Terima kasih rakan-rakan dan SKMM ..

by - Rabu, Oktober 03, 2012

 

Hari tu aku ada buat aduan pada SKMM dan juga FACEBOOK . Rakan-rakan dunia maya pun ada juga membantu membuat aduan. Jutaan terima kasih pada mereka . Semua Allah berkati kamu semua ..

Dan tadi aku dapat respon dari SKMM .. Walaupun aku malas amik tau , tapi aku tetap g check gak laa ..

_______________________________________________________

 

Tuan,

ADUAN BERKENAAN PENYALAHGUNAAN GAMBAR MELALUI AKAUN FACEBOOK:

https://www.facebook.com/harith.iskandar.5249

Merujuk aduan pihak tuan yang diterima berhubung perkara di atas.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (”SKMM”) telah meneliti aduan tuan mengenai profil Facebook yang telah menyalahgunakan gambar peribadi diri tuan melalui pautan di atas.

Sepertimana yang pihak tuan sedia maklum, laman rangkaian sosial Facebook ini beroperasi di luar Negara. Oleh yang demikian, pengalihan sebarang kandungan jelik/lucah/fitnah ataupun palsu dari rangkaian Facebook adalah bergantung kepada syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak rangkaian sosial tersebut.

Walaubagaimanapun, pihak SKMM mendapati kandungan yang diadukan melalui laman berkenaan telahpun dikeluarkan/dialihkan dari laman terbabit dan tidak lagi boleh diakses oleh para pengunjung.

Pihak kami berharap penjelasan di atas dapat menyelesaikan isu yang disuarakan oleh pihak tuan.


Sekian, terima kasih.

BIRO ADUAN PENGGUNA
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

 

________________________________________________________

Buat mana mana rakan yang dianiaya , sila ke laman web SKMM untuk buat aduan terutama mereka yang menjatuhkan maruah kita di dunia maya ini .. Nak saman pon best kalau tau sapa yang buat kan ? Leh beli kapal terbang remote control satu .. kan ? Hehe ..

You May Also Like

7 comments

  1. Mudah-mudahan lepas ni tak delah lagi yang berminat buat benda tak berfaedah ni.Gambar Ben dukung Qhaliff tu agak2 ada yang minat nak 'curi' mengaku itu adalah dia?

    BalasPadam
  2. takut pn...nsb dh remove klu x saman jer abg ben..

    BalasPadam
  3. dahsyat skrg ni...banyak salah guna pic org lain,lg2 yg femes2...diharap tabah... :)

    BalasPadam
  4. terbaik la SKMM.. tabik spring ar.. kalau ada lagi kejadian macm ni lepas ni boleh la saman sikit.. nampak sangat la dia tu tak serik2..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. adanya SKMM utk membantu. Jenayah siber zaman skrg ni mcm2 teknik.

    BalasPadam