Teruk benarkah pemandu teksi di Malaysia ?

by - Khamis, Oktober 04, 2012

 

Memula terbaca di Mstar Online ..

“ LondonCabs.co.uk meletakkan pemandu teksi K.Lumpur sebagai yang paling teruk di dunia. “

Buka laman web LondonCabs.co.uk  lak ..

image

Dan aku mula tanya pada rakan-rakan di FACEBOOK ..

image

Dan pandangan ikhlas berdasarkan pengalaman rakan rakan di fan page SANTA BEN ASHAARI pula ..

image

Dan antara rakan di Twitter @BENASHAARI yang sempat berkongsi cerita ..

image

Dan pandangan aku pulak yang mana ayah aku dulu pernah juga bergelar pemandu teksi , segelintir saja yang ok di zaman ni .. Ini disebabkan persaingan sangat tinggi di kalangan mereka , terdapat masalah birokrasi dan juga masalah masalah lain yang sepatutnya ada pihak membuat kajian dan bukannya terus membabi buta mencari salah pemandu teksi .

Yang buruk itu perangai manusia .. Tapi boleh diubah sekiranya mereka memandu dan bekerja dlm keadaan yang selesa dan tiada tekanan .. Cari penyelesaiannya dan bukannya terus gantung permit mereka ..

You May Also Like

12 comments

  1. Mungkin ade yg ok ade jugak ko...

    BalasPadam
  2. AJ penah kena yang teruk.......
    Dahlah cakap merepek....
    Cas mahal gila pulak tu....

    http://ayuejean.blogspot.com/2012/02/psikonya-driver-taxi-ni.html

    BalasPadam
  3. Nak share pengalaman:
    Ms Ain kursus kat KL, Ain ngan kwn nak ge SOGO. Dr Hotel Midah kami naik teksi, driver tu baik sgt, peramah, bwk kete berhati, mmg senang hati naik teksi tu
    Masa nak balik plak karekter driver teksi berbeza benar dr yg td. Pendiam, muka ketat, bawak kete laju, smpai hotel midah sume muka pucat. huhuhu.

    BalasPadam
  4. td nk rply kt twitter, tp panjang sgt, so komen kt sini..

    sy nk pergi interview kt jalan cenderasari, amik teksi dari KL sentral.. biasala, kt kl sentral kena bayar dl bru amik teksi.. sy pun pegila satu teksi yg depan sekali sbb diorg ikut sistem giliran.. sy kata nak ke jalan cenderasari, dia kata ok n trus naik lepas tunjuk resit.. lepas pusing 2 3 kali, dia boleh tanya saya jalan cenderasari kat mana.. kalau tak tau mana tmpt tu, xpayahla kata "ok" ms memula sy tanya. sudahnya saya masuk interview lambat.. bengang btl!!

    BalasPadam
  5. teksi. kena pandai pilih.
    kalau tak reti, kena experience dulu baru tau:)

    BalasPadam
  6. errr...dari pengalaman mmg selalu terkena yg teruk tapi rasanya mcm org ckp la kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

    BalasPadam
  7. jangan salahkan pemandu teksi seratus peratus.. (^_^)

    BalasPadam
  8. teett. daripada 10... 8 orang memandu teksi :-

    -potong line sesuka hati
    -pilih tempat customer #eh
    -suka celah tmpt sempit. Lepas sesuka hati nak hon.
    -bawa customer macam hantu. mcm F1 tak F1 sangat..
    -Suka tipu pelancong

    BalasPadam
  9. xsume..tp sebahagian bsarnya mmg mcm tu lah..tu yg tcemar nama sume pmndu teksi Msia

    BalasPadam
  10. ade yg teruk, ade yg ok. pengalaman baru balik dr kedah turun di pudu raya sampai pukul 5pg. so amik teksi di dpn menara maybank nk balik rmh.mmg ramai yg menunggu customer. sy pilih la sorg. siap bergaduh puak2 tu sbb pemandu yg sy pilih tu port die bukan area situ. dlm erti kata lain bukan geng diorg la. pilih la pemandu lain yg terus letak harga rm10 nak balik desa pandan jer. mase tu kalau bayar double pun tak sampai sebenarnye sbb pkl 5pg jln masih clear. malas nak bertekak bayar je la 10.

    BalasPadam
  11. As salam Ben,

    Sory, masa komen kat FB tu agak frustrated dgn sesuatu so, emosi masa tu mcm tak berapa stabil...hehehe... :) Actually, true fact, taxi di Lima ni taklah sebegitu teruk... yg teruk cara driving sahaja... dr segi yg lain seperti caj & layanan semuanya boleh dikatakan OK! Mereka ni peramah... Kalau nak dicomparekan dgn taxi driver di Msia mmg setujulah dgn pendapat beberapa komen tu... Mungkin pemandu taxi negara kita perlu lebih peramah especially bila berhadapan dgn tourist :))

    Sorry ye Ben! Saya tarik balik yg kata teksi di Lima, Peru lagi teruk tu... (,")v

    BalasPadam
  12. saya pernah menggunakan perkhidmatan teksi di sekitar AMPANG. Time tu, pemandu teksi sumpah seranah (bodoh, bangang dll) ketika bawak teksi menuju ke LRT AMPANG. Dia berhentikan saya depan stesyen dan mbebel kat saya yang dia malas nak amek penumpang.

    BalasPadam