Kenal ? Otai nehhh.. hahaha.. dulu jual burger cap otai ... dia ni la pengasas plastiknya ... hehehhe...
Kenal ? Otai nehhh.. hahaha.. dulu jual burger cap otai ... dia ni la pengasas plastiknya ... hehehhe...
Diorg ni saja nak kasi aku jeles nih !! Ni yang aku nak buat FLASH gak..tapi tamo la... hehehehe... maintain dengan apa yang ada .. cam ni punya header pon dah dapat masuk majalah gak kan ? hehehe ...
http://www.macamnilahkita.com/
Bagi yang berminat nak tukar banner ....leh amik code html ni...
( <center><embed src="http://bit.ly/lkojxc" quality="high" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" width="400" height="150"></embed></center> )
Gulp ... Tadi aku ada buat satu entri kat SINI .. Kiranya aku puji pemandu bas SANI EKSPRESS yang berhati hati memandu sewaktu dalam perjalanan tadi ..
Alhamdulillah .. selamat tiba aku ke destinasi yang ditujui.. Cewah.. cam raya lak eh .. Selepas subuh , aku sambung tidur jap.. sebelum bangun dan mula bekerja ... kerja untuk blog .. hehehe ..
Dalam kul 12 tengahari tu, aku layan tv jap.. Tgk berita terkini di tv3 .. Tup tup . .ada satu berita membuatkan aku terbeliak !! Gulp !! Sebuah bas SANI EKSPRESS dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur terbabas !
Mak aihhhh .. baru je puji pagi tadi.. tau tau ada dah kes.. Kesian kat tokey.. Tak silap aku , dia baru dapat anugerah kan ? Hurm... Apa nak buat .. kita ni manusia .. Nak kata lebih lebih , tak leh la kan ..
Apa pon , kata kata semangat dari aku.. teruskan memberi perkhidmatan cemerlang .. Aku rasa dia lebih arif bab ni.. dan tau apa nak buat.. Kita jangan dok terus kondem syarikat tu .. Itu semua ketentuan Ilahi.. kita sendiri bawak kereta pon kadang kadang eksiden atau hampir eksiden.. apakah kita juga patut dikondem sekiranya ianya berlaku ? Hurmm...
Geram sebenarnya aku tengok kejadian ni kelmarin sewaktu aku nak balik ke Putrajaya .. Tapi memandangkan waktu tu aku nak cepat dan aku berdoa dalam hati agar gadis tersebut cepat yang dia sedang ditipu !
GORES dan MENANG .. tu lah dia .. korang tau la sapa punya kerja ni kan ? Kesian kat budak perempuan tu.. Sambil aku lalu tu , aku sempat jeling .. budak laki tu dok cakap hadiah kereta .. dan budak perempuan tu siap tanya macam macam .. Manakala rakan budak laki tu , sorang standby usha line dan sorang lagi , perempuan beria ria mengiyakan kemenangan peserta lain ..
Hurmm.. kawasan tu biasanya penuh dengan polis tapi peliknya petang tu takde .. haih.. Kalau terjumpa , mau jer aku suruh polis g usha kat tempat tu ..
Hurm.. sasaran mereka , aku rasa budak perempuan yang keseorangan ketika mahu ke Hentian BTS tu... aku harap korang yang baca blog aku ni , tolong berhati hati jika ke sana.. tak perlulah dok pk nak senang cepat .. Takde maknanya kat KL ni nak senang dengan cara gores dan memang .. Mengarut je semua tu !! ...
Gambar HENTIAN BTS , klik SINI
Kenapa ? hehehe... sbb rajin komen diblog ku ini dan juga bakal jadi blogger yang rajin walaupun dia bz ngan keje dia .. jom berkenalan dengan beliau ... SINI
Hehe... masih berkaitan dengan isu entri INI .. Bukan nak memanjangkan cuma terfikir.. Dimana mereka yang kononnya berlagak suci dalam memberi pendapat mengenai blog blog seseorang tika blog tersebut terang terang mencaci maki ISLAM ?
Tak nak bersuara dalam entri mereka kah ? Ke sbb tak memberi faedah atau pulangan yang mengasyikan ? aiseyman .. Takde pon aku tengok komen komen mereka kat blog tu ? Hik hik ..
Tapi bila kat blog blog yang biasa ni , perghhhh.. dia punya lagak.. dia punya eksen.. tak hengatt !! Kalau menteri pasola weh dalam memberi pendapat mengenai blog blog yang mereka hentam ..
Eceh.. berani hentam yang duduk diam je ke ? Ni la time nak tunjuk jaguh ... G sana.. korang kan suka menghentam secara terang terangan .. Gemar berbalas komen .. Aku tengok skang ni kira buku bertemu ruas la.. G la ... best pe ?? Leh berbalas pantun gitu ..
Aku ? maaf la yer .. tak berminat .. dari dulu hinggalah sekarang .. hehehe ...
Hurm... aku baru lepas masuk baca satu blog ni .. hurm... Nak geleng kepala , aku rasa membazir jer .. Nak rasa geram , aku rasa buang masa je .. Nak rasa apa ek ? Apa yang aku mampu buat , doakan agar Allah berikan hidayah kepadanya ..
Entri tu , secara terang terang menghina Islam dan ianya berjaya mendapat perhatian pelbagai pihak .. Aku rasa mmg itu tujuaannya .. Nak tarik perhatian !
Ada dua perkara yang sering dia sebut dalam tu.. Pertama .. Mengenai wanita dan yang kedua adalah mengenai politik UMNO .. Hurm... Apakah dia mempunyai pengalaman mengenai poligami ? Apakah dia sangat sakit hati mengenai poligami ? Bila mereka sakit hati , segalanya menjadi benar dimata mereka .. Tak kisah dah apa apa pon.. dia tak nampak akhirat .. dia tak pedulikan duniawi .. Yang dia pentingkan adalah hatinya yang sakit itu ..
Itulah yang ketara .. Dan .. Kesilapan kita pulak , g menyerang abis abisan .. Kita sakit hati , dia ketawa terbahak bahak .. Seronok mempermainkan perasaan umat Islam dengan buat isu begitu ..
Sepatutnya , apa yang kita buat ialah , secara senyap .. Attack secara senyap terutama mereka yang suka sangat hack blog orang .. Buat laporan pada pihak berkuasa .. Dan paling penting , jangan kecohkan perkara ni..
Kenapa jangan kecoh ? Kalau kecoh , dia berjaya menarik perhatian orang dalam dunia internet ni !!! Itu yang dia nak.. dengan cara gitu , dia boleh menyampai segala perasaan dia .. Kalau kita buat dek , tak baca.. tak hebahkan , dengan sapa dia 'bercerita' ? dia syok sendiri je la... Dia buat , dia baca .. Tapi apa yang berlaku skang , kita ni lak beria ria menyerang mereka ..
Nama penulis entri tu.. sah sah membohong .. takkan la dia nak tulis nama betul dia .. adeh.. Jangan la ada blogger buat entri pasal ni dan bagi backlink ke blog tersebut.. Pastinya dia ketawa riang .. kita sakit hati.. takkan nak balas dengan komen ? Orang yang sakit jiwanya , jgn dilayan .. kalau dilayan , kita turut sama sakit jiwa ..
Biarkan .. dan buat laporan ..selebihnya , tu tugas pihak berwajib .. Apa yang berlaku sekarang ialah mereka cuba bermain dengan emosi kita .. Saja nak rosakkan emosi kita ...Senyum je.. kita tau dia gila.. kita jangan jadi gila...
Untuk keterangan lanjut , meh klik SINI
Nak pilih yang terbaik ? Hurmmm.. bagi aku , 22 blogger ini dah tunjukkan mereka antara blogger yang kreatif.. punya imaginasi tersendiri untuk mencipta jalan cerita mereka sendiri ... Bukan mudah kan ? Sebab tu hanya 22 blogger menyahut cabaran ..
Apa pun , kita baca.. bagi korang mana satu yang paling kreatif dan menarik ? Jutaan terima kasih buat blogger IRA kerana menyediakan senarai ini ..
24 MEI 2011: Ketua Pegawai Komersial Arsenal, Tom Fox (kiri) menyampaikan jersi kelab itu kepada Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (dua kanan) pada sidang media sempena Arsenal Asia Tour 2011 Subang Jaya, Selangor. Kelab EPL itu akan menentang skuad Harimau Malaya pada 13 Julai ini. - Utusan/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
sumber : UTUSAN MALAYSIA
Hurm... CHELSEA.. MANCHESTER UNITED .. BRAZIL ... dan sekarang ARSENAL .. akan datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan atau pertunjukkan ?
Tak kira la apa pon , pastinya akan menarik ramai peminat peminat bolasepak untuk pergi menontonnya .. Peeewittt... Harga tiket ? pastinya mengarukan kepala.. hehehe.. i like ..
Aku ? Tak teruja ker ? Aku minat giler dengan pasukan Brazil satu tika dulu .. Diorng datang , aku tengok je kat rumah... Aku tak minat dengan MANCHESTER UNITED .. diorng datang .. tak teruja langsung .. Aku minat dengan ARSENAL .. diorng datang ... aku lagi la tak minat langsung nak g ... hahahaha..
Kenapa ?? Sebabnya mudah saja.. aku tak sanggup nak berasak rasak dalam stadium tu.. Aku tak sanggup nak pening kepala nak cari parking kereta ... semata mata nak tengok diorng bermain cam latihan harian jer .. hehehe ..
Dan.. aku rasa aku dah tua la kot nak bersorak gitu gitu.. baca suratkhabar je la ... hehehe .. Kalau aku muda sekitar bawah 20an mungkin la kot g .. dok 'panas' lagi kan .. hehehe..
Dan .. ada contest ni.. kalau korang berminat nak join .. SINI dan SANA ..
Hehehe.. giler.. hahahaha.. aku tergamam tgk gambar ni .. hahaha ... adeh.. kalaulah ada lori ni di atas jalan raya KL.. tak tau la camana gamaknya JPJ mengejarnya .. hahah ..
Gulp .. aku mmg cukup takut kalau berada di kawasan terbuka bila petir sedang 'bertelagah' di langit ... huhuh.. takuttt.... Biasanya kalau berlaku , aku akan cepat cepat cari tempat terlindung ..
Dan tadi , aku tergamam bila membaca berita di BHARIAN.COM .. pergh... 40 orang mati dan 150 orang disambar petir selepas Bangladesh dilanda cuaca buruk ketika kebanyakan mangsa sedang menuai di sawah padi atau memancing ikan ..
Hurm...tak terkata apa dah aku .. Apa yang aku belajar dulu , bila ada petir , pastikan kita tidak berada di kawasan tanah lapang , atau berlindung di bawah pokok .. huhu ..
Cerita lanjut , leh baca kat SINI ..
Semakin menjadi jadi .. Walaupun pelbagai usaha dibuat untuk mencegah jenayah termasuk juga kempen cegah jenayah namun masih ada jugak yang tak sedar diri.. jauh sekali nak insaf !!
Aku gemar menonton filem filem Hong Kong satu tika dulu.. bab bab gaduh tu la... lebih lagi gaduh berkumpulan.. pergh.. mmg cool .. kononnya nak terapkan pengajaran dalam filem tu ... ok la kan ?
Tapi kesannya ? Aku takut nak ke Hong Kong sbb ramai gangster !! Boleh ? hahahah.. tapi tu la kesannya negatifnya bila satu satu filem dibuat tanpa pk baik dan buruknya pada negara ...
Dan sekarang ni , pembikin filem di Malaysia gemar lak buat cerita begini dan berlatar belakangkan negara kita yg tercinta .. heheh... gamaknya apa sebenarnya nak ditonjolkan dalam filem tu ? Ganasnya rakyat Malaysia ? atau teknik perfileman negara semakin berkembang maju seperti filem filem luar yang mana dah lama menggunakan idea begitu ?
Cuba belek kembali akhbar-akhbar harian .. jenayah camana yang sering diberita dalam tu ? gamaknya dari mana mereka tiru semua je tu atau dapat idea ?
Hurm... sesuatu patut dilakukan oleh pembikin filem negara kita .. Nak kaut untung atau nak didik penonton ?
Pagi tadi aku ada terima satu email dari MAYBANK2U ... Cam biasa .. aku was was ... hehehe ... sbb tajuk dia mengarut sangat tapi memandangkan ada pengiklan di blog aku yang bank in kan duit ke akaun aku tu , maka aku pon check gak ...
Bila tengok kandungan , aku tersengih jer ... kemudian aku letak cursor ke CLICK HERE untuk lihat backlinknya .. Hurmm..
http://bestcostaricatours.net//my2u/my2/may/2u
Ngarut tak ? hehehe .. ok. tapi bila korang klik ...
Dia akan keluar window gini ... Kalau korang masukkan username dan no akaun .. bermakna ... korang cari pasal !
Aku tak yakin .. lalu aku buat panggilan ke pusar SECURITY ALERT di MAYBANK2U bernombor 03-5891 4744. untuk membuat pertanyaan ..
Dan ianya benar .. itu email palsu .. Kalau kita masukkan no akaun dan kata laluan , bermakna akaun maybank kita terdedah dengan kecurian wang ...
Maka sila berhati hati !! Jangan mudah percaya pada email.. Terus buat pertanyaan pada pusat bank tersebut.. ok ?