Gi bawak Qhaliff klinik sekali lagi pagi tadi.. Hurm… Kali ni rawatan diberikan lebih detail. Doktor syak dia dapat penyakit ni selepas aku bgtau dia sakit kat belah dlm mulut.
Pastu dia periksa tangan dan kaki .. Hurm.. dia kata , ni antara simptomnya ..Tapi tak merbahaya. Kena banyak berehat di rumah. Dia bagi ubat supaya Qhaliff dapat tidur lebih nyenyak dan mudah ! Terus terang , mmg payah dia nak tidur ketika ni.. Kesian pon ada…. Bila dia tak dapat tidur , aku pon sama la.. Wife lagi laaa tak dpt tidur.
Dari mana dia dapat ? Aku syak dia dapat dari sepupu dia yang turut sama kena ! Sekarang adik dia pulak kena.. Anak buah aku tu la.. Tapi yang abang dah beransur pulih kata mak aku .. hur..
Penyakit ni turut dikenali sebagai HFMD , mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.
Menurut artikal dari blog Dr.Azwan , HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain. Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.
Antara simptom yang ada pada Qhaliff ketika ni ialah kelihatan penat , tidak mahu makan , menangis.. Hurm.. Kalau dia menangis , kita pon leh turut sama menangis.. haaa , tamo berenti kooo ..
Cara rawatan ? Menurut dari artikal Dr.Azwan lagi , biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja. Sila rujuk artikal beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut yer ..
Hurm… Zahra camana pulak ? Doktor menasihatkan aku supaya jangan benarkan Qhaliff cium adik dia .. Elakkan ada persentuhan diantara mereka. Sila kerap basuh tangan .. Jaga kebersihan..
Bila anak kita disahkan ada penyakit ini , jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak. Dalam erti kata lain , kena kuarantin la di rumah.. Hurmm ..
Kena tidur asing diorang ni .. Hurm.. Esok dah la ada dgn interview Harian Metro.. hurmm…