Bila Qhaliff muntah susu ..

by - Khamis, Oktober 18, 2012

 

Hurmm .. Nasib baik dia muntah waktu aku duk pegang dia .. Banyak lak tu .. Kalau dok tidur atau baring , mau jadi kes naya kat aku .. huhu ..

Puncanya ? Aku rasa sbb susu banyak sangat kot aku bagi .. Hurm.. Silap aku tuu .. Tapi bila bagi sikit , dia punya meraung  macam aku dera dia jer ! Tapi boleh je pujuk sebenarnya.. Hurmm ..

Apakah muntah susu dikalangan bayi ni bahaya ? Atau punya penyakit ? Aku google mendapatkan jawapannya .. Dari web ALAMHAMIL , ada info mengenainya ..

“ Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Apa yang menyebabkan muntah?

Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'.

Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.”

Selanjutnya boleh baca kat SINI .

Walaupun aku dah sendawakan dia , tapi itu tak mencukupi sebenarnya.. Apa yang perlu aku buat ialah ikut sukatan bila bagi susu kat Qhaliff ! Biar je dia nangis dari aku yang menangis !

You May Also Like

7 comments

  1. btul tu, my bby dlu siap kluar ikut hidung klau terlebih minum susu. cuak tu toksah cerita la. dah sendawa pun kadang2 bule jadi. bl dah besar, dah pandai telan air liur, air liur dah xmeleleh, ha, ok la dia. kena beware. sbb tu mak kata jgn ajar anak minum bnyk dr kecik. klau terlebih,muntah la. pas sendawa bby, seeloknya jgn tdorkan dia terus.

    BalasPadam
  2. kesiannya Qhaliff.. hehe :) takpela, dr jd kes tersedak nanti susah pulak.. masa adik bongsu Hana baby dulu pun cmtu gak.. kesian tgok baby jadi camtu.. :)

    BalasPadam
  3. singgah sini, anda di tag

    http://dindamaisarra.blogspot.com/2012/10/segmen-aku-terjah-aku-follow-apakah-itu.html

    BalasPadam
  4. orang kampung miss z panggil muntah susu tu "muak"

    entah kenapa miss z suka bau muntah susu baby huhuhu :P

    BalasPadam
  5. setuju bro.. bagi je sukatan yg betul dari kita yg menyesal nanti.. anak aku baru je muntah dekat seluar aku ni.. hehehe

    BalasPadam