Kalau dah tau si kecil tu boleh gulingkan badan.. kaki dia dah kuat dan juga tangan yang asyik mcm nak mendayung, jangan sesekali tinggalkan dia keseorangan atas katil atau tilam yang tinggi tanpa ada penghalang!!
Aariz sendiri.. Walaupun letak bantal, dah berapa kali dia tendang kasi jatuh sebelum dia join sama jatuh! Nasib baik la ada tilam dah diletakkan di bawah.. Maka jatuh atas tilam.. Sengih!
Jangan pandang ringan wooo.. Kalau tak kena gaya dia jatuh, hurmmm.. Tak tau laaaa nak kata camana! Bahayaaa sgt!
Bayi yang dah berusia 4 bulan ke atas.. Maka kita kena lebih berhati hati.. Nanti dah pandai mengutip, siap laaaa.. Huhu..
Menarik ni!! Cuti sekolah tak lama lagi. Dan Hotel Perdana Kota Bharu anjur lak Street Food Returns yg mana mengumpulkan makanan makanan terbaik di Kelantan, setempat je!! Rugii wehhh kalau tak turun ni..
Bermula dari 1hb Mac hingga 31hb Mac 2017 pesta makan makan ni. Harga seorang.. Aku tak pasti tp yang pasti, memang berbaloi utk mereka kaki makan!
Apa lagii.. Mari ajak kawan kawan redah Kelantan cuti sekolah ni.. Makan sampai pengsan.. Tidur terus kt hotel yg memang tip top ni! Huhu..
Abis la diet aku balik kali ni.. Hee..
Gambar - FB Hotel Perdana Kota Bharu.
Wife beli ketika awal daftar Qhaliff masuk taska. Dua pasang dia beli di Omar Ali yg ketika tu sedang ada sale. Sepasang katanya dpt bawah RM100. Ok la kan? Mamat ni lak skg dah pandai melaram.
Baju melayu ni cantik.. Kalau mereka yg bekerja kt luar, boleh la ada byk pasang. Cam aku ni, beli banyak banyak memang merugikan laaaaa.. Semua masuk dalam almari.
Oh ya.. Omar Ali.. Memang class la buatan dia. Dari dulu teringin nak pakai tapi tak mampu. Si anak ni rezeki dia laa.. Kebetulan ada jualan murah. Dapat laa merasa pakai.
Hurmm.. Tahun ni? Raya nak pakai baju apa?? Rasanyaaaa..?? Tak tukar kot. Jimattt wehh..
Dia menunjukkan hasil kerjanya pada aku sewaktu aku di pejabatnya , ODS untuk bertemu bagi membincangkan beberapa perkara, pagi tadi. Kagum ! Memang sangat sangat berbakat sekali malah dia pernah menang anugerah kulit album ( Stacy ) di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014.
Bersama Wan Izhar Abu Bakar, jurugambar yang cukup berpengalaman terutama dalam dunia media cetak satu tika dulu dan kini menumpukan projek projek besar seperti Petronas dan Court Mammoth.
4 jam duduk bersama , macam macam kami berkongsi pengalaman namun pengalaman dia , memang jauh sangat la berbanding aku ! Beberapa cadangan aku lontarkan untuk kebaikan bersama terutamanya untuk Kelab Blogger Ben Ashaari.
Oh , lupa lak.. dia juga tenaga pengajar dalam bidang fotografi di IIUM. Bodohlah aku kalau peluang depan mata gini tak aku amik kesempatan sepenuhnya. Ilmu yang sangat berguna buat aku dan juga rakan rakan nanti !
Pengalaman dia bersama artis / selebriti memang membuatkan aku tersenyum. Tak sangka gitu sekali dunia dia satu tika dulu.. huhu.. Dunia glamer gituu !
Aku pasti jika dia berjaya hilangkan rasa malu dia , dia akan menonjot sangat di dunia media sosial. Apatah lagi dengan status dia yang masih bujang serta kacak , aku tak rasa dia punya masalah untuk popular punyalah !
Kalau nak baca kisah dia lagi , boleh baca di WAN IZHAR ABU BAKAR.
Gaji RM2K di zaman ni , masih relevan lagi bagi aku andai tahu nak berjimat cermat ! Seriusss.. memang boleh hidup melainkan orangnya tak reti nak berbelanja dengan berhemah !
Aku pernah lalui semua tu. Bergaji RM2K di usia 22 tahun , 19 tahun lepas tak pon boleh membuatkan aku beli kereta ! Masih cukup cukup makan di kala tu tapi aku tak kisah asalkan apa yang dibayar , setara dengan kerja yang aku buat !
Tidur awal , bangun awal .. gi kerja.. Dari Isnin sampai Jumaat atau Sabtu. Lepas tu baru dapat tarik nafas lega ! Huhuh.. Tapi sampai bila nak macam ni kan ? Di pejabat , kerja yang diberi.. tu diaa ! Bila kita mintak gaji tinggi sikit , terus diugut.. Atau disuruh bersyukur ! Penat lagu nih bohhhhh… Belajar tinggi tinggi , amik jurusan ada skill tapi bayaran tak setimpal !
Bukanlah nak demand atau nak bergaji besar.. tapi kena la amik berat bab kebajikan pekerja.. kalau nak bagi gaji kecik , ok la.. tapi janganlah dibebankan dengan kerja kerja yang luarbiasa banyaknya sehinggakan membuat pekerja tu stress lalu terpaksa amik cuti ! Sapa rugi ???? Pekerja yang tidak begitu sihat datang kerja.. menghasilkan kualiti kerja camana ???
Kekadang terfikir.. aku ni sebenarnya nak dijadikan hamba untuk mereka atau mereka perlukan aku untuk memajukan perniagaan mereka ? Kalau nak dijadikan hamba , aku tak rela… Baik aku cari kerja lain.. di zaman ni , mau kena bijak dan rajin je usaha ! Kalau malas , memang sesuai dijadikan hamba laaa !
Pinta aku satu jer.. Mintak la majikan jangan layan pekerjanya sebagai hamba ! Jangan ingat bayaran tu tinggi maka anda dah miliki diri mereka ! Syarikat yang cemerlang bermula dari pekerjanya yang sihat !
Bila orang makan , dia turut sama terngaga mulut ! Ikut je pergerakkan sudu tu. Kalau dilalukan depan dia ,cepat cepat dia bukak mulut !
Dan semalam , aku saja test bagi dia anggur manis. Fuhhhh , dia punya hisap. tak payah ajar ! Untung aku dapat anak anak yang tak payah ajar makan. Kecuali masa Zahra dulu , dia payah nak hisap susu botol. Hahahaha.. berpeluh ketiak jap !
Apakah Aariz dah bersedia untuk makan makanan baby ? Jangan kasi nasi kandar lak woii ! Hahaha.. naya ke budak tu nanti. Apakah Aariz dah punya gigi untuk mengungah ?? Sewaktu aku beri dia hisap buah anggur tu , Qhaliff nampak dan bersuara..
“ Daddy , Aariz mana ada gigi lagi. Dia tak boleh makan ! “.
Aishh.. sejak bersekolah ni , banyak tul kata kata dia yang diluar jangkaan aku ! Aku terus hentikan perbuatan aku tu dan jelaskan pada Qhaliff.. Risau nanti dia pun akan buat perkara yang sama tanpa parents dia di sisi !
“ Menunggu sehingga usia enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda akan membantu meminimakan risiko reaksi buruk yang tidak dijangka terhadap makanan dan alergi. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi atau alahan terhadap sebarang makanan atau terdapat ahli keluarga anda yang menghidap penyakit seliak (celiac disease), anda perlu lebih berhati-hati. Risiko alahan terhadap makanan dan penyakit seliak akan berkurangan sekiranya proses bercerai susu ditangguhkan sehingga bayi berusia enam bulan. “ .
Bilakah sesuai untuk beri makanan pejal buat anak kita ? Satu persoalan yang timbul dibenak aku dan mungkin parents lain yang tiada pengalaman !
- Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. - Duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri. - Melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. - Berat badan telah naik secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. - Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.
Yer.. Aariz dah bersedia ! Minggu depan , tugasan baru untuk aku sebagai Mr. MAMA ! Huhuhuhu..
Sumber : – BabyCenter
Umur dah lebih 40 tahun. Kesihatan mau jaga. Makan memang cukup Seperti yang aku bagtau sebelum sebelum ni , aku amalkan jus sayur , detox sepanjang masa namun perlu juga amik makanan tambahan bagi memastikan tahap kesihatan berada di level sepatutnya. Yer , kita mampu berusaha.. Allah tentukan.
Antara makanan tambahan dari Shaklee aku amik ialah Omega Guard dan Vita-E Complex.
Kenapa aku amik ? Apakah kelebihannya ? Menurut Cikgu Nizam yang juga blogger dari team #KBBA9 yang mana aku dapatkan produk ni dengan dia , OmegaGuard atau minyak ikan mempunyai banyak manfaat khusus terhadap lelaki, antaranya:
- Memelihara kesihatan jantung dan kardiovaskualar.
- Dapat mengurangkan radang atau inflamasi diseluruh tubuh yang biasanya berlaku disekitar salur darah dan jantung.
- Menurut kajian, pengambilan 2 atau 3 hidangan omega setiap minggu mampu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 1/3.
- Menurunkan paras trigliserida. Pengambilan omega yang konsisten mampu menurunkan paras trigliserida sebanyak 20-50%
- Mampu meningkatkan kolesterol baik (HDL) yang membantu memelihara kesihatan jantung
- Meningkatkan kesihatan mental. Menurut kajian, lelaki sebenarnya lebih ramai mengalami tekanan perasaan berbanding wanita! Bezanya, lelaki menangani depresi dengan cara yang berbeza. Apabila lelaki bersedih, mengelami depresi, situasi tersebut akan menyebabkan paras DHA dan EPA menjadi rendah dan ini boleh menggangu fungsi otak. Disinilah OmegaGuard memainkan peranan.
- Pengambilan OmegaGuard bersama ubat anti depresi mampu membantu kesihatan pesakit ini.
- Mengurangkan simptom athritis. Semakin kita berusia, kita mudah mendapat sakit sendi atau radang sendi.
- Pengambilan omega mampu membantu mengurangkan radang sendi secara signifikan.
Manakala Vita-E Complex pulak dikatakan mampu membekal 400IU dalam setiap kapsul untuk kesihatan lelaki. Selain dari tu , Vita-E Complex bermanfaat :
- Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang baik dalam menangani radikal bebas yang merosakkan sel.
- Antara fungsi terbaik vitamin E ialah meningkatkan sistem imunisasi lelaki. Dengan pengambilan vitamin E pada kadar yang sesuai, ianya mampu meningkatkan kadar daya ketahanan tubuh dari diserang penyakit.
- Meningkatkan kesihatan jantung. Pengambilan vitamin E secara berterusan mampu meningkatkan kesihatan jantung, pengaliran darah yang lebih baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Mengurangkan radikal bebas. Kaum lelaki suka bersenam kan? Ianya bagus untuk kesihatan tetapi pada masa yang sama meningkatkan kehadiran radikal bebas. Apabila kita bersenam, badan melepaskan produk sampingan yang bertoksik hasil daripada metabolisma tubuh. Radikal bebas ini boleh menyerang dan merosakkan sel. Jadi, pengambilan vitamin E adalah sangat penting dalam menyingkirkan kesemua radikal bebas ini.
- Meningkatkan kesuburan lelaki. Radikal bebas mampu merosakkan sel termasuk sel sperma. Menurut kajian, pengambilan Vita-E Complex mampu meningkatkan kesihatan sel sperma dan sekaligus memperbaiki tahap kesuburan lelaki
Kesihatan sangat penting. Kalau badan tak sihat , duit banyak pun tak guna kan ? Maka , jagalah kesihatan dari sekarang… jangan tunggu hilang ! Huhuhhu..
Kalau nak beli produk Shaklee atau nak dapatkan lagi khidmat nasihat mengenai produk produk lain seperti set bersalin buat si isteri tersayang yang mana wife aku dah gunakan sejak dari anak pertama lagi dan ternyata banyak susu woooo.. alhamdulillah.. silalah hubungi :
Cikgu Muhammad Nizam Yusof di 013 976 1627
Aku ingat tak best ! Hahahaha.. Sekali tu aku layan setelah takda cerita best nak tengok. Aku dan Zahra ! Masing masing sangap di kala semua orang dah nyenyak tidur ! Camana laa nak kasi si Zahra ni tidur ?? Maka nampak la movie ni , dan aku pasang online !
Aku memang kaki cerita movie gini. Tapi tak sangka la MOANA ni best ! Cover dia nampak biasa jer.. rupanyaa ! Dan si Zahra , tunggu part lagu ! Memang akan menari dan menyanyi bersama laaa..
Cerita ni kisah dongeng di Hawaii kalau tak silap aku.. Ececeh… kot ? Hahahaha.. Maka memang akan ada part nampak ‘mengarut’ ! Tapi ni kartun je kot.. layan je la.. hehehe..
Tapi best dan melucukan ! Entah dah berpuluh kali si Zahra ni layan.. dan aku pun terbabit sama !
Bila tengok gambar kawan kawan yang post gambar melompat lompat di sana , terasa hati nak sangat menjejakkan kaki di sana.. sekali je pun ok dah ! huhuhuh.. Camana eh nak gi sana ? Kumpul duit atau… hurmm.. Impian tu aku pendamkan sehinggalah tahun ni , aku timbul keyakinan ! Keyakinan tu membuatkan aku berusaha jadikannya kenyataan !
Dan hari ni aku terima berita gembira ! Alhamdulillah.. projek yang aku usahakan dalam tempoh seminggu , dapat kelulusan ‘semua pihak’ ! Huhuhuh.. Menariknya.. bukan aku pergi seorang diri ! Aku bawa 3 orang rakan blogger dari team #KBBA9 ! Aku dicadangkan oleh pihak travel yang berada di sana , pergi di musim bunga yakni bulan September nanti ! Maka ada 6 bulan untuk kumpul duit (jika nak shopping) ! Huhhuuh..
Apakah aku akan nampak semua ni nanti ???
Aku harap.. aku panjang umur untuk berpeluang menikmati ciptaan Allah ni. Terima kasih pada ‘mereka’ yang terlibat. Nanti aku bagitau sapa eh.. hehehe..
Terkejut aku ! Dah berpisah bertahun tahun lamanya. Masing masing bawa diri. Aku , pindah ke Putrajaya. Dan yang lain.. ada pindah gym dan bekerja. Yelah , aku kat gym ni dari usia 22 tahun kot ! Sekarang dah 41 ! Bayangkan laaa.. ni la muka muka yang sama sama berworkout. Nasib baik badan masing masing sama macam dulu ! Hahahaa..
Tak ramai turun lagi ni. Kena buat gathering besi pasni !
Dan gambar bawah ni , gambar di tahun 2007 gitu..
Dan gambar feveret yang suka dicuri para penguna akaun palsu media sosial ! Huhhh..
Dan sekarang ..
Amacam ? Usia 20an dan 40an.. ternyata makin berusia , makin kacak , kannnn ! Hahahahaa..
Lokasi gym : Bionic Gym , Cheras.
Asal aku pegang.. dia pun nak ! Nak sekejap jer.. Nak tekan A , katanya. Bila dah bagi , abis satu laptop ni dia ubah. Aku nak ubah semula ke asal pun dah tak camana ! Adehhh..
Jadikan Zahra blogger ? Eh , tak pe laaaa… Nanti banyak rahsia aku lak dia cerita dalam blog. Haaahha.. mana boleh wehhh. rahsiaa tuuu !
Tapi aku nampak dia lebih berpotensi dari Qhaliff. Dia punya gaya dan sangat misteri orangnya. Aku tak boleh nak baca perangai dia lagi. Dia baru 3 tahun dan 3 tahun dia berbeza dengan 3 tahun Qhaliff.
Kejadian di dalam gambar berlaku ketika jam 2 pagi. Pada waktu waktu gini laaa ku update blog dan sekarang , dia turut sama menyelit.
Dia bukan nak sangat main ngan laptop tapi dia nak aku tutup laptop dan tidur sekali dengan dia. Tu cara dia nak tarik perhatian aku. Yer , dia sangat sukakan perhatian. Hurmm… Tapi dari aku jer !
Hurm… sebenarnya pelbagai cara dah diviral di media sosial untuk sedarkan si ibu bapa betapa masa yang ada diluangkan bersama anak anak.. bukannya mengadap telefon atau gadget !
Apa pun alasan sebenarnya , mereka yang bekerja dari hari Isnin hingga ke Sabtu , siang hingga malam.. secara tidak disedari mengabaikan anak walaupun alasan adalah untuk mencari duit , patut mencari masa dalam setiap 24 jam dan berikan pada anak kita. Atau kita akan menyesal satu hari nanti !
Bagi yang tidak berkemampuan , aku paham. Tapi bagi mereka yang dah terlebih mampu , tapi masih mencari beria ria sehingga dah dah tak apa lagi nak dikejar ?? Anak terabai..
Tak dinafikan , kadang kadang aku pun terleka.. Nasib baik ada media sosial yang memviralkan unsur unsur positif yang setepek kena muka kita !
Luangkan masa untuk mereka. Jangan tunggu cuti sekolah , baru nak bawak berjalan. Mereka perlukan kita , setiap saat !
Tahu tak apa impian aku sebelum menjadi blogger yang dikenali ramai dimana aku rasakan tak mungkin tercapai sama sekali !
- Nak tengok kilang pembuatan kapal terbang ! Aku memang taksub skit dengan kapal terbang dan merasakan kapal terbang antara ciptaan ajaib manusia !
- Nak dapat telefon pintar percuma terus dari syarikat telefon.
- Muka terpacak dalam surat khabar dan majalah terkenal serta tv yang berkisarkan mengenai diri aku sendiri !
- Melancong dibawah tajaan syarikat penerbangan ! Tak mungkin sama sekali ! Aku bukan artis.. hahaha
- Masuk hotel terkenal , sebut je nama aku.. dapat tidur semalam percuma ! Hahahaha..
- Artis / Pelakon terkenal , kenal aku ! Fuh , perasan abis !!
- Dapat laptop free !
- Merasa la skit duit dari blog.. huhu..
- Membantu blogger lain mencapai impian mereka seperi.
- Gi negara negara impian seperti New Zealand dan Eropah.
Secara jujurnya , aku memang telan air liur je la bila tengok blogger blogger terkenal ketika tu , bercerita mengenai kejayaan mereka. Cemburu tu tak la tapi ada la timbul pertanyaan camana mereka berjaya lakukan ? Kalau mereka itu artis , ok la kan.. tapi bukan la pulak ! Camana tu ?
Setelah 9 tahun bergelar blogger… banyak impian aku dah jadi kenyataan ! Di luar jangkaan sama sekali. Rezeki yang tak diduga sama sekali.
Dan aku nak kongsikan apa yang aku rasa bersama mereka yang sebidang dengan aku ! Pada masa yang sama , aku turut nak buat banyak kebajikan melalui blog serta komuniti blogger yang aku bina. InshaAllah..
Aku bukan nak berbangga tapi sekadar nak berkongsi terutamanya mereka yang dibuang kerja akibat ekonomi yang semakin merundum tapi dinafikan oleh ‘mereka’ ! Huhh.. geram neh ! Nasib baik tak nak cerita pasal politik dlm ni dah !
Oh ya.. rezeki ada di mana mana.. terutamanya di dalam internet ni , ada banyak cara nak dapatkan pendapatan. Biar la sedikit dari takda langsung ! Usaha dari bawah. Jangan asik pikir kerja dengan orang baru boleh hidup !
InshaAllah , ke New Zealand lak nanti.. huhu.. ! Menariknya ialah… biarlah aku cerita nanti.. heee..
Heehehhee.. Ada satu contest yang sedang berlangsung di blog aku. Giler senang punya contest ar ! Sebagai blogger , korang kena kreatif kan ? Takkan nak jadi blogger copy paste atau sekadar keyboard warrior je kan ? Sesekali try la cuba nasib. Mana tauuuu.. cam aku pernah la gak menang hadiah cam handphone dan juga tablet.
Contest anjuran TYZARA ni akan berlangsung selama sebulan. Hadiah utama ialah Iphone 7 ! Ada yang kata nak cash ! Adeh.. Apa laaa.. Kalau menang , jual la hp tuuu ! Dapat la cash ! Adehh.. kan kan ?
Tak paham cara atau peraturan dia ? Mudah jer.. Korang ikut je langkah yang diberikan. Ada banner.. pastu letak tajuk.. backlinkkan ke entri pertandingan.. pastu sms ke penganjur.. bagitau nak join ! Haa.. pastu buat la entri ! Part entri ni , kena kreatif ! Jawapan mengenai Tyzara boleh dapat di point yang ada telegram iaitu di www.telegram.me/shampoosoya . Haaa.. Nak lagi syiok.. selfie la ngan produk ! Oh yaa.. produk tak wajib kena beli tauuuu.. nak beli lagi bagus.. kot kot rambut bermasalah.. hehee.. leh buat review lagi gempak kan ?
Ok..tu je tips untuk kali ni ! Kalau korang tak join, aku join ! Gilerrrr tak nak Iphone 7 ! Menang leh jual tuuuu.. hahahaha..
Amacam ? Nak join ? Klik Sapa nak IPhone 7 ? Meh sini mehh !
2 kategori hadiah untuk korang.. Artikal dan share terbanyak !
Buah hati aku. Walaupun setiap malam aku confirm akan bergaduh dengan dia , dia ni laa yang akan aku rindu bila aku gi mana mana .. Bak kata orang yang mengenali aku dan Zahra , bila tengok Zahra jer.. diorang akan kata dia ni klon aku versi perempuan ! Muka tarak senyum punya tapi bila senyum , confirm cair ! Huhu..
Nak dijadikan cerita.. semalam.. dari jam 1 pagi – 5 pagi , aku gagal untuk tidur lena ! Zahra mintak susu untuk kali ke 4 ! Aku tak nak bagi. Aku suruh dia tidur. Dia tak nak. Aku tidur jer ! Biarkan dia. Dan dia , setiap minit akan kacau aku dan mintak susu ! Geram betul laaa!
Sehingga jam 5 pagi.. akhirnya aku mengalah. Aku buat jugak kat dia selepas dia kena marah ngan aku. Dia ketuk muka aku ngan botol susu ! Sapa tak marah woiiii ! Ko tengah tidur dok mimpi bercandaran di pasiran pantai ngan awek hijabista ! Haaaa…
Bagi susu.. dia tidur ! Bila dia tidur , aku kesian tengok dia. Tidur dengan air mata bercucuran.. Haih.. Kejam tul aku ! Tapi kalau kasi , lagi kejam ! Zahra ni , kalau dia nak .. dia mintak sampai dapat ! Entah perangai sapa laaa dia ikut… ( aku la tu ).