- Kepuasan ..
- Pendapatan sampingan ..
- Berdakwah ..
- Mencungkil bakat terpendam ..
- Cari pasangan hidup
- Populariti ..
Dan banyak lagi ... Yang mana satu kita ? Kalau tanya aku ... 1 , 2, 3, 4, 5 .. 5 tak .. cari nahas tu ... 6 ? Hurm.. Kalau popular , blog pon masyuk kan ?
Tapi tang populariti tu sebenarnya aku lebih sukakan blog aku yg popular .. Popular bukanlah nak menang award atau berlakon dalam filem .. Aku cuma mahukan blog aku dikenali .. Tu jer .. Dari awal penulisan entri aku ni , mmg aku pasang niat nak blog aku dikenali.. Sebab itulah aku buat pelbagai segmen .. Blog aku dan blog rakan rakan blogger lain sama sama akan dikenali ..
Sapa tak nak blog mereka dikenali ? Kalau tidak dikenali , maka tiadalah pembaca bukan ? Kalau tiada pembaca di mana kepuasannya ? Kecualilah kita jadikan blog peribadi.. tu lain kes.. tapi bila dah open gitu .. dan letak lagi widget follower , sudah pastinya mereka inginkan blog mereka itu ada pembaca .. Bukanlah sampai beribu .. tapi sekurangnya setiap baris perkataan di dalam entrinya tu ada yang membacanya ...
Kadang kadang ada orang salah pandang.. Asal popular je , terus ingat glamer .. ala ala artis gitu .. Sebenarnya bila popular , masa inilah kita nak banyakkan lagi amalan kita dengan berdakwah secara tidak langsung .. Bab menjana pendapatan tu , lain la kan.. Rezeki dari Allah atas usaha kita , jangan sombong menidakkannya .. Terima dengan penuh kesyukuran... Bukannya mencuri .. kita usaha dengan penulisan kita ... kita fikir .. kita karya .. mereka baca. .. mereka suka.. Alhamdulillah .. Kenapa perlu menolakkannya bahkan ada yang sampai hati mengutuknya pula..
Blog , boleh membuatkan kita tersenyum ... boleh dapat ramai kawan .. blog juga boleh buat kita sedih bila kawan menjadi lawan .. Dan macam macam lagi .. Terlalu luas sebenarnya .. bukan seperti dulu lagi.. segalanya hanya sebuah penulisan saja ...
Tiada sempadan bukanlah bererti tiada kawalan .. Perlu berhemah dan berdisiplin bila berblog ni.. Kena tau segala prosedur dan juga undang undang.. bukan main belasah jer .. silap hari bulan ... kena penjara atau kena saman .. Jangan main main ..
Akhir kata ... berblog dengan tenang... ceria .. dan gembira .. Jika tensen.. gunakan akal dan kebijaksanaan dalam meluahkan segala isihati ... bukan main belasah jer .. Dalam diari peribadi boleh la .. kan ?
Ada mata ... ada telinga.. ada lidah ... segalanya adalah blog ..