkin..

Pengalaman saya , inilah masanya untuk sy menambah stok simpanan emas sy , biarlah saya tak bergaya dgn hand bag baru, beg baru, pakaian mengikut trend , tudung mengikut fesyen mahupun kasut baru. Saya memang kurang minat membazir dan membeli bila ada keperluan, jarang sangat ikut kehendak hati. Namun sejak mengenali simpanan emas , saya menjadi lebih berhati- hati supaya tidak membazir ( 2 Kali ganda)


Contact info:
Whatsapp : Kamilah +60173325801
Fb : Nur Kamilah 
Website : http://www.lubukemasmurah.com/Kamilah

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Dah ada geng main bola sekarang ni aku .. Huuhuhu.. Aku kena aktif semula bersukan untuk elakkan sakit belakang.. Kurangkan mengadap komputer dan banyakkan beriadah ! Hurmm ..

image

Hurmm.. berlari laju dah .. berat diapers tu umpama Goku belajar berlari laju la.. hehehe.. Nanti buang diapers tu mesti macam lipas kudung .. Bapak sendiri payah nak kejar dah..

Hurmm.. Bila tengok padang bola ni , teringat saat kegemilangan aku dulu. Bangga betul dapat jaringkan gol disaksikan orang tua terutama mak aku yang dulu kaki bola gak.. Bapak aku tak kisah sangat.. hehee..

Sekarang ni padang bola semakin pupus.. Nak main bola , kena bayar dah.. Atau main bola atas jalan raya.. Hurmm .. Patutlah masalah sosial semakin menjadi jadi.. Yelah , nak beriadah .. kena bayar ! Nak free ? Hurmm.. Payahh ..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Baru-baru ni gi makan kat Restoran Satay Station di Ayer@8 , Putrajaya. Tak larat nak makan kat Tom Yum Kung. Diorang pon mesti dah bosan tengok muka kitorang je datang makan situ..

Maka turunlah tingkat bawahnya. Bawah ni lebih santai.. Tempat terbuka dan mudah anak anak nak gi bermain atas padang rumput.

imageimageimage

Selesa dan bersih !

image

Pengunjung pun ramai masa ni.. Bukanlah , ramainyaaaaa … tapi ada la dari takde langsung kan ? Aku rasa tempat ni belum popular sangat.. Patut panggil blogger je gi meriahkan.. Hahahaha..

Ok… Masa untuk order satay ..

image

Terkedu jap tengok harga.. Aku suruh wife amik je la apa yang dia rasa nak makan .. Dia pun order ayam , daging dan kambing ..Dan tak lama kemudian , sampaiii !

image

Besar besar gak isinya. Patut harga pun ‘ besar’ .. heehe.. Ok , mana yang sedap ? Ayam lembut. Daging agak liat dan kambing , sedap ! Nasi dan kuah pon ok bagi aku punya tekak.

Service .. bagus la gak bagi aku.. Mahal ? Sesekali ok la turun makan bersama keluarga sambil bersantai santai di sini .. Tenang dan relaks .. Gi petang , kalau tak hujan .. best ! Depan dia kan tasik.. Jangan lupa bawak kamera.. hehehe….

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Zahra tak tdo tdo sehingga jam 2 pagi ! Wife dah terlalu penat.. Dia bangun seawal 4-5 pagi setiap hari untuk uruskan makan pakai anak anak dia.. Aku lak , tidur lewat setiap hari gak.. Bangun awal. Ditambah lagi sekarang dok sakit kat belakang.. Ni kalau gi check confirm kena tahan kat wad ! Hurmm .. Lagi kesian kat dia .. Hurmm

image

Dan aku beralah la jugak.. Sebab wife penat nak kena drive esok.. Aku pun akan gi ke rumah orang tua aku .. Leh rehat kat sana sikit.. Maka , aku pun biar je la Zahra bermain hingga dia .. huwwaaaaaa.. nangis ! Bila dah nangis , maka senang jer kerja aku.. Pas je kat wife.. Dia menyusu dan lena terus ..

Fuhhh.. baru leh tidur ! Dan baru nak mimpi , wife kejut bangun ! Huhuhuhu… Ingat Mr. Mama relaks yer kat rumah ?

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Terletak di Sri Kembangan , masih tak ramai tahu akan kewujudan tempat menarik ini. Amat sekali sesuai datang bersama keluarga kerana tempat ini menjanjikan kelainan serta riadah yang membina minda anak anak kecil kita ..

Ini kali kedua aku ke Farm In The City , Sri Kembangan ni. Kali pertama aku pergi , Qhaliff masih lagi kecil .. Masih belum kenal binatang. Sekarang ni , dari jauh dah kenal. Hasil pembelajaran melalui gadget yang mana ramai kata gadget ni merbahaya untuk anak anak kecil .. Hee.. Salah didik , selipar pon leh dijadikan alat merosakkan bangsa dan agama ! Kaaan ?

Ok .. Apa yang bestnya di Farm In The City ? Ramai rakan rakan blogger aku dah pergi ke sini.. Dan semuanya memberikan pendapat positif.

image

imageimageimage

Qhaliff teruja dalam takut takut ! Hahahaha.. Mahu tapi malu eh ? Hehehe.. Biasa la dia.. Kalau dah mula , payah lak nak berenti.. Huhuh.. Nasib baik dia tak mintak nak bela arnab..

Ada banyak tarikan di dalam tempat ni. Kalau nak letak semua gambar , mahu abis kuota internet korang .. termasuk aku gak laa ! Nak kena upload gambar , bukan free woiii ! Bayar okeh !

imageimage

Harga tiket ?

image

“ Family Package is at RM109 for 2 adults and 2 children below 12 years old. You will get 2 souvenir gift, 2 certificate for children and 2 pony ride for children.

Normal entrance fee is RM48 and RM38 per adult and child below 12 years old respectively. Please present your MYKad to get promotion price of RM30 and RM25 per adult and child below 12 years old respectively. “ , kata mereka laa ..

Untuk dapatkan info lebih lanjut , boleh ke FaceBook.. Farm In The City.

Semoga Bermanfaat SeIsi Keluarga ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hurmm.. Wife syorkan aku amik OsteMatrix dari Shaklee sebelum tidur. Katanya bagus untuk tulang . Kandungan kalsium yang sesuai untuk tulang..

image

Aku upload di Instagram dan seorang kenalan ada meninggalkan komen .. Hurmm..

“ Byk pesakit saya jumpa ade masalah buah pinggang sebab makan supplements. Terutama skali yang muda-muda. Di harap berwaspada dgn ape yg anda ambil .

Mmg selalunya tiada kesan penyakit dlm tempoh awal mungkin 5-10 tahun akan dtg baru ade kesannya.. “

Beberapa rakan komen di Facebook..

  • “Ostematrix mmg best! pernah ambik dulu masa sakit pinggang, amalkan consistently, settle sakit pinggang “
  • “Sy pn bcadang nk beli tu..tp utk abh sy la..dy sakit dh sbln lbih..sy pn dh 2mgu bhnti kje sbb nk jga parents..huhuhhu”
  • “Bagus sangat amik sebelom tido! Esok bangun pagi cergas!”

Tergaru kepala .. Kemudian sewaktu dok membaca Timeline Facebook , tenampak satu artikal yang membuatkan aku gerun tertiba.. Bekas pengacara dan wartawan sakit buah pinggang kronik ! Hurmmm ..

Disusuli dengan msg dari rakan yang memberitahu ayahnya baru meninggal dunia kerana hati tidak berfungsi. Allahu Akhbar.. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..

Kemudian berbalas msg dengan sahabat tu.. InshaAllah nak singgah nanti. Pastu scroll lagi.. Ternampak isu saman menyaman antara artis dengan ahli perniagaan. Bisnes cepat kaya ? Produk kecantikan..  Hurmm..

Ok , serius .. aku gerun ! Adehhh ! Makin mudah kita mati di zaman ni ! Bukan takut mati tapi punca kepada kematian tu haaa.. Kita sendiri yang mengundangnya ..

Nak percaya pada sapa lagi ? Doktor pun ada yang sorok hakikat bila tanya itu ini .. Jawapan tak telus . Etika .. Adehhh .. Dah tu  nak rujuk pada sapa ? Google ? Jangan percaya fakta internet!

Sudahnya ?? Telan je laaa.. mati , tanam je !! Masalahnya , kalau mati terus tak pe la kan ? Kalau menderita dulu ? Masuk keluar hospital ?? Sapa susah ?

Aiyokkk…

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

Sakit belakang ! Tiap kali aku nak berdiri selepas duduk terlalu lama , aku pasti kena tunggu lama sedikit. Hurmm.. Aku google dan aku dapat jawapannya !
Faktor kedudukan badan ketika duduk menyebabkan jadi gini ! Jangan pandang remeh cara kita duduk bila buat kerja atau ketika mengangkat benda berat !
Berikut adalah infomasi yang aku amik dari blog KeluargaBaru.
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis di University of Waterloo, Kanada menunjukkan duduk lama boleh mengakibatkan saraf tunjang tegang, meningkatkan risiko kecederaan bahagian bawah tulang belakang. Ini boleh mengakibatkan sakit belakang semasa duduk.
Dalam kajian lain pula menunjukkan, duduk dalam jangka masa yang lama juga boleh menyebabkan postur tulang badan menjadi abnormal, otot bahagian belakang cepat tegang dan sakit. Cara duduk yang paling berisiko ialah semasa duduk di hadapan komputer kerana posisi ini memberi tekanan yang kuat kepada tulang belakang.
Bagaimana cara mengatasinya?
Hiduplah secara aktif! Jangan biarkan anda serta keluarga anda banyak menghabiskan masa di hadapan skrin telefon atau televisyen. Anda pasti tidak mahu anak anda yang masih kecil mempunyai tulang belakang yang lemah atau postur badan tidak normal. Mungkin anak anda sekarang tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi mungkin kesan akan muncul dalam jangka masa yang panjang.
Bersenam sekurang-kurangnya 15 minit (tanpa henti) 3 kali seminggu. Kalau anda tidak mempunyai masa beriadah, cuba jadikan aktiviti harian anda seaktif yang mungkin. Sebagai contoh menaiki tangga berbanding dengan lif, berbasikal atau berjalan kaki apabila hendak ke tempat yang dekat. Kurangkan penggunaan kereta.
Anda juga patut menghadkan masa anak-anak anda menonton televisyen, bermain permainan video atau melayari internet. Ajaklah keluarga anda beriadah pada hujung minggu. Bukan hanya keluar makan dan menonton wayang!
Aktiviti fizikal dapat menguatkan otot yang menyokong tulang belakang sekaligus mengurangkan risiko sakit belakang.
Posisi duduk yang betul juga sangat penting bagi mengurangkan risiko sakit belakang. Terutamanya kepada mereka yang bekerja di pejabat, di meja komputer selama 8 jam 5 hari seminggu.

Berikut adalah tips cara duduk yang betul dan mampu mengurangkan risiko sakit belakang;
  • Gunakan kerusi ergonomik: kerusi pejabat Dinamik
  • Pastikan kaki mencecah lantai – rendahkan paras kerusi
  • Pinggang harus lebih tinggi atau separas dengan lutut
  • Letakkan lengan di atas pemegang kerusi
  • Bersandar dengan tegak tetapi selesa pada belakang kerusi
  • Jangan duduk statik terlalu lama. Lakukan regangan ringkas setiap 20 minit. Kalau boleh berdiri atau berjalan sedikit.
Hurmmm .. Aku lama sangat berhenti workout. Dan terlalu kerap gunakan kereta berbanding berjalan kaki ! Dulu , setiap hari aku bersenam dan berjalan kaki..

Dari blog Rosacalla yang memetik dari artikal Harian Metro pula menyatakan bahawa kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan.
Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang.
Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang.
Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang.
Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang.
Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:
  • Obesiti
  • Merokok
  • Tekanan
  • Keadaan fizikal tidak elok
  • Postur badan yang salah
  • Posisi tidur tidak elok
  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur

Ok.. jom tengok cara duduk yang betul ketika mengadap komputer  dan juga cara mengangkat barang !
imageimage
Jangan sesekali duduk macam ni atau korang akan sakit belakang ! Bila sakit belakang , terus terang .. nak buat apa pon payah ! Jangan pandang remeh !
image
Dan ketika angkat barang …
image

Apakah aku perlu berhenti blogging atau beli meja kerja serta kerusi duduk yang lebih elok berbanding cara kerja aku sekarang memandangkan inilah punca pendapatan utama aku ! Hurmm..
Apa pun .. aku kena pergi dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

“ Abang Bennnnnnn ku sayanggg.. Nape potong rambut Zahra ? “. Ramai terbeliak mata lalu berkata sedemikian bila aku upload gambar Zahra di Facebook , malam tadi.

image

Makin panjang rambutnya. Depan dah cecah ke mata.. Belakang dah melebihi bahu. Huhuhuh. Maka sebab itukah aku gunting rambutnya ? Hurmmm ..

Sebelum itu , ramai sangka ini gambar Qhaliff waktu kecil. Sama kata mereka .. Yeke ? Sat nak cari gambar lama dia .. Ahaaa.. Jumpaaa ! Hurmm.. 

Sama ke ?

image

Berbalik pada rambut Zahra.. Tadaaaa !

image

Tocang rupanya ! Hehehehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Perghh.. Toto boleh simpan dah ! Hahahahah .. Kat sofa baru leh lepak baring bermain dengan anak.. Takut jatuh ? Hati hati la bila bermain kan ? Kat mana mana pon kena hati hati.. Jangan leka dan lalai.. InshaAllah ..

image image

Bila malam menjelma.. Si Zahra akan tidur dengan ibunya di dalam bilik manakala aku kena biasakan Qhaliff tidur berasingan. Dan rasanya dah tiba masa untuk bercerai susu..

image

Elok je dia tidur.. Tak jatuh pun.. Luas ! Dia pun lena jer kat sini.. Takde nak terjaga jaga .. Hahaha .. Pasni leh cari katil dah untuk Qhaliff.. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

image

image

image

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Wow ! Terliur jap tengok stroller stroller terbaru keluaran Bugaboo di Mothercare Bangsar Shopping Center baru baru ini. Walaupun harganya mahal tapi bagi aku la kan , mereka yang berkemampuan stroller keluaran Bugaboo ni memang patut dimiliki andai punya anak kecil !

image

Kenapa aku kata patut dimiliki ? Hurmm .. Aku sendiri pakai satu dan ternyata ianya mudah sangat untuk mengendalikannya ! Keselesaan dan paling penting , mudah nak mengusungnya ke sana sini.. hehehe..

image

Antara yang terbaru ialah ..

Bugaboo Donkey : Sesuai untuk mereka yang ada anak kembar atau anak kecil yang jaraknya dekat.. Cam Qhaliff dan Zahra la .. Mudah untuk dikendalikan dan menariknya , mudah untuk disimpan dan dibawa travel ke mana saja.. Antara yang gunakannya ialah Irma Hasmie.

Klik SINI untuk info selanjutnya.

image

image

Bugaboo Cameleon : Ini kalau anak sorang , memang best ! Smart , moden dan pelbagai cara nak guna ! Waranti 3 tahun yer.. Hehehe.. Tahan lama kalau reti nak guna laa.. hehee..

Untuk info selanjutnya, klik SINI.

image

image image

image image

 

Bubagoo Buffaloo : Ini kalau nak masuk hutan , nak cross country , bersalji ke .. hahaha .. sesuai ! Memang dibina untuk tahan lasak. Camana punya ‘kasar’ penggunaan , terutama mereka yang tak ‘lembut orangnya ‘ , yang ni memang sesuai !

Nak tau dengan lebih lanjut , seperti biasa .. klik SINI.

image

imageimage

image  image

 

Kalau anda berkemampuan dan tercari stroller untuk simanja anda , aku cadangkan cuba Bugaboo.. Ketahanan , kelasakan antara faktor yang patut difikirkan..

Aku ada beli satu yang biasa biasa , tapi .. hurmm.. Pakai jap jer rosak ! Pastu dah kena beli lagi.. Yang buat stress tu , rosak di tempat tak sepatutnya pulak tu.. Haishhh !

Tak mampu ? Hurmm.. Tapi nak jugak ? Hehehe.. Sila rujuk Mothercare berhampiran anda ..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Terharu tengok sikap Qhaliff sekarang. Sayang sungguh dia ngan adik dia ni !

Ada sekali tu , dia tidur ngan adik dia dalam bilik. Aku ada kat ruang tamu.. Zahra terjaga pastu menangis. Qhaliff yang sedang lena .. terus terjaga dan datang kepada aku untuk bagitau yang Zahra sedang nangis.. Hahahah.. Selagi aku tak bangun gi amik Zahra , dia berdiri depan aku.. sambil gosok mata ! Hahaha ..

Dan petang semalam.. Zahra menangis sebab wife tinggalkan dia .. dia ke dapur jap. Zahra ni bila mak dia ada , manja lebih ! Dan Qhaliff datang memujuk !

image

image

Hurmm.. Dan mula dah nak cium pipi adik dia sekarang ni.. Dulu tak nak ! Hurmmm.. dah jadi along ..

image

Semalam dia tinggal sepetang di rumah nenek dia .. Siap amik phone , call ‘ Yaya’ .. Hahahaah .. Dia rindu kat Zahra .. Masa gi amik dia , terus dia cium Zahra dulu.. Hurmmm…

Besar dah ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Setiap manusia pasti akan ada inspirasi untuk maju ke hadapan.. kan ? Apakah inspirasi korang ? Aku ? Hurmm.. Inspirasi aku dulu dan sekarang ialah ayah aku !

Kenapa ayah aku ? Hurmm.. Sejak kecil lagi aku lihat ayah aku bekerja siang malam hanya untuk meningkatkan ekonomi keluarga dia. Siang kerja lain , malam  buat kerja lain..

Hinggalah satu hari , dia amik keputusan untuk berhenti kerja dan mulakan bisnes dia sendiri iaitu perkhidmatan bas sekolah. Dengan cara ini dia sendiri hantar anak anaknya ke sekolah. Di sebelah malam , dia bawak teksi .. Aku lihat dia bekerja tanpa henti. Hasilnya , anak anaknya sambung belajar tanpa berhutang sesen pon !! Hasil dari pengorbanan dia ..

Dan terus terang , semangat dia itulah yang aku amik sekarang ni untuk membesarkan anak anak aku. Aku berhenti bekerja dengan orang dan buat perniagaan yang lama dah aku inginkan iaitu menulis blog !

Syukur pada Tuhan , aku berjaya sekarang ! Dan perlu terus bekerja keras untuk memastikan keluarga aku dalam keadaan serba lengkap. Jadikan inspirasi untuk terus berjaya dan berjaya !

Dan DIGI kembali di media social dengan berkongsikan inspirasi inspirasi mereka yang telah berjaya kepada masyarakat juga aku ! Jom baca inspirasi mereka di Twitter dan Facebook dengan follow #digiLetsInspire ini.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Januari 2026 (4)
      • Sahabat Blogger @ Kelab Blogger : Hooda
      • Aku berhenti minum kopi dan tukar kepada..
      • Pening kepala aku dengan itik itik ni !
      • Tik Tok bikin hal sama seller ?
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes