Sejujurnya , memang aku cari produk mandian bagi mengantikan Cosmoderm yang selama ini aku pakai. Kenapa aku tak guna dah ? Haa.. tu panjang ceritanya. Tak kisah la. Yang penting sekarang , aku dah jumpa satu body wash yang boleh aku pakai dari kepala hingga ke tumit ! Tak perlu dah nak beli shampoo dan pencuci muka !
Pada awalnya , aku ingat AZYMA Care Clay Body Wash ni sama cam produk produk yang viral di media sosial masa kini. Tapi rupanya ada kelainan ! Tu yang menarik minat aku untuk duduk lama dan mendengar satu persatu akan kelebihan produk ni bersama pemiliknya.
Bila dia kata body wash AZYMA Care ni ada kandungan tanah liat , aku cam.. wow ! Mesti power ni. Packaging dia pun dah menarik ! Warna dia , oren.. warna feveret aku tuh ! Hahaha.. Dan bau dia.. Fuh , teringat akan satu produk yang aku suka guna ketika remaja dulu. Bau citrus ! Tapi baunya tak la pekat sangat. Sedang sedang sedapnya. Serius , sabar nak balik dan cuba.
Rahsia di sebaliknya cukup mengagumkan aku ! Tanda tanda produk Islamik.
Aku dah cuba guna pada Qhaliff , Zahra dan Aariz. Masing masing mandi dengan seronoknya. Siap shampoo kepala terutama Aariz. Biasanya dia akan menjerit tak nak ! Tapi kali ni , tenang jer dia. Bila aku pakaikan kat kepala dia , aku biarkan turun ke muka. Nak tengok pedih ke tak. Dia tak menjerit pun. Begitu juga Zahra dan Qhaliff. Alhamdulillah..
Dan kandungan dia... bukan calang calang ! AZYMA Care mementingkan kualiti. Mengutamakan kepuasan pengguna berbanding keuntungan. Harga setanding dengan kandungan yang terdiri dari bahan semulajadi seperti bungaan dan tanah liat. Apakah kelebihannya ?
Tanpa Diethanolamine
Tanpa Parabens
Tanpa Silicones
Tanpa Synthetic Colourant
Tanpa Lyral (Fragrance)
Tanpa No Animal Ingredients
Aku tak jual yer.. Kalau korang nak tau lebih lanjut ,
Facebook : https://www.facebook.com/azymacareHQ/
Whatsapp : 019-7760647