Jenis jenis Lalat Blog

by - Rabu, Mac 10, 2010

Korang yang mempunyai blog di dunia cyber ini pasti telah merasai ' ketensenan ' bila blog korang dihinggapi lalat-lalat blog ini ... kalau hinggap je tak pe weh ...ni berlaku pencemaran lak ... dibuangkanya 'tahi' tuuu merata rata ... kalau dibuangnya jenis boleh dibuat 'baja' tak pe la gak .. ni ? hampeehh .. tak tau nak wat pe ngan 'tahi' tu ...

Ini adalah pesanan buat rakan rakan yang mengelarkan diri mereka ini blogger tegar mahupun tidak tegar .. Ada yang tak tau apa itu tegar ..Kalau tak tau ...mudah je akak akak mahupun abang abang ... GOOGLE laaa cari makna diaaa ..takkan nak suap kot ...aiseyman ..camana nak jadi blogger sejati ... semua nak main ceduk jer ... blogger kena pandai buat research ... kajian ...baru la bleh di gelar blogger ..bukan pandai main widget n skript jeee ... tapi nak main widget n skript pun kena buat research kan .. ok la tu ..

Ok .. berbalik pada tajuk kita tu ... kat sini ada beberapa jenis lalat yang telah aku ketahui sejak berkecimpung dalam dunia blogging ni ... haaaa


Ini lalat yang sering kali menggunakan nickname dia ' anonymous' .. Jenis lalat ni segan nak pamerkan diri ... malu tapi buang najis merata rata ... Spesis ni biasanya akan membuang najisnya bila entri tu terkena batang hidungnya .. Nak komen letak nama dia , takut satu dunia tau ... jadi , dia kena guna nama ' cik anony ' tu .. busuk punya olang ..

Lalat ni lak ...akan cuba mencipta id lain ... Haaa... dia letak nama nama yang popular dalam dunia pahlawan melayu ... tak pun dia guna nama adik beradik pengawal istana zaman Sultan Mansyor Syah.. Sebab tu mata dia merah ... maluuuu ..

Hok ni ...lalat g sekolah ... cuma masalahnya dia seringkali menterbalikkan fakta ... tak caya tengok la lalat tu ... dia baca terbalik !! Jenis ni , suka tegakkan benang yang dah basah ... Aku tak tau la dia cuba wat camana ... terima je la dik oiiii

Yang ni ... yang ni menarik .... spesis lalat halimunan ...kejap baik .. kejap nakal...kejap kejam.. bila kejam ni yang susah ... dia punya tahi .... perghhhh tak hengat punya bauuu .... walaupun putih tapi matanya tetap merah .... Spesis yang ini , akan letak nama betul ..Ni kira lalat tahap pendidikan tinggi laa... tarak takut mau buang tahi ..."mari la lawan berdebat kalu berani" adalah falsampah dia ... perghhh ... setakat ni lalat gini tak banyak ... dalam dunia ada 3 je ..aku tak leh cakap sapa laa .... rahsia ...CIA ...huhu

Begitulah adanya .... jadi , terpulang la pada korang nak jadi mana satu spesis lalat ek.. kalau tamo jadi lalat , sila beri komen yang membina pada sahabat sahabat yang lain ... asik mengondem jeee.... bila melayu nak maju .. kan kan ..

You May Also Like

14 comments

  1. Ben...ada lagi satu ---> "lalat buah", yg ni kan kalau kat kebun2 dia pi cari buah yg berkualiti je untuk di "inject"....sekali bagi, terus buah rosak...

    BalasPadam
  2. Wow. Lalat - bloggers.
    Like the way you kaitkan these two facts together. Seriously. Very unique.

    Yang lalat anonymous memang jumpa banyak. The best things to do is just tepiskan lalat tu.
    Hehe ;)

    Saya lalat yang suka merayap, most of the time silent jer. Entry yang best-best saya tinggalkan comment. Haha !

    BalasPadam
  3. sembur jer bygon. biarla lalat tu mati. abih citer

    :-)

    BalasPadam
  4. Ya hampon! Sue dah kena banyak kali Ben oi! tak tahu r nape ada lalat2 cenggini, penakut lak tu nak tonjolkan diri, tu r gunakan ''anonymous'' pas tu masuk blog kita melalui google, takut dapat dikesan konon!
    Jeles r tu kita lagi fofuler dari dia kot? wakakakaaa
    Kalaulah aku tahu sapa, maunya makan penampau!
    Tapi lelama dah penat nak layan, buat bodoh je nanti lama2 lalat tu malas nak hinggap cz tak dilayan kan... :P

    BalasPadam
  5. Dasar lalat terkutuk~
    Malu sangat jadi lalat kot, sebab tu jadi camtu..

    BalasPadam
  6. dah biasa dah kena ngn lalat2 blogger nie,
    dah x larat nak sembur,
    last2 biarkan saja,
    nanti terbang kat tempat lain plak,
    hurm~~~

    BalasPadam
  7. bro Ben..semalam baru saya buat entri pasal anonymous ni...

    jenis lalat yang buat taik tu memang pengecut punya orang...senang cerita mereka takde telur...hehe

    BalasPadam
  8. salam...

    rupanya ada nama lain utk Anon ni yer... selama beblog ni baru tau term blogger lalat ni...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum... akak nak tanya skit! Ada ke lalat yang tak tahu bahawa dia tu lalat? Kekadang kan,kita tak perasan yang kita dah buat silap...kalau lalat,akak ni tergolong dalam lalat jenis mana ye...hehe...just wanna know...

    BalasPadam
  10. mmg selalu la jgk kena kondem ngn lalat tu. bg pendapat peribadi aku ler, terpulang pd penerimaan kita kut. macam aku punya blog, mmg aku set kena approve dulu komen bru boleh posting. tp, kalu komen mengutuk dlm bentuk membina aku ttp siarkan jgk. tp kalu bab maki hamun, caci, keji mengeji tu mntk maaf berbyk la kut

    BalasPadam
  11. bang,lalat2 ni kalo sembur ridsect ade kesan tak?haha..

    BalasPadam
  12. nak sorok kat mana pun esok lusa orang akan tahu siapa kita. di alam serba canggih ni tak ada apa yang kita tak boleh buat yang penting ada kemahuan pastinya semua akan terjadi.

    tapi kalau tak boleh control terpaksa sediakan ridsect setin he..he..he..

    BalasPadam
  13. hehe. nasib baik belum penah kene hinggap lalat lagi. blogger junior. huhu. xpe pasan uv light letrik

    BalasPadam
  14. baru tau. ada jugak lalat dlm blogger nih.

    BalasPadam