Tayar kereta punya hal !

by - Rabu, Oktober 10, 2012

 

Aku spesis yang kenal stering kereta je walaupun masa sekolah dulu ada belajar perihal enjin kereta dan masa kursus memandu pun ada belajar gak .. Malangnya , sombong punya hal .. serahkan saja pada mekanik !

Dan baru-baru ni , bawak kereta g servis .. break pad kena tukar ! Wahh .. baru je ari tu tukar .. Apa kes asik tukar ? Apakah aku memandu seperti Micheal Scumacher ? Atau Shoemaker ? Arghh .. Geram neh .. Dan wife pun komplen kata tak sedap pandu seolah tayar wat hal ..

Ok la.. Memandangkan nak raya haji dan nak jalan jauh , aku nekad bawak g kedai tayar .. Zas zas zasss … Kata tokey kedai , tayar kereta botak dan dua dibelakang bengkak. Dalam erti kata lain , kena tukar ke empat empat .. Hurmm .. Memikirkan keselamatan , aku pun setuju la tanpa banyak citer (tapi bincang ngan wife dulu ) .

Diorg tunjuk la tang mana botak tu .. Bahagian tepi ! Hurmmm .. Apahal boleh botak tepi lak ? Dulu aku main beskal tua , tayar botak tengah .. Tu pun sebab main cornar baring ala ala drift .. hehe .. Zaman budak laa..

Dan aku teringat tadi .. lalu aku cari kenapa tayar boleh rosak tepi dan membengkak .. Okeh , jumpa dahhh info yang boleh dipercayai ..

  1. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian.
  2. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi dan
  3. Jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan.
  4. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.
  5. Tayar haus tidak sekata... selalu tengok tayar botak kat tepi ? Ni sebab tekanan tayar tak cukup.... Kalau tayar botak tengah ? ni simptom selalu isi angin melebihi paras yg di tetapkan.

Cara penjagaan tayar pulak ..

image

Hurm .. Kalau tak tau basic tayar ni , alamatnya boleh kena tipu laaa .. Hurmm.. Apakah aku ? Eh , tak mungkin .. Yeke ? Tak la.. mmg tayar tu pun lama dah tak tukar di samping problem bila hujan.. Terasa ‘lari’ je.. Jadi , tukar je laaa kan ?

Kalau nak tau dengan lebih lanjut pasal tayar , gi klik kat bawah ni .. hehe ..

 

Sumber info : JurnalMalaysia dan FireStartingAutomobil

You May Also Like

9 comments

  1. tayar botak ,, tayar trlebih rambut xda ke ? tyar botak ? hantar la p yun nam hair solution , msti x botak lg dah ,, hehe

    BalasPadam
  2. Lepas tukar lebih elok buat aligment... Selalunya, tayar botak tepi sebelah dlam, makna nya aligment lari..

    Satu tips penjagaan tayar dr tokey kedai tayar cakap, selepas 3 bulan, tukar tayar kiri ke kanan untuk sebelah depan je... Pastu tukar lagi sebelah belakang... Lepas 3 bulan lagi, tukar lak tayar depan ke belakang.. 3bulan means 5000km perjalanan...

    Make sure, kereta kena selalu buat aligment... Hehehe untuk balance kan tayar... Nak tengok tayar 'lari' cuba lepaskan stereng,masa berjalan.. Nanti akan lari ke kiri or kanan... Tu maknanya perlu aligment...

    Perghhhh.. Panjang giler komen... Tips dari tokey kedai tayar

    BalasPadam
  3. sama la kiter.. tau kenal stering jer... bagus tips nie.. tq bro...

    BalasPadam
  4. bukan tak nak amik tau pasal tayar tapi sebab semua serah pada en. suami maka ai tau pegang stereng jelah.. hehehe..

    BalasPadam
  5. Tengok tayar saja dah tau masalah lain pada kereta. Wah..

    BalasPadam
  6. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    BalasPadam
  7. Masalah sungguh bila nak balik raya nih jalan jauh pulak hahaha pening palo den tukar lah jawabnya

    BalasPadam