Kenapa ada blogger lama dikatakan ' sombong' dan 'kedekut ilmu' ... Semakin lama aku dalam dunia blog ni , semakin aku mengetahui sikap sikap segelintir blogger dan aku faham kenapa blogger lama bersikap sedemikian rupa ..
Aku dan mereka tak sama.. Mereka takkan sama dengan aku .. Ikhlas atau tidak , hanya Allah saja mengetahui .. Muka tertera ikhlas .. Lidah melafazkan ikhlas sedangkan hati berbelah bagi ..
Kadang kadang aku ada terima pelawaan dari syarikat pengiklanan atau individu dan mereka menanyakan pada aku blog blog yang bagus untuk mereka iklankan produk mereka ..
Tanpa banyak bicara , aku syorkan blog blog tertentu .. Atas niat , sama sama makan ..sama sama kenyang .. Apakah aku harapkan sebarang balasan ? Tak nak pon ..
Atas tujuan apa aku lakukan .. KAWAN .. SAHABAT ALAM MAYA .. Tapi kenapa bila mereka naik , mereka terlupa rakan yang menghulurkan tangan pada mereka sebelum itu ?
Hurm... aku terasa ? Tak pon... tapi aku mengerti sekarang apa perasaan mereka ... Perlukah aku jadi seperti mereka ? Iaitu mementingkan kantung sendiri ?
Aku tertanya tanya ... Walaupun jawapannya aku tau ... tapi aku tetap tertanya tanya .. Aku percaya rezeki kita milik Allah dan kita kongsi bersama .. Cuma perlukah aku percayakan mereka atas tali persahabatan ??
Hari ni kita bertepuk tampar .. selepas itu ? Bercakaran ? Kadang kadang aku rasa.. mmg aku patut dengan dunia aku .. Seperti mana mereka ...