BEN ASHAARI



 

Korang kaki durian ? Hehehe.. Aku dulu cukup gilakan durian hinggalah dikatakan durian tak sesuai untuk mereka punya penyakit tekanan darah tinggi ! Aku tak pasti kesahihan fakta tu pon tapi sedikit sebanyak , tergugat gak la nafsu aku selepas tu.. Hahahah..

Dimana durian yang sedap di Malaysia ni ? Dikatakan durian paling sedap di Malaysia ni ialah di Balik Pulau , Pulau Pinang ! Setiap kali musim durian , Balik Pulau akan dipenuhi dengan pelancong asing dan peminat peminat durian !

Perghhh.. serius ! Kali terakhir aku makan durian kat sini , seawal Qhaliff berusia setahun. Waktu tu aku balik ke kampung bapak aku di Balik Pulau dan makcik aku bawakan buah durian untuk kitaorang.. Bapak aku ada dusun peninggalan orang tuanya..

Aku makan sebijik. Dia punya rasa.. perghhh ! Sampai sekarang aku tak jumpa lawan dia ! Semacam ada gas gitu ! Makan sebijik je dah puas !

Dan malam ni aku tengok ramai kawan kawan di Facebook update status mengenai aktiviti mereka di Balik Pulau ! Aku jeles wehhhh .. Huwaaa.. Nak gakkk !!

image

image

Aku pernah tanya kenapa durian di Balik Pulau ni mahal sangat harganya? Antara jawapannya, durian di sini kebanyakkannya terus eksport ke Hong Kong dan negara luar . Fakta ? Takde .. Kedua , lokasi di mana pokok durian ni di tanam membuatkan buahnya begitu sedap.. Fakta , wallahualam..

Sebelum nak nafikan kenyataan aku ni , g la try dulu makan durian di Balik Pulau. Aku dah dan sememangnya aku nak balik kampung untuk makan durian je .. Boleh ? Hahahaha.. Adehh ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Sejak kecik lagi , aku memang kagum dengan keindahan bunga. Bunga yang berwarna warni warnanya , mendamaikan perasaan aku. Rupa bentuk yang menawan , cukup mengujakan aku !

SubhanaAllah.. Indah sungguh ciptaanMu. Andai satu hari bunga bunga ini tiada lagi di muka bumi ini , apa lagi yang akan mampu menarik perhatian aku ? Gadis gadis berpakaian legging ? Oh , tidakkk ! Melihat bunga sambil mengucapkan SubhanAllah , dapat gak pahala.. kan ? Lihat gadis sambil jawab gitu ? Cer la try… Huhuh.. Astagfirullah al a’zim.. Dengan pantas menundukkan pandangan mata kan ? Lihat bunga tak perlu buat gitu kan ? Haaa.. Walhal bunga lagi ayu dari gadis berlegging tu kan ? Haaa..

Pantang nampak bunga aku ni ! Teringin nak ke negara seperti Denmark, Belanda untuk menikmati permandangan indah bunga bungaan di sana !

image  imageimage

Cantik , kan ? Dan semalam aku ke Besut.. umah abang ipar aku.. di halaman rumahnya ada tanam pokok bunga.. Walaupun tak banyak dah bunganya tapi aku tetap gembira.. Yer , dalam hati aku !

imageimageimageimageimageimage

Sayangnya , aku belum mahir mengendalikan kamera. Banyak ‘scene’ yang terlepas.. ruginya !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Terkedu.. Bila artis atau selebriti up kata kata kejian di media sosial akaun milik mereka  , aku dapati ianya menjadi modal untuk blogger blogger update entri untuk menarik pembaca pembaca kesayangan untuk singgah ‘berhari raya’ di blog mereka. Yer , berkongsi dosa pahala di situ.. Hehehe..

Bila artis melontarkan kata kata kejian di media sosial , apakah respon sepatutnya dari blogger ? Printscreen dan tulis la mengenai isu tersebut. Apakah niat sebenarnya ? Nak dapatkan hits atau nak menasihati artis tersebut ? Kenapa tak terus je gi nasihat kat ruangan komennya ?

Kadang kadang aku malu bergelar blogger sebab inilah.. Segelintir blogger yang cari makan melalui blognya tanpa kira keberkatan , membuatkan aku rasa.. hurm.. Apa dalam kepala otak diorang ?

Bila blogger menulis hal hal remeh gini , secara tidak langsung ramai turut dapat dosa. Rasanya ramai akan mendoakan kesejahteraan blogger tersebut ke ? Atau mendoakan kesejahteraan artis tersebut selepas membaca artikal tersebut ?

Bagi aku la kan.. sebaiknya ajak pembaca pembaca boikot je la artis gitu.. Lagi kita layan , lagi menjadi perangainya. Carilah artis yang bagus bagus untuk diceritakan.. Bawalah impak positif dalam blog anda. Sampai bila nak menulis pasal isu kontroversi gini ? Sampai bila , kawan ?

Lebih baik tulis pasal KICAP dari pasal artis maki hamun di media sosial ! Mampukah dapat hits dari entri KICAP ? Itulah cabaran seorang blogger..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Cara cara yang betul untuk mengendalikan mirrorless camera. Nasib baik aku rajin gi singgah Sony Centre. Maka dapat la satu risalah tips atau teknik kendalikan Sony Alpha6000 dan boleh digunakan untuk Sony Alpha5100.

Lama dah nak studi tapi tak berkesempatan. Maklumlah , nak jaga anak lagi ..kan ? Bukan semudah itu je..

image

Hurm… Banyak rupanya yang aku tak tau tapi pura pura tau ! Nasib baik laa 2 jam aku malam ni digunakan mengodek kamera aku.. Dan hasilnya..

“ Ohh.. boleh rupanya ? “

“ Laaa.. ingatkan tak boleh ? “

Dan macam macam lagi yang aku tak tau , aku tau tapi kena godek lagi laa.. Hurmm .

imageimageimage

Adehh… Banyak lagi nak kena godek ! Kena ada bilik sendiri la pasni.. Ecececehh.. konon la yer ? Huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Bila duduk bersama , tak sampai 5 minit.. bergaduh ! Bila baik , serupa tak leh berpisah gamaknya.. Tapi bila gaduh , haishhh.. Tak kira dahhh !

Zahra baru setahun 3 bulan. Abangnya dah 3 tahun lebih. Tapi Qhaliff layan Zahra serupa seusia umur. Dan Zahra pulak bila kena provoke dengan abang dia , membalas lak tu.. Tak dapat balas , dia cubit abang dia.. Pastu , pastu.. teriak la si abang.. Aishhh.. pening jap aku.. ni baru 2 !

image

Si Zahra ni kaki provoke gak ! Apa yang abang dia pegang , semua nak.. berusaha nak rampas. Dah dapat , dia siap bawak lari ! Haahaha.. Berjalan pon tak betul lagi.. ada hati nak lari ! Datang si abang , dengan mudah rampas kembali.. Hum..

Camana la nak tambah sorang lagi kalau 2 ni pon dha bikin aku macam tarzan.. Teringat aku masa kecik dulu.. kerap la mak aku jadi pengadil wwe ! Hehehehe… Bapak aku tak minat jadi pengadil. Dia jadi orang tengah.. semua belasah ! Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Qhaliff demam sehari dua sebelum menjelang raya.. Pastu ok jap.. Dan malam semalam , dia start demam.. Tapi aktif tetap aktif. Pantang jumpa geng dia terus bermain lupa dunia !

Hurmm.. Datang malam.. demam.. Cuaca panaskah ?

image

Terpaksa kerapkan dia mandi.. Menangis tak nak sebab kesejukkan,katanya.. Hurmm..

image

Zahra demam gak.. tapi dah ok dah.. Hari ni masih belum mampu gi beraya lagi. Aku sendiri pon lepas solat raya , terus jaga si Qhaliff.. Wife jaga Zahra. Dia tak nak lepas mak dia.. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Tiada alasan untuk bergembira di hari raya ! Jangan sesekali sedih dan pilukan hati anda. Kita hidup cuma sekali dan hari ini kita berpeluang sekali lagi untuk berhari raya bersama sama mereka yang kita kenali dan sayangi..

kbba raya instas

Aidilfitri ialah Hari Kemenangan bagi mereka yang menjalani ujian dalam bulan Ramadhan yang lepas. Ada yang gagal.. ada yang .. wallahualam.. Hanya DIA yang bisa membuat penilaian..

Tapi selain dari itu , Aidilfitri juga adalah lambang penyatuan dan perpaduan pelbagai kaum di negara ini. Aku cukup kecewa dengan mereka yang sering jadikan isu perkauman untuk bantai membantai sesama warga negara. Ini tidak sihat langsung perangainya..

Masih ada segelintir yang berperangai begitu dan ianya cuma menyerapkan ke insan insan lain terutama yang muda muda. Jangan jadikan isu perkauman untuk membelasah kaum lain. Kesian kawan kawan kita yang berada di luar negara sana. Mereka di sana adalah kaum minoriti.. Bayangkan nasib mereka andai berlaku isu perkauman..

Apa pun , tahniah dan selama menyambut Aidilfitri tahun ini. Moga ianya memberi kesedaran buat kita semua …

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Sepanjang perjalanan ke Kelantan melalui Lebuhraya Pantai Timur semalam benar benar menguji fizikal dan mental aku. Ditambah dengan cuaca membahang , aku beberapa kali terlelap dan hampir terlepas stering kereta. Berhenti tido ? Dah terlalu banyak kali pon berhenti.. Lebuh raya memang membuatkan aku mengantuk sangat ! Terpaksa masuk ke jalan lama untuk hilangkan mengantuk..

Dari LPT , aku masuk ke Jalan Pantai. Cadang nak lalu dari Kemaman terus ke Kuala Terengganu.. ikut Kerteh , Dungun dan sebagainya. Nak releks sambil tengok pantai.. Tapi bila tengok jam , dah pukul 3 lebih dan wife lak bersuara nak berbuka di rumah.. maka aku terpaksa masuk balik ke LPT ( Lebuhraya Pantai Timur  ) .

Sebelum tu , aku menyaksikan satu kemalangan.. Aku tak pasti apa puncanya tapi kasihan melihat keluarga yang memandu kereta Proton tu. Wife kata penuh penumpang dalam kereta tu. Rasanya takde yang cedera..

Aku tak berani buat sebarang kesimpulan kerana kejadian tak berlaku depan mata aku tapi yang pasti aku cukup takut kalau lori berada di sebelah atau depan aku. Banyak kali dah aku tengok tayar lori pecah dan menyebabkan kereta di sebelah atau belakang mengelak lalu mengalami kemalangan.. Bukan salah lori la tapi kalau boleh , jarakkan pemanduan bila ada lori besar di depan anda.

imageimageimage

Terus hilang mengantuk aku.. Huhhu.. Sepanjang perjalanan rasanya aku menyaksikan dua atau tiga kemalangan.. Hurmm .. Syukur pada Allah , kami sekeluarga selamat tiba..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Bertempat di Pavillion Jalan Bukit Bintang baru baru ni , aku dan beberapa orang rakan blogger berpeluang mencuba sesuatu yang baru dan terkini dari Samsung.

imageimage

Samsung Gear VR !

Secara jujurnya , aku tertarik dengan produk terbaru ni ! Aku pernah mencuba buat kali pertama Virtual Reality ni ketika usia remaja lagi dan berharap sangat kali ini adalah melangkaui apa yang aku fikirkan..

Sampai masanya untuk mencuba.. Huhuh.. Sebelum itu , taklimat ringkas diberikan oleh pegawai dari Samsung Malaysia.

imageimage

Ok.. Dah diberi taklimat , aku diberi peluang untuk mencubanya.. Hehehehe.. Best , best !!

image image

360 darjah ! Bermakna , kita akan nampak segalanya dari setiap sudut bila menggunakan Samsung Gear VR ni ! Aku cuba main game.. Sebelum tu tengok video Iron Man. Cool giler ! Hahahahaha..

image image

Tak susah pon nak guna.. Senang sangat ! Cuma untuk 1 minit pertama je agak keliru tapi pastu.. siap laa ! Hahahaha.. Aku tak nak bukak terus Gear VR tu.. Rasa macam nak terus g carik premis Samsung dan beli gadget ni ! Huhuhuh..

image

Amacam ? Lepas 10 minit mencubanya ? Kalau aku memilikinya , aku pasti tak nak keluar rumah ! Huhuhuh..

image

Untuk menggunakan Samsung Gear VR ni ,korang perlu ada Samsung S6 atau Samsung S6 Edge.Yang lain dari tu , tidak boleh yer. Harganya , RM799 termasuk GST.

Bagi yang berminat nak mencuba atau nak membelinya , bolehlah ke Samsung Experience Stores yang terletak di beberapa bandar besar di negara kita ni yer.. heheh ..

Untuk keterangan lebih lanjut , boleh layari www.samsung.com/my.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Trailer gempak tapi  bila tengok ??? Adehh… menghampakankah ??

image

Ada beberapa filem super hero yang agak mengecewakan kerana disajikan dengan babak pertarungan yang meleret leret.. Akhirnya cerita tu jadi macam… terlampau kartun ! Memang la kartun tapi menjadi terlalu kartun hingga dah tak nampak kartun ! Haaa.. Paham tak ? Tak paham , dah .. malas nak terangkan.. aku nak balik raya !

Ant-Man , bagi aku… Aku puas menontonnya. Babak aksinya memang sekadar cukup cukup.. Tak lebih dan tak kurang.. Kira puas la tengok.. Ditambah dengan dialog yang lucu membuatkan Ant-Man tak bosan ditonton..

Aku bagi 7.5 /10 bintang.. Tak rugi la tengo dengan kawan kawan.. Rugi tengok dengan awek.. mesti awek banyak tanya punya.. Iskh… Ajak kengkawan lagi best.. Ngan awek tengok cerita hantu.. Mesti berbaloi punya.. hahaha.. Tak baik ok pikir negatif kat aku.. Berbaloi buat dia takut laaaa.. jangan ko yang terlebih takut , dah laaa…

Selamat menonton yer..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Tahun lepas, aku dikejutkan dengan penawaran ke Paris dan Toulouse oleh AirAsia.Terus Aidilfitri aku jadi makin bersinar.. Hehehe..

Tahun ni , aku dapat 3 tawaran menarik ! Alhamdulillah..Satu , pakej umrah oleh sebuah agensi. Yang tu dalam perbincangan. Yang kedua , ke Korea bersama Samsung.. Ini menarik ! Impian aku nih ! Teringin nak gi Korea atas jemputan syarikat telekomunikasi terkenal dunia !

Dan yang ketiga..

image

Part billboard ni buat aku terkedu 1 Sapa sangka akan tengok muka sendiri terpampang besar di tepi jalan raya ? Aku bukan model atau pun artis.. Sekadar blogger ! Dan blogger diberi peluang sebegini rupa ??

Alhamdulillah.. Seronok jadi blogger ni kalau betul betul fokus dan punya strategi..

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Bila  kali  terakhir  ucapkan TERIMA KASIH kepada kedua ibu  bapa andadengan penuh keikhlasan hati ? Ada yang segan nak melafazkan ucapanterima kasih ke ? Jangan sampai terlambat.. menyesal nanti ! Hargailahmereka selagi mereka ada di sisi.  Apa salahnya ucapkan TERIMA KASIHatas segala apa yang mereka korbankan pada kita , kan ?

Ok.. dengan laman web Malaysia’s Resume tampil untuk membantu kitameluahkan segala perasaan kita terhadap orang tua kita dalam bentukpenulisan atau cerita. Yup , sangat menarik ! Kita boleh berkongsi denganrakan rakan lain. Setiap orang pasti ada cerita tersendiri. Pastinya mampumembuatkan kita  mengalirkan air  mata samada air  mata kegembiraanatau air mata kesayuan..

clip_image002

Kempen  Malaysia’s Resume ucap  ‘TERIMA  KASIH KEPADA  KEDUA  IBUBAPA ANDA ! ‘ adalah satu kempen yang bagi aku adalah sangat terpuji kerana dengan cara ini kita meluahkan segala perasaan kita pada keduaorang  tua  kita  dan  rakan  rakan  kita  akan  membacanya.  Secara  tidak langsung  ianya  akan  memberi  impak  positif  pada  mereka  yang membacanya. Haa..

Apa lagi ? Jom laa. Bukan susah pon ! Kalau tak reti nak menulis ,boleh  buat  dalam  bentuk  video  atau berikan  gambar  yang mengambarkan rasa hati korang pada mereka !

Jangan  lupa  untuk luahkan  TERIMA KASIH  anda di Malaysia’s  Resume ,yer ! Jom baca luahan hati aku pada kedua orang tua aku. Klik SINI untuk membacanya..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“ Rasanya nak beli Levi’s lagi la.. Sedap pulak pakai..”.

Dulu aku memang hantu Levi’s tapi bukanlah 501. Tak mampu beli. Tapi aku tak beli klon punya. Tak mampu , buat cara tak mampu ! Haaa.. kan ? Aku beli 521 jer.. Cutting dia pon sedap dan selesa.

Baru baru ni aku beli Levi’s 505 ! Aku tak pernah try pon sebelum ni.. Dan ternyata aku amat sukakannya ! Tu pasal aku kembali ke butik Levi’s dan beli sehelai lagi.. Huhu..

Bila aku dan set dalam kepala aku apa aku nak beli , aku terus masuk dan pilih warnanya. Aku tak belek dah  jenis lain.. Masa bergerak ! Banyak lagi tempat nak kena pegi !

Test pakai dan ok ! Bayar dan keluar.. Tak sampai 10 minit..

image

Sebelum tu aku beli seluar tu , wife aku terlebih dahulu nak beli tudung. Maka masuklah ke satu butik tudung kat Alamanda ni.. Pada awalnya dia agak segan nak masuk sebab ingatkan harga mahal mahal. Bukan dia tak mampu tapi dia jenis berjimat.. Berbeza skit ngan aku.. hehehe ..

Dia masuk dan pilih.. pilih dan pilih. Jumpa ! Dia tanya aku.. ok tak ? Aku kata , ok la.. Kemudian dia letak dan ajak aku keluar.. Aku tanya kenapa tak beli ? Dia kata tak pe la.. Nanti nanti je la..

Tapi sepanjang perjalanan dia dok cakap pasal tudung tu ! Arghhhh !!! Dan selepas membeli barang dapur , dia kata esok nak datang balik dan beli tudung tu.. Huk alohhhhhh..

“ Kan tadi dah suruh amik jer ? Abang belanja laa.. “.

Terus berubah. Menyesal pun nampak gak kat riak muka dia. Seolah berkata..

“ Kalau tau tadi.. amik dah ! Rugi , rugi.. “.

Dan malam tadi , aku ajak gi Alamanda sekali lagi.. Sian kat dia.. Aku suruh dia beli terus tudung semalam tu.. Dan.. setengah jam aku tunggu ! Dia try tudung lain warna lak ! Satu , dua dan tiga ! Patut laaa lama ..

“ Bang , ok tak warna ni ? “

“ Berapa sehelai ? “

“ Kalau amik lebih dari 2 helai dapat diskaun 20% “

“ Selepas diskaun berapa harga ? “

“ RM52 “

“ Haaaa.. amik la semua tuuuu .. Senang ! “ .

Color dan kainnya memang aku suka. Cantik. Sebab tu aku suh dia amik semua..

image

“ Bayar dah ? “

“ Dah.. “

“ Guna apa ? “

“ Debit Zila laa.. “

“ Aik.. awat tak guna duit abang bagi semalam ? “

“ Bang.. duit tu la beli aiskrim.. Duit tu la bayar zakat.. Duit tu la beli mainan Qhaliff.. Berapa tinggal ? “

Oh ya kaa… Hahahahhaa.. Selamat duit aku.. Hahahahah.. Tapi aku kena ganti balik la.. Tranfer balik duit.. Huhuhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Kali kedua aku singgah makan aiskrim kat sini ! Sebelum ni , aku lalu cam tu jer. Tak de lak rasa terliur tengok aiskrim dia.. Tapi awal Ramadan ari tu , ternampak aiskrim ni.. Lain pulak rupanya ? Sebelum ni nampak tak menyelerakan.. Hurmm..

Dan Ahad ari tu , aku ajak wife g Alamanda. Sambil membeli barang dapur , singgah sekali situ..

image

Aku beli semangkuk kecik. Kononnya nak kongsi dengan Qhaliff.. tapi maaf la ! Dia bedal sorang jer.. Kena mintak baik baik baru dapat.. Huhuh..

Dan malam ni , repeat lagi ! Dan Fynn Jamal pon ada ! Eh , suka gak ke ?? Hehehehhe .. Tapi aku tak nak kacau dia la.. Biar dia ngan famili dia. Rileks tanpa gangguan.. kan ? Heeheh..

image

Dalam 2 hari ni , memang aku saja post gambar ni kat media sosial.. Saja goda diorang.. Hahahaha.. Bukan nak tengok sapa yang terliur tapi salah satu strategi aku jugak.. Lalalalla.

Dan memang ramai bertanya kat mana lokasi gambar aku amik ni..

imageimage

Harga dia ? Hurmm.. Berbelas ringgit gak la untuk satu cup tu.. Ikut size.. hehehe..

image

Sedap ? Bagi aku sedap la.. Sedap dari Haagen Danz dan Baskin Robin.. Ke aku dah muak makan dua dua tu ? Hehehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Suka tengok jubah jubah lelaki sekarang ni. Walaupun ada yang designnya agak ‘over’ tapi bagi aku sekurangnya masih nampak segak dan yang penting menutup aurat ! Tak ketat dan selesa di pakai..

Aku ada satu gak ! Hehehehe.. Baru dapat kelmarin.. Amacam ? Sesuai tak dengan aku ? Saja test pakai..

imageimageimage

Selesa pakai untuk solat.. Tu yang penting bagi aku.. Kainnya yang tak jarang. Hehehehe.. Ada yang jarang kan ? Pastu mudah koyak ! Aku kena dah.. Beli 2 pasang dulu.. Mudah benar koyak.. Hurm.. sejak tu , aku berhati hati bila nak beli jubah..

Ok.. mana nak beli ? Yang aku pakai ni diberi nama jubah ADAM. Material Thai Cotton Satin iaitu kain jenis berat beralun, sejuk , tak mudah renyuk dan tidak jarang. Size , ada S, M, L, XL

Untuk perempuan ada tak ? Ada ! ! Dipanggil HAWA.  Ada warnah hitam , Emerald, Navy Blue, Army Green, Dark Maroon, Leaf Green dan size yang ada ialah S, M, L, XL. Menariknya , sesuai juga untuk mereka yang menyusu anaknya.

Selain HAWA , ada satu lagi jenis. Dipanggil JUBAH ROSALINDA. Material kain ialah Poplin Cotton (Top) & Steven Cole Heavy Dull Satin (Bottom) . Size yang ada , S, M, L, XL. Jangan risau untuk berwudhu’ atau untuk nursing. Ada inner juga. Tidak melekap di badan dan Cutting Princess cut untuk lebih langsing. Ada 4 warna: Light Gold, Red Maroon, Navy Blue, Black.

Satu lagi jenis dipangil JUBAH ZUBEEDARAYA. Material kainnya ialah Moss Crepe dihiasi dengan lace di sepanjang lengan (berat & beralun, tak panas, tak jarang, tak melekap di badan). Manakala warna warna lembut diutamakan seperti Soft Blue, Soft Green, Peach, Grey, Soft Yellow . Size yang ada ialah S, M, L, XL, XXL, XXXL. Yang ni , paternnya jenis cut loose. Nursing & Wudhu Friendly gitu !

image image

Rosalinda

 

image

ZubeedaRaya

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut :

FB: Azra's Gorgeous Gem: Azra's Gorgeous Gems

Instagram: www.instagram.com/Pretty.Suci

No telefon: +6010 411 9915

Memandangkan pos laju dah stop operasi today,  penghantaran masih boleh lagi dibuat melalui pos swasta & COD di lokasi JOHOR, KL & LEMBAH KLANG.

Terima kasih !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Ok.. Perancangan awal.. nak berbuka dengan gi tapau asam pedas telur mayong dan daging ayam salai masak .. er, masak apa eh ? Lupa pulak aku.. uhhhh..

Gi amik dalam kul 630 petang dan plan pastu hantar balik maid indonesia yang ditempah ikut jam.. hehehe.. Malas nak kemas rumah , panggil je diorang.. pastu bayar ! Bayarrr !!

Hantar diorang .. dah kul 715 ! Adeh.. Kang ada berbuka dalam kereta ni ! Tapi.. nak berbuka dengan apa ? Aku pandang kiri kanan.. Aku nampak botol susu Qhaliff..

“ Qhalif… nak minum ! Abiskan.. cepat ! “. Aku sua kat Qhaliff. Dia geleng kepala !

Aku letak kembali dalam ruang tempat letak minuman.. Hurm.. Aku nak beli air , duit semua dah bagi kat wife. Dalam wallet pon takde duit.. Adeh.. camana ni ?

Aku terpandang kembali botol susu Qhaliff ..

image

Korang imagine la sendiri apa berlaku setelah azan berkumandang di corong radio .. Uhuk..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

3 tahun ! Akhirnya tak bernyawa tanpa sebab.. Seolah kena serangan jantung ! Kesannya , semalam , hari ni semua berpanas ! Dan tak pasal pasal Qhaliff dan Zahra tidur berlampin jer.. Huhuh.. Aku ? Tak pe.. tak perlu cerita.. dan jangan bayangkan.. Puasa ok !

Ada kebaikan gak bila aircond rosak.. Nanti nak balik Kelantan , cuaca sana tengah membahang gitu ! Takde aircond yer di rumah ! Maka dah latih awal awal ni.. hahahaa..

image

Dan satu lagi kebaikan.. bil elektrik.. Jiran aku bil elektrik dia RM50. Tak guna aircond. Aku punya ? Nak cecah 200 dan 300 kekadang ! Amacam ? Penjimatan perlu bermula dari sekarang ! Huhuhuh..

Tapi lepas raya ni kena beli baru gak laa.. sian kat anak anak berpanas dalam rumah.. Bahang wooo !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes